26

Romance Completed 245339

Kela menghampar kan tikar yoga yang di bawa nya dari rumah nya dahulu di penjuru bilik dan melaku kan yoga duduk setelah menghidup kan alat humidifier yang mengeluar kan wangian lavender yang sangat menenang kan.

“Sayang…sayang yoga ke?” tanya Alex yang memang sudah tahu apa yang di laku kan oleh isteri nya

Kela masih lagi terdiam dan fokus dengan yoga nya. Alex pula tak tinggal diam di cucuk nya pipi gebu kela masih tiada reaksi. Di panggil juga sama dan akhir nya Alex mengambil keputusan berbaring di paha Kela dan Berjaya mengganggu aktiviti yoga Kela

“Abang..apasal ganggu saya tengah buat yoga?” tanya Kela lembut

“Yoga pagi esok la sayang. Apasal yoga malam malam ni?” Alex bangun dari baring nya lalu bersila di depan isteri nya

“Sayang……..tolong masak Maggie boleh? lapar lah” rengek Alex

“Lah…kan dah makan?”

“abang tak lalu cium sambal petai mama tadi jadi makan sikit je. Boleh lah…boleh…” lelaki itu menggoyang goyang kan tangan isteri nya sambil merayu

“Gedik la abang ni. Tu yang menurun dekat cik Zara tu kot.”kela menarik tangan nya dari genggaman Alex

“Sayang Yoga sebab dia ke?”

“Ye lah, stress saya tengok perangai dia tu. Ya Allah….abang! tengok jadi mengumpat pulak dah saya. Ha jom lah ke dapur” Kela bangkit dari duduk nya dan terus melipat tikar yoga yang di pakai nya tadi

Pasangan suami isteri itu pun terus keluar bilik dan menuju ke dapur untuk menunai kan hasrat Alex minta di masak kan Maggie.

“abang…tinggal Maggie ayam je ni, kari dah habis. Nak ke?” Kela bertanya sambil mata nya masih lagi melilau melihat ke dalam kabinet.

“Ayam pun ayam lah sayang….janji sayang yang masak”

Tanpa banyak soal kela pun mulai memasak Maggie ayam untuk suami nya sepeti biasa dengan telur dan juga sedikit sayur dan terus menghidang kan nya di depan Alex yang Nampak sudah terliur melihat nya.

“I nak juga sayang…” rengek Zara yang tiba tiba sudah berdiri di sebelah Alex dengan rambut panjang nya yang perang itu betul betul membuat suami isteri itu terkejut

Alex bingkas bangun melari kan diri duduk di samping Kela bersama Maggie nya “jangan panggil saya sayang Zara. Geli dengar nya tau” ucap Alex yang mulai menyantap Maggie nya

“Sayang….”

“Cik Zara…cik Zara lapar ke?” tanya Kela lembut. “ Nampak nya aku kena guna cara lembut kat sotong ni” batin Kela

“Lapar la! Eh! Budak kecik, masak kan saya Maggie” bentak Zara

“Zara!”

“Abang…tak pe. Abang makan cepat. Biar saya urus” Kela memotong ucapan suami nya. “ Cik Zara perempuan kan?” tanya Kela pada Zara

“yer la aku ni perempuan. Kau tak Nampak ke aku yang cantik dan seksi ni ha” Zara berkata sombong sambil membusung kan dada nya

“Cik Zara….perempuan yang malas masak makanan sendiri tu bukan perempuan nama dia tau. Tak kan esok esok Cik Zara kawin tunggu suami yang nak masak kan buat Cik Zara” tegur Kela halus

“Aku nak kawin dengan laki engkau la” jawap Zara cepat

“Miang! Sapa nak kawin dengan awak. Tu tengok isteri saya dah la cantik, muda, pandai masak lagi.” Tunjuk Alex pada isteri nya

Kela tersenyum lucu mendengar ayat yang keluar dari mulut suami nya “tu dengar tu..kan dia tak nak dengan cik Zara..kenapa nak paksa lagi?” masih mengekal kan kelembutan nya.

Kela melangkah menuju kabinet dan mengambil sebungkus lagi maggie ayam dari sana dan mulai memasak buat Zara. Timbul rasa kasihan di dalam hati nya melihat wanita itu yang seperti nya mempunyai masalah hati.

“Sayang kenapa masak buat dia? Dia ada tangan kan” tegur Alex yang tidak suka isteri nya memasak buat Zara.

“Abang…biar lah kesian Cik zara lapar. Buat nya dia memang tak pandai masak habis terbakar dapur nanti “ jawap Kela.

Zara terdiam sementara Alex menjeliing wanita yang suatu ketika dulu pernah singgah di hati nya dengan penuh rasa benci dan cemburu sebab isteri nya rela masak kan Maggie buat wanita itu.

Setelah selesai Kela membawa kan Maggie ke depan Zara yang sudah tertunduk di meja makan dan entah apa yang di fikir kan nya. Alex pula dengan cepat nya mengambil mangkuk Maggie yang di hulur Kela tadi

“Tu Maggie Cik Zara abang…bagi balik” mintak kela

“Tak nak! Sayang boleh masak buat abang sorang je” Alex menunjuk kan muka empat belas nya sementara Zara pula sudah menunjuk kan muka kasihan

“Abang!..umur berapa ni? Dah tua pun buat perangai. Bagi balik” marah Kela sambil menjegil kan mata nya menatap Alex yang bersikap kebudak budakan. Kela sebenar nya letih nak rehat cepat tapi terpaksa menghadap perangai dua orang dewasa itu.

“Tak nak!” Alex menggeleng laju

“Abang…..” panggil Kela

“Ni apasal kecoh kecoh malam malam ni pas ke dalam bilik papa dengar. Zara buat perangai apa lagi ni?” tegur Arya yang terpaksa keluar dari bilik nya mendengar kekecohan mereka bertiga.

“Ni yang buat perangai pa.bukan Cik Zara” tuding kela pada suami nya

“Ha Lex..apasal buat perangai?”tanya Arya pada anak nya yang sudah menarik muka masam

“tu tengok dia ambik Maggie Cik Zara. Tak bagi Cik Zara makan sedang kan dia dah makan dah” jawap Kela melihat suami nya masih terdiam saat di tanya papa nya

“Abang tak rela dia makan Maggie yang sayang masak. Kalau nak makan panggil mak Ton ke, asal jangan sayang yang masak” Alex membela diri nya

Arya menepuk dahi nya.”rupa nya kecoh sebab Maggie ni lah ya” tunjuk Arya pada semangkuk Maggie yang berada di depan Alex dan di pegang dengan kemas oleh anak nya.

“ya lah..papa ada Nampak mangkuk Maggie lain lagi ke?” Alex menjeling papa nya geram.

“Bak sini, papa tengah lapar ni. Zara tak boleh makan. Papa boleh makan kan. kalau Alex halang papa makan ni maka nya Alex ni anak derhaka” Arya merampas mangkuk Maggie dari genggaman Alex dan menduduk kan diri nya di kerusi kosong

Alex terlopong tidak percaya papa nya sampai hati merampas Maggie itu dari nya dan Zara pula hanya mampu menelan air liur sahaja melihat Arya yang melahap Maggie itu dengan sedap nya.

“Dah jom masuk bilik.saya letih nak rehat” Kela menarik tangan Alex untuk beredar dari sana “ pa…kita masuk dulu ya” Kela meminta diri dan di angguk kan oleh mertua nya yang masih lagi sibuk melahap Maggie

“Ni papa yang derhaka dengan Alex tau” ucap Alex

“Abang….nak tidur luar ke?” ancam kela dan segera Alex berlari mengekori isteri nya sambil mulut nya terkumat kamit entah apa yang di omel nya.

Share this novel

Lian aen
2021-10-25 00:42:24 

OMG perangai anak ngan papa mama masuk air

Nini Chandrauut5
2021-10-17 07:05:47 

every character is live and fun, tak sabar nak tunggu next chapter


NovelPlus Premium

The best ads free experience