4

Romance Completed 245339

Seperti biasa nya Alex pasti akan mendatangi kelab malam Aurora bersama dengan sahabat nya Mike.

Melangkah kan kaki ke dalam terus di sambut dengan pemandangan yang sangat luar biasa bagi para kaum Adam dan dentuman muzik yang memenuhi ruang kali ini sangat berbeza bagi Alex. Para wanita seksi yang terliuk liuk dengan body yang sangat menggiur kan sedang menari mengikut rentak yang sedang di main kan sudah tidak menarik minat lelaki itu

“Mike..aku tak jadi join” Alex melangkah keluar semula

“Wei Lex! Pahal ngan kau malam ni?” Mike hairan malam ini Alex tak seperti biasa nya

“Malam ni aku tak ada mood Mike, kau pergi lah nanti cakap dengan Brandon masuk kan dalam bill aku. Untuk malam ni aku belanja” jawap Alex yang masih belum menghenti kan langkah nya

“Without you? Are you serious Lex?”

“Aku cabut dulu” Alex masuk kembali ke dalam kereta nya meninggal kan Mike yang sedang terpinga pinga di tempat nya.

“Lex..kau betul dah kena Yassin dengan si Uncik ke?” tanya Mike pada diri nya sendiri kemudian ketawa sendiri.

“Woi! Kau ni dah kena sampuk apa sampai cakap sendiri macam orang lepas dari tanjung rambutan?’ teriak Brandon di telinga Mike

“Sial Brandon, aku tak pekak lagi lah sampai kau teriak kat telinga aku ni” marah Mike

“Hahaha..kau cakap apa tadi?” Brandon kembali bertanya

“Alex dah cabut dan aku yakin ada kaitan dengan si Uncik”

“Uncik?”

“Cleaner part time kat pejabat Alex, kau tahu budak tu lah yang pertama tama kena kan Alex dan sekarang Alex ikat budak tu dengan kontrak kerja gila”

“Maksud kau?”

“Kita lihat saja..Alex pasti akan kalah dengan pesona si uncik nya nanti” ucap Mike sambil tertawa

****
Alex memandu kereta nya tanpa arah tujuan yang pasti. Nak balik rumah terlalu awal dan kebetulan esok adalah ahad pasti bosan.

Seketika otak nya teringat akan Mikela. Dan berkat pemaksaan nya juga Alex Berjaya mendapat kan nombor telefon Mikela.

Tangan nya ligat memutar stereng mencari tempat parking sebelum menelefon Mikela. Dan setelah mendapat kan tempat yang sesuai Alex akhir nya mendail nombor gadis itu

“Assalamualaikum…” sapa Mikela terdengar lembut sekali di hujung talian

Seketika Alex terkesima kerana selama tiga puluh tiga tahun hidup nya, Alex hidup terumbang ambing tanpa didikan agama yang benar kerana mama dan papa nya terlalu sibuk mengejar harta duniawi

“Assalamualaikum tuan……” panggil Kela sekali lagi

“Waalaikumusalam,”

“kenapa telefon saya malam malam ni?”

“Share location awak sekarang?”

“tak nak..”

“Mikela…”

“tak nak!”

“Baik kalau saya dapat cari rumah awak malam ni..malam ni juga rumah awak saya cabut dan pindah kan depan rumah saya.”

“Tak takut..”

Tuut…..

Mikela memutus kan talian secara sepihak membuat kan Alex melempar kan Smirk.

“Uncik..mujur aku dah bersedia”

Alex menyala kan aplikasi Gps nya dan dengan senang nya bagi lelaki itu mencari rumah Mikela. Tidak sampai tiga puluh minit Alex kini berada di depan pagar rumah Kela yang sudah sangat usang

“Ck.Kela kela..pagar dah lah buruk, tak kunci pulak tu”

Setelah sampai di depan pintu, Alex mengetuk dengan keras. Setelah ketukan yang ke sepuluh baru lah

Klek!

Pintu terbuka dan menampil kan wajah bersih Mikela yang sedang mengena kan T shirt putih dengan seluar Palazo hitam di atas buku lali. Rambut panjang nya terbang bebas menambah kan lagi pesona gadis manis itu

“Tuan.!” Mikela betul betul terkejut

“saya datang nak cabut dan pindah kan rumah awak ni” ujar Alex santai

“Tuan jangan nak buat kerja gila” ancam Mikela

“Kalau tak nak saya cabut, jom teman saya makan” Alex balik mengancam

“Tapi…”

“Nak saya panggil tukang bongkar sekarang ke?”

“hish.ya ya..kejap saya ambik beg”Mikela masuk kembali ke dalam rumah dan mengambil beg silang nya.

“Ha! Dah jom!” ajak Mikela setelah menyilang kan beg nya

Alex tanpa banyak soal terus melangkah mengikuti Mikela dari belakang. Melihat rambut lurus kela yang berterbangan di terpa angin malam membuat Alex tersenyum sendiri.

“Awak nak makan apa?’ tanya Alex saat mereka berdua sudah berada di dalam kereta

“Kan tuan yang nak makan, kenapa tanya saya?” tanya kela balik

“saya tak nak makan sorang Uncik. Kalau awak tak makan saya tak nak makan” ujar alex

Kela memutar bola mata nya sangat malas melayan mood tuan nya itu

“Jom pergi gerai ayam penyet” ajak Kela

Alex hanya menurut dan mungkin ini lah pertama kali nya bagi lelaki itu makan makanan yang bukan dari restoran mewah.

Sesuai arahan Kela kini mereka telah duduk berhadapan dekat kedai makan yang khas menjual nasi ayam penyet. Alex menyerah kan semua nya pada Kela untuk memesan makanan kerana jujur Alex tak tahu harus berbuat apa.

“Uncik!’

“panggil saya kela tuan”

“Kela, awak tinggal sorang ke?” mata Alex lekat menatap ke arah wajah Kela

“Ya..sebelum ni saya tinggal dengan ibu..tapi ibu dah tak de. Jadi tinggal saya sorang”

“ayah awak?”

“Ayah..dia dah ada keluarga baru jadi tinggal dengan keluarga baru dia” terlihat sendu di raut wajah kela

“maaf” Alex sedar diri nya telah membuat gadis itu kembali mengingat peristiwa sedih

Kela hanya meggeleng kepala sambil tersenyum. Perbualan mereka terhenti saat pelayan menghantar makanan mereka.

Kela bangun menuju singki untuk mencuci tangan dan kembali duduk semula dan semua perlakuan Kela tertangkap mata tajam Alex

“Awak apasal cuci tangan”

“nak makan kan? kena lah cuci tangan” jawap kela dan setelah menyedut teh ais yang di pesan nya, Kela mula makan mengguna kan tangan

Diam diam Alex menangkap gambar Kela yang sedang mengaduk nasi dengan tangan. “Amazing Uncik” puji Alex di dalam hati nya

Keadaan kembali senyap kerana kedua nya sedang menikmati makanan yang sudah terhidang di depan mata.

Alex suka dengan sikap kela yang tak perlu berlagak anggun di depan nya seperti perempuan lain. “Mikela” panggil Alex

“Hmm” respon kela kerana mulut nya kini penuh

“Nak ayam awak sikit boleh?”

Kela tanpa banyak bantahan terus mengangkat ayam di dalam pinggan nya dan meletak kan di pinggan Alex.

“Saya nak sikit je”

“Tuan ambil lah semua, tak habis nanti jadi membazir” jawap Kela setelah menelan habis makanan nya kemudian bangun semula untuk mencuci tangan. Sementara itu Alex dengan senang hati nya melahap ayam yang di beri Kela sebentar tadi sementara menunggu kela yang agak lama sekadar mencuci tangan.

“dah..? “ tanya kela

Alex mengangguk dan ingin membayar makanan tetapi di Tarik Kela untuk segera keluar “ uncik makanan kita tak bayar lagi tak kan nak lari macam tu saja” Alex mengerut kan dahi nya

“Saya dah bayar.”

“apa?”

“Anggap saya belanja tuan sebagai rasuah supaya tuan tak ada niat lagi nak cabut rumah saya” jawap Kela tertawa perlahan dan terus melangkah keluar dari gerai di ikuti Alex yang sedang kebingungan.

Share this novel

Roselind Lyne
2022-03-06 15:18:07 

Uuuuu..kuatnya kau alex nk cabut rmh uncik

Syaa
2021-10-08 10:44:21 

Daily update...

Hawani Hashim66
2021-10-08 10:39:59 

lucu uncik ni....tq update...next ya sabtu ahad ada new chapter x


NovelPlus Premium

The best ads free experience