15

Romance Completed 245339

Pernikahan kedua nya memang betul betul di rahsia kan seperti permintaan Kela. Kedua orang tua Alex juga tidak di beritahu. Yang hadir hanya lah Mike, Brandon dan Lily.

Semua pembantu rumah Alex juga sudah di pesan supaya tidak terlepas cakap. Ini semua Alex laku kan atas permintaan gila Kela.

Jumaat tepat jam sepuluh pagi

Alexander Dirgantara dengan lancar nya melafazkan akad di depan wali hakim kerana ayah Kela sendiri menolak untuk mengurus kan semua urusan Kela setelah mendapat ancaman dari isteri nya.

“Ibu…maaf kan Kela bu. Daripada Kela terus menerus terhutang budi dengan tuan Alex, lebih baik Kela terima lamaran tuan.” Batin Kela saat menatap tuan singa nya yang kini sudah sah menjadi suami nya beberapa minit yang lepas.

“Kela…” panggil Lily

Kela tekejut dan mengalih kan perhatian nya dari menatap Alex yang segak berbaju melayu berwarna putih “ Cik Lily..” sapa nya

“Tahniah Kela, sekarang saya nak kena panggil puan Kela dah”

“Cik Lily…jangan la panggil saya Puan. Rasa macam tua sangat pulak saya” sungut Kela

Lily tertawa melihat bibir Kela yang sudah maju ke depan. Gadis itu terlihat sangat cantik dan comel dalam balutan kebaya yang sedondon dengan baju Melayu yang di kena kan Alex

“dah selesai…jom balik rumah.” Ajak Alex yang tiba tiba saja sudah menyampuk perbualan Lily dan Kela

“selamat pengantin baru Uncik” ucap Mike dan Brandon bersamaan yang datang bersama Alex sebentar tadi.

“Terima kasih Tuan berdua” jawap Kela sopan

Kini mereka berlima pun segera keluar dari perkarangan majlis agama dan menuju ke kenderaan masing masing.

Mike dan Lily kembali semula ke pejabat kerana hari ini Alex tidak akan masuk pejabat. Sementara Brandon terus menuju hospital kerana sebentar lagi shift nya akan di mulai.

****
“Kela…esok sabtu hari pertama untuk family day DC”

“lepas tu?” tanya kela tanpa perasaan

“kemas la baju kita dalam beg yang sama.kenapa nak letak asing asing beg ni?” tanya Alex saat melihat Kela sedang berkemas

“sebab nanti kita akan berada di bilik yang berasingan. Kalau letak satu beg kan payah”

“kenapa nak asing bilik? Kita kan dah sah suami isteri?” Alex tidak terima

“tuan lupa janji kita? Staff DC Cuma cik Lily dan Tuan Mike yang tahu status kita tau.kalau tuan nak saya datang…saya mesti datang dengan status cleaner” ujar kela

“tapi sayang…”

“atau saya tak pergi sama sekali?” Kela memicing mata nya menatap Alex yang sedang duduk bersila di atas lantai

“Kela…kenapa masih panggil tuan? Saya bukan tuan awak. Saya ni suami awak tau.” Rajuk Alex

“Yer…..firaun ku sayang…” usik Kela yang suka melihat Alex menarik muka masam

“dah lah tidur seminggu nak kena berasingan. Lepas tu panggil kita firaun lagi. “ omel Alex lalu mengubah posisi duduk nya membelakang kan kela.

“Cie…ada orang merajuk…buruk la rupa orang tua merajuk” usik kela sambil mencucuk pinggang suami nya

Alex geram mendapat usikan serupa itu lalu bangun dan menggelitik pinggang kela sehingga membuat kan gadis itu terjerit dan minta di lepas kan

“dah la panggil firaun, pas tu ngata tua pulak hmm..memang nak kena kan?” ujar Alex dengan senyuman kemenangan melihat Kela yang sudah termengah mengah keletihan.

Posisi mereka sekarang terlalu intim dengan kela berada di dalam pelukan Alex sambil berguling di atas lantai

“okey…sorry. Sekarang boleh lepas?” pinta Kela setelah mengatur nafas nya.

“tak nak. Siapa suruh nakal sangat.” Tolak Alex

“Gurau je…jangan la ambik hati ya. tak boleh bergurau dengan abang tak kan Kela nak bergurau dengan suami jiran sebelah” tak mahu alex tersinggung, Kela mengubah cara panggilan nya.

“berani ke?” ancam Alex lalu mencubit pipi kela dengan geram nya

Kembali bilik tidur Alex bergema dengan suara tawa kela yang tertawa lucu melihat reaksi dari suami nya yang agak melampau

“Esok abang panggil tukang buat tinggi pagar rumah sebelah sebelah biar sayang tak boleh nak intai suami jiran sebelah rumah.” Alex pasti akan melaku kan nya sebagai langkah berjaga jaga.

****
Setelah selesai mengemas dan melayan drama Alex yang sudah tumpul taring nya. Kela akhir nya bergerak ke dapur berniat nak membantu apa yang patut

“Puan..puan ada nak apa apa ke?” tanya salah seorang pembantu rumah Alex yang kelihatan nya sudah berumur.

“Jangan panggil saya puan.panggil kela je. Cik potong mangga muda ke tu” tanya kela lalu melabuh kan punggung nya di kerusi tinggi kitchen bar

“Ya puan..baru ambik dari belakang. Ingat nak buat kerabu mangga”

“Ck, jangan panggil puan…” bagitahu Kela lagi. Pembantu rumah itu hanya tersengih dan mana mungkin untuk nya tidak menghormati gadis kecil itu yang sudah Berjaya membuat tuan nya gila bayang dan gelisah setiap hari

“Cik…”

“panggil saya mak Ton puan” potong pembantu tua itu

“mak Ton..cantik dapur ni. Pandai tuan awak berfikir. Ingat kan pandai menyinga je” gumam kela

“dapur ni sebenar nya di design ikut cita rasa cik Zara dulu puan. Dan semua yang ada ni pun ikut selera cik Zara” Ucap mak Ton bersahaja

“Owh….patut la cantik semua deco dalam rumah ni” bisik kela mengagumi

Mak Ton akhir nya tersedar dengan ucapan nya sebentar tadi “puan…maaf kan saya puan.” Terlihat raut serba salah di wajah nya

“maaf…” Kela mengerut kan kening nya “mak Ton tak buat salah apa pun. Kenapa nak minta maaf?” tanya Kela

“Mak Ton tadi tersebut pasal Cik Zara”

“Tak apa Mak Ton.saya tak kisah pun.itu semua dah masa lalu dia.bodoh nya kalau saya marah dengan masa lalu seseorang sedang kan saya sendiri juga tidak mampu mengubah masa lalu saya” kela tersenyum memandang pembantu tua itu

“Kita akan ubah balik sayang kalau sayang tak suka, abang tak kisah yang penting sayang happy” Alex datang tiba tiba dan memeluk kela dari belakang

“nak ubah buat apa? Dah cantik pun ni” jawap kela

“Sayang langsung tak cemburu ke?

“Buat apa nak cemburu?”

Alex terlopong dengan jawapan kela sebentar tadi. Seolah isteri nya itu tiada perasaan sedikit pun pada nya

“abang langsung tak da makna nya ke dalam hati sayang?” tanya Alex tanpa segan

“kenapa tanya macam tu?”

“dah sayang tak ada rasa cemburu langsung. Sedang kan abang berusaha menahan cemburu saat melihat sayang sekadar bercakap dengan lelaki lain.”

“hahaha…dah mengaku yer…” Kela mencolek pipi suami nya

“Sekarang saya tanya abang. Abang ada hati lagi tak dengan cik Zara?”

“tak ada”

“abang masih rindu kan cik zara?”

“langsung tak ada rasa rindu”

“abang masih cinta kan Cik Zara?”

“Tak lagi. Sebab abang dah ada sayang”

“Tu kan..abang dah jawap sendiri. Saya nak cemburu lagi dengan cik Zara buat apa?” Kela mengalung kan tangan nya di leher suami tampan nya sambil mengulum senyum

“ck. Tak peka langsung” bisik Alex

Hi readers....tinggal kan jejak kalian di ruang komen yer...n jangan lupa bagi bintang buat Kela & Alex...love you all

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience