20

Romance Completed 245339

Pim { wasap notification}

Alex meraih telefon nya yang tergeletak molek di sudut meja. Bibir nya mengukir senyuman melihat nama “SWEETIE”yang tertera di layar

Sweetie : assalamualaikum abang…saya dah habis kelas dan sedang di jemput mama

Alex : waalaikumusalam sayang..mama ajak jalan terus ke? Nanti jangan lupa makan

Sweetie : agak nya kot.ya..nanti saya makan.abang juga jangan lambat makan

Alex : elok elok. Ada apa apa telefon abang.

Sweetie : ok abang, bye

Kela mengakhiri chat mereka membuat kan Alex berkerut dahi nya “ Ck…kenapa tak ucap sayang abang ka love you ke..ni ok abang,bye. Haha” Alex bercakap dengan diri nya sendiri dan mujur tiada siapa yang melihat.

Baru dua hari mama nya mengambil alih kela sudah membuat Alex merindu kan sosok comel itu. Biar pun Kela bukan jenis perempuan yang manja, tetapi kebersamaan nya bersama Kela sebelum ini sangat memberi kesan kepada Alex

“macam ni sekali aku sayang Kela” gumam Alex.

Tok! Tok!

Wajah Lily tersembul di balik pintu “ tuan..” panggil nya

“Ada apa Lily?”

“lepas ni tuan ada pertemuan dengan Tengku Farish dari Perkasa Holding tepat pukul dua di restoran X” Lily memberitahu jadual nya

“Tengku Farish? Ada projek ke dengan dia?” Alex seolah tidak menyukai lelaki yang baru sahaja di sebut Lily sebentar tadi

“Erm…Perkasa Holding berminat untuk bekerjasama dengan projek DC yang di Bali tuan”

“Saya ke janji nak jumpa dia?” tanya Alex bingung

“Beliau ada membuat temujanji dan tuan sendiri yang menetap kan hari ini tuan” jawap Lily lagi

“Baik lah kalau macam tu. Awak ikut sekali dan ajak Mike sama. Kita berangkat sekarang juga” Alex bangkit dari duduk nya dan di ikuti Lily dari belakang.

****
“Kela..cuba dress ni sayang” Laila mengambil salah satu dress berwarna putih dan berlengan separuh. Kini mereka berada di salah satu butik yang agak exclusive menurut Kela.

“tapi ma…”kela cuba menolak

“Dah…gi sana” Laila mendorong badan Kela menuju ke arah fitting room bersama dress di tangan nya

Kela tidak mampu menolak lagi setelah di paksa oleh Laila.gadis itu pun dengan berat hati nya masuk ke fitting room. Setelah selesai menukar pakaian nya, kela pun keluar untuk menunjuk kan dress separas lutut itu pada Mertua nya

Seketika Laila terpegun dengan sosok di depan nya “MasyaAllah…cantik nya menan..eh anak mama” Laila membetul kan ucapan nya yang tidak terdengar di telinga Kela.

“Mama…”panggail Kela setelah melihat wanita tua itu masih lagi tiada reaksi

“Cantik sayang…pakai terus ya..mama bayar dah.” Pinta Laila

“mama..aduh, jangan la macam ni. Saya jadi segan” tolak kela halus

“tak usah segan sayang..mama suka.” Laila berkata sambil melepas ikat rambut kela dan membiar kan rambut hitam pekat nan lurus itu terlepas “cantik…”puji nya lagi

Kela jadi malu sendiri mendapat pujian serupa itu dari mertua nya “ ma..jangan beli apa apa lagi buat saya ya” pinta Kela

“Kenapa? Kela tak suka ke?”

“Saya segan nak terima dah la mahal.” Ucap Kela.

Laila tersenyum penuh makna “dah jom kita pergi makan dekat restoran feveret mama” ajak nya

Laila segera menggandeng tangan kela berjalan beriringan setelah mengambil beg pakaian kela tadi yang di hulur kan oleh salah satu pekerja butik.

Kela tanpa banyak soal hanya mengikuti langkah mertua nya sehingga lah mereka memasuki sebuah restoran. biar pun sedikit letih tetapi Kela layan kan juga takut wanita itu terasa hati.

****
Setelah selesai perbincangan rasmi akhir nya Alex dan Tengku Faris hanya berbual secara formal dan membincang kan mengenai isu isu semasa. Mike juga sesekali ikut menimpali

Seketika mata Alex terbelalak saat melihat dua sosok manusia yang baru sahaja memasuki restoran dan paling membuat nya tak senang duduk saat melihat perubahan Kela. Mike yang perasan dengan perubahan wajah Alex langsung meihat ke arah tuju pandangan lelaki itu

“Alamak….masalah aku dah sampai” ucap nya di dalam hati

“Maaf kan saya sekejap” Alex meminta diri sekejap. Dan selepas itu terus menapak ke arah meja yang di tempati mama dan isteri nya

“mama…” panggil Alex tapi mata nya tertuju ke arah isteri nya

“Eh…Alex…kenapa boleh ada kat sini?”” Laila terkejut dengan kehadiran anak nya yang tidak terduga

“Alex ada meeting dengan wakil Perkasa Holding kat sini. Tapi dah selesai. Lepas ni mama nak pergi mana?” tanya Alex tiba tiba

“Lepas ni kami nak balik rumah. Kesian kat kela dah letih”

“Ma…Alex pinjam Kela sekejap boleh?”

“Nak buat apa?”

“Alex nak mintak tolong Kela buat sesuatu” bohong nya

“Bua tapa?”

“Ada la…ma..please..kejap je. Nanti Alex pulang kan balik” rayu nya

“Baik lah.kela ikut lah Tuan Firaun kela tu…” Laila menoleh memandang kela “tolong bungkus makanan buat Kela sebab dia tak makan lagi..mama pergi dulu. Ingat pulang kan Kela mama at five sharp.”

“Terima kasih ma” hati Alex kembali berbunga dan membei isyarat melalui ekor mata nya buat Kela supaya mengikuti langkah nya. Laila sendiri berlalu pergi setelah kela mencium tangan nya.

“Abang..kenapa tak tunggu mama habis makan dulu. Kesian mama” ujar Kela setelah kepergian Laila

“Mama tu abang rasa macam sengaja je buat abang macam ayam hilang anak. Sayang tak usah pikir lah. Paling lepas ni mama pergi café aunty Jun dan makan bersama dengan orang tua tu’

“ya lah nujum” Kela mencubit halus lengan suami nya.

“Sayang..kenapa pakai macam ni?”

“Tak cantik ke?

“Cantik…sebab cantik la abang tak berapa berkenan.”Alex memegang kedua belah pipi isteri nya

“EHEM EHEM…”seseorang berdehem dengan keras nya

“dah dapat lampu hijau kenapa tak di lari kan terus ke pejabat dan sambung kat pejabat. Nak bercinta kat sini ke?’sindir Mike sementara Lily hanya mengulum senyum

“Ck! Sibuk je dia” Alex menjeling Mike dengan jelingan maut nya

“Cik Lily, Tuan Mike apa khabar?” tanya kela sambil melempar kan senyuman manis nya.

“Khabar saya tak baik Puan kela..sebab saya pagi tadi juga merasa menjadi tahanan perang tuan Singa yang hilang bini dia malah terpaksa jadi cleaner paling handsome dekat DC” sindir Mike pada teman nya

Kela terkekeh..”Ni kerja abang ya?” tunjuk nya pada suami nya

Muka Alex merah padam menahan malu kerana mulut Mike yang tak ada filter itu isteri nya jadi tahu perangai tak semengah nya tadi pagi

“Jom..kela meraih tangan suami nya untuk segera pergi dari restoran itu. Kedua nya berjalan beriringan sambil berpegangan tangan dan senyuman pula tak lekang dari bibir Alex

Tanpa mereka sedari dari jauh sepasang mata memerhati kan semua gerak geri mereka dengan senyuman bahagia.

Share this novel

Roselind Lyne
2022-03-06 20:25:31 

Mak alex cam dh tau jer yg kela menantu dia


NovelPlus Premium

The best ads free experience