21

Romance Completed 245339

Tak terasa sudah seminggu Laila berada di rumah Alex dan selama seminggu itu lah juga Kela berperanan sebagai pembantu rumah dan setiap hari harus sembunyi sembunyi memujuk suami nya yang terkadang datang mood tak semengah nya.

Selama seminggu itu juga Kela mendapat hobi baru bersama Mama Laila nya iaitu menanam bunga dan membuat mini garden

“mama…” Alex sudah datang mengena kan seluar pendek nya menuju ke taman belakang rumah di mana isteri dan mama nya sedang sibuk menanam bunga.

“Lex..tak keluar ke?” tanya Laila pada anak nya sementara Kela hanya tersenyum memandang suami nya

“Tak ma..Alex nak tolong mama tanam bunga boleh?”

Laila terkejut dengan kenyataan Alex sebentar tadi “Aik..dah buang tabiat ke anak mama ni tetiba je nak tolong mama tanam bunga?”

“Alex nak buat hobi baru tak salah kan?” tanya nya lagi tidak mahu mengalah

“ha…ya lah tu. Bantu la apa yang mampu” ucap Laila sambil tersenyum

Alex segera mendapat kan isteri nya “ ni apasal tanam kaktus ni? Dah lah tak pandai besar?” omel nya sambil melihat apa yang di tanam buah hati nya

“ini sukulen abang…bukan kaktus” bisik kela

“sama je kan? dah semua berduri macam sayang” sembur Alex

“eh eh…apasal pulak pagi pagi ni? Abang datang bulan ke?” tanya Kela

“Sayang dah tak sayang abang. Weekend macam ni lebih sanggup belai bunga jahanam tu dari peluk abang” tunjuk nya pada pokok kecil yang baru sahaja di alih Kela masuk pot

Kela hanya terkekeh dan tidak sekali pun ambik hati dengan ucapan suami nya itu

“Alex!..’ panggil mama nya

Dengan malas nya Alex bangun “ya ma?”

“Tolong ambik gi sini bunga Adenium tu?” arah Laila pada anak nya. mujur Alex jadi sukarela nak membantu. Ada juga tukang angkat

Alex tanpa banyak tanya terus menuju salah satu pasu dan mengangkat nya ke arah yang di tunjuk kan sang mama

Saat Laila berpaling “ Ya Allah…Lex..tu bukan Adenium…tu bunga keladi”

“Dah mama tak tulis nama bunga mana Alex tahu ni bunga keladi. Pas tu yang mama gi beli keladi ni buat apa nak tanam sini. Baik mintak Mak Ton masak je “ bebel Alex yang terpaksa membalik kan semula pasu tadi

Kela tanpa sedar akhir nya tertawa lepas. Begitu juga dengan mama nya. paling lucu adalah expresi yang di tunjuk kan oleh Alex.

“Tu keladi versi bunga anak mama…bukan keladi nak makan.”timpal Laila

Kela bangun dan menunjuk kan salah satu pasu. “Ni Adenium nya tuan” ucap Kela dengan tawa nya yang masih lagi tersisa.

“Hmm”respon Alex dengan muka merah padam menahan malu.

“Puan Laila…ni ikan keli ni nak masak macamana puan?” mak Ton datang mendekat

Laila biar pun terlahir di keluarga kaya raya dan mendapat suami yang juga seorang konglomerat tetapi selera kampung sangat melekat di lidah nya. jika di rumah, wanita tua itu sering minta di masak kan makanan makanan kampung

“Kela…kela pandai masak keli ke?” Laila memandang menantu nya yang sibuk dengan sukulen nya

“Kela selalau masak goreng berlada je ma” jawap Kela

“Mak Ton ganti Kela alih kan sukulen dia tu, biar Kela yang masak.” Arah Laila pada pembantu tua itu “Lex..gi tolong Kela siang keli dalam tu. Tak kan siang ikan keli pun tak tahu. Pas tu jangan jeling bunga keladi mama tu. Bukan untuk di masak” tambah Laila lagi.

“anakanda menurut perintah Mama Medusa” jeling Alex pada mama nya yang seolah sengaja mempermain kan diri nya terus laju mengikuti langkah Kela

Biar pun terpaksa menyiang ikan keli, Alex bersyukur akhir nya ada ruang berdua dengan isteri nya seketika.

“Abang pandai ke nak siang keli tu” tunjuk Kela pada keli yang masih lagi hidup di dalam singki

“Jangan kan keli kecik tu sayang…moyang keli pun abang pandai siang” Alex mendabik dada nya tapi siapa yang tahu di dalam hati nya geli setengah mati melihat keli itu masih lagi hidup

“Ni yang buat Kela sayang sangat kat abang” Kela menepuk pinggang suaminya sambil tersenyum. “selamat berjuang suami ku sayang…saya nak tanak nasi dulu. Lepas habis saya tumbuk semua rempah nanti mesti dah siap siang tau” tambah Kela lagi

“Sayang…” rengek Alex

“Apa abang…”

“Ni apasal keli ni tak mati mati lagi?”

“dah abang tak bunuh dia lagi” Kela menjawap sambil tangan nya sibuk membuat kerja

“Ya Allah ya Tuhan ku. Lembut kan lah hati bini hamba yang seolah tiada perasaan ini. Terseksa jiwa hamba Ya Allah.padahal hamba sayang setengah mati dan rindu setengah mati pada nya.”Alex sengaja mengeras kan suara nya untuk di dengar oleh buah hati nya

“Abang sindir saya ye..abang sindir macam ni pun keli tu tak mati tau. Abang takut keli ke?” kela menghampiri suami nya

“Abang tak takut sayang..tapi abang geli. Tu tengok licin nya badan dia” tunjuk Alex

“Geli ke takut?....” Kela memicing kan mata nya memandang suami nya yang masih lagi belum memulai kerja menyiang nya.

“Okey…sekarang abang siang”

Mendengar itu, kela memusing kan badan nya untuk mengupas bawang dan tiba tiba

Gedabak!

Kela terlompat sangat terkejut “Astaghfirullahaladzim……abang!. Apa abang buat ni” mengucap panjang kela di buat nya dan kembali berputar lalu melihat ke dalam singki sementara Alex hanya tersengih serupa kerang busuk

Kesian nya nasib si keli yang terpotong dua badan nya oleh kelakuan Alex sebentar tadi. Kela menggeleng kan kepala nya

“Ni bukan siang ikan nama nya abang…..ni nama nya potong ikan. Abang ada dendam apa lah dengan si keli ni sampai potong keli ni macam ni sekali?” omel Kela

Alex menggaru kepala nya yang tidak gatal mendengar bebelan dari isteri nya sambil sebelah lagi tangan nya masih memegang pisau. “tapi kan keli tu mati juga sayang” Alex masih lagi membela diri nya

“Dah…abang tolong kupas bawang sana. Biar saya yang siang ikan ni. Lama nya tunggu abang siang ikan pas ke besok pun tak makan” Kela menduduk kan Alex di meja tempat nya menyiap kan persediaan untuk memasak

Alex bukan nya mengupas bawang malah lelaki itu mengeluar kan telefon nya melayari you tube melihat cara menyiang ikan keli dengan benar.

“Owh….macam ni. Susah juga nak siang si keli ni. Kalau tak sedap juga ikan tu nanti esok esok jangan harap rumah ni masuk ikan keli lagi” bebel nya sambil mata nya masih lekat melihat video di you tube.

“Abang…..”

“Ya sayang..abang kupas sekarang”

Share this novel

Lian aen
2021-10-25 00:09:38 

HAHAHAHAA LAWAK

Nini Chandrauut5
2021-10-14 17:41:38 

very funny and refreshing, love it


NovelPlus Premium

The best ads free experience