season 2 chapter 21

Romance Completed 245409

“Qis...dokter cakap Qis tertekan.cuba cakap dengan daddy apa yang buat Qis tertekan?” Alex meminta waktu bersendirian dengan Balqis dan meminta yang lain keluar termasuk isterinya.

Balqis masih lagi terdiam seribu bahasa. Hanya tangannya yang bergerak mengeratkan pelukan pada bantal gulingnya

“Qis...daddy mohon sayang. Diam tak akan menyelesaikan masalah” Alex memegang bahu Balqis dan mengusapnya lembut

Kali ini Balqis memberi respon dengan menatap daddynya lekat “ daddy janji akan bantu Qis keluar dari masalah ni?”

“Daddy janji Qis, pernah ke daddy bohong dengan Qis selama ni? Tak pernah kan?”

Balqis menelan ludahnya kasar sebelum meneruskan membuka mulut “Qis nak kawin dengan uncle Mike!”

“Hah!” Alex memicit pelipisnya mendengar apa yang di pinta oleh anaknya

“Daddy janji akan bantu Qis keluar dari masalah ni kan? Qis dah cukup umur untuk kawin dan Qis nak Uncle Mike yang jadi imam Qis” pintanya lagi dengan wajah yang penuh berharap.

“Qis...Qis boleh pilih siapa pun tapi kenapa uncle Mike sayang?” Alex tidak habis fikir dengan Balqis yang menginginkan sesuatu yang di luar kebiasaan.

“Mungkin daddy ingat Qis dah gila. Ya Qis dah gila sebab jatuh cinta dengan lelaki yang seumur dengan daddy. Daddy tahu apa yang buat Qis jatuh cinta dengan Uncle Mike?” kali ini Balqis menatap daddynya dengan mata yang berkaca kaca

“Apa istimewa uncle Mike kat mata Qis?” tanya Alex kemudian

“Qis jatuh cinta dengan cara dia layan Qis masa Qis dekat jakarta dulu. Dia tak pernah ambik kesempatan dan sentiasa hormati Qis, bila dia senyum Qis rasa hidup Qis berwarna dan Qis ingin selalu berada dekat dengan dia. Makanya Qis selalu mencipta peluang berjumpa secara tak sengaja dengan dia. Masa tu Qis tahu dia masih beristeri dan Qis mundur baik baik. Tapi sekarang mereka dah bercerai. Salahke Qis ada perasaan macam ni daddy?”

Alex terkedu mendengar pengakuan anaknya. Alex tahu macamana perasaan mencintai seseorang dengan begitu dalam sehingga sanggup berbuat apa sahaja

“Qis..daddy cuba cakap dengan uncle Mike dulu. Tapi kalau uncle tolak...Qis kena terima baik baik okey” Alex cuba untuk bertoleransi dengan perasaan anaknya

“Qis nak uncle Mike juga daddy...Qis tak kan kawin kalau bukan dengan uncle Mike..please.....tolong Qis” gadis itu kembali menangis memohon

Alex terpaksa mengangguk untuk menghentikan tangis Balqis. “ daddy keluar dulu . Qis rehat okey”

setelah berkata begitu kini Alex melangkah keluar dari bilik Balqis dan menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu rumah di mana semua orang sedang menunggu.

“Abang...”panggil Kela

Alex tersenyum menatap isteri tercintanya “ Qis dah tenang”

Mendengar itu semua orang menjadi lega “ Feli nak masak bubur buat kak Qis” Feli akhirnya menawarkan diri untuk memasak bubur buat kakak iparnya

“Feli...tak apa. Biar watie yang buat.” Kela tidak mahu Feli letih dengan kerrja rumah kerana perasaannya kuat mengatakan menantunya itu sedang berisi.

“Tapi Mummy..”

“Feli masuk bilik rehat ya. Nanti Alif sampai mummy minta dia kejutkan Feli”

Feli memandang ke arah papanya “papa”

“Feli rehat dulu sayang..papa belum balik dan kalau papa balik nanti papa kejutkan Feli” Mike mengerti perasaan anaknya dan mendaratkan ciuman penuh kasih di dahi puteri tercintanya.

Feli pun beredar masuk ke bilik tidurnya meninggalkan tiga orang dewasa di sana yang akan terlibat perbincangan yang mungkin tidak akan menemukan kata penghujung.

“Mike..”panggil Alex setelah kelibat Feli sudah tidak terlihat lagi

Mike memandang sahabatnya itu dengan intens menanti apa yang akan keluar dari mulut Alex.

“Aku boleh minta tolong?” wajah Alex kali ini penuh berharap.

“kau nak aku tolong apa?”

Alex memandang isterinya terlebih dahulu sebelum meneruskan kata katanya. “Aku ...”

“Lex..sejak bila kau jadi gagap ni?” marah Mike

“Aku minta kau terima Balqis”

“Aapa! Lex! Kau dah gila ke apa? Kau tahu tak aku ni sempat bermain dengan Balqis kecil dulu dan sekarang kau nak aku terima dia sebagai wanita? Kau dah gila ke Lex!” kali ini Mike sangat marah dengan permintaan tidak masuk akal dari sahabatnya

Kela dari tadi hanya terdiam dan bertindak sebagai pendengar kerana sekarang fikirannya betul betul buntu.

“Aku dah gila Mike, aku dah gila sebab anak aku gilakan kau.”Alex masih lagi berharap

“Balqis mungkin terleka dengan perasaannya seketika. Mungkin dia hanya kagum dengan aku dan dia salah ertikan sebagai cinta. Au sebagai daddy dia kena bimbing dia. Bukan menyerah macam ni” nasihat Mike

“Betul kata Mike tu abang” sampuk Kela tiba tiba

“Kalau kau percayakan aku..kita satukan Azizi dengan Balqis. Aku yakin Azizi mampu untuk melembutkan hati Balqis” saran Mike

“Tapi...”

“Biar aku yang pujuk Azizi dan tugas kau pujuk Balqis” Mike memotong ucapan Alex

“Mike...tapi usia Azizi dengan Balqis agak jauh berbeza” timpal Alex

“yang kau gila tadi minta aku terima Balqis, kau tak pikir ke umur aku dengan Balqis jauh berbeza?” sembur Mike

“Aku akan cuba” Alex akhirnya setuju dengan permintaan Mike sebentar tadi.

“Assalamualaikum....”

“Wa’alaikumusalam...”jawap ketiganya serentak

“Eh papa juga ada kat sini” Alif yang baru balik dari pejabat terus menyalami satu persatu ketiga orang penting dalam keluarganya itu.

“Lif..macamana?” tanya Mike setelah Alif duduk di sebelahnya.

“Ternyata ASG tu papa punya. Tadi Alif ada meeting dengan Azizi dan ternyata Azizi hebat juga sebagai CEO muda” puji Alif pada abang iparnya.

Mike menepuk bahu menantunya sambil tersenyum “ bila papa nak timang cucu ni?”

Soalan tiba tiba itu membuat Alif tertawa kering dan akhirnya salah tingkah “papa..nak cucu eh?” soalan bodoh Alif akhirnya membuat semua orang tertawa dan melupakan seketika masalah Balqis.

“Abang..kenapa sampai tak kejut saya” Feli kini sudah terpacak di depan suaminya dengan wajah khas baru bangun tidur

“lah...sorry sayang. Abang baru sampai dan duduk sekejap borak dengan papa” Alif menarik tangan isterinya supaya lebih dekat lagi

“abang...tadi saya mimpi berudu..comel abang boleh tak tangkap berudu? Saya nak pelihara berudu” pinta Feli sambil memandang Ali dengan puppy eyenya

Alif terkejut “nanti abang beli kat pasar ye..kot ada yang jual berudu”

“Saya nak abang yang tangkap berudu. Bukan nak abang beli.” Feli sedih tiba tiba dan tidak tahu kenapa saat ini yang paling ingin di lakukannya adalah menangis.

“sayang...abang nak tangkap kat mana berudu” Alif bingung dan di satu sudut yang lain Alif sebenarnya geli dengan berudu.

“Tak apa abang tak nak biarlah” Feli berbalik badan dan ingin pergi dari sana tapi dengan cepat suaminya menahan lengan Feli dan mendudukkannya di atas pangkuan.

“Ya...nanti abang cari berudu” janji Alif

Feli senyum semanis mungkin dan menghapus air matanya dengan kasar “abang janji?”

“ya..abang janji, sekarang kita masuk dulu..abang nak solat” Alif menurunkan isterinya dan meminta diri pada orang tua dan mertuanya untuk masuk bilik

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience