28

Romance Completed 245339

Semenjak Kela mengetahui keadaan Zara, konsentrasi nya jadi terganggu dan terus memikir kan nasib wanita itu

“Sayang…kenapa ni? Sayang sakit ke?” Alex perasan dengan perubahan isteri nya.

Kela menggeleng “ tak lah..saya tak sakit” Kela menatap suami nya. “ Abang…boleh saya tanya sesuatu tak? Tapi abang jangan marah” pinta Kela

“Sayang nak tanya apa? Abang janji abang tak akan marah” jawap Alex yang kini dalam posisi berbaring di paha isteri nya kerana mereka sedang berdua di dalam bilik selesai makan malam.

“Abang dulu kan suka sangat dengan hiburan malam. Pernah tak abang terlanjur dengan mana mana perempuan sebelum nya?”

Alex bangun dari baring nya “ Sayang..dulu abang memang jahil abang juga sentuh air haram tu tapi abang tak pernah rosak kan anak orang. Sayang yang pertama dan terakhir buat abang” jawap Alex sambil memegang kedua pipi isteri nya

“Alhamdulillah..saya bersyukur abang tak tak pernah rosak kan perempuan”Kela memeluk erat suami nya

“sayang kenapa tiba tiba tanya soalan pelik macam ni? Ada apa apa ke?” Alex kembali bertanya setelah Kela merungkai pelukan nya

“Tak ada apa abang.” Jawab Kela

Tok! Tok!

Pintu bilik mereka di ketuk dari luar membuat pasangan itu saling berpandangan “Siapa?” tanya Alex dengan suara yang agak keras

“Mak Ton tuan”

Alex mengerut kan dahi nya “Mak Ton..apasal tiba tiba cari kita malam malam ni” gumam Alex

Kela turun dari tempat tidur nya untuk membuka pintu “ Ada apa Mak Ton?” tanya Kela

“Puan..maaf ganggu malam malam ni.Cik Zara langsung tak nak makan. Saya dah pujuk dah tapi dia menolak “ adu Mak Ton

“Tak apa lah, Mak Ton ambik bubur dari dapur bawa sini nanti saya hantar naik” arah Kela dan pembantu tua nya itu pun terus berlalu ke dapur

“Sayang …kenapa sayang peduli sangat dengan dia tu. Biar lah dia kebulur tak makan pun. Sayang tu nak kena rehat. Sayang tu tengah beerbadan dua tau” peringat Alex.

“Cik Zara sakit la abang…”

“Sakit panggil lah dokter. Yang deorang panggil sayang ni apasal?. Tak boleh! tak boleh! jangan naik” Alex merentang kan kedua tangan nya berjaga di depan pintu

Kela menghembus nafas berat ‘ Abang….”

“Abang kata tak boleh”

“Abang…..saya naik kejap je ya. bayang kan kalau esok esok saya sakit masa abang tak ada kat sini dan tak da orang peduli macam Cik Zara tu ha…abang nak buat apa?”

“Abang tak tahu..yang penting abang tak suka sayang peduli kat dia tu.”

“Puan…” panggil Mak Ton dengan bubur di tangan nya

“Apa puan puan? Ingat puan awak ni dokter ke? Semua nak kena puan buat ke?” marah Alex pada mak Ton

“Ya Allah…”Kela manarik telinga suami nya “ Mak Ton tu orang tua abang..cakap nak kena sopan sikit biar pun dia Cuma pembantu” marah kela.

Alex kembali menarik muka empat belas nya mendengus kasar tapi tidak memarahi isteri nya “Abang tak nak mintak maaf dengan Mak Ton!” ucap nya tiba tiba

“perangai….saya ni sangsi dengan umur abang sekarang ni. Betul ke tak yang tertulis dekat ic tu” geram Kela kemudia melangkah keluar mengambil alih bubur dari tangan Mak Ton “ mak Ton rehat lah…maaf kan suami saya ya Mak Ton”

Pembantu tua itu mengangguk dan tersenyum simpul merasa lucu dengan perangai tuan nya yang tidak semena mena

“saya nak naik pujuk Cik Zara makan. “ ucap kela kemudian

“Nak ikut!” seru Alex

“abang boleh ikut tapi jaga perangai” peringat kela dan di angguk oleh Alex

Kedua nya menapak perlahan menuju ke bilik atas dan Kela langsung saja memulas tombol pintu yang tidak berkunci

“Cik Zara…” panggil Kela melihat wanita itu terbaring lemah di atas tempat tidur

“Kela…kenapa awak naik sini?” tanya Zara tapi mata nya lekat memandang Alex yang berada di samping kela yang sedang memandang nya dengan muka kelat.

“Tanya lagi. Kalau bukan sebab awak yang manja tu. Bini saya tak naik sini lah semata nak pujuk aw..auw! sakit sayang…”Alex terjerit mendapat cubitan dari isteri nya.

“Abang…janji apa tadi?” jeling Kela tajam

Alex mendengus dan menatap Zara dengan tatapan yang sangat memusuhi sambil menyilang kan kedua tangan nya di dada. Yang penting lelaki itu kembali diam

“Cik Zara bangun makan bubur ni” pujuk Kela sambil membantu Zara bangun dari baring nya lalu menyandar kan wanita itu di kepala katil.

“Saya tak lalu nak makan” lemah ucapan yang keluar dari bibir wanita itu

“Nak kena makan sikit. Kalau tak nanti sakit perut” kela mulai menyuap kan bubbur ke mulut Zara.

Zara yang menerima perlakuan Kela itu merasa sangat terharu dan sekali lagi Zara mengalir kan air mata nya kerana layanan ikhlas dari gadis itu.

Alex yang melihat Zara menangis naik meluat dan memutar bola mata nya “pelakon wanita terbaik of the year” bisik nya

Sementara itu kela terus menyuapi Zara sehingga bubur di dalam mangkuk itu habis. “lepas ni Cik Zara rehat ya. baju ni pakai baju tidur yang lebih sesuai sikit biar tidur malam tak masuk angin” Kela menunjuk ke arah baju tidur Zara yang agak nipis.

Wanita itu hanya mengangguk “Kela…boleh saya peluk awak?” pinta Zara tiba tiba

“Eh!...eh!... tak boleh! jangan peluk peluk bini saya. Haram awak peluk dia tau” halang Alex dengan cepat nya memeluk tubuh isteri nya dari belakang.

“Abang….”

“Lex…bagi I peluk Kela kejap please…’ Zara memohon dan entah kenapa diri nya sangat ingin memeluk gadis comel itu dan keinginan nya itu sangat besar.

“Tak nak! Zara awak jangan pelik pelik okey. Kela ni perempuan. Saya tahu dia comel dan cantik. Awak jangan tukar selera secara tiba tiba. Kang saya betul betul telefon hospital mental baru awak tahu!” ancam Alex yang entah kenapa cemburu nya datang tiba tiba

“Astaghfirullahaladzim….abang. apa yang abang pikir ni? Eee….kotor betul la pikiran dia ni” marah kela yang merasa serba salah melihat Zara yang sudah menangis teresak

“Dah..dah.jangan menangis lagi. Lama lama saya kat sini. Mulut dia ni makin tajam nanti. Cik Zara rehat ya…saya turun dulu” kela mengesat air mata Zara dan memeluk nya sebentar

“Ho……sayang peluk juga perempuan tu ya.abang merajuk” Alex menapak keluar dari bilik itu dengan perasaan marah yang menggebu gebu.

Kela dengan cepat menyusul suami nya “abang….” Panggil kela

Tak ada respon dan Alex masih melangkah maju semaju bibir nya yang sudah muncung seperti mulut itik

“Abang merajuk ya..? Auw! Sakit! “ Kela memegang perut nya tiba tiba sehingga membuat kan Alex segera berpaling dan berlari naik semula mendapat kan isteri nya yang masih di pertengahan jalan

“Sayang…kenapa ni? Sakit mana? “ muka nya sudah terlihat cemas

“Tak merajuk lagi kan? jom balik bilik” ajak Kela yang tadi sebenar nya hanya berpura pura sakit untuk menarik perhatian suami nya

Alex terlopong tidak percaya bahawa diri nya sudah terkena muslihat sang isteri “sayang……”

Alex berlari mendapat kan isteri nya dan tanpa isyarat terus mengangkat tubuh kecil itu dan membawa nya masuk bilik “ nak kena kan abang ya” ucap nya geram membuat kan Kela tertawa perlahan melihat muka tampan itu kini berubah seperti udang rebus menahan geram nya.

Share this novel

Lian aen
2021-10-25 00:52:21 

Hahaha Sengal punya Alex


NovelPlus Premium

The best ads free experience