Season 2 chapter 29

Romance Completed 245339

Selesai isyak, Zafer dan Terry pun sampai dan Alif mengeluarkan smirknya menatap Zara yang masih belum tahu keadaan sebenar.

“mummy….” sapa keduanya pada Kela dan di sambut Kela dengan senyuman gembira

“Terry…Zafer…lamanya mummy tak jumpa korang berdua” ucapnya kemudian mempersilakan kedua anak muda itu duduk di sofa

“Tuan Zafer..” panggil Feli yang masih ingat dengan Zafer kerana suatu ketika dulu dia dengan Azizi pernah bekerja di Café milik Zafer.

“Eh Feli…jangan panggil tuan..saya tak mampu nak pikul gelaran tu” seloroh Zafer. Dalam hatinya memuji Feli yang tidak pernah lupa dengan kehidupan susahnya dulu setelah kini di manja dan di sayang bagai puteri raja.

Setelah semua berkumpul akhirnya Alif membuka mulut “ Alif dah tahu siapa yang cuba nak langgar Feli” ucapannya di biarkan tergantung sementara Terry memerhati Zara yang masih lagi tenang seolah dirinya tidak terlibat

“Lif! Siapa?” tanya semuanya serentak

Alif menatap Zafer dan diam diam Zafer mengambil smartphone Tasha dan mulai mendail nombor Zara.

Drrrt!!!! Drrrtttt!!!!!

Handphone Zara bergetar nyaring di dalam hand bag nya menyita perhatian semua orang kerana suasana memang sedikit senyap. Dengan malasnya Zara mengambil handphonenya dan saat jemari Zara ingin men decline panggilan tadi malah Zafer terlebih dahulu menekan butang end call.

Selang tiga minit kemudian Zafer mengulangi lagi perbuatannya dan kali ini secara terang terangan di angkatnya tinggi handphone yang di pegangnya dan pada masa yang sama handphone Zara bergetar lagi sehingga membuat wanita itu sedikit gelisah

“Aunty Zara, tolong jawap phone” arah Alif

“Oh!..tak penting pun..biar lah paling agen insurance yang nak tawarkan pakej insurance” bohong Zara

Alif yang sudah hilang sabar merampas kasar handphone dari tangan Zara dan menolak butang hijau ke atas “Hello…”

Suara Alif juga bergema melalui handphone Tasha yang sudah di pasang loud speaker oleh Zafer.

“Lif! Kenapa? Apa semua ni? Tolong bagi tahu aku “ pinta Al yang baru sahaja sampai kerana tadi sudah berjanji akan datang kembali ke rumah Alif selepas habis syifnya.

“Al..maaf kan aku. Kau tanya mummy kau. apa yang dia dengan Tasha dah buat pada bini aku.” Tunjuk Alif pada Zara yang kini sudah mulai berpeluh begitu juga dengan Mimi.

Mummy!” panggil Al meminta penjelasan daripada mummynya

“Mummy tak tahu Al dan mummy tak kenal pun Tasha tu siapa” Zara masih lagi berusaha mendirikan benang yang basah

“Jadi mummy yang jadi dalang atas insiden yang menimpa Feli isteri Alif?” Al juga sudah hilang sabar dengan mummynya “Mummy jawap!!” teriakan Al menggema mengejutkan Zara dan yang lainnya

Feli yang dari tadi hanya mematung kini memeluk suaminya dengan erat dengan mata yang berkaca kaca

“Shhh…jangan takut sayang” pujuk Alif yang juga membalas pelukan isterinya.

Alex dan Mike baru dapat mencerna semua kejadian dan kini turut menatap zara yang sudah menunduk

“Zara, apa salah anak aku pada kau sampai kau nak bunuh dia?” tanya Mike dengan suara bergetar. Tangan isterinya di gengam erat untuk meminjam kekuatan dari wanitanya itu bagi menghadapi isteri dari sahabatnya sendiri.

“Sebab aku nak Mimi yang menikah dengan Alif! Dan dari dulu aku dah dekatkan mereka. Semua usaha aku sia sia dan malah anak kau yang menikah dengan Alif! Aku tak terima semua ni!” Zara akhirnya mengaku dan mengeluarkan semua yang terbuku di hatinya

“Mimi tak nak Alif mummy! mimi hanya nak jadi isteri uncle Mike!”

Tiara hampir sahaja terjatuh mendengar pengakuan gadis muda itu dan memandang suaminya lekat “sayang..”

“No honey, abang tak tahu apa apa” Mike menjelaskan pada Tiara takut isterinya salah faham

“Mimi..uncle hargai Mimi sebagai anak kawan baik uncle tapi uncle tak mungkin akan mencintai perempuan lain selain isteri uncle dan kalau pun kami tak rujuk kembali juga uncle dah ambik keputusan akan menyendiri sampai maut menjemput. Kau zara, jodoh, maut ada di tangan Tuhan. Kau kena redha Alif sekarang dah kawin dengan Feli” panjang lebar kata kata Mike di tujukan pada dua beranak itu

Kela mendekati Zara perlahan “ aku tak sangka Zara, hati kau masih busuk seperti pertama kali aku jumpa kau. kau tahu aku sayangkan Feli kenapa kau sanggup buat macam ni. Aku hampir sahaja kehilangan menantu dan cucu aku sebab kau.”

“kela…aku boleh jelaskan”

“tak perlu kau jelaskan lagi Zara. Aku dah muak bagi kau kesempatan” Kela memotong ucapan zara

“Lex…tolong aku…”pinta Zara yang sudah terisak dengan air mata buayanya

“Aku tak akan tolong musuh yang cuba untuk meruntuhkan rumah tangga anak aku Zara. Betul kata kela..kau sebenarnya tak pernah berubah. Kau nak semua orang ikut cakap kau. tapi kau lupa. Tak semua orang sudi duduk bawah telunjuk kau” ucap Alex

“Setidaknya pandanglah Brandon lex”

“jangan kaitkan nama daddy dalam urusan mummy.” sampuk Al yang masih lagi menatap mummynya dengan tatapan kecewa.

“Alif, aku minta diri dulu. Maaf semua, urusan mummy terserah kau Lif. Aku ikut je kalau kau nak penjarakan mummy, aku no komen” selesai berkata Al langsung pergi meninggalkan mummy dan adiknya dengan masalah yang mereka sendiri timbulkan.

Zara menatap kepergian Al dengan tatapan tidak percaya dan kini wanita itu terduduk tidak berdaya malah untuk menangis sahaja dirinya tidak mampu.

Feli melepaskan pelukan suaminya dan perlahan menghampiri Zara “Aunty Zara….” Gadis itu menangkup kedua pipi zara

“Feli minta maaf sebab kehadiran Feli semuanya jadi macam ni. Semua dah terjadi dan tak boleh undur balik. Kalau ada pun butang rewind dalam hidup kita. Berapa kali aunty ulang balik juga tetap Feli akan menikah dengan abang sebab semua tu dah tertulis dari awal lagi. Sekarang Feli minta aunty buka hati aunty terima semua ni dengan lapang dada” jemari halus Feli membelai lembut pipi Zara penuh sayang

“Feli…”Zara tidak mampu berkata kata. Melihat Feli yang sekarang mengingatkannya pada Kela suatu ketika dulu dan membuatkan rasa bersalah semakin besar di dalam hatinya.

“Menangislah aunty..tak perlu malu untuk menangis, tumpahkan semuanya sampai aunty lega”

“Feli…aunty minta maaf…” hanya itu yang mampu Zara ucapkan. Penyesalan itu memang selalu datang kemudian kerana tanpa perbuatan maka penyesalan itu tidak pernah ada.

“Feli janji akan pujuk abang untuk lepaskan aunty. Sebab Feli tidak mahu Mimi dengan abang Al terpisah dengan aunty. Feli pernah rasa membesar tanpa kedua orang tua itu sangat sakit dan tidak mudah sebab tu Feli tak nak orang lain turut merasakan apa yang Feli pernah rasa” betapa tulusnya hati seorang Feli.

“Sayang…”Alif memegang bahu isterinya

“Abang sayang saya tak?” tanyanya kemudian

“Abang sayang sangat sangat”

“Kita biarkan aunty Zara ya..tolong perkara ni selesai di sini” pinta Feli dengan mata berkaca kaca membuat Alif tidak sanggup untuk menolaknya.

Mike dan isterinya Tiara yang mendengar kata kata Feli sebentar tadi turut merasa terpukul dan merasa berhutang kasih sayang terhadap gadis kecil mereka yang kini bakal menjadi seorang ibu dalam hitungan bulan.

“Aunty akan bertanggungjawap Feli. Terry…Zafer…tolong hantarkan aunty pergi balai polis” Zara sudah mengambil keputusan.

Mimi meraung menangis menghalang niat mummynya tapi Zara sudah membulatkan tekadnya dan akan menjalani hukuman terlebih dahulu sebelum memulai lembaran baru dalam kehidupannya

“Mimi…jaga diri baik baik..dengar kata abang Al. jangan ulang kesilapan mummy atau daddy akan kecewa dengan Mimi” nasihat Zara sebelum pergi bersama dengan Terry dan Zafer.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience