Bab 1

Drama Completed 204768

Tap! Tap! Tap! Tap!

Huh! Huh! Tap! Tap! Kakinya berlari laju dengan nafas yang laju turun naik.

"Mana dia hilang ni?! Cepat cari sampai jumpa!" kerah satu suara keras.

Fuuh! Harap dia tak nampak aku kat sini. Kalau tak,mati aku!

Kring! Kring! Kring!

Alahh, time ni jugak orang call!

Tangannya lekas menyeluk poket seluar, memberhentikan bunyi panggilan. Kepalanya dijulurkan ke luar, mengintai kelibat yang mengejar tadi. Takda! Okay! Ehem ehem!

"Hello.."

"Hello. Selamat tengah hari. Ni Izz Aydin ke?"

" Ya saya."

"Saya dari Hotel Imperial. Awak diterima bekerja di sini dan diminta mula bekerja esok. Boleh?"

"Hah? Esok? Cepatnya."

"Kami sangat perlukan staf sekarang ni. Kalau awak tak dapat, kami boleh bagi kepada orang lain."

"Jangan! Saya terima."

"Okay. Esok pukul 8 pagi jumpa saya di lobby. Akan ada staf baru yang lain bersama. Jumpa esok."

"Terima kasih!"

Aku dapat kerja? Yes!! Tanpa sengaja kakinya tersepak kayu di tepi didinding menyebabkan kayu itu jatuh.

"Boss!! Dia kat sini!" teriak seorang lelaki.

Belum sempat Izz Aydin membuka langkah, lehernya sudah dipaut dan ditekan kedinding. Merah padam mukanya menahan sakit. Dihadapannya berdiri 2 orang lelaki berwajah bengis bersama seorang lelaki yang dipanggil 'Boss' tadi.

"Johan. Tolong lepaskan aku." pinta Izz Aydin. Sudah terasa kembang mukanya menahan sesak.

"Mana kau nak lari? KL ni tak besar mana. Kalau kau lari sampai Sabah Sarawak sekali pun, aku tetap jumpa kau." gertak Johan.

Pak! Terasa bingit telinga apabila tangan besar itu menampar pipi kirinya.

"Mana duit aku.? Aku nak duit aku!"

"Aku takda duit sekarang. Minggu lepas kan aku dah bagi. Sekarang aku mana ada duit lagi. Bagi aku masa sampai minggu depan la. Aku janji aku bayar. Aku janji." rayu Izz Aydin.

Johan memetik api lalu dicucuh ke rokok dibibir hitamnya. Rokok disedut dalam sebelum menghembuskan asap kemuka Izz Aydin.

"Tu cuma bunga. Pokok masih tak berusik pun."

"Betul. Minggu depan aku bagi. Tolong lepaskan aku."

"Takpe. Aku bagi masa macam yang kau nak sebab kau selalu tepati janji kau. Tapi.. Kalau kau cuba-cuba tipu aku, kau tahu akibatnya kan."

"Ya. Aku tahu. Lepaskan aku! Sakit lah!" tangannya menumbuk lengan orang suruhan Johan.

"Lepaskan dia." arah Johan. Ketiga lelaki itu kemudiannya pergi meninggalkan Izz Aydin tersandar ditepi dinding mengurut lehernya.

Celaka! Dengan perempuan pun tak reti nak berlembut ke?! Puih!

*****

Izz Aydin membuka kasut sneakers dari kakinya dan dibiarkan didepan pintu. Dia merebahkan tubuh dikerusi panjang dan berfikir sejenak.

Esok kerja nak pakai apa ni? Eh, jawatan apa pulak aku dapat kat situ? Housekeeper kot sebab tu yang Yana isi untuk aku kan. Ahh. Pakai baju apa-apa je lah. Janji pakai baju.

"Ya ampun! Bersepahnya kasut!" Izz Aydin menoleh lalu tersengih melihat muka rakan serumahnya dimuka pintu.

Dia bingkas bangun lalu mengambil kasutnya dan diletakkan didalam almari kasut.

"Sorry Yana."

"Hmm! Kenapa lagi muka kau tu?"

"Takda apa lah. Aku jatuh tadi." jawab Izz Aydin lalu tersengih. Dia kemudiannya membuntuti Yana ke meja dapur.

"Alasan basi. Kau dah makan tak? Aku ada beli nasi bungkus ni." ujar Yana. Plastik ditangannya diletakkan di atas meja lalu mengambil tiga ketul ais dan dibalut didalam sehelai kain nipis.

Yana menenyeh kasar ketulan ais tadi ke muka Izz Aydin menyebabkan Izz Aydin mengaduh kecil.

"Sampai bila kau nak macam ni? Tak habis-habis lagi ke hutang bapak tiri kau tu? Ish, tak guna betul lah! Tiap kali aku cakap pasal dia, menyirap je darah aku ni." Yana mendengus dua kali.

"Yang dihutangnya tak lah banyak tapi along tu la bagi bunga besar. Mana nak abis."

"Pakai duit aku aje lah dulu Izz. Kau bayar aku sikit-sikit dulu pun takpa."

"Aku tak nak. Berapa kali aku nak cakap. Kau kena faham prinsip aku Yana. Selagi kudrat aku ada, aku akan usaha sendiri bayarkan hutang tu. Kau dah banyak tolong aku, bagi aku duduk rumah kau ni, tak bayar apa pun. Aku dah bersyukur dah." Izz Aydin membuang pandangan ke luar. Terasa dirinya sudah menjadi beban kepada Yana.

Yana diam sejenak. Cuba mencari kata-kata lain.

"Okay okay. Aku cuma tak nak kau susah, sakit macam tu lah. Nasib baik tak lebam."

"Kau jangan risau. Ni Izz Aydin kot. Tak gentar. Pantang mundur kecuali anjing yang kejar." kata-kata Izz Aydin disambut tawa nyaring oleh Yana.

"Eh aku dah dapat kerja yang kau tolong aku isikan tu. Esok aku dah mula."

"Betul ni? Tahniah!Kalau macam tu, malam nanti kita makan kat luar. Aku belanja okay." ajak Yana.

"Nasi bungkus ni? Takkan nak bazirkan. Malam nanti kan nak bukak stall burger lagi."

"Kalau kau nak, kau makan. Tapi malam nanti, kita makan lagi kat luar. Malam ni tutup stall burger kau. Alah, customer kau takkan lari lah."

Yana mengeluarkan makanan tadi dari bungkusan.

"Nah, kau makan ni. Bagi gemuk sikit. Aku naik dulu. Nak mandi."

"Kau bagi la banyak mana aku makan, tak gemuk punya lah." Izz Aydin ketawa sendiri.

"Ha, solat jangan lupa! Pemalas!" teriak Izz Aydin sebaik Yana hilang dibalik dinding tangga.

*****

"Izz.. Kau nak pergi kerja macam pakai ni je?" soal Yana sebaik melihat Izz Aydin yang sudah menunggunya diluar.

"Kenapa? Salah ke?" soal Izz Aydin pula. Matanya melihat pakaian ditubuhnya sendiri. Baju tshirt longgar lengan panjang, seluar jeans, kasut sneakers. Pakaian rasmi Izz Aydin kot!

"Okay lah ni. Aku bukan kerja pejabat macam kau. Nanti diaorang bagi uniform jugak kan." kata Izz Aryan sambil melihat pakaian dipakai Yana pula. Kemeja lengan pendek, skirt ketat paras lutut, kasut tumit tinggi 3 inci. Ahh! Rasa nak pengsan disitu juga melihat pakaian singkat sahabatnya itu.

"Cepat lah! Terhegeh-hegeh. Aku nak tutup pagar ni." kerah Izz Aydin.

"Ish, sabar lah. Betul kau tak nak ikut aku naik kereta sekali?" tanya Yana.

"Tak nak. Aku naik moto aku ni lagi bagus. Tak kuasa aku nak menghadap jem." Izz Aydin menyarung helmet dikepalanya dan menolak skuter ego s nya keluar sementara menunggu Yana mengundur kereta keluar dari perkarangan rumah.

"Nanti jumpa kat sana!" teriak Yana dari tingkap keretanya sebelum berlalu pergi.

Izz Aydin mengangkat tangan tanda mengiyakan. Tangannya menekan punat starter di handle motosikal lalu memulakan perjalan mencari rezekinya dengan bacaan Bismillah.

'Semoga Allah permudahkan rezeki aku hari ini dalam mencari rezeki yang halal. Aamiinn'

*******

Izz Aydin tiba di Hotel Imperial tepat jam 7.50 pagi. Dari kejauhan matanya dapat menangkap sekumpulan manusia sedang berkumpul disatu kawasan di lobi. Kakinya laju melangkah bersama beg sandang dibelakang. Rambut pendeknya disisir dengan jari sebelum ditutup dengan topi.

"Hi all. Good morning. I'm Miss Helen, HR manager. This is Mr Ray, Senior of Sales and Marketing, Cik Yana, also from HR and Puan Zubaidah, Senior housekeeper." Miss Helen memperkenalkan dirinya serta rakan-rakan disebelahnya. Semua mata melihat dan tersenyum nipis.

"Hari ini adalah hari pertama you all bekerja kat sini. Jadi akan ada rules yang perlu you all patuhi. Jangan main-main. I'm watching you all closely." ujar Miss Helen dengan riak serius.

"Setiap rakan I kat sini adalah ketua anda semasa anda bekerja disini. Apa-apa pertanyaan, boleh tanya mereka. And please be on time everytime you all bekerja. I'm very strict about time. So, any question?" Semua mata memandang sesama sendiri.

"Okay! Chop chop! Start moving now!" Masing-masing terkocoh-kocoh bergerak menghampiri ketua mereka termasuk Izz Aydin selepas mendengar arahan daripada Miss Helen.

Puan Zubaidah mengeluarkan kertas nama pekerja dibawah seliaannya.

"Okay. Kat sini kita bekerja 40 jam seminggu dan 6 hari seminggu. Jadi setiap orang akan dapat cuti sehari seminggu kecuali hari sabtu dan ahad. Nanti kita aturkan jadual kamu semua mengikut syif yang ditetapkan." terang Puan Zubaidah.

"Saya panggil nama, angkat tangan ya. Tak nak nanti ada yang tercicir atau escape." Semua kepala mengangguk.

"Aidin Nura. Azrin Asma. Cynthia. Dorry Lim. Hasanah. Idham, Nur Aimalina. Seroja. Pathma, Wilson dan Zully." Semua ada? Okay!

"Err Puan. Nama saya Puan tak panggil pun tadi." celah Izz Aydin.

"Ha? Takda? Siapa nama awak?" tanya Puan Zubaidah dengan kerutan didahi. Jarinya menyelak semula kertas nama.

"Izz Aydin!"

"Izz Aydin!" Sapa kat sini nama Izz Aydin?" tiba-tiba muncul seorang lelaki berkot hitam, tercungap-cungap berlari ke arah mereka. Semua mata disitu melihat lelaki itu.

Lelaki itu tunduk mencekak pinggang melepas lelahnya sekejap. Dia menegakkan tubuhnya semula sambil mengipas mukanya dengan kertas. Riak macho ditunjukkan.

"Maafkan saya. Siapa kat sini.. nama.. Izz Aydin?" tanya lelaki itu sekali lagi dengan nafas lelah.

"Err saya." jawab Izz Aydin perlahan. Semua mata beralih pula kepada Izz Aydin.

Lelaki itu kelihatan terkejut sebelum melihat semula kertas dibawanya bersama tadi. Izz Aydin. Betul lah ni. Tapi kenapa perempuan? Bukan lelaki ke? Aduhhh! Masak aku!

"You kenapa Daniel? Ada yang tak kena ke? Kenapa cari Izz Aydin?" tanya Yana yang dari tadi memerhati. Matanya beralih ke arah Izz Aydin yang berada di hadapan Puan Zuraidah.

Daniel menyerahkan kertas dipegangannya kepada Yana. Yana membesarkan matanya saat melihat kertas itu. Oh my God!

"Apa ni Daniel? You tak baca betul-betul ke sebelum you pilih dia ni. Dia perempuan lah." marah Yana. Izz Aydin yang kehairanan menghampiri Daniel dan Yana.

"I confuse dengan gambar dia ni. Rambut pendek, nama pun letak Izz Aydin je. Takda bin binti. Mana lah I tahu dia perempuan." keluh Daniel.

"Habis, macam mana sekarang? Kejap lagi boss dah nak sampai kan?" tanya Yana seolah mendesak Daniel supaya menyelesaikan masalah ditimbulkan itu.

"Ahh! Kita takda pilihan. Yana, bawak Izz Aydin masuk office dulu. Kita breafing dia sikit." Yana mendengus kasar sebaik kelibat Daniel pergi meninggalkan mereka.

"Kenapa Yana? Ada masalah ke?" tanya Izz Aydin yang senyap dari tadi.

"Jom ikut aku dulu. Nanti aku bagi tahu." Izz Aydin membuntuti Yana menuju ke dalam.

Terasa jauh perjalanannya sehingga menemui pintu besar berwarna hitam. Izz Aydin terpaku disitu. Matanya memerhati sekeliling. Terdapat satu arca kayu berbentuk manusia ditepi pintu. Terdapat juga sebuah meja batu marmar berwarna hitam bersama sejambak bunga segar di atasnya.

"Izz, sini. Masuk sini." ajak Yana. Terkocoh-kocoh Izz Aydin menghampiri.

Daniel duduk dikerusi sambil memerhati Izz Aydin sebelum terdengar dia mengeluh halus.

"Sebelum tu, saya nak minta maaf kalau saya buat awak tersinggung. Nama awak Izz Aydin kan. Nama macam lelaki."

"Takpa. Memang ramai yang confuse. Bukan encik sorang je. Panggil saya Izz je." jawab Izz Aydin dengan sopan.

"Sebenarnya, awak ni gantikan driver yang kena pecat minggu lepas. Kami pun terdesak nak cepat perlukan driver baru."

"Haa? Driver??" Izz Aydin mengerutkan keningnya.

"You jangan kata nak suruh dia jadi driver. I tak setuju." celah Yana. Kedua tangannya bersilang didada dengan muka serius seakan marah.

"Kita tak ada pilihan lain. Takkan you nak I yang drive. I banyak kerja lah nak handle. Kalau tak, you je lah ganti driver tu." ujar Daniel lalu berdiri merenung luar tingkap.

"Eh, apasal I pulak. Cari lah orang lain."

"Jadi, jangan banyak songeh. Boss pun tak kata position tu hanya untuk lelaki. Kita cuba dulu. Kalau boss tak suka, nanti kita transfer dia pergi section lain. Okay?"

"Awak ada driving lisence kan. Boleh bawak auto? Manual?" soal Daniel kepada Izz Aydin bertubi-tubi.

"Ada. Setakat auto manual tu saya boleh bawak. Tinggal lori, bas dengan kapal terbang aje yang tak pernah lagi." jawab Izz Aydin cuba berseloroh. Namun wajah Daniel dan Yana masih beriak serius menyebabkan Izz Aydin diam semula.

Yana memandang Izz Aydin disebelahnya. Hatinya sudah ditujah kerisauan. Akhirnya dia terpaksa setuju dengan cadangan gila Daniel itu.

****

Izz Aydin berdiri menunggu dihadapan pintu ketibaan antarabangsa. Ditangannya memegang satu kertas dengan nama 'Razin'. Disebelahnya berdiri Yana yang sibuk menjawab panggilan.

Tiba-tiba Yana mematikan panggilan dan berjalan laju kearah seorang lelaki berkot berwarna hijau emerald. Mereka bercakap sebentar sebelum bergerak menuju ke pintu keluar.

Izz Aydin mengejar mereka berdua dan tanpa sengaja terlanggar belakang lelaki itu yang tiba-tiba berhenti mengejut.

"Err sorry." ucap Izz Aydin. Yana disebelah menelan air liur dan terus mengalihkan matanya ke arah lain saat lelaki itu berpusing menoleh kearah Izz Aydin.

"You are my driver, isn't it?" soal lelaki itu. Bibirnya kelihatan sinis mengoyak senyuman.

"Ya..Saya.. baru kerja.. hari ni." jawab Izz Aydin gagap.

"Pergi start kereta. Aku panas. Lepas tu ambil luggage aku. Jangan sampai calar, sebab kau takkan mampu nak bayar beg mahal aku tu." ujar lelaki itu dengan riak bongkaknya.

Izz Aydin menunduk.

"Baik boss"

"Not boss. It's Tuan Razin. TU.AN RA.ZIN." kata lelaki itu sambil mengacukan jari telunjuknya didepan mata Izz Aydin.

Izz Aydin menelan air liur yang terasa pahit. Meremang bulu romanya melihat wajah lelaki itu. Tanpa lambat, langkah kakinya dilajukan kearah kereta, menekan punat start kemudian menekan punat penghawa dingin. Dia berpatah balik semula ke dalam untuk mengambil beg seperti yang di arahkan lelaki itu.

'Tuan Razin..Boss besar ke tu? Eii serammm. Lagi seram dari hantu!'

Bersambung...

komen sikit :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience