8

Romance Completed 245409

Tok! Tok!

Pintu pejabat Alex di ketuk dua kali sebelum di buka dari luar. Ternyata Mike yang datang ke pejabat Alex. Lelaki itu hairan melihat Kela yang dengan santai nya duduk di sofa sambil membuat kerja sekolah.

Alex memberi kan isyarat supaya Mike duduk dulu sebentar kerana diri nya masih lagi menjawap panggilan dari client penting

Tanpa menunggu lama lagi Mike melabuh kan punggung nya di sofa berhadapan dengan Kela. Melihat seseorang duduk di depan nya Kela berpaling dan mengangguk pada Mike kemudian menerus kan kegiatan nya semula

“Mikela..awak tak bekerja ke?” tanya mike dengan suara rendah

“haih..tuan jangan tanya begitu. Sekarang saya ni tahanan perang dan tak boleh melangkah selangkah pun dari pintu tu” jawab Kela sambil menunjuk arah pintu masuk pejabat Alex

“Tahanan perang?” Mike mengerut kan dahi nya

“Tu” Kela menunjuk Alex dengan dagu nya “ tahanan Encik Singa lapar yang baru lepas dari Zoo. “

Mike tertawa lucu dengan ayat yang keluar dari mulut comel gadis itu “patut lah awak jadi tahanan encik singa” ucap Mike dalam sisa tawa nya

“Hish!” Kela menjeling tajam

“Kalau encik singa tu tak tawan awak. Mungkin awak akan jadi tawanan saya sekarang ni” usik Mike lagi. Dalam hati nya Mike juga diam diam mengagumi kecantikan Kela apatah lagi di tambah dengan kepetahan mulut nya yang mematah kan ayat ayat lawan bicata nya.

“Ehem..berani ke?” soal Alex sambil menatap tajam ke arah sahabat nya lalu duduk di samping Kela

Mike mengangkat tangan tanda menyerah “sorry bro..” ucap nya

“Ni ada apa awak datang sini?” tanya Alex dengan raut yang tidak suka

“Minggu depan adalah family day bagi DC” singkatan bagi Dirgantara Corp.

Alex terlihat memikir kan sesuatu.”biasa di buat dekat mana?” tanya Alex

“sebelum ni para panitia akan menyewa sebuah hotel yang full fasilities termasuk padang sekali untuk acara sukaneka..diadakan seminggu. Sebelah pagi para pekerja akan bekerja seperti biasa dan sebelah petang pulak di lanjut kan dengan acara family day. Selama seminggu full para pekerja akan tinggal dekat hotel bersama keluarga mereka. Itu cara uncle Arya dahulu untuk menghargai pekerja nya selain memberi bonus” jawap Mike panjang lebar.

“serah kan pada panitia yang sebelum nya untuk mengatur semua. Saya tak ada bantahan selagi semua nya berjalan lancar” ucap alex.

Kela merasa senang di dalam hati nya kerana selama seminggu nanti dia boleh berehat dekat rumah tanpa masuk pejabat menghadap tuan singa nya

“Uncik. Awak tak ada sesiapa kan..saya juga sama. Kita jadi satu keluarga nanti” pinta Alex secara tiba tiba

“Wah!..eh jangan tuan. Tuan datang lah dengan tuan Mike. Saya tak nak datang”bantah Kela

“Baik, buang nama saya dari senarai yang akan ikut sekali” arah Alex pada Mike

“ha!” jerit Mike dan Kela bersamaan

“Tuan..alah…jangan la buat saya serba salah macam ni. Tuan tu CEO patut datang. Kalau tuan tak datang makna nya tuan tak menghargai para staff yang lain nya tau” nasihat Kela

“Saya tak nak datang kalau awak tak ikut”

Mike mengedip kan mata nya pada Kela memberi isyarat agar gadis itu mengiya kan permintaan Alex sebentar tadi

“Ni Tuan Mike apasal terkedip kedip je dari tadi pandang saya. Tuan cacingan ke?” tanya Kela

Mike menepuk dahi nya mendengar ucapan Kela sebentar tadi sementara itu Lily yang baru sahaja masuk membawa kan kopi sekuat hati nya menahan ketawa yang hampir saja lepas. Terkadang apa yang keluar dari mulut Kela selalu tidak terduga.

Alex sudah menatap Mike tajam meminta penjelasan atas apa yang di ucap kan oleh Kela sebentar tadi.Mike sangat faham dengan maksud tatapan yang di layang kan Alex itu.

“Kela..saya bukan cacingan. Saya ni bagi isyarat kat awak supaya mengiya kan permintaan tuan singa awak tu” tunjuk Mike pada Alex yang wajah nya sekarang ini sudah masam seperti cuka

“oh….cakap je terus terang. Tak payah terkedip kedip. Kan saya jadi salah faham” timpal Kela dengan muka tak bersalah nya sehingga membuat Mike menyandar kan badan nya ke sandaran sofa

kini Lily sudah tidak dapat menahan tawa nya lagi, begitu juga dengan Alex yang tadi nya mencuka kini sudah tertawa lepas bersama Lily.

“hahaha…lucu kan?” Mike menatap Lily yang baru sahaja berhenti ketawa dan berniat keluar bersama talam di tangan nya.

“Uncik! Ikut ya.” rayu Alex lagi

“Ck..ya ya ya tuan pemaksa yang bijaksana” jawap Kela

Baru lah terlihat raut wajah Alex kembali bersinar “ info kan pada panitia letak kan bilik Kela bersebelahan dengan bilik saya” Arah Alex pada Mike.

Mike bangkit dari duduk nya. “Mikela…sekarang butang onn off tuan Singa ada pada awak” ucap Mike penuh makna lalu memain kan poni Kela dengan geram

“Ck! jangan sentuh dia gatal!” marah Alex pada Mike lalu menepis tangan Mike supaya tidak menyentuh poni Kela lagi.

“saya rasa tuan berdua ni dah kurang sihat dan patut mendapat kan rawatan” gumam Kela sambil menggeleng kan kepala kemudian kembali menelaah buku nya

Setelah Mike keluar dari pejabat nya, Alex juga kembali menyambung kerja nya semula. Dari meja nya Alex menatap Kela cukup lama.

“Aku betul betul dah gila dan hilang akal agak nya. kenapa aku jatuh sayang dengan budak ni, malah aku tak sanggup nak berjauhan pun dengan dia” batin Alex sambil meraup wajah nya dengan kasar.

“Uncik!”

“Hmm..” respon Kela tanpa menoleh

“Kela..kalau bercakap dengan orang boleh tak tolong tengok muka orang tu” tegur Alex

Kela mengangkat wajah nya menatap kea rah Alex sehingga membuat jantung alex bekerja tidak normal dari biasa nya

“Tuan ada nak saya buat apa apa ke?”

“Malam ni pindah rumah ya”

“Tak nak..”

“Kela…”

“Saya tak mau Tuan.”

“Awak tak perlu bayar sewa. Hanya duduk je sana. Tak masalah kan?”

“Itu nama nya saya mengambil kesempatan tuan. Saya tak mau mengambil kesempatan ke atas tuan. Lagi pun saya selesa tinggal kat rumah tu” jawap kela

“Saya risau kan awak Kela. Saya Nampak awak macam kurang sihat dan muka awak sedikit pucat. Kalau awak tinggal kat apartment saya, sekurang nya awak ada tempat yang selamat dan lebih bersih. Rumah awak tu dah usang sangat Kela.” Pujuk Alex

“tetap saya tak nak.”

“Tak ada bantahan Kela.” Putus Alex dan kembali menyambung kerja nya. Kela yang sememang nya malas nak berfikir banyak pun menerus kan menelaah buku nya semula tanpa menyedari Alex sudah meminta orang suruhan nya memindah kan semua barang Kela ke apartment kosong lelaki itu.

Share this novel

Lian aen
2021-10-24 22:46:35 

HAHAHAA SINGA LAPAR

Hawani Hashim66
2021-10-09 19:32:48 

habis la uncik ..tq update...sabtu n ahad ada ke new chapter


NovelPlus Premium

The best ads free experience