1

Romance Completed 245339

“Kela! Sekarang awak sapu bilik meeting” perintah Debbie sang atasan nya

“Baik Puan” gadis yang bertubuh kecil itu pun segera mengganti baju nya dengan seragam cleaner

Mikela Agatha pekerja part time untuk kerja cleaning service di sebuah perusahaan besar yang berdiri di tengah Kota metropolitan. Gadis itu harus bekerja keras untuk sesuap nasi dan keperluan sekolah nya setelah di tinggal pergi oleh sang papa nya untuk menikah lagi dan baru sahaja beberapa bulan di tinggal oleh mama nya menemui sang pencipta.

Sesampai nya di bilik meeting, gadis itu memula kan tugas nya menyapu dan mengemas seperti biasa nya sehingga lah satu suara mengejut kan nya

“Awak ada Nampak sapu tangan saya?” tanya satu suara Bariton dari arah depan bilik meeting

“Saya tak jumpa apa apa pun dalam sini” jawap Mikela tanpa menoleh ke arah lawan bicara nya kerana itu lah sifat Mikela jika dia sedang fokus melaku kan sesuatu

“awak kalau brcakap boleh tak tengok dengan siapa awak bercakap” tegur suara itu lagi

Mikela pun berpaling dan menunda kegiatan mengelap nya. mata nya kini menangkap satu sosok manusia yang tinggi lampai berkulit putih sedang mengena kan kot berwarna hitam senada dengan seluar slack nya, kedua tangan nya di seluk kan ke saku seluar

Mikela memasang senyuman termanis yang di miliki nya “ saya tak nampak apa apa pun dalam ni tadi encik.” Ucap nya dan kemudian menyambung balik aktiviti nya

Lelaki itu tidak percaya dengan reaksi Mikela sebentar tadi dan baru kali ini ada seorang perempuan malah seorang gadis belia yang hanya memandang nya dengan sebelah mata

“Nama awak siapa?” tanya nya pada gadis kecil itu

“Uncik” jawap Mikela asal. Tidak mahu lelaki itu mengetahu nama nya.

Setelah mendengar jawapan Mikela tadi, lelaki it uterus berlalu dari depan bilik meeting meninggal kan Mikela dengan kerja nya.

****
“Panggil Debbie masuk bilik saya sekarang”

“Baik Tuan” Lily terus menekan beberapa angka di telefon meja nya dan terus bersambung dengan Debbie iaitu manager untuk bahagian kebersihan seluruh bangunan pejabat Dirgantara Corp

“Debbie, datang ke pejabat Tuan Alex sekarang”

“Baik” jawab Debbie dari seberang sana

Setelah menunggu hampir lima belas minit akhir Debbie kini berada di pejabat president syarikat Dirgantara Corp berhadapan dengan pewaris tunggal dari pasangan Arya Dirgantara dan isteri nya Laila iaitu Alexander Dirgantara yang baru sahaja lapan bulan mengganti kan ayah nya yang telah bersara dari dunia bisnes

“Ada apa Tuan Alex memanggil saya?” Debbie kini berpeluh dalam ruangan yang ber penghawa dingin. Berhadapan dengan Alex seumpama berhadapan dengan singa lapar.

“Saya nak tahu latar belakang salah satu anak buah awak yang bernama uncik!” jawap Alex dengan wajah datar nya

Glup!

Debbie menelan ludah nya kasar kerana tiada satu pun dari bawahan nya yang bernama uncik “m-maaf tuan Alex, Tapi tak ada seorang pun yang bernama uncik di bawah seliaan saya” Debbie kini tergagap

Kini mata helang itu menatap Debbie tajam seolah diri nya sedang menguliti wanita yang sedang berdiri di depan nya itu.
” Tadi saya tanya sendiri nama dia dan dia cakap nama dia Uncik. Sekarang awak bagitau saya tak ada bawahan awak yang bernama Uncik jadi yang mengelap dan menyapu di bilik meeting tadi tu penyelinap macam tu!” marah Alex

Debbie jadi semakin gelabah “ maaf tuan Alex. Tadi saya tugas kan Mikela yang menyapu di ruangan meeting bukan Uncik seperti yang Tuan sebut tadi”

Deg!

Mendengar jawapan Debbie tadi, Alex menyedari gadis kecil itu sedang mempermain kan nya dengan memberitahu nama palsu

“Tak kisah nama dia siapa. Saya nak tahu tentang budak tu sekarang juga. Jelas kan latar belakang nya dalam waktu tidak lebih dari lima minit” arah Alex

Debbie benar benar mabuk tak naik roller coaster saat ini. Dengan tarikan nafas yang dalam dan mengembus kan melalui mulut

“Nama dia Mikela Agatha, pekerja part time datang bekerja selepas tamat waktu belajar.tinggal seorang kerana ibunya baru sahaja meninggal dan ayah nya pula menikahi perempuan lain. “ ucap Debbie dengan cepat

“masih student?” tanya Alex lagi

“Upper six Tuan alex” jawap Debbie cepat

“Besok awak transfer budak tu jadi cleaning service peribadi saya. Jangan bagi sesiapa datang mengemas kan pejabat saya selain dia.”

‘”Tapi kela masuk kerja selepas tengahari Tuan”

“I don’t care.” Jawap Alex sambil tangan nya di libas kan di udara

“Baik Tuan”

“Sekarang awak keluar” perintah Alex pada wanita itu “Uncik konon” gumam Alex dengan smirk nya yang penuh misteri.
****
Sebelum masuk ke dalam bilik nya. Debbie sempat memanggil Kela masuk menghadap nya dan gadis itu pun terus mengikut di belakang Debbie yang wajah nya terlihat sudah lebih masam lagi dari cuka.

“kela!. Tadi awak ada menyinggung perasaan Tuan Alex ke?’ tanya Debbie

“Saya tak menyinggung perasaan sesiapa pun puan” Mikela terlupa dengan gerangan yang mencari sapu tangan di bilik meeting tadi

“Tak ada konon. Habis dengan siapa awak bagitau nama awak Uncik hm..?” tanya Debbie geram

Baru lah Kela teringat akan lelaki tadi lalu menepuk dahi nya. “owh..yang tu,,”

“O,,,yang tu..” Debbie meniru gaya Kela bercakap “ dah ingat? Awak tau dia siapa?’ tanya Debbie lagi

Kela hanya menggeleng kepala kerana dia Cuma mengenali Debbie dan beberapa orang rakan kerja nya sahaja

“Itu president Dirgantara Corp Kela. Macamana awak boleh tak tahu? Awak ni masih perempuan ke?” Debbie mencubit bahu kela geram.
Jujur saja Debbie tidak sampai hati memarahi Kela setiap kali gadis itu memandang nya dengan puppy eye. Mikela adalah sosok gadis yang comel dan cantik memiliki tubuh yang kecil dan rambut nya yang hitam pekat separas pinggang selalu di ikat tocang ekor kuda. Biar pun berbalut pakaian Cleaner tidak mengurangkan kecantikan dan paras ayu yang di miliki nya sehingga Debbie sendiri jatuh sayang dengan Kela dan menganggap nya seperti anak sendiri memandang kan Debbie juga mempunyai seorang anak perempuan.

“Puan, saya ni masih perempuan sejati” jawap Kela

Debbie menghela nafas berat “mulai esok awak akan jadi cleaner peribadi Tuan Alex” ucap Debbie serba salah

“Apa!..tak nak…saya tak nak puan” rayu Kela

“yang awak nakal usik singa tu tadi kenapa.? Sekarang kan terima padah” marah Debbie lagi

“Puan….”

“kela…tu perintah dari Tuan Alex sendiri. Saya tak boleh bantu awak. Sesiapa pun tak boleh bantu awak sekarang.”

“Jadi esok saya nak kena kemas bilik dia saja ke?” tanya kela dengan wajah tak rela

“Ya..dan selamat bekerja dengan tuan Alex Mikela Agatha yang cantik” perli Debbie lagi

“Kalau saya berhenti kerja?” tanya Kela

“Maka awak akan membayar denda sepuluh kali lipat dari gaji awak sekarang” sampuk satu suara Bariton dari arah belakang kela sehingga membuat Mikela dan Debbie terlompat terkejut

“hah!!!” jerit kela

“Tutup mulut awak Uncik”Alex mengetuk kepala Mikela dangan pen di tangan nya sebelum berlalu pergi meninggal kan Debbie dan mikela yang terlopong tidak percaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience