Bab 4

Drama Completed 204768

Hari isnin merupakan hari cuti Izz Aydin. Dia cuma duduk dirumah menonton televisyen, mengemas rumah dan mencuci pakaian. Yana pula bekerja.

Jadual kerja mereka berdua tidak sama kerana Yana merupakan setiausaha kepada Razin manakala Daniel pembantu peribadi Razin. Kebanyakan urusan pejabat akan dikendalikan oleh Yana. Daniel juga menguruskan urusan pejabat tetapi lebih kepada urusan peribadi.

Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi memaparkan panggilan video dari Shahril. Bibirnya tersenyum menyambut panggilan itu.

"Assalamualaikum Izz. Buat apa tu?" tanya Shahril. Bibirnya mengukir senyuman saat wajah Izz Aydin muncul di skrin telefon pintarnya.

"Waalaikummusalam abang! Tak buat apa pun. Duduk tengok tv aje. Abang kat mana tu?" Izz Aydin mengecilkan matanya melihat objek dibelakang Shahril.

"Abang kat dusun atok. Ni ha opah nak cakap dengan Izz." Shahril mengalihkan telefon bimbit ketepi menunjukkan wajah Opah Biah dan Tok Adam.

"Opah! Atok!" teriak Izz Aydin. Wajahnya tersenyum riang melihat wajah-wajah kesayangannya itu.

"Izz. Opah rindu Izz. Kenapa nampak kurus je tu? Izz sihat?" tanya Opah Biah. Wajah tuanya mengerutkan kening.

"Izz pun rindu Opah, rindu atok..."

"Rindu abang Shah!" sampuk Shahril disebelah Opah Biah lalu ketawa besar. Tok Adam dan Opah Biah turut ketawa.

"Pokok durian, langsat dengan rambutan kat dusun atok berbuah lebat. Esok Shah pergi KL dia bawakkan untuk kamu dengan Yana ya." kata Tok Adam.

"Wah, best nya. Terima kasih atuk, opah. Sayang atuk dengan opah!" ucap Izz Aydin lalu memuncungkan bibirnya ke skrin telefon seakan mencium jarak jauh.

"Nak cium abang ke?".

Izz Aydin menarik semula bibirnya. Wajah Shahril terpampang diskrin.

"Eyy perasan. Izz cium atuk dengan opah la." kata Izz Aydin lalu menjelirkan lidahnya. Shahril ketawa bersama Izz Aydin.

"Abang ke KL esok? Buat apa?"

"Ada seminar untuk hari guru. 2 hari je. Kat Imperial Hotel."

"Ye ke? Tu tempat Izz kerja lah."

"Ye? Tak bagitau abang pun Izz kerja situ?" tanya Shahril dengan muka tidak puas hati.

Izz Aydin tersenyum sumbing.

"Alaa kerja housekeeper je. Bukan kerja bagus mana pun. Segan lah nak bagitau."

"Yang penting, halal." Shahril melemparkan senyuman.

"Okaylah. Esok abang sampai sana abang bagitau Izz ya. Abang letak dulu. Nak sambung kutip buah. Bye!"

Izz Aydin mematikan talian selepas memberi salam kepada Shahril.

Tiba-tiba hatinya dirundung sayu. Perasaan rindu turut hadir selepas melihat wajah Tok Adam dan Opah Biah sebentar tadi. Opah Biah, tempat Izz Aydin melepas rindu kepada seorang ibu. Tok Adam pula tempat Izz menumpang kasih seorang ayah.

Air mata yang tiba-tiba timbul ditebing mata diseka laju. Jangan lemah Izz! Kau boleh! Untuk opah dan atuk, kau boleh!

Ting tong! Ting tong!

Izz Aydin menjengul kepalanya melihat siapa yang datang kerumahnya sebelum dia keluar membuka pagar. Kelihatan Dafi sedang mengipas-ngipas mukanya dengan kipas tangan berwarna merah. Disebelah tangannya lagi memikul sebuah beg hitam.

Izz Aydin berlari anak ke pagar lalu dibukanya. Laju sahaja kaki Dafi melangkah masuk tanpa disuruh.

"Panas lah. Nak air." Dafi melepaskan beg hitam tadi dan menuju ke dapur lalu menekan air di dispenser air. Air sejuk berpeluh itu diteguk laju sehingga habis.

Izz Aydin masuk ke rumah tanpa menutup pintu. Dia tidak mahu jiran tetangga memikirkan yang bukan-bukan bila mereka berduaan disitu walaupun Dafi itu begitu, dia tetap lelaki.

Izz Aydin melabuhkan punggungnya disofa semula sambil memerhatikan Dafi yang meneguk air buat kali kedua.

"Haus betul kau. Rumah sebelah aje kot. Macam baru lepas marathon 10 kilometer je aku tengok."

"Alah. Cuaca panas ni. Kena minum banyak air. Baru muka berseri, awet muda. Kannn.." kata Dafi dengan ketawa kudanya.

"Air rumah sendiri dengan air rumah orang tak sama rasa. Air kat rumah orang lagi sedap walaupun cuma air sejuk. Kalau kau tak percaya, kau pergi minum air rumah aku, gerenti lagi sedap lah." sambung Dafi lagi.

Gelas digunakannya tadi ditinggalkan didalam sinki tidak dicuci.

"Are you ready? Jom kita mula." Dafi tersenyum penuh makna kepada Izz Aydin.

Izz Aydin mencuci mukanya terlebih dahulu. Kemudian di lap kering dengan kain bersih. Dia menyapu serum dimukanya, diikuti pelembab muka sebelum Dafi memulakan kerjanya.

Walaupun Izz Aydin tidak menggemari solekan tapi dia tetap menjaga wajahnya biarpun hanya sekadar mencuci muka dan menggunakan pelembab muka.

Dafi mengeluarkan semua alatan soleknya dari beg hitam tadi dan disusun di atas meja. Kamera telefon dipasang berhadapan Izz Aydin bersama lampu berbentuk bulat bagi tujuan pengcahayaan yang baik.

Hari ini Dafi sudah memberitahu awal bahawa dia ingin mengadakan sesi review make-up nya secara live mengikut permintaan pengikutnya di instagram yang hampir mencecah 41,000 orang pengikut. Rata-rata pengikutnya merupakan individu yang meminati hasil sentuhan solekan dari Dafi. Pengikutnya juga bukan hanya dari serata negeri, malah ada dari negara jiran seperti singapura, Thailand dan Indonesia.

Dan Dafi memilih Izz Aydin sebagai modelnya hari ini juga atas permintaan pengikutnya. Kata mereka, wajah Izz Aydin nampak cantik dengan apa-apa jenis solekan kerana Izz Aydin mempunyai kecantikan melayu asli dengan wajah bujur sirih, anak mata coklat cair, tidak terlalu besar, bulu mata panjang dan lentik, bibir munggil kemerahan. Cuma rambutnya sahaja pendek dan perlu digayakan dengan betul supaya nampak sempurna.

Izz Aydin duduk dikerusi.

"Ready?" Izz Aydin mengangguk.

"Hello Hello hello... to my gorgeous and beautiful followers. Buat apa tu? Tunggu I ke? Thank you sebab sudi temankan I hari ni. Oh! Terharunya I. Jadi, memandangkan hari ni I nak review produk baru, apa kata you all like banyak-banyak and share post I dulu. Sebab nanti.. I akan pilih 3 orang untuk dapat set baru ni!! Suka takk?...." pekik Dafi.

Izz Aydin cuma diam. Sesekali bibirnya ketawa kecil mendengar celoteh Dafi menjawab pertanyaan pengikutnya sambil tangannya ligat menyolek wajah Izz Aydin. Tidak sampai 15 minit bersiaran lansung, jumlah tontonan mencecah 32,000 orang dan itu angka yang cukup besar untuk Dafi sebagai make-up artis yang cuma bergerak sendiri.

Rakaman itu juga nanti akan di muatnaik ke dalam channel youtube milik Dafi untuk tontonan. Dari situ Dafi menjana pendapatan sampingan dan Izz Aydin secara tidak lansung turut mendapat upahnya. Itu lebih penting bagi Izz Aydin.

*******

Shahril berjalan perlahan mendekati Izz Aydin yang sedang menunggunya di lobi hotel. Bibirnya tersenyum sebaik Izz Aydin berada dekat didepan mata. Dua beg kertas didalam ditangannya diberikan kepada Izz Aydin.

"Ni opah bagi. Share dengan Yana. Jangan nak melahap sorang-sorang pulak." pesan Shahril seraya ketawa.

"Thank you abang." ucap Izz Aydin. Dia menyedut dalam bau-bauan dari dalam beg kertas itu. Wow! Ada tempoyak goreng! Sedapnya..

"Durian, abang dah bukak kulit siap-siap letak dalam bekas. Taknak bagi bau kuat sangat. Lagipun berduri kan. Susah Izz nak bawak nanti." kata Shahril lagi.

"Terbaiklah! Terima kasih lagi sekali. Susah-susah je bawak untuk Izz. Abang tidur mana malam ni?"

"Tidur kat sini. Esok dah balik dah."

"Kejap nya. Tak sempat lah nak ajak abang jalan-jalan KL ni." ujar Izz Aydin sambil mencebikkan bibir.

"Lain kali ya. Nanti abang bawak atuk dengan opah sekali okay."

"Okay." Izz Aydin terus tersenyum.

"Abang masuk dulu. Dah nak mula balik dah ni. Malam nanti abang free abang pergi rumah Izz. Balik kerja pukul berapa?"

"Pukul 4 petang."

"Okay. Apa-apa hal nanti abang call ya."

Izz Aydin melambai-lambai tangannya ke arah Shahril yang berlalu pergi. Dia terus berpusing lalu merempuh sesuatu dihadapannya.

Badannya hilang imbangan lalu jatuh terduduk disitu. Terasa sakit dipunggung. Nasib baik barangan dipegangannya tidak terjatuh sekali.

Dia bangun semula sambil mengurut-ngurut punggungnya sebelum mendongak melihat apa yang dilanggar nya tadi. Gulp! Air liur pahit ditelan laju.

"Errr sorry." ucap Izz Aydin. Kepalanya ditundukkan melihat kasut sendiri.

"It's you again." kata satu suara. Tangannya menepis-nepis kot dibadan seolah menepis kekotoran yang lansung tiada di situ.

"Maaf.. Tuan Razin. S.. Saya tak.. Tak sengaja. Maaf." ucap Izz Aydin tergagap-gagap. Ini sudah kali kedua dia terlanggar lelaki itu tanpa sengaja. Jantungnya mengepam darah dengan laju agar bekerja keras memulihkan aliran darah dimukanya yang sudah pucat.

"Memang hobi langgar orang ke?"

"Urgh!" satu dengusan dalam kedengaran seakan mengejek.

Razin terus berlalu dengan langkah besar diikuti Daniel dibelakangnya. Izz Aydin mengangkat kepalanya semula bersama helaan nafas panjang.

Kalau setiap kali aku terjumpa dia ni, entah takat mana lah hidup aku. Sesak dada aku ni oi!! Ingat aku suka-suka ke nak langgar dia. Eyy..!

Izz Aydin turut berlalu dengan langkah longlai. Namun dia tiba-tiba mempercepatkan langkahnya, menuju terus ke dalam dan tersenyum gembira sebaik wajah Yana menyapa pandangan.

"Yaanaa.. Aku ada surprise untuk kau." kata Izz Aydin. Bibirnya mengukir senyuman paling lebar saat itu dan Yana melihat Izz Aydin dengan kerutan didahi.

"Surprise? Apa dia?"

Izz Aydin mengangkat kedua keningnya berkali-kali sebelum meletakkan dua bungkus beg kertas di atas meja Yana. Yana berdiri memeriksa isi kandungan beg itu.

"Izz! Mana dapat ni?" tanya Yana seakan tidak percaya. Bibirnya menguntum senyuman. Tangannya mengeluarkan isi kandungan beg itu

Ada tempoyak goreng, sambal udang petai, durian dan buah-buah yang lain masih didalam beg itu. Yana menyedut bau durian didalam bekas plastik itu.

"Hmmm sedapnya bau. Tak sabarnya nak makan." Yana seolah dipukau melihat isi kuning durian didalam bekas plastik itu.

Belum sempat Izz Aydin menahan tangan Yana dari membuka terus bekas durian itu, dia terdengar derapan kaki seseorang mendekati mereka berdua.

Izz Aydin terus beku disitu. Tidak berganjak mahupun bergerak walau seinci. Nafasnya juga seakan terhenti.

"Yana..."

Yana memandang empunya suara memanggilnya. Tangannya lekas melepaskan bekas plastik tadi selepas menutupnya semula.

"Apa you buat ni Yana? Kat sini mana boleh bawak durian." kata Daniel dengan suara keras. Matanya beralih pula kepada Izz Aydin.

Izz Aydin pula merenung Razin yang berdiri dihadapannya. Mereka bertentangan mata untuk beberapa saat. Jantung bekerja keras buat kali kedua namun kali ini rentaknya tidak terlalu laju namun terasa seperti mahu melompat keluar dari tubuhnya.

"Kau buat apa kat sini? Ini bukan tempat kerja kau." kata Razin kepada Izz Aydin yang kaku.

Razin melangkah tiga tapak kehadapan lalu membongkokkan sedikit badannya supaya wajahnya separas dengan Izz Aydin. Anak matanya tajam melihat mata hitam Izz Aydin.

"Kau bawak keluar makanan ni. Makanan ni tak layak masuk ke sini sebab tempatnya bukan di sini. Sama seperti kau."

Razin menegakkan tubuhnya semula dengan tiada segaris riak pun diwajah.

"Daniel. Cepat ambil ipad aku kat dalam. Aku tunggu kat luar. Sesak nafas aku kat sini." Razin berpusing mahu berlalu tetapi berhenti semula.

"Yana. You know the rules. No durian is allowed! Jangan sampai aku nampak lagi korang buat benda yang sama." kata Razin memberi amaran. Kakinya terus melangkah meninggalkan Yana Dan Izz Aydin.

Yana terduduk mengurut dadanya. Tangannya pantas mengemas makanan tadi lalu dimasukkan ke dalam beg kertas semula. Beg kertas tadi diserahkan kepada Izz Aydin yang masih kaku berdiri dihadapannya.

"Izz." panggil Yana.

"Izz!" panggil Yana sekali lagi sambil menggoyang tangan Izz Aydin.

"Ha?" Izz Aydin tersentak dari kakunya. Seperti terasa bernyawa semula.

Izz Aydin lekas mengambil barangan tadi dan berlalu pergi. Yana terkebil-kebil melihat kelakuan Izz Aydin meninggalkannya tanpa berkata apa-apa.

Bayangan wajah Razin tadi menghantui fikiran Izz Aydin. Pintu loker dihempas kuat menyebabkan beberapa orang pekerja yang berehat disitu terkejut.

Fuh! Bukan main lagi sombong. Apa? Bukan tempat aku? Makanan ni tak layak kat sini? Ish! Haa.. Nasib baik lah bos. Kalau tak, sebakul jugak aku maki. Tak guna betul!!

Bersambung...

Feel free to comments :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience