11

Romance Completed 245339

Jam sudah menunjuk kan pukul empat petang. Lily semakin gelisah kerana belum ada lagi tanda tanda kemunculan Kela. Lily menghubungi nombor telefon Kela tetapi terus bersambung dengan peti suara

“Ni mesti kecoh satu bangunan nanti ni” bisik Lily

Sementara itu di lobi sana Alex sudah melaju kan langkah nya menuju ke arah lift kerana tidak sabar ingin menemui gadis kecil nya itu yang dari tadi cuba di hubungi tetapi tidak dapat.

Ketiga penyambut tetamu tadi sudah kelihatan pucat melihat kehadiran sang tuan yang keliihatan nya tergesa gesa menuju lift

“Tu-tu-tuan Mike!” panggil salah satu nya saat Mike melintas di depan mereka.

Mike merasa diri nya di panggil dan menoleh. Hati nya punya firasat buruk melihat ketiga penyambut tetamu itu sudah pucat.

“Ya saya” respon Mike

“Tuan..Kela tadi di suruh Cik Ayu untuk mencuci semua tandas di bangunan ini tuan dan sampai sekarang kela masih belum kembali” lancar ucapan salah satu di antara mereka tiga gadis itu.

DEG!

“APA! Awak bertiga ada bagitahu Lily ke?” tanya Mike

Serentak ketiga nya menggeleng sehingga membuat Mike menepuk kening nya sendiri “ ini masalah besar dan

Kring kring

Telefon di meja receptionist berbunyi menambah kan lagi pucat di wajah ketiga nya “ jawap cepat” perintah Mike

****
“Lily. Kela dah makan ke?”tanya Alex saat lalu di depan meja Lily

Glup!

Lily menelan ludah kasar dan tidak dapat menjawap soalan dari tuan nya itu kerana batang hidung Kela pun masih belum muncul di sana sampai saat ini.

Kerana tidak mendapat respon dari Lily. Alex menunda kan langkah nya yang ingin memasuki pejabat nya sambil menoleh “ Lily” panggil nya lagi

“Tuan,..Kela masih belum naik lagi ke sini sampai sekarang” ucap Lily sambil menggenggam tangan nya. takut mendapat amukan dari tuan nya itu.

“APA!’ benar sahaja, suaranya kini sudah menggelegar “jadi Kela belum makan dari tadi?” tanya nya lagi

“Belum tuan. Saya dah telefon Dara. Kata nya dia dah drop kan Kela dekat lobi tadi dan melihat sendiri Kela masuk ke dalam bangunan pejabat” jawap lily sambil menunduk kan kepala nya

Perasaan cemas mulai menguasai Alex teringat akan Kela yang berdarah hidung nya dan kejadian di restoran seafood juga kembali menghantui nya Dan di tambah lagi dari laporan Lily kalau Kela masih lagi belum makan

“Panggil semua security bangunan untuk cari Kela sekarang dan harus di temu kan sebelum pukul lima. Kalau tak jumpa juga semua staff akan ot cari kela dan bonus tahunan akan saya potong” ancam Alex dengan wajah ketat nya. biar pun tidak meninggi kan suara nya tetapi tetap juga membuat lily panas dingin kerana Alex jenis yang akan mengota kan ucapan nya.

Para staff IT yang kebetulan berada di aras yang sama juga mendengar perintah dari Alex buat lily. Semua nya menawar kan diri untuk mencari keberadaan Kela. Keadaan jadi kelam kabut seketika

“Lex!” panggil Mike

“Mike tolong cari kela. Aku takut dia pengsan kat mana mana” arah Alex.

Mike mengangguk dan terus menarik tangan Lily setelah jauh dari Alex baru lah Mike mencerita kan kronologi kehilangan Kela sampai saat ini. Lily terlopong tidak percaya dengan kebodohan ketiga receptionist itu yang tidak segera menghubungi nya.

“Mike..jangan sampai Tuan Alex tau semua ni. Kalau tak kita semua yang kan kena tempias nya. jom kita cari kat bawah dulu” ajak Lily. Dalam hati nya menyumpah Ayu si staff baru itu yang baru hari pertama bekerja dah Berjaya buat semua orang kelam kabut.

Lily mulai mencari dari satu tandas ke tandas yang lain nya berdoa di dalam hati supaya Kela segera di temu kan sebelum Tuan nya semakin mengamuk

Lantai satu tiada jejak Kela dan akhir nya lily beralih ke lantai dua juga mengulangi perbuatan nya tadi “Kela…” panggil nya sesekali

“Cik Lily cari kela ke?” tanya salah satu staff

“Ya. awak ada Nampak ke?” tanya Lily balik

“tadi kela cuci tandas kat hujung tu dan kami menemu kan dia hampir pitam dan baru je di bawa ke bilik rehat oleh encik Kamal dan Daisy”

“Apa!...Ya Allah…malapetaka besar ni” pekik Lily dan segera berlari menuju ke arah yang di tunjuk kan oleh staff tadi.

“Kela….kenapa ni?”Lily tidak memperduli kan kehadiran kamal dan Daisy di sana dan fokus nya hanya tertuju pada Kela yang tengah berpeluh menahan sakit sambil menekan perut nya.

“Cik Lily…saya tak pa pa…Cuma gastrik je. Tadi saya belum makan dan pagi tadi saya tertinggal sarapan”ucap Kela lemah

“Kela…kenapa tak on telefon? Tuan tengah cari Kela tau. Semua staff IT dan security sekarang tengh kalut cari Kela satu bangunan”

“Maaf Cik Lily…telefon saya tertinggal dalam beg”

Lily mengambil tisu yang di hulur kan oleh Daisy dan mengelap peluh di dahi Kela.” Patut lah tuan Alex sayang sangat kat awak ni Kela. Saya yang perempuan ni pun luluh juga tengok muka comel awak ni” gumam Lily sambil membaring kan tubuh kecil itu di sofa

Kamal tolong telefon pejabat tuan Alex bagitau Cik kela ada kat sini sekarang” perintah Lily dan tanpa banyak soal Kamal pun terus melaksana kan perintah dari Lily.

“Cik Lily…jangan panggil Tuan singa datang sini. Nanti dia marah saya lagi. Saya tak nak” Kela bangkit dari baring nya

“Kela…tuan risau kan awak tau.dia marah pun mungkin sebab dia sayang kan awak. “ nasihat Lily sambil membetul kan poni Kela

“Ck” Kela berdecak halus tidak menerima apa yang keluar dari mulut Lily lalu kembali menekan perut nya

“Kela!”

Mendenagar suara itu Lily segera beralih ke tepi begitu juga Daisy dan kamal, kelihatan beberapa orang pegawai bahagian HR terjenguk jenguk kerana hairan dengan kehadiran Ceo tampan mereka itu di sana.

Kela hanya membisu dan menarik muka masam tidak memperduli kan kehadiran Alex. Lelaki itu kini bercangkung di hadapan Kela lalu membuka sendiri kasut yang masih melekat di kaki gadis itu

“Tuan,,,’” panggil Kela.

Alex hanya membisu dan selesai membuka kasut dan stoking yang di kena kan Kela akhir nya Alex mengangkat tubuh Kela “ Lily tolong bawa kasut dia”

“Tuan jangan…malu! Turun kan saya sekarang.” Kela meronta minta di turun kan

“Kela diam atau awak jatuh nanti”

“Tuan orang tengok sini lah..nanti apa kata orang tuan…..” Kela merengek tapi tanpa sedar tangan nya sudah berpaut cantik di leher Alex sehingga membuat kan lelaki itu menahan senyum

Lily sekarang boleh menarik nafas lega mengikuti langkah tuan nya dari belakang. Sementara Kela yang merasa malu di perhati kan akhir nya memilih menyembunyi kan wajah nya di dada bidang Alex.

****
Setelah meletak kan tubuh kela di atas sofa. Alex melabuh kan punggung nya di samping Kela dan menarik nafas dalam

“Apasal tak terus naik sini?”

“Entah”

Alex terkesima mendengar jawapan tidak terduga keluar dari mulut comel itu lalu menggeleng tidak percaya

“Kela..awak tau tak saya risau kat awak. Tadi buat apa? Cuba cakap” marah Alex lagi

Kela kembali menangis. Bukan nak bermanja tetapi kelaparan yang amat sangat membuat kan pikiran nya kosong dan akhir nya menangis.

Alex kembali kelam kabut “Kela…lah…sorry sorry…saya bukan berniat nak marah awak saya Cuma risau kan awak” suara nya kini mulai melembut

“Saya lapar” ucap Kela

“Ok..nak makan sekarang ke” Alex kalut mengesat air mata Kela yang mulai laju berlumba keluar dari kelopak mata nya

Tiba tiba Lily muncul dan membawa kan secawan Mee cup yang sudah siap tinggal di makan sahaja. “ Tuan” panggil Lily

“Lily..tak apa ke dia makan ni?” tanya Alex tapi tetap juga menyambut mee cup yang di hulur kan Lily pada nya.

“Cuba dulu tuan” Lily juga cemas melihat Kela yang memang sudah di tahap kebulur

“Tuan jangan tengok saya makan. Pusing!” arah Kela sambil mengambil mee cup dari tangan Alex “terima kasih Cik Lily” ucap Kela sambil memandang wanita cantik itu yang juga sedang memandang nya.

“okey..saya pusing, tapi habis kan mee tu ya” pinta Alex dan lelaki itu betul betul berpusing memberi ruang Kela mengisi perut nya yang sudah kosong.

Setelah Kela selesai makan baru lah Alex kembali berpusing.”macamana? masih lapar lagi tak?” tanya Alex

Kela sekadar menggeleng kepala nya kemudian meneguk mineral water yang di hulur kan Lily kepada nya.

“Sekarang bagitau saya, kenapa awak tak naik terus sini dan kenapa telefon tak on seharian?” tanya Alex lembut

“Alhamdulillah….selamat bonus saya Kela…Kela” Mike tiba tiba muncul tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu dan menyita perhatian semua yang ada di pejabat Alex

“Okey…Lex..ni semua sebab Ayu yang…”

“Tuan! Saya rasa nak makan aiskrim…boleh kita balik sekarang kan? dah pukul lima” Kela memotong ucapan Mike dengan alasan yang tidak masuk akal.

Alex mengangguk kan kepala nya “ jom la kita balik” ajak nya sambil menarik tangan Kela berdiri sama. Alex bukan orang yang bodoh tidak memahami situasi. Dia tahu Kela sengaja tidak mahu memberitahu nya apa yang terjadi dan lelaki itu akan menyiasat nya dalam diam tanpa pengetahuan Kela.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience