18

Romance Completed 245409

Selama seminggu acara sukaneka di ada kan. Ayu betul betul tidak berani mencari masalah dengan Kela lagi setelah tahu bahawa gadis itu sah menjadi isteri CEO DC. Berpapasan sahaha Ayu pasti akan membungkuk kan badan nya.

****
Setelah tiba di rumah dari hotel tempat berlangsung nya acara family day DC Kela dan Alex terkocoh kocoh naik sehingga kan para pembantu rumah kebingungan

Alex membantu Kela memindah kan pakaian nya ke bilik kosong yang berada di bawah sambil mulut nya sibuk membebel

“Sayang kenapa nak berahsia dengan mama semua ni? Cakap je lah sayang isteri abang kan senang” Alex membebel sambil menaiki tangga semula untuk mengambil sebahagian lagi pakaian Kela

“Abang…dah lah bebel tu. Mama on the way dah kan. cepat lah sikit sebelum tetangkap basah. Buat nya mama muncul tiba tiba kat depan pintu tu. Tak ke haru jadi nya” kela menyampuk dan kedua nya bekerja sambil adu mulut.

Mak Ton yang menyaksi kan hanya menggeleng kepala perlahan. Pembantu tua itu akhir nya membantu Kela menyusun semua pakaian Kela yang sudah berterabur di dalam bilik.

Bukan tiada alasan Kela melaku kan semua itu. Dari cerita mak Ton sebelum nya. Puan Laila sangat berkenan menjadi kan Zara sebagai menantu nya malah selalu mendesak Alex untuk segera melamar Zara. Seandai nya Zara tidak keras kepala demi mengejar kerjaya dan tidak mahu terikat dengan ikatan perkahwinan telalu awal, mungkin sekarang Zara dan Alex sudah mempunyai seorang anak. Itu lah yang di cerita kan oleh Mak Ton pada Kela.

Setelah bertungkus lumus akhir nya semua selesai dan baru sahaja Kela menarik nafas lega terdengar seseorang memberi salam dari luar

“Assalamualaikum…”

“waalaikumusalam…”Kela menoleh dan mendapati seorang wanita yang sudah agak berumur tetapi masih lagi cantik dan langsing bersama luggage besar yang sedang di seret nya

“mama…’ panggil Alex yang sudah siap mandi dan mengena kan pakaian santai rumah setelah tadi berpeluh kerana membantu isteri nya memindah kan barang

“anak mama…Alex..siapa ni?” tunjuk Laila pada Kela

“ma..ni kela”

“saya pembantu baru di sini puan” Kela memotong ucapan Alex takut brek mulut suami nya itu tiba tiba tak makan.

“cantik nya pembantu Alex..comel.sini sayang” panggil Laila

Kela seketika bingung menatap suami nya. sekarang hati kela tengah bermain drum dengan hebat nya. Alex pula memberi isyarat mengguna kan mata nya meminta Kela mendekat pada mama nya.

Perlahan Kela mendekat “ya puan..” panggil Kela sopan.

“nama Kela ya? kela tidur pavilion belakang ke dalam rumah ni? “ tanya Laila

“haha…saya tidur di sana puan” kela menunjuk kan bilik yang baru di tempati nya beberapa minit tadi yang berada di sudut kanan rumah.

“oh…sana..lex..sepanjang mama dekat sini. Mama nak tidur sebilik dengan Kela je lah ya. ada juga teman mama.”

“jangan ma!” bantah Alex

“kenapa tak boleh?” Laila memandang anak nya “ Kela…saya boleh tak tidur sebilik dengan awak? Ke ada masalah?” kali ini pandangan nya teralih pada gadis comel itu

Kela mengangguk kan kepala nya setuju sementara Alex sendiri sangat tidak setuju. Kalau mama nya sebilik dengan kela maka harapan nya nak bermanja dengan isteri nya terlihat pudar.

“mama berapa lama kat sini?’ tanya Alex

“lama kot kenapa?’

“mama tak boleh sebilik dengan Kela kalau mama lama kat sini. Dia masih belajar ma..pas tu kela lambat tidur malam sebab akan ulangkaji pelajaran. Semua tu pasti buat mama tak selesa” pelbagai alasan di cipta kan Alex sementara Kela hanya bertindak sebagai pendengar

“mama tak kisah pun..dah lah,mama nak rehat. Pintu bilik tak kunci kan Kela?” Laila berlalu menuju ke bilik Kela membuat kan Alex menarik muka masam

Di tarik nya tangan kela menuju ke dapur”sayang sengaja ke?” bisik nya di telinga Kela takut di dengar mama nya

.”senagaja apa pulak ni. Dah mama nak sebilik dengan saya. Tak kan la saya nak halau mama”

“sayang cuba lah tolak tadi cakap tak selesa tidur berdua macam tu ke. Kan boleh buat alasan”

“ni abang marah sangat ni kenapa?”

“tanya lagi. Habis sayang tidur dengan mama..abang nak peluk siapa? Tak kan abang nak cium guling tu kot.”muncung Alex sudah panjang ke depan

Kela berusaha menahan ketawa nya. “bang…ni nama nya ujian…abang kena redha tau.” Usik Kela

“kalau mama tinggal sini lebih dari seminggu. Abang akan halau mama tidur hotel” rajuk Alex

“Hush! Abang..tak baik tau jadi anak derhaka.” Nasihat kela

“habis malam ni tak boleh peluk la ni?” rengek Alex yang betul betul tidak terima isteri nya kini malah di jajah sang mama.

Kela akhir nya tertawa perlahan. Mak Ton yang mendengar juga berusaha menahan senyum. Baru kali ini tuan nya itu betul betul terlihat gelisah seperti cacing kepanasan.

“Kela…kela..” suara panggilan Laila

“Mama ni belum sampai satu hari duduk sini dah monopoli sayang macam ni” dengus Alex kemudian menjauh dari isteri nya

“Ya puan..”kela menghampiri mertua nya yang kini sudah duduk di sofa ruang tamu.

“Kela…buat kan saya teh panas boleh?”pinta Laila sambil tersenyum memandang Kela

“baik puan”kela berlalu ke dapur dan berpapasan dengan suami nya yang masih lagi dalam mood merajuk nya.

***
“Lex..macamana hubungan Alex dengan Zara?” tanya Laila setelah Alex melabuh kan punggung di samping nya

Alex memutar bola mata nya malas mendengar nama Zara di ungkit “ma…Alex dah tunggu Zara tiga tahun ma..tapi Zara tak nak balik sini lagi dan kata nya kat sana job dia tengah melambak. Alex ajak kawin dan lepas kawin dia boleh balik sana lagi terus kan kerja dia. Tetap Zara tak nak ma. Alex nak paksa macamana lagi?” panjang lebar jawapan Alex

“Lex…umur Alex dah tiga puluh tiga tahun nak. Mama nak ada menantu macam kawan kawan mama yang lain juga.nak juga merasa timang cucu. Kalau Zara tak nak kan Alex boleh cari perempuan lain”

Mendengar itu mata Alex kembali bersinar dan akhir nya layu semula selepas mendapat jelingan maut dari isteri nya yang sedang melangkah maju bersama teh panas di tangan nya.

Niat Alex tadi ingin memperkenal kan kela sebagai isteri nya jadi terbantut kemudian kembali merebah kan badan nya di sandaran sofa.

“Puan..Tuan sila kan minum teh panas ni”ucap Kela sambil meletak kan dua cawan teh panas di atas coffee table di hadapan suami dan mertua nya.

“Kela…” panggil Laila

“Ya puan” kela berpusing balik dan tidak jadi menerus kan langkah nya menuju ke dapur

“Panggil mama je boleh?” pinta Laila. Kela hanya tersengih tidak tahu harus memberi kan respon seperti apa

“esok lepas habis waktu sekolah teman mama jalan jalan dekat mall boleh?”

“jangan! Tak boleh!” seru Alex tiba tiba

“kenapa semua jadi tak boleh Lex? Mama nak tidur sebilik dengan kela tak boleh nak ajak Kela jalan pun tak boleh” Laila bertanya sambil mengerut kan dahi nya

“Sebab Kela nak kena bersih kan pejabat Alex lepas habis sekolah ma”

“Kan kela pembantu rumah sini. Kenapa pas ke pejabat pun kela nak kena kemas kan. Lex..! jangan kejam dengan pembantu lex..jangan jadi Firaun” marah Laila pada anak nya “kalau Alex kejam dengan Kela macam ni. Mama akan bawa Kela balik rumah mama.” Ancam Laila

“mama!..mama jangan pandai pandai nak ambik pembantu Alex macam ni” bantah Alex tidak suka

Kela yang mendengar nya sekuat hati menahan ketawa. Melihat wajah suami nya sudah memerah di kata kan firaun membuat hati Kela bagai kan di gelitk.

Share this novel

Rohani Hussin
2021-10-13 21:28:59 

Mama dia sndri pn gelarkan dia firaun..best la


NovelPlus Premium

The best ads free experience