17

Romance Completed 245339

Kela menggeliat kan badan nya,terasa sesuatu yang berat kini melingkar di pinggang nya.mata nya membulat saat melihat suami nya sudah tertidur pulas di sebelah nya dengan tangan yang melingkar kemas di pinggang nya

Kela berusaha membuang selimut yang menyelimuti tubuh mereka “Astaghfirullahaladzim….abang!” jerit Kela yang menarik selimut nya kembali. Malu dengan keadaan nya yang sekarang tanpa Seurat benang.

Alex yang terbangun sejak awal Kela menggeliat tadi sengaja tidak mahu membuka mata nya dan berusaha menahan ketawa

“Abang!..eii.apa abang dah buat ni? Gatal firaun, pemaksa.” Kela mencubit suami nya beberapa kali melepas kan geram nya. sakit di selangkangan baru di rasa nya saat ini

Alex yang tidak tahan terus tertawa lepas, bangun menggulung isteri nya dengan comforter sebelum memeluk nya.

“terima kasih sayang dah jadi isteri yang sesungguh nya buat abang.”Alex menghadiah kan ciuman yang bertubi tubi di wajah comel isteri nya “UNCIK kesayangan abang” ucap nya kemudian

“Uncik! …uncik!..ni mesti abang dah jatuh cinta dengan saya awal awal lagi kan sebab tu buat kontrak mengarut macam tu. Siap nak cabut rumah la. Kunci rumah saya dengan mangga sebesar kepala gajah.paksa pindah rumah sampai kawin dengan abang.mengaku!” kela menjeling ke arah suami nya yang terlihat sangat seksi hanya mengena kan boxer dengan rambut yang sudah serabai menambah kan lagi pesona nya.

Alex tertawa memandang Kela yang sudah serupa kepompong kerana perbuatan nya sebentar tadi.” “Yep!..siapa suruh sayang nakal ha…kan dah terjerat.padan muka.”Alex mencubit hidung isteri nya.

“dah, dah, abang buka balutan comforter ni. Jom sambung balik tidur ni dah pukul dua pagi dah” Kela menunjuk jam di dinding dengan bibir nya

“abang tidur sini ya?’

“ya ya…cepat buka. Kang esok terlambat pulak”

Alex terus membuka balutan comforter yang membalut tubuh Kela kemudian menyerah kan gaun tidur yang baru di ambil nya dari almari.

****
Pagi pagi lagi pasangan suami isteri itu sudah keluar dari bilik dan sedang menuju ke café untuk sarapan pagi bersama.

“Ehem! …kata nya tak nak staff tahu konon. Tengok pakai baju pun sedondon. Siap pegang pegang tangan lagi tu” Mike yang tiba tiba datang menyergah dari belakang

Kela automatic menoleh ke arah Alex yang sudah tersenyum senyum dan kemuadian nya menepuk dahi nya sendiri.

Pagi itu kedua nya sama sama mengena kan T-shirt berwarna putih. Alex mengena kan jeans berwarna kelabu begitu juga dengan Kela yang mengena kan ankle jeans berwarna kelabu

“Abang dah pandai sekarang ya” sindir Kela

Alex hanya tertawa dan menarik laju tangan Kela untuk meninggal kan Mike di belakang. Masuk ke café yang sudah hampir di penuhi oleh staff DC termasuk Lily dan juga Ayu.

“Cik Lily, jadi betul lah Kela tu ada hubungan istimewa dengan Tuan Alex?” tanya salah satu Staff yang duduk di sebelah meja Lily

“Ada mata tengok baik baik. Ada mulut diam” tegur Lily penuh makna. Sementara itu Ayu memandang kela dengan penuh hasad dengki, Dalam hati nya menyumpah seranah keberuntungan Kela.

“simpanan tetap lah simpanan. Harap muka cantik boleh la jaja sana sini cari lelaki kaya” Ayu entah bercakap dengan siapa

“Menyindir diri sendiri ke Cik Ayu? Orang tua kata, manusia yang dengki ni hati dia hitam tau. Hati Cik Ayu dah hitam ke” sembur Lily yang langsung membuat Ayu terdiam tidak berani menjawap.

Sementara itu di satu sudut pasangan suami isteri itu sedang bersenda gurau sambil menikmati sarapan tanpa memperduli kan mata mata yang sedang memerhati kan mereka.

“Sayang…abang nak panggil Ayu datang sini” ucap Alex tiba tiba

“nak buat apa? Abang dah jatuh cinta ke dengan Cik Ayu?”

“Ck!..Uncik…kadang bijak kadang masuk air juga sayang ni” geram Alex setelah menepuk halus kening kela kemudia melambai ke arah Ayu meminta nya datang segera

“Saya gurau je lah” kela menggosok dahi nya.

Ayu melangkah maju menuju ke meja Alex dan Kela dengan senyuman yang di buat semanis mungkin dengan langkah yang meliuk liuk

“kenapa tuan panggil saya?” tanya Ayu dengan suara manja nya

Alex rasa mual seketika “ ni..tengok depan tu” sambil menunjuk ke arah Kela yang sedang menggigit croissant. Ayu pun menoleh

“dah tengok?” tanya Alex

“Dah tuan..Mikela Agatha” jawap nya dengan malas menyebut nama panjang kela

“Puan Mikela Agatha Dirgantara. She is mine bukan sebagai simpanan tetapi sebagai isteri yang sah” ucap alex

Uhuk! Uhuk! Uhuk! Kela tersedak teh panas yang di hirup nya sebentar tadi mendengar pengakuan berani mati dari suami nya

“sayang..” panggil Alex yang cuba mendapat kan Kela tetapi dengan cepat Kela mengangkat tangan nya menghalang Alex daripada bangun dari kerusi nya.

Ayu terlopong dan seketika pening nya datang tiba tiba mendapat kabar yang tidak terduga dari boss tampan nya

“Saya harap semalam adalah kali terakhir awak buli isteri saya,jangan ingat saya tak tahu semua akal busuk awak.lepas ni kalau awak masih cari masalah dengan isteri saya, awak sendiri tahu nasib awak macamana. Satu lagi..setelah Debbie kembali semula nanti. Awak akan menjadi cleaner mengganti kan Kela itu pun kalau awak mahu. Take or leave it.” Selesai dengan semua ucapan nya. Alex mengusir Ayu untuk kembali ke meja nya semula.

“Abang kenapa bagitau dia status kita” ucap Kela setelah Ayu duduk semula di tempat nya

“Supaya dia tak buli sayang lagi. Suka sangat ke kena buli? Nanti abang buli ya” gurau Alex

“Abang kejam lah suruh Cik Ayu jadi cleaner. Dia tu layak dapat kerja yang lebih baik” tegur kela

“Abang tak paksa. Abang bagi dia pilihan. Kalau dia nak terus kan kalau dia tak nak dia boleh cari kerja lain.” Jawap Alex santai.

Selepas itu kedua nya saling diam dan menikmati sarapan pagi dengan tenang nya.

****
Setelah selesai sarapan semua nya menuju ke tempat acara berikut nya. sebuah kawasan lapang yang akan di jadi kan tempat sukaneka. Alex melarang keras Kela terlibat dalam aktiviti lasak mengingat pesanan dari Brandon dan hanya duduk di samping nya saja menikmati karenah para staff yang sedang ketawa ria bersama keluarga masing masing

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience