Season 2 chapter 10

Romance Completed 245339

Selesai makan malam Feli kembali duduk dekat sofa “nak cuci pinggan tak bagi, nak tengok Tv pun tak bagi, dah lah telefon pun tak ada. Aku kembali ke zaman batu agaknya” bebel Feli

“Lusa abang beli telefon” Alif datang bersama coklat panas di tangannya

“tak payah.” Jawap Feli lembut

“Hmm…kalau jumpa Azizi nak?” Alif sengaja memancing Feli untuk berborak dengannya

“Nak sangat. Tapi ada orang tak bagi jumpa” sindir Feli kemudian merebahkan badannya sambil memeluk bantal kecil.

Alif tertawa “Nah minum dulu” menghulurkan coklat panas yang di bawanya tadi pada isterinya

Feli menatap suaminya dengan penuh curiga “kenapa Tuan tiba tiba baik dengan saya?”

“Sebab awak isteri abang. Ni minum ni. Kalau tak minum abang tak bagi jumpa Azizi” sekali lagi Alif menghulurkan cawan tadi pada Feli dan kali ini bersambut

“Janji boleh jumpa Azizi” Feli meminta Alif berjanji

“Boleh abang tanya soalan?” Alif masih lagi berdiri di belakang sofa yang di tempati Feli sambil menyelukkan kedua tangannya ke saku seluar panjang yang di kenakannya.

“Tanya lah”

“Awak anggap Azizi seperti apa? Maksud abang, awak cintakan Azizi?” Alif berdebar menanti jawapan dari bibir comel itu yang sudah tersenyum manis

Feli menggeleng “Saya anggap Azizi seperti abang. Saya rindukan dia sebagai keluarga sebab kami membesar bersama dan susah senang juga bersama. Saya juga harap Azizi bertemu dengan jodoh yang baik sebab tu saya nak jumpa dia. Sebab dia pernah janji dia akan cari pasangan lepas saya menikah” Feli menunduk di hujung kalimatnya

Alif merasa lega dan juga terharu mendengar betapa baiknya Azizi menjaga Feli. Barulah Alif tahu kenapa isterinya berkeras nak jumpa lelaki itu.

“Abang janji akan bawa Azizi jumpa awak.” Janji Alif sambil tangannya terhulur menyentuh belakang kepala Feli

“Saya nak keluar esok” pinta Feli

Alif menggeleng “awak masih demam tunggu sari dua lagi baru abang bagi keluar rumah”

Feli memutar bola matanya dan kembali merebahkan badannya.

“Esok mungkin mummy dengan daddy akan datang ke rumah”

“APA!!!” Feli terjerit dan bangkit semula dari baringnya. Sungguh saat ini gadis itu belum bersedia lagi berjumpa dengan orang tua Alif malah serumah dengan lelaki itu sahaja Feli agak rimas

Alif mengulum senyum melihat wajah panik isterinya “kenapa muka macam tu?”

“Tuan eso..”

“Panggil abang..”

“Tak nak!”

“Panggil abang sayang..” Alif masih lagi merenung Feli dengan tatapan yang sulit untuk di baca

“Tak nak..jangan paksa”

“Baik..malam ni kita tidur sekatil je”

“Apa! Jangan! Eii…apasal ni? Kenapa tuan boleh tiba tiba berubah tiga ratus enam puluh darjah ni?” marah Feli

“Panggil abang atau abang akan cium” ancam Alif yang semakin mendekat dan kini malah duduk begitu dekat dengan Feli

“o-o-okey…b-baik..duduk jauh sikit okey..tak boleh bernafas” Feli menjaga jaraknya dengan lelaki tampan di sampingnya itu yang tiba tiba sahaja berubah drastik.

“tadi nak tanya apa?” Alif menurut perintah Feli dengan menjarakkan sedikit dirinya dari sang isteri

“Esok deorang datang pukul berapa?” tanya Feli

Alif menaik turunkan alisnya sambil memandang Feli tanpa mengeluarkan suara

“Apa?” Feli kembali bertanya melihat sikap aneh suaminya

“Deorang tu siapa?”

“Mummy dengan daddy awa..”

“Abang….A-B-A-N-G” potong Alif “Kalau tak nak panggil abang, panggil sayang je” usik Alif

Wajah Feli kini kemerahan menahan malu “ saya panggil abang saja”

“Abang tak tahu. Tapi abang yakin deorang esok mesti datang” jawap Alif. Mengingat gosip mengeni dirinya yang sudah tersebar dan Alif sangat faham dengan perangai mummy dan daddynya.

“Lepas tu saya nak sembunyi mana?” Feli sedikit gusar

“Kenapa nak sembunyi. Esok abang nak kenalkan sayang dengan mummy dan daddy” santai Alif menjawap

Feli yang mendengarnya bagaikan esok dia nak kena pergi ke barisan pertama menuju medan perang. “adeh…nasib nasib” keluhnya dalam hati

****
Keesokan harinya, feli bangun subuh subuh setelah mendengar suara adzan. Dan sesuai janjinya semalam. Alif tidur di sofa dengan membiarkan Feli tidur di atas katilnya. Feli tersenyum memandang sosok di depan sana yang masih lagi terbuai mimpi

Kakinya melangkah perlahan menghampiri sambil menepuk halus pipi Alif “Abang..bangun solat subuh”

Alif terus bangun tanpa harus Feli mengulangi lagi perbuatannya tadi. Selesai membersihkan diri keduanya bersama sama mengerjakan solat bersama sebagai suami isteri.

Selesai solat Feli memilih untuk keluar dari bilik begitu juga dengan Alif

Klek!

Saat pintu terbuka “Abang!!!!” Feli terjerit dan tanpa sedar melompat dan memeluk suaminya. Begitu juga Alif yang reflek menyambut isterinya yang terlihat sangat terkejut.

Di depan pintu, pasangan Alex dan Kela sedang berdiri sambil menatap anak dan menantunya yang sedang berpelukan dengan tatapan yang sulit untuk di baca.

“mummy! daddy! Ke-kenapa awal sangat sampai ni? Alif bertanya tanpa mlepaskan Feli yang bergayut seperti koala di lehernya

“Alif! Cepat keluar sini” kela memandang anak lelaki satu satunya dengan perasaan yang geram

Alif hanya mengangguk “Sayang turun sekejap boleh?”

Feli baru menyedari dirinya dari tadi bergayut di leher suaminya “Ma-maaf” ucapnya

Cup!

“Abang…” jerit Feli tertahan.

Kela yang melihat semua itu terus menarik tangan Feli lembut dan mengajaknya keluar bersama

Sementara Alex pula mendekati anaknya sambil berbisik “ Anak daddy kenapa ikut perangai daddy kawin senyap senyap”

Glup!

Alif merasa ada sesuatu yang melekat di kerongkongnya dan membuatnya harus bersusah payah menelan ludahnya kasar

“Mummy mengamuk ke nanti ni?” Alif memandang daddynya

“Mummy mungkin akan sita menantu dia” jawap Alex sambil menepuk halus bahu anaknya

“Oh! jangan sampai terjadi” ucap Alif dan segera berlari mengejar mummynya yang sudah membawa Feli duduk di sofa ruang tamu.

Share this novel

Syafieqah Saifull
2021-11-10 12:09:59 

besttnyaaa...nak lagi boleh syaa


NovelPlus Premium

The best ads free experience