season 2 chapter 22

Romance Completed 245409

“Abang....”Feli menatap suaminya lekat lalu menghulurkan balang yang di pakai Watie menyimpan serbuk creamer pada suaminya

“Sayang...ni kan balang tempat creamer, sayang letak mana creamer dalam ni?” Alif menatap hairan pada isterinya

“Saya dah letak dalam plastik.ni cepat” Feli masih lagi dengan huluran balangnya

“Sayang...”

“Tangkap berudu!”

Alif menelan ludah kasar membayangkan rupa berudu yang sangat menggelikan dan membuatnya meremang bulu roma

“Kita tangkap yang lain saja yer...abang geli tengok berudu” pohon Alif berharap isterinya melupakan niat ingin memelihara berudu

Feli menghentakkan kakinya “ tak apa saya tangkap sendiri dengan papa” terus menonong keluar dari bilik tidur dan berhajat menemui papanya yang masih di luar menunggu kedatangan Azizi

“Eits.....sayang tunggu.” Alif berlari mengekori langkah isterinya sampai ke depan

“Lif...ni apasal Feli merajuk macam ni?” Kela menatap tajam pada anak kesayangannya

Alif menggeleng laju “tak Mummy...Alif tak marah dia. Cuma Alif geli nak tangkap berudu je dan satu lagi nak cari berudu kat mana?” Alif membela dirinya sambil tangannya merangkul pinggang sang isteri dan memeluknya dari belakang.

Alex dan Mike yang mendengarnya hanya tersenyum lucu menatap pasangan muda itu yang berdebat hanya di kerana kan berudu

“Adik nak berudu ke?” satu suara menyampuk dari luar menyita perhatian semua orang ternyata Azizi yang dari tadi memberi salam tetapi tak seorang pun yang mendengarnya kerana kecoh di sebabkan nak cari berudu.

Feli menatap abangnya yang hari ini terlihat sangat berbeza dengan kemeja pejabat dan terlihat lebih dewasa dari sebelumnya

“Wah...zi..handsomenya kau” Feli memutar tubuh abangnya dan Azizi hanya menurut sahaja tidak mahu adiknya berkecil hati.

“Fel...panggil abang” pinta Azizi kemudian

“Tak nak...kita kembar kan. Saya nak jadi kakak saja”

Alif semakin bingung dengan perubahan isterinya yang mendadak. “ sayang...mana boleh macam ni..kan Azizi abang macamana boleh jadi adik pulak”

“Suka suka saya.. abang!!!!! Cari berudu!” kini berbalik lagi dengan topik tadi

Alif mengangguk laju “baik baik abang cari berudu, jangan nangis”

Dengan pasrahnya Alif menyambut huluran balang dari tangan isterinya dengan perasaan yang terpaksa “mujur sayang sangat. Kalau tak sumpah aku tak mau sentuh berudu tu” gumam Alif

“Papa teman Alif cari. Kita cari dekat parit parit depan sana ada kot” Mike menawarkan diri membantu menantunya yang terlihat bingung ingin mulai dari mana untuk mencari binatang tu

“Daddy juga ikut”

“Abang ikut sama”

Azizi dan Alex sama sama menawarkan bantuan membuat Alif berasa lega setidaknya dirinya berteman saat terjun ke dalam parit nanti .

Ke empat lelaki itu terus berangkat berjalan kaki menuju parit yang ada di depan dan terjenguk jenguk mencari berudu membuat jiran jirannya menatap hairan

“Encik Alif cari apa?” tanya salah seorang jirannya

Alif menggaru kepalanya yang tidak gatal “haha..saya nak cari berudu” jawap Alif kemudian menunjukkan balang yang ada di tangannya.

“Lif! Sini ada banyak berudu” tiba tiba Mike menjerit memanggil menantunya

Alif berlari di ikuti Azizi mendapatkan papa dan daddynya. Benar sahaja di sana banyak berudu sehingga membuat mata Alif terkedip terkedip tidak percaya dengan penglihatannya.

“Wah! Parit ni dalam, nak ambik macamana ni? “ Alif mudar mandir di tempatnya

“Kita turun sama sama” Azizi menawarkan diri

“Abang ipar kesayangan ku. Jom kita tunaikan permintaan tuan puteri Felicia Arini” Alif berdrama membuatkan Alex dan Mike tertawa lucu

Kedunya turun ke dalam parit dengan berhati hati tiba tiba

“Ngong!

Seekor katak yang sebesar tapak tangan berbunyi dengan nyaringnya kemudian melompat membuat Alif dan Azizi memaku di tempat mereka berdiri

“Alif..tepi kau ada katak besar “ tunjuk Azizi yang sebenarnya juga takut dan geli dengan binatang berkaki empat itu

Alif menoleh “Aaaaaaaa!!!!!!!!” jeritnya membuat beberapa ekor katak yang ada di sana jadi terganggu dan melompat tak tentu arah

“Alif jangan peluk aku! Aaaaa!!!! Katak atas kepala kau!” Azizi menolak Alif yang kini sudah memeluknya dengan erat dan matanya juga tertumpu pada seekor katak yang kini berada di atas kepala adik iparnya.

Keduanya saling menolak dan sehingga akhirnya berguling dalam air parit yang kotor dan berbau busuk. Mike dengan Alex yang dari tadi jadi pemerhati tertawa terpingkal pingkal melihat telatah kedua anak lelaki mereka di bawah sana yang bergelut dengan rasa takut demi menangkap berudu.

“Alif! Aku dah kata jangan peluk aku tengok sekarang apa dah jadi?”

“Zi. Kau tengok sekarang siapa yang peluk siapa?” Alif tidak terima dirinya di persalahkan walaupun pada awalnya memang dirinya yang mulai memeluk Azizi.

“dah! Jangan berdebat. Sekarang kita kena tangkap berudu kalau tak Feli akan menangis semalaman” Alif akhirnya membuka tudung balang dengan raut wajah sedih

“Kau kenapa sedih macam ni?” tanya Azizi yang perasan dengan perubahan wajah Alif tiba tiba

“Ni balang creamer kesayangan aku yang aku beli dekat Melbourne dulu dengan gaji pertama sebagai pekerja part time” ucap Alif

Azizi menggeleng kepala “ kenapa sikap kau sekarang ni sama dengan sikap Feli. Sekarang sayang balang ke sayang bini?”

“Aku sayang bini lah! “ ucap Alif kemudian perlahan mengintai berudu yang masih berenang renang di sekitar kaki mereka sambil merendamkan mulut balang itu sedikit agar berudu masuk dengan sendirinya

“Dah dapat!” Alif menaikkan semula balangnya dan melihat ada sekitar empat ekor berudu di dalam sana

Azizi tersenyum senang kemudian kedua lelaki itu melakukan Hi Five seolah baru sahaja menang piala dunia.

“Jom naik” Alif menghulurkan balang pada daddynya dan keduanya berusaha naik dengan bantuan kedua papa dan daddy masing masing.

Dari jauh balqis Menatap lekat lelaki yang akan di jodohkan dengannya nanti. Sebenarnya waktu Mike mengatakan ingin menjodohkan dirinya dengan Azizi, Balqis memang sudah mengintai di balik tangga dan mendengar semuanya dengan jelas sehingga membuat gadis itu berfikir kembali mengenai keinginannya.

“Aku akan cuba terima demi semua orang” monolog Balqis dalam hatinya dan berlari masuk kembali ke dalam rumah

“kak Qis! “Feli yang berpapasan dengan Balqis sedikit terkejut melihat kakak iparnya itu berlari masuk dari luar sedangkan dirinya tidak melihat Balqis keluar tadi.

“Fel..ambik tuala dik, Alif dengan Azizi tadi bergelumang dengan air parit kotor. Biar deorang mandi kat luar” Balqis berusaha tersenyum semanis mungkin

“Kak Qis....”Feli menatap lekat wajah Balqis yang sedikit pucat

“Fel...maafkan akak. Akak akan lepaskan papa Feli dan akak cuba move on”

Feli terharu dan memeluk erat tubuh Balqis “Terima kasih kak Qis,” ucapnya

Kela yang mendengarnya juga turut terharu dan menitiskan air mata bahagia
“Dah, Feli dengan Qis mandi siap siap nanti lepas maghrib mummy dengan daddy ada benda nak umum dan kita akan berkumpul dekat ruang tamu ni sebelum makan malam” perintah Kela

Feli tertanya akan pengumuman yang di maksud oleh mertuanya sementara Balqis sepertinya sudah dapat meneka apa yang akan menjadi topik hangat nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience