33

Romance Completed 245339

Setelah kedatangan Wilona yang mengejut membuat Alex mengambil langkah berjaga jaga. Bukan senang untuknya memujuk Kela yang berjauh hati kerana kehadiran Wilona dan lelaki itu tidak mahu mengambil risiko lagi.

Orang luar tidak di benarkan keluar masuk rumah Alex sesuka hati hanya Lily,Mike dan Brandon sahaja yang di benarkan selebihnya harus melalui izin Alex.

ENAM BULAN KEMUDIAN

“Cik Zara..ari ni kita check up sama sama ya.” pinta Kela sambil mengelus perutnya yang sudah memasuki usia kandungan tujuh bulan

Zara dengan mulut yang penuh mengangguk dan menelan makanannya sebelum menjawap “ panggil kakak Kela. Tak baik tau budak kecik sebut nama orang tua”’ ucap Zara

Laila yang mendengarnya hanya tertawa.enam bulan belakangan ini tempoh yang cukup tenang buat keluarga Laila dan Arya kerana Alex dan Zara sudah boleh bertolak ansur dan jarang bertekak. Memandangkan Zara di buang oleh keluarganya hanya kerana mempertahankan kandungannya. Maka dengan itu Laila dan Arya sudah sepakat menganggap Zara salah satu dari keluarga mereka

“Amboi…dah sedar diri tua eh? Cuba tengok muka” kela sengaja mengusik Zara

“Mama tengok menantu kesayangan mama ni, semakin hari perangai semakin serupa dengan perangai Alex” adu Zara

“Nak buat macamana…kita tahan je lah. Moga kita semua sayang dia” tawa Laila di hujung ucapannya membuat mata Kela berkaca kaca

Jujur Kela merasa bersyukur di dalam hatinya kerana mendapat suami yang sangat menyayangi dirinya juga mertua yang baik berbanding ayah kandungnya sendiri yang sanggup membuang dirinya.

“Mama….”panggil kela membuat Laila menoleh “Terima kasih sebab sayang saya.” Ucapnya

Laila bangun dari kerusinya dan memeluk Kela” jangan menangis, tak baik sedih sedih nanti cucu mama juga ikut sedih”seloroh Laila membuat Kela kembali tertawa

“Mak Ton juga sayang kat puan” sampuk Mak Ton tiba tiba sehingga mengundang tawa semua orang

“Ni Kela dengan Zara nak pergi hospital nak mama teman tak? “ tanya Laila setelah melepas pelukannya

“mama tinggal je tak apa. Kita pergi sekejap je sebab Brandon dah uruskan temujanji kami berdua” ujar Zara

Laila hanya mengangguk setuju “nanti kalau jumpa dengan Brandon minta dia datanglah malam ni ya.kita makan sekeluarga, Mike dengan Lily juga ada nanti” beritahu Laila

“Kalau kita sempat jumpa. Sebab hari ni dia bertugas dekat emergency ganti kawan dia” jawap Zara

Perbualan mereka berlangsung panjang dan tempat kegemaran untuk mereka bersembang adalah dapur kerana sembang sambil makan.

“ni dua dua nak berangkat pukul berapa?” Arya yang baru sahaja dari taman belakang menyapa

“pukul dua kita berangkat pa” jawap kela

“papa tak sedap hati. Apa kata papa yang hantar awak berdua boleh?” Arya menawarkan dirinya kerana dari tadi perasaannya mengatakan pasti akan terjadi sesuatu dan paling di takutinya sekarang adalah takut terjadi sesuatu terhadap menantu kesayangannya.

“Tak apa pa. dekat je hospital tempat Brandon kerja. Hari ni Zara yang bawa kereta” tolak Zara dan semakin membuat hati Arya semakin tidak menentu. Nak halang deorang pergi tak boleh juga sebab dah janji. Lelaki tua itu hanya mampu berdoa sahaja di dalam hatinya.

Setelah bersiap siap dan bersalaman dengan kedua orang tua Zara dan Kela akhirnya memulai perjalanan mereka menuju ke hospital

“Kak zara..kenapa saya rasa kereta belakang tu ikut kita dari kita keluar rumah tadi eh” Kela menunjuk kan sebuah pacuan empat roda yang mengikuti mereka dengan kelajuan yang tinggi dan sangat dekat.

Zara mengintai melalui cermin pandang belakang “Kela..pegang elok elok akak cuba jarak kan diri. Kalau dia kejar makanya target dia memang kita” perintah Zara membuat Kela semakin risau dan hampir sahaja menangis.

Memang benar kereta itu ternyata mengejar mereka dan berusaha membuat kereta yang Zara pandu menepi.”Kela pegang elok elok” selepas berkata begitu akhirnya Zara menambahkan kelajuan

“kak Zara awas!!!!” jerit kela

Seketika orang ramai mulai menepikan kenderaan masing masing melihat terjadinya riuh rendah dan bunyi siren ambulance sayup sayup terdengar.

****
Sementara itu di hospital X

“Doktor Brandon kita kena bersiap sebentar lagi ambulance sampai membawa dua orang mangsa kemalangan wanita mengandung” beritahu salah satu jururawat

Belum sempat Brandon menjawap yang di nanti sudah tiba dan terlihat beberapa pegawai berpusu pusu membawa mangsa masuk

Seketika lutut Brandon melemah melihat siapa yang di usung masuk “ Zara, Kela…kenapa boleh jadi macam ni” ucapnya.

Sebagai seorang dokter, Brandon berusaha professional dan segera menangani kedua wanita itu. Memandang kan keduanya mengalami pendarahan yang agak teruk akhirnya para dokter lain yang terlibat mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan pengangkatan bayi demi keselamatan ibu dan anak.

Untuk pembedahan itu akhirnya di ambil alih oleh team pakarnya sendiri dan Brandon sendiri memilih untuk menunggu diluar bilik bedah

****

Sementara itu di DC Alex merasa gelisah kerana seharian isterinya tidak menghubungi dirinya dan ini sangat tidak biasa apalagi hari ini adalah jadual check up Kela ke hospital

Drrt….!!!drrt…..!!

Telefonnya bergetar menanda kan ada panggilan masuk tertera nama Brandon membuat Alex mengerutkan dahinya “ kenapa dia telefon masa ni” gumam Alex

“Hello Brandon” sapa Alex

“Lex, kau datang hospital sekarang. Kela ngan Zara accident sekarang masih dalam bilik bedah”

Bagaikan mendengar bunyi guruh di tengah hari buta. Jantung Alex bagaikan tercabut keluar mendapat berita buruk dari Brandon.telefon yang di pegangnya jatuh ke lantai bersamaan dengan masuknya Mike

“Lex!..kau kenapa?” tanya Mike yang melihat Alex sudah pucat dan kelihatan sangat sukar untuk bernafas

“Mike, hantar aku pergi hospital sekarang”

“mana?”

“tempat Brandon”

Mike mengangguk dan mengambil kunci kereta Alex yang berada di atas mejanya. Sengaja Mike tidak bertanya melihat keadaan Alex yang sudah serabut dan menitiskan air mata

“lily batalkan semua jadual Alex hari ni” arah Mike saat lalu di depan meja lily dan segera berlari mengejar Alex yang sudah berada di depan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience