Season 2 chapter 5

Romance Completed 245409

Semenjak insiden di Cafe siang tadi mood Alif benar benar barai. Setelah menghantar Terry kembali mengambil keretanya di depan mall tadi. Lelaki itu terus meluncur ke apartment yang di tempati Feli.

Berjam jam Alif menunggu seperti orang bodoh tetapi kelibat Feli tidak muncul juga semakin menambah panas di hatinya.

“Bukan ke tadi dia mintak cuti kenapa tak balik balik lagi? Budak kecik memang suka merayau lepas tu merayau dengan jantan lain pulak tu” dengus Alif yang sudah berjalan mundar mandir di dalam apartmentnya.

Tangannya menyeluk saku dan mengambil smartphonenya dari sana ingin menghubungi Feli untuk bertanya keberadaan gadis itu “Argh!!!! Nak telefon macamana nombor telefon dia tak ada ni” Alif yang sentiasa terlihat cool kini malah seperti kucing kehilangan anak.

Kini Alif memilih untuk menghubungi Rafa sang PA nya

“Rafa, Feli ada hubungi kau?”

“Tak ada Tuan” (Rafa)

“Bagi aku nombor telefon dia”

“Maaf tuan saya tak ada nombor telefon cik Feli” (Rafa)

Tuut…

Alif memutuskan panggilan dengan perasaan marah “Bodoh, nombor telefon budak tu pun dia tak tahu. Ni budak ni pun aku dah bagi nombor Rafa kenapa tak hubungi Rafa” bebel Alif dan kembali duduk di sofa

Matanya sempat menangkap di atas coffee table Kad ATM yang di berinya tadi malah di letakkan begitu sahaja oleh Feli dan tidak di bawanya bersama.

“Hah!..ada lagi ke perempuan yang takut dengan duit? Ke duit dalam ni tak cukup banyak” Alif mengambil kad tadi dan membantingnya kembali di atas meja.

Setelah puas menunggu akhirnya Alif memilih pergi dan sebelum pergi lelaki itu sempat menelefon Terry mengajak temannya itu untuk makan malam bersama.

Sementara itu di suatu tempat Feli dan Azizi baru sahaja selesai mengisi perut dengan Maggie cup sebelum mereka memulai pekerjaan malam ini kerana tadi café yang dahulu tempat mereka menyanyi sudah menelefon Azizi menawarkan job dengan bayaran yang cukup berbaloi hanya dengan menyanyikan tiga buah lagu sahaja.

Begitulah kisah hidup dua sahabat itu yang mencari sesuap nasi dengan pelbagai pekerjaan selagi halal dan tidak membelakangi hati nurani mereka biarpun ada yang memandang rendah.

“fel…kau dah siap”

Feli menarik nafas dalam dan menghembus melalui mulut kemudian tersenyum memandang sahabatnya

“Siap Zi..jom kita cari duit lebih!” ucapnya penuh bersemangat

Keduanya pun akhirnya melangkah masuk ke Damai Café dan menemui tuan Zafer sang pemilik yang memberikan mereka tawaran tadi

“Selamat malam tuan Zafer” sapa keduanya serentak

Zafer yang menyedari kehadiran kedua sahabat itu terus datang mendekat. “selamat malam. Saya sangat gembira awak berdua sudi terima job malam ni”

“Terima kasih tuan kalau macam tu kami bersiap siap dulu” keduanya meminta izin untuk naik ke atas pentas khas untuk bersiap siap memulai tugas mereka.

****
Di luar sana Terry sudah datang dan memilih menunggu Alif di luar Café kerana lelaki itu telah meminta Zafer menyimpan satu meja buat mereka. Senyum Terry merekah saat melihat Audi hitam berkilat kini telah memasuki area parking dan keluarlah seorang lelaki tinggi lampai dari dalam nya.

“Jom masuk” ajak Terry

Alif mengangguk dan melangkah beriringan dengan Terry masuk ke Café milik sahabatnya dan di sambut dengan gembira oleh Zafer.

“Jemput duduk. Sebentar lagi pelayan datang hidangkan makanan. Aku pergi belakang dulu dan lepas siap aku join korang berdua” ucap Zafer yang kelihatan sangat teruja menyambut kedua sahabatnya itu.

So honey now
Take me into your loving arms
Kiss me under the lights of a thousand stars
Place your head on my beating heart
I’m thinking out loud
Maybe we found love right where we are

Thinking oud loud by ed Sheeran
Terdengar suara merdu seorang gadis tengah mengalunkan lagu cinta yang mampu membawa pendengarnya masuk ke dalam emosi dan terbawa perasaan romantis di iringi bunyi petikan gitar.

Mata Alif kini beralih ke pentas dan mata indah itu automatik membulat sempurna melihat siapa yang sedang menyanyi di sana sambil di temani Azizi yang sedang memetik gitar di sampingnya

Terry yang menyedari tatapan Alif tidak biasa ikut melihat ke atas pentas kemudian menepuk dahinya sendiri “masalah lagi “ ucapnya

“Alif…kau boleh tak jangan buat reaksi macam tu” tegur Terry

“kau tahu tak aku tunggu dia berjam jam dekat apartment macam orang gila dan ternyata dia di sini sedang bercinta dengan budak tu” marah Alif. Mukanya sudah memerah dan rahangnya sudah mengetat menahan emosi yang bakal meledak bila bila masa sahaja.

“kau lupa kau yang minta dia jauhi kau dan kau lupa Lif kau sekarang ni teman lelaki kepada seorang public figure?” tanya Terry sambil menatap lekat wajah Alif yang masih lagi tidak mengalihkan perhatiannya dari pentas di depan

“Habis tu? Kau nak aku ceraikan budak tu, macam tu? Kau nak aku lupa janji aku pada arwah ayah dia?” balik Alif yang bertanya

“Aku no komen sebenarnya. Semua keputusan ada dalam tangan kau Tuan Alif yang bijak. Kau nilailah sendiri.” Ucap Terry yang sengaja membakar Alif dengan kata katanya. Kalau boleh jujur Terry sangat tidak suka Alif berhubungan dengan Tasha kerana bagi Terry Tasha itu hanya memanfaatkan Alif dan kekayaannya sahaja.

“Wei…apa yang menarik ni?” Zafer datang tiba tiba bersama beberapa orang pelayan menghantar makanan

“Tak ada..kawan kita satu ni sangat suka dengan suara merdu gadis dekat atas pentas tu. Ingat nak bagi tips” bohong Terry sekaligus ingin memerli Alif yang sudah tidak senang duduk melihat Feli dan Azizi kadang kadang bertatap mesra dan saling melempar senyum.

“Kalau kau berniat nak bagi tips..baik bagi kat aku sebab mereka berdua tu tak nak ambik tips dari pelanggan dan hanya mengambil gaji yang sudah di persetujui.” Jelas Zafer dan terus melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Alif

“kau dah kenal lama ke budak dua orang tu?’ tanya Alif yang berusaha mengorek rahsia

“Tak la lama sangat. Tapi aku selalu panggil mereka kalau Lara cuti sebab aku suka denga cara mereka bekerja.”

“Mereka bercinta ke?” sekali lagi Zafer di bebani dengan soalan dari Alif yang membuat Terry tersenyum sendiri.

“Katanya mereka Cuma sahabat. Tapi aku harap sangat mereka berjodoh sebab aku suka tengok si Azizi layan Feli sangat baik dan penuh kasih sayang, biar pun Azizi selalu anggap Feli tu adik dia” jawap Zafer

Ada satu perasaan tidak rela di dalam hati Alif bila mengingat ramai yang mendoakan jodoh Feli dan Azizi

“habis aku macamana hah?!” bentaknya tiba tiba

Terry sudah tidak mampu menahan ketawa sementara Zafeer hanya terpinga pinga bingung dengan soalan Alif

“Kau kenapa lif?” tanya Zafeer

Lelaki itu terdiam dan tidak bersuara sehingga Terry berhenti ketawa dan memandang Zafer yang masih lagi menuntut jawapan

“tak apa Zafer, ni latihan drama je” jawap Terry sebarang dan semakin membuat zafer mengeluh tidak memahami maksud dari ucapan Terry sebentar tadi.

Visual Feli , Alif dan Azizi dah syaa upload dekat FB yer...hehe

Share this novel

sylyayabia
2021-11-18 14:47:50 

syl yaya nma fb..gmbar bulan warna purple

sylyayabia
2021-11-18 14:45:33 

kenapa saya tak jumpa fb kamu..


NovelPlus Premium

The best ads free experience