Season 2 chapter 17

Romance Completed 245409

Sepanjang perjalanan Feli hanya berdiam diri dan hanya menjawap bila perlu sahaja. Hatinya tertanya kenapa Azizi tiba tiba memaksanya untuk berjumpa

Teringat akan suaminya Feli meraih smartphonenya dan masuk ke dalam chat roomnya dengan lelaki itu
Feli : Saya keluar jumpa Azizi. Mummy dengan daddy ikut sekali

Tidak sampai lima minit satu pesanan masuk.

Hubby : Abang juga sayang. tadi Azizi telefon abang, jumpa kat sana

Feli semakin hairan kenapa Azizi juga meminta Alif suaminya untuk datang. “kenapa eh?” batin Feli

Kela yang sesekali menoleh ke belakang melihat menantunya termenung jauh jadi semakin bersalah dan tidak habisnya wanita itu menyalahkan dirinya sendri kerana telah melukai hati gadis itu yang sebenarnya terlihat tabah di permukaan tapi sebenarnya sangat rapuh.

Alex seolah tahu apa yang difikirkan isterinya melepas sebelah tangannya dari stereng kereta dan menggenggam erat jemari isterinya
“Biar dia tenang dulu” ucapnya

****
Blue Café

Kela menggenggam tangan Feli dan berjalan beriringan masuk ke dalam Café di ikuti Alex dari belakang. Terlihat di hujung sana Alif bangkit dari duduknya meninggalkan Azizi dan segera mendapatkan isterinya

“Sayang…” lelaki itu tanpa segan silunya memeluk sang isteri di depan pelanggan yang lain dan menunutun Feli untuk duduk di meja yang sudah ada Azizi menunggu di sana.

“Fel…” panggil Azizi yang menatap adiknya dengan penuh kasih sayang

“Zi..” hanya itu respon Feli

Kela mendekati Azizi dan memeluk tubuh tinggi lampai itu kemudian tangisnya pecah membuat Azizi bingung, begitu juga dengan Felid an Alif

“Azizi…maafkan mummy dah salah faham hubungan Feli dengan Azizi” ucapnya

Biarpun sedikit bingung Azizi tetap mengangguk dan berusaha tersenyum dan mengajak mertua adiknya itu untuk duduk bersama

Setelah masing masing duduk

“Zi…ada apa kau nak jumpa aku?” tanya Feli setelah semuanya membisu

“Fel…abang nak..”

“Assalamualaikum….”

“Wa’alaikumusalam..” jawap semuanya serentak

Kini semua mata terpaku pada seorang lelaki paruh baya yang mungkin seumuran dengan Alex dan terlihat masih gagah juga tampan sedang berdiri sambil menghadap Feli dengan pandangan penuh kerinduan

Azizi menarik tangan adiknya “Fel…ini papa”

Feli bingung tidak tahu harus bereaksi seperti apa, hanya memaku di tempatnya tanpa mengeluarkan sepatah kata

Alex bangun dan memeluk sahabatnya itu. setelah berpisah mereka terus lost contact sebab Mike berpindah ke negeri jiran dan meneruskan perniagaan ayahnya setelah patah hati di tinggalkan Lily menikah dengan pilihan hatinya.

“Dah lama aku cari kau. kenapa baru sekarang kau muncul” Alex masih lagi belum melepaskan pelukannya begitu juga dengan Mike. Kela hanya menjadi pemerhati dan sesekali mengesat air mata bahagia kerana kembali di pertemukan semula dengan Mike yang kini telah pun merangkap besannya.

“Sayang….”Alif memegang kedua belah pipi isterinya dan memaksa gadis itu untuk menatapnya “ sapa papa sayang” pinta Alif

“Tapi..” air mata yang Feli cuba tahan kini jatuh juga “ saya tak tahu nak cakap apa” ucapnya lagi

Alif turut merasa sedih dan perlahan membawa isterinya itu ke dalam pelukannya “ abang ada sayang, kita hadapi bersama ya” pujuknya

Mike yang melihat Alif begitu menyayangi Feli sekarang boleh merasa lega dan tersenyum menatap sahabatnya. Takdir memang indah dulu saat berpisah keduanya tidak pernah terfikir untuk menyatukan anak anak mereka dan kini malah anak anak yang menyatukan mereka kembali.

“Alif…boleh papa cakap dengan Feli?” pinta Mike

Alif mengangguk dan memberi ruang bagi papa mertuanya melepaskan kerinduan pada anak yang telah lama terpisah

“Feli….maafkan papa sayang” Mike mengenggam jemari anaknya. Sekian lama lelaki itu ingin menyentuh puterinya dan baru kali ini tercapai.

“Kenapa?” tanya Feli sepatah

“Papa terpaksa buat semua ni sebelum nenek menyerahkan Feli pada orang lain yang papa langsung tak kenal.”

“Kenapa baru sekarang jumpa Feli?”

Mike turut mengalirkan air mata mendapatkan soalan yang begitu menohok di hatinya. Mike tidak menyalahkan Feli tetapi lelaki itu menyalahkan dirinya yang kurang tegas menghadapi mertuanya.

“Fel…abang dah cerita kan?” Azizi menyampuk “Tapi pa..mama mana?” Azizi hairan mamanya tidak ikut sama

Mike menggeleng “Mama dengan papa dah cerai minggu lepas. Papa tak boleh nak berpisah lagi dengan abang dan adik. Sementara mama selalu sahaja kalah dan berada di bawah telunjuk bunda dia. Jadi berpisah lebih baik maka papa boleh berkumpul dengan anak anak papa” jelas Mike yang tidak berniat menyembunyikan statusnya sekarang sudah menduda.

Feli terharu mendengar pengorbanan papanya yang begitu besar hanya sekadar ingin bersatu semula dengan dirinya dan juga Azizi yang baru di ketahui fakta sebagai abang kembarnya. Tanpa berfikir panjang lagi Feli terus memeluk tubuh sasa sang papa dan menangis semahunya di dada bidang papanya.

“Maafkan Feli” ucapnya

“papa yang patut minta maaf sayang, jangan menangis ya. mulai sekarang papa akan jaga Feli dan papa akan tebus masa dua puluh dua tahun yang lalu” janji Mike

Alif yang mendengarnya turut merasa bahagia bagi pihak isterinya. Begitu juga dengan kela dan Alex

“Mike..kau tinggal kat mana?” Alex bertanya setelah Feli melepaskan pelukannya dan keadaan kembali tenang dan tiada lagi drama air mata

“Aku tinggal dekat hotel. Mungkin esok aku mulai cari rumah” jawap Mike yang kemudian memeluk si kembar yang sangat di rinduinya selama ini.

“papa boleh tinggal dengan kami dulu sementara belum dapat rumah” pelawa Alif sekaligus ingin mertuanya lebih dekat lagi dengan isterinya yang sudah mulai menerima kehadiran papa kandungnya

Memang benar ikatan darah tidak dapat di pisahkan dan walaupun terpisah rasa sayang itu akan tetap hadir.

“Tak apa Lif..papa tak nak menyusahkan” tolak Mike halus

“Mummy! daddy! Ini…” jemarinya lurus tertuju pada Mike

Semua menoleh dan di sana Balqis juga ada Terry datang makan bersama di Café itu

“Qis..” panggil Kela tapi mata Balqis masih tertuju pada Mike

Mike juga sangat terkejut dengan kenyataan baru ini. Ternyata wanita muda yang selalu mengejar cintanya walaupun tahu dirinya sudah beristeri juga dah tua adalah anak sahabatnya sendiri.

“Saya pernah kata dulu, kalau saya jumpa awak lagi maka saya tak akan berundur dan saya akan buat awak jatuh cinta dengan saya walau siapa pun awak” ucap Balqis sambil menatap Mike dengan tatapan penuh kerinduan.

“Qis!!” jerit Alex tertahan

Semua yang mendengar apa yang keluar dari mulut Balqis tadi melopong tidak percaya dan Kela sendiri hampir pitam.

“daddy…Qis cintakan lelaki depan daddy ni” tunjuk Balqis tepat di wajah Mike

“Lex..aku tak main main dan aku tak pernah terpikir nak rosakkana anak kau dan aku juga dah berusaha untuk menghindari Balqis yang baru sekarang aku tahu ternyata anak kau” Jelas Mike takut sahabatnya salah faham apalagi dengan statusnya sekarang yang sudah menduda.

Alex memicit pelipisnya dan seketika kepalanya berpusing. Alif menatap tidak percaya pada sang kakak seoalah yang keluar dari mulut kakaknya itu adalah gurauan semata mata.

“kakak serius Alif”

“Tapi dia mertua Alif kak Qis…papa Feli” jelas Alif

Kini berganti Balqis yang terkejut. Matanya membulat menatap Mike yang sudah berpaling menatap ke samping

“Qis tak peduli” tegas ucapannya

Buat yang req extra chapter tadi...syaa dah tunaikan. jumpa esok..

Share this novel

Syafieqah Saifull
2021-11-12 22:55:33 

tq syaa


NovelPlus Premium

The best ads free experience