Completed
210479
Bunyi bingit didalam kelab malam itu tidak sedikit pun menyakitkan telinga para pengunjung yang semakin sesak berhimpit. Semakin lewat jam, semakin ramai anak-anak muda berasak-asak lebih-lebih lagi diwaktu hujung minggu begini.
Di satu sudut Rafael meneguk segelas air berwarna coklat jernih. Selepas segelas, segelas lagi diteguknya, tidak menghiraukan orang sekeliling. Kepalanya yang semakin pusing itu tidak diendahkan. Malah semakin galak air itu diminum.
Kelihatan beberapa orang anak muda berparti sakan, terkinja-kinja menari di tengah lantai tarian sambil berpelukan berlainan jantina. Tidak ada sekelumit rasa dosa dirasa kerana hasutan syaitan itu sudah bermaharajalela didalam kepala.
Dan begitu jugalah keadaan Rafael. Usai balik kerja, kelab malam itu ibarat menjadi tempat persinggahan wajib baginya untuk melepaskan tekanan. Waktu siang pula, dia akan datang ke pejabat lewat dan banyak kerjanya sudah tertunda.
Sengaja dia tidak pulang ke rumah keluarganya, tahu Datin Maria pasti akan mengamuk melihat dirinya mabuk dan kembali kepada perangainya dahulu.
Perempuan? Sudah keliling pinggang namun tidak pula dibawa sehingga ke bilik tidur. Ada yang sendiri menyerah diri tetapi Rafael menolak mentah. Dikepalanya masih membayangkan Izz Aydin, wanita kesayangannya itu.
Semalam dia pulang lewat ke suite miliknya. Berparti hingga ke subuh menyambut hari lahir rakannya disebuah kelab malam tertutup. Dan sudah pasti ada perempuan dan arak. Satu set lengkap untuk memeriahkan lagi parti mereka.
Matahari siang sudah tegak diatas kepala namun Rafael masih enak tidur diulit mimpi. Tiada tanda mahu terjaga dari tidurnya.
"Raf! Raf!" Laung satu suara memanggil Rafael.
"Ya ampun. Apa nak jadi dengan kamu ni.. Rafael!" Semakin dekat suara itu memanggil. Datin Maria, menepuk-nepuk lengan Rafael bagi mengejutkan anak lelakinya itu dari tidur.
"Raf! Bangun!" Sergah Datin Maria berserta tepukkan yang semakin kuat. Marah benar melihat Rafael begitu.
Perlahan sepasang mata coklat milik Rafael terbuka dan bibirnya mengoyak senyuman nipis melihat wajah Datin Maria. Wajah cemberut ibunya itu dipandang sekilas sebelum beralih kepada adiknya yang turut berada disitu.
"Mommy.. Raissa pun ada? Tak ada class harini?" Soal Rafael lalu menyandar dikepala katil. Mata yang masih berat itu dipaksa terbuka dan digosok perlahan.
"Harini class cancel." Dengus Raissa. Turut geram melihat kelakuan abangnya itu. Jauh berubah sejak kecewa dengan Izz Aydin. Macam lah tak ada perempuan lain dalam dunia ni. Gumam Raissa sendiri.
Giliran Datin Maria pula melepaskan marah.
"Apa nak jadi dengan Raf ni? Mabuk, masuk kerja lambat. Raf tau tak Razin dah bising kerja Raf melambak delay. Kesian dia kena handle kerja Raf semua. Ni nasib baik Zin outstation. Kalau dia tau Raf macam ni, mau mengamuk abang kamu tu." Sambil mengutip baju kotor yang berselerak disuite anaknya itu, sambil itu juga dia membebel memarahi Rafael.
"Ambil je lah staf baru, apa susah. Sekarang ni melambak graduan baru boleh handle kerja Raf tu. Raissa pun boleh apa."
"Eh apahal Raissa pulak. Raissa study kulinari. Apa kena mengena dengan sales and marketing. Tak nak lah."
"Sama je lah. Lama-lama buat, belajar, nanti pandai jugak."
"Kalau Raissa ambil alih kerja kamu, kamu nak jadi apa? Kutu rayau? Jadi macam dulu? Mommy dah penat lah nak nasihatkan Raf ni." Keluh Datin Maria. Bukan dia tidak pernah menasihati Rafael tetapi Rafael masih mahu berperangai begitu. Naik muak asyik menegur tetapi tidak diendahkan.
Rafael memandang wajah sedih Datin Maria itu. Dia sebenarnya tidak suka melihat wajah itu risau kerananya tapi hatinya itu masih sakit selepas ditinggalkan.
Lantas tangan Datin Maria ditarik.
"I'm sorry mommy. Dah susahkan mommy fikir pasal Raf."
"Sampai bila Raf nak bersedih macam ni. Izz dah jadi kakak ipar Raf. Raf kena move on. Mommy tak salahkan Raf nak bersedih tapi jangan sampai merosakkan diri sendiri. Tak baik Raf."
Rafael menunduk sambil menarik nafas dalam, berat.
"Raf tak boleh mommy. Raf dah cuba buang dia dari hati Raf tapi semakin kuat rasa rindu Raf pada dia. Setiap masa Raf ingat dia. Semua kerja Raf buat, mesti suara dia terngiang-ngiang ditelinga Raf. Hati Raf sakit sangat tengok abang Zin bahagia dengan dia. Sedangkan hati Raf sendiri sakit. Sakit sangat."
Mata Rafael mula berkaca, memandang Datin Maria dengan penuh perasaan yang berat.
"Apa patut Raf buat mommy?"
Datin Maria dipagut sayu melihat rafael. Dia duduk semula dan menggenggam tangan Rafael erat.
"Raf..mommy minta maaf tak pernah tanya pasal hati Raf. Mommy tau Raf terluka tapi tak sangka macam ni sekali."
"Raf rasa Raf boleh jadi gila. Gila pada orang yang tak mungkin jadi milik Raf!" Ucap Rafael dengan nada kecewa.
"Tak, Raf tak gila. Jangan cakap macam tu. Bagi masa sikit pulihkan hati tu. Bersujud pada Allah. Bukan dengan pergi ke kelab malam, layan perempuan sana sini, minum arak. Sampai bila-bila pun Raf takkan rasa tenang. Jangan ditambah kekusutan tu. Tu bukan cara kita sebagai orang Islam." Nasihat Datin Maria. Dia tidak mahu anaknya itu terus menerus terjebak didalam dosa.
Rafael tersenyum hambar. Jelas terpancar kekecewaan Datin Maria terhadapnya.
"Thank you mommy. Raf akan cuba."
"Ermm dah habis cakap dah? Raissa lapar ni." Celah Raissa lalu tersengih. Dia tidak mahu Datin Maria dan Rafael terus-terus berbual tentang kekecewaan abangnya itu. Jadi, dia sebagai adik mahu juga membantu walau sedikit.
"Asyik fikir makan je dia ni. Patut lah debab. Pipi tu dah macam pau tau." Sindir Rafael lalu membaling bantal ke arah Raissa. Nasib baik sempat dielak oleh Raissa. Kalau tidak, habis rosak rambut baru yang dibuatnya semalam.
"Biarlah macam pipi pau. Asal jangan kurus cekeding. Ish, cepat lah abang mandi sana. Abang kena belanja makan harini."
"Pandai-pandai je dia ni mengatur. Kejap lah. Mommy dengan Raissa tunggu sekejap. Bagi Raf kemas bilik sebelum mandi."
Datin Maria mengangguk dan berlalu keluar dari bilik itu bersama Raissa.
Rafael bangun lalu melemparkan pandangan diluar tingkap. Bibir sedaya upaya mengoyak senyuman walaupun hati masih galau.
Okay Raf! Move on move on! Bunga bukan sekuntum. Pasti ada yang lebih baik untuk kau.
Tapi tak semua bunga seperti Izz Aydin. bisik hatinya pula.
****
Izz Aydin mengatur langkah perlahan memasuki sebuah cafe seperti yang dijanjikan oleh Datuk Halim semalam. Pemergiannya itu tidak diketahui Yana kerana Yana masih diwaktu kerja.
Pertemuan itu juga tidak diketahui Razin atas permintaan Datuk Halim dan Izz Aydin seperti orang bodoh mengikuti permintaan itu. Mungkin bapa mertuanya mahu berbaik dengannya? Hanya itu yang difikirnya walaupun nanti akan mengundang kemarahan suaminya sendiri kerana merahsiakan pertemuan itu.
"Ada apa daddy nak jumpa Izz?" Itu soalan pertama yang muncul dari bibir Izz Aydin sebaik punggungnya mencecah kerusi berwarna coklat itu. Anak matanya dipandang ke lain kerana tidak mampu melawan pandangan tajam lelaki berusia separuh abad itu.
"Razin tau kau jumpa aku?" Soal Datuk Halim pula. Soalan Izz Aydin dibalas dengan soalan, bukan jawapan.
"Tak. Daddy tak suruh bagitahu kan."
"Hmm bagus. Walaupun kau nampak bodoh, tapi kau bijak sebenarnya." Pujian dalam sindiran itu hanya ditulikan Izz Aydin sahaja. Malas mahu berburuk sangka pada bapa mertua sendiri.
Datuk Halim masih diam, belum menuturkan bicara biarpun sudah hampir 5 minit Izz Aydin duduk dihadapannya. Wajah wanita itu direnung bersama seribu satu tanggapannya sendiri. Dan kebanyakkannya yang buruk-buruk sahaja walaupun tidak mengenali wanita itu dengan rapat.
Air kopi yang masih berasap itu dihirup perlahan lalu diletak semula ke piring sepadan. Lansung tidak mempelawa menantu perempuannya itu.
Menantu? Tidak layak sedikit pun! Herdiknya dalam hati.
Tubuhnya kemudian disandar dikerusi dengan selesa sambil menyilang kesemua jemarinya sesama sendiri.
"Kau tahu kan aku tak suka kau."
Izz Aydin mengetap bibir, lalu mengangguk perlahan. Terus meleset sangkaannya.
"Kalau dengan aku, jangan panggil aku daddy sebab aku tak terima perempuan macam kau jadi menantu aku. Tapi kalau depan orang lain, tak apa. Aku tak nak isteri aku syak aku apa-apa."
Izz Aydin menunduk pandangan. Pedih hatinya menerima penolakkan mentah dari bapa mertuanya sendiri.
"Aku tahu siapa kau sebenarnya. Aku tahu asal usul kau, arwah mak ayah kau. Boleh dikatakan aku tahu semua yang berlaku dalam hidup kau."
Terkesima Izz Aydin saat itu. Bebola matanya di atur lurus, memandang wajah lelaki dihadapannya. Wajah yang lansung tiada segaris senyuman sedari tadi.
"Terkejut? Sejarah takkan berubah, tapi masa depan? Aku boleh ubah apa saja yang aku mahu termasuk menghancurkan keluarga kau sekali lagi.!"
Izz Aydin tersentak kuat. Apa yang dikatakan Datuk Halim itu lansung tidak difahaminya. Berkerut-kerut kening cuba menghadam satu persatu.
"Maksud datuk apa? Saya tak faham." Nadanya masih di atur lembut kerana masih hormatkan lelaki itu.
Datuk Halim menjungkit bibirnya sedikit.
"Izz Aydin binti Abdullah. Suatu masa dulu nama kau selalu disebut-sebut. Seiring dengan nama Razin. Kalau tak disebabkan kebodohan bapak tiri kau yang kaki judi tu, tak mungkin anak aku jadi seperti sekarang. Sehinggakan aku berhabis wang ringgit menutup perihal keluarga aku. Alih-alih, kau pulak yang muncul menghuru-harakan keluarga aku semula."
Semakin binggung Izz Aydin. "Apa datuk cakap ni. Saya tak faham. Boleh tolong jelaskan tak?"
"Kesusahan keluarga kau selama ni, kehidupan atuk dan opah kau dikampung. Dan kau yang dibebani hutang dari ayah tiri yang cacat sebab culik anak aku. Takkan kau tak ingat sikit pun hal tu."
"Tak! Saya tak ingat. Jadi, lebih baik datuk jelaskan terus kepada saya."pinta Izz Aydin. Sesak kepalanya menyusun semua ayat-ayat Datuk Halim sebentar tadi.
"Kalau aku bagi tahu sekarang, tak seronok lah. Apa kata kau cari sendiri. Aku pasti Razin ada simpan maklumat pasal kau dan keluarga kau."
"Pasal keluarga saya? Untuk apa? Apa yang susah sangat nak cakap terus je. Saya tak ada masa nak main teka-teki macam ni!" Bentak Izz Aydin. Dadanya mula berombak, terasa dipermain-mainkan oleh bapa mertuanya sendiri.
"Okay. Tak apa. Aku bagitau sikit. Cuma sedikit. Untuk kau refresh balik apa yang kau dah lupa tu. Ye lah, masa tu kau kecil lagi kan." Ujar Datuk Halim seraya ketawa kecil. Apa yang menggelikan hatinya pun tidak tahu.
Matanya diarahkan kepada pembantunya Asmadi, yang sedari tadi berdiri jauh dari meja mereka berdua. Satu sampul surat berwarna kuning diletakkan dihadapan Izz Aydin.
"Tak perlu buka sekarang sebab takut nanti kau tak mampu nak hadap. Takut accident, mati sebelum tahu perkara sebenar. Balik rumah, kau baca dan tengok betul-betul." Kata-kata itu disulami dengan senyuman sinis.
Datuk Halim terus bangun namun tidak terus melangkah pergi. Masih ada yang mahu dikatakannya lagi.
"Kau ingat Razin tu ikhlas kahwin dengan kau? Dia kahwin dengan kau sebab dendam semata. Jangan nak perasan sangat lah. Layanan baik dia tu, semuanya lakonan. Nanti lepas kau dah jatuh sayang dengan dia, dia akan tinggalkan kau. Lagipun setakat ni Razin tak kata lagi dia putuskan pertunangan dia dengan Melissa. Jadi, tunggu sahaja nanti Razin akan ceraikan kau untuk berkahwin dengan Melissa."
Selepas menutur kata akhir, Datuk Halim terus berlalu pergi bersama pembantunya tadi. Bibirnya masih mengukir senyuman sinis, khas untuk menantu tak diiktirafnya itu.
Terkaku Izz Aydin disitu. Rasa disiat-siat hatinya mendengar. Benarkah cinta dan sayang yang selalu diucap oleh Razin hanya mainan semata? Dia akan tinggalkan aku?
Terketar-ketar tangannya mengambil sampul surat tadi lalu dibuka. Memang tidak dapat ditahan-tahan hatinya ingin tahu.
Alangkah terkejutnya melihat beberapa keping gambar dirinya yang masih kecil. Kelihatan tenat sekali memakai baju hospital berwarna hijau. Ditangannya dicucuk branula, dikepala dan kakinya turut berbalut. Terdapat juga wayar-wayar yang dia sendiri tidak pasti untuk apa.
"Apa semua ni?!" Soal Izz Aydin sendiri. Dadanya yang mula berdegup kencang tidak memberhentikan keinginannya untuk ingin lebih tahu.
Sekeping gambar pula dikeluarkan. Gambar Razin masih muda tetapi nampak kurus dan terdapat beberapa lebam ditubuhnya. Turut mengenakan baju hospital tetapi berlainan warna. Kedua-dua gambar itu ditenung lama bersilih ganti sebelum beberapa helai kertas turut dikeluarkan.
Dibaca perlahan bersama genangan airmata yang semakin lebat. Getaran dibibir ditutup dengan tapak tangan. Serta merta memori lalu berasak-asak muncul dibenak fikiran. Bayangan Razin dan ayah tirinya turut sama bersilih ganti.
"Apa semua ni.. Takkan lah dia sengaja nak main-mainkan aku sebab nak balas dendam dengan Pak Cik Mus." Lirih Izz Aydin sendiri. Airmatanya sudah mula membasahi pipi. Tidak mempedulikan pengunjung lain didalam cafe itu.
Dalam tangisan yang semakin menyesakkan dada, tiba-tiba bahunya disentuh seseorang.
"Izz.. buat apa sorang-sorang kat sini?"
Lantas kepalanya menoleh dengan mata yang masih basah. Dan serentak itu, semakin lebat air matanya berjuraian membasahi pipi.
jom follow ig m.a.z_np boleh borak2 ;) please follow, rates and comments. tq ;)
Share this novel
aduh...sapa pula tu...raf ke?shah ke?