3

Romance Completed 245339

Setelah masuk Mikela segera mengemas dan menyapu bilik pejabat yang sudah seperti tongkag pecah dengan kertas yang bergulung di lempar merata rata arah belum lahi cebisa cebisan kertas yang halus

“Uncik!” panggil Alex

Kela tidak menghirau kan nya dan terus dengan kerja memungut kertas di atas lantai sambil mencangkung

“Mikela Agatha!” sekali lagi Alex memanggil

“Saya tuan”respon Kela

“Tadi saya panggil awak tak jawap kenapa?”

“Salah, baru sekali ni tuan panggil nama saya” jawap Kela

“tadi saya panggil awak Uncik”

“Saya dengar”

“dah dengar kenapa tak jawap?”

“sebab bukan nama saya tuan” senang je jawapan kela “ada apa tuan panggil saya?” tanya Kela dengan muka selamba

Alex melempar kan sekeping kertas di atas meja “ baca dan sign”

Kela segera mengambil dan membaca setiap point.”rule number one, jangan jatuh cinta dengan saya. Kedua ikut semua cakap saya, ketiga sentiasa lapor kemana pergi” kela mengerut kan dahi nya

“Wah…..ni dah tahap tahanan” ucap nya sambil bercekak pinggang “yang pertama saya tak kisah dan tak mungkin saya jatuh cinta dengan orang tua macam tuan” sambung kela lagi

“What!? Saya baru tiga puluh tiga Uncik..tua dari mana?”

“kalau tuan dah lupa, saya ni baru masuk Sembilan belas tahun. Tak tua macamana Tuan di banding saya?”jawab Kela lagi tak mahu kalah. Tanpa mereka sedari Mike telah masuk ke dalam dan melihat sendiri perdebatan itu.

“Sign!”

“Tak nak!”

“Mikela Agatha sign!” paksa alex meminta Kela menandatangani kontrak perjanjian kerja nya

“Saya tak nak. Semua tu tak menguntung kan saya, kenapa saya pergi mana mana pun nak kena lapor?tu semua dah luar dari bidang kerja” tolak kela

“Kela sign atau Debbie saya pecat?”

“Wah..wah…”kela bertepuk tangan “ kenapa Tuan seret nama Puan Debbie pulak sekarang?”

“Sign Mikela sebelum awak menyesal”ancam Alex yang tidak menerima penolakan dari Mikela

Setelah perdebatan panjang akhir nya Mikela terpaksa mengalah dan di paksa menandatangani kontrak yang telah di sedia kan oleh Alex. Lelaki itu tersenyum menang menatap Mikela yang sudah menarik muka masam

Tanpa menunggu lama lagi gadis it uterus berlalu membawa penyapu dan plastic sampah keluar dari bilik boss pemaksa nya

“Uncik! Tolong bawa kan kopi!” panggil Alex sebelum Kela betul betul menghilang di balik pintu

‘Baik Firaun” jawap Kela dan segera menutup pintu

Setelah pintu tertutup rapat, Mike terus menduduk kan diri nya di sofa berhadapan dengan Alex

“Lex…aku tak rasa kau masih normal sekarang ni” ucap Mike

“kenapa? Kau ingat aku dah tukar selera lawan sejenis ke?” tanya Alex kembali

“Bukan tu maksud aku, tadi aku tengok kau layan budak tu tadi memang tak normal dengan kontrak kerja dia yang kau paksa sign ni menambah kan lagi senarai tak normal”

“Aku tahu apa aku buat. Kau jangan risau. Aku tak akan jatuh cinta dengan budak hingusan macam dia tu.” Ucap alex dengan sombong nya.

“Kita tengok je Lex..aku tengok budak tu bukan main lagi comel. Malah lebih comel dan cantik dari si zara. Jangan esok kau pulak yang termakan kata kata kau ni” nasihat Mike.

Alex hanya tersenyum dan menggoyang kan tangan nya di udara. seketika Perbualan mereka terjeda dengan kehadiran Kela yang datang bersama dua cawan kopi dan meletak kan nya di atas meja

“Kau ada buat sesuatu ke dalam air ni tadi ?” Alex bertanya curiga takut kela mengerjai nya

“Saya baca kan Yassin dalam tu supaya hati Tuan tu lebih lembut lagi dan jangan macam Firaun” jawap kela dengan berani nya kerana masih marah dengan pemaksaan menanda tangani kontrak kerja gila tadi.

Mike yang sudah menghirup kopi nya jadi terbatuk dengan ucapan berani mati Kela tadi “uhuk! Uhuk!”

Alex terpaksa bangun dan menepuk belakang Mike untuk mereda kan batuk nya yang tersedak kopi panas

“Uncik!” mata Alex tajam menatap gadis itu yang melihat nya dengan wajah tak berdosa

“Maaf kan saya Tuan. Saya akan menjalani hukuman saya dengan mencuci semua tandas yang ada di bangunan ni” niat Kela hanya ingin lepas dari Alex sementara

“Siapa yang hukum awak?”

“Inisiatif saya sendiri” jawap kela santai

“Sekarang awak keluar duduk dengan Lily sana jangan pergi mana mana sampai saya panggil awak balik” arah Alex

Tanpa banyak soal Kela pun keluar dan terus menuju ke arah setiausaha boss firaun nya “kak..boleh saya duduk sini?’ tanya kela sopan

“Oh..duduk lah..awak Mikela Agatha kan?” tanya Lily memasti kan

Kela hanya mengangguk kepala nya

“Tuan Alex dah siap kan meja ni untuk awak. Jadi sekarang awak boleh buat apa saja yang awak nak sampai Tuan Alex bagi awak tugas lain” jelas lily dengan ramah.

****
“kau datang ni ada apa?” tanya Alex pada Mike

“Sial betul kesayangan kau tu. Hampir je aku mati tersedak” umpat Mike sehingga membuat Alex tertawa sama “ Ni kita ada meeting dengan client dari jepun jam dua nanti. Aku nak tanya kau..kau nak handle sendiri ke aku yang handle?”

“Kau boleh handle ke?” tanya Alex

“Boleh rasa nya sebab mereka pun hantar wakil je”

“kalau macam tu aku serah kan pada kau handle client tu, kalau perlu bawa lily sekali”

“kalau macam tu aku masuk bilik aku dulu lah” Mike langsung berdiri “ eh malam ni macam biasa ke?” tanya Mike pada sahabat nya itu sbelum melangkah keluar

“Tengok keadaan nanti aku bagitau kau kalau ada perubahan” jawab alex

Mike menutup pintu dan terus mendapat kan Lily untuk mengajak setiausaha cantik itu menemani nya meeting dengn client nanti.

Mata Mike terus menangkap sosok kela yang sedang sibuk mungkin tengah mengulangkaji pelajaran kerana semua barang Kela telah di pindah kan dari ground floor ke tempat duduk nya sekarang.

“Cantik juga budak ni” monolog nya di dalam hati

Lily yang menyedari arah pandangan Mike terus memukul kepala lelaki itu mengguna kan kertas di tangan nya.

“hehe..lily..”

“Uncik!”

teriakan Alex dari depan pintu menghenti kan ucapan Mike seketika. Sementara Kela hanya mampu menarik wajah masam kerana Alex masih memanggil nya dengan pang-ilan Uncik.

“Masuk!” panggil Alex

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience