Bab 22

Drama Completed 204768

Izz Aydin duduk menyandar di balik pintu. Entah kenapa spontan pula tangannya merampas kad akses ke suite Razin dari tangan Yana.

Dia bangun dan menuju ke sofa. Tubuhnya di baring sekejap, cuba menghilangkan rasa marah yang membuak didada. Dari baring, dia duduk kemudian berdiri lagi. Sehingga lah dia tertunduk menongkat dahi. Bayangan Rafael dan Balqis masih bermain-main dikotak fikirannya saat itu.

Razin, Daniel dan Yana masih berdiri luar bersama Rafael yang sudah kusut mukanya. Bertubi-tubi ketukan ke pintu merayu supaya Izz Aydin membuka pintu tetapi masih sepi.

Muka Yana pula sudah semerah saga. Menyeringai seperti singa, cuma menunggu masa membaham mangsa didepan mata.

Pantas kakinya menuju ke arah Balqis didalam yang berlagak tenang seolah tiada rasa bersalah sedikitpun.

"Kau ni memang sejenis tak tahu malu. Kau tau kan Raf dengan Izz tu siapa?! Yang kau gatal merenyam jugak kenapa?! Kemaruk sangat dengan Raf tu? Hah! Ambik! Lapar batang sangat kan.." Mencerlung tajam matanya menikam anak mata Balqis. Bahasa yang dituturnya juga sudah tidak dapat dilapik dek kemarahan yang setinggi mencecah kepala.

Langkahnya menuju ke arah Rafael pula.

"And you! I dah bagi amaran awal-awal. Ni dah kali kedua you buat macam ni. I takkan suruh Izz senang-senang nak terima you balik sebab you ni memang dari dulu tak layak untuk dia! Dasar buaya!" Tempik Yana melepas marah.

Hish..!! Gatal juga tangannya ingin menampar tetapi Rafael tetap bos disitu. Masih waras akalnya sebelum bertindak diluar kawalan. Yana kemudiannya terus keluar dan cuba memujuk sahabatnya. Tiada sahutan juga walau sudah sakit tangan mengetuk pintu.

"Just leave her alone. She needs time." Tutur Razin tiba-tiba.

"Mari turun bawah. Kita banyak kerja nak buat dari melayan drama curang macam ni." Sinis kata-kata Razin memandang Rafael.

Razin dan Daniel terus berjalan beriringan menuju ke lif.

"Kalau dah buaya tu, dapat lauk segar depan mata mana nak tolak. Sedap makan lauk ikan cencaru tu? Dua-dua sama gatal! Sampai terbalik biji mata you I tengok cium Balqis." Bibir Yana sempat senyum menjungkit bibirnya. Sakit hati melihat lelaki itu.

"Oh.. next time, tutup pintu. Tak lah orang tau you buat maksiat kat sini. Merosakkan imej hotel je." Sempat Yana menyindir lagi sebelum berlalu pergi dengan hati yang masih panas.

Rafael meraup muka kasar dengan dengusan berkali-kali. Dia masuk ke dalam dan menuju ke sinki, membasuh muka dan kesan gincu di bibirnya. Satu keluhan berat pula dilepaskan. Sesalan itu selalu datang lambat.

"Kau keluar sekarang sebelum aku pecahkan muka kau tu. Keluar!" Sergahan Rafael itu menyebabkan Balqis tersentak terkejut. Dengan pantas dia mengemas barang dan ditolak keluar. Namun bibirnya masih mengukir senyuman. Senyuman puas hati kerana Izz Aydin menyaksikan kejadian tadi.

*****

"Izz, bukak pintu ni. Dengar apa saya nak cakap. Please.. Izz.." Rafael masih cuba merayu dihadapan pintu namun Izz Aydin masih tidak menyahut. Tangannya juga sudah lenguh mendail nombor telefon Izz Aydin tetapi tiada sahutan dan balasan apa pun di telegram.

Hampa hatinya dilayan seperti itu namun lebih sakit lagi hati Izz Aydin. Melihat kekasih hati berbalas ciuman hangat dengan perempuan lain.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi menerima panggilan.

"Hello Izz.."

"Err ni Stacy, pembantu Tuan. Tuan kat mana sekarang. Kita kan ada meeting dengan Mr. Goh ni. Dia orang dah lama tunggu tuan di bilik meeting." Beritahu Stacy dihujung talian.

"Saya ada kat atas. Sorry, saya lupa. Kejap lagi saya turun." Panggilan ditamatnya.

Rafael masuk semula kedalam suitenya lalu membetulkan pakaian dan rambutnya yang berselerak. Kakinya melangkah perlahan keluar dan sempat berhenti sekejap dihadapan suite Razin. Dia mengeluh lagi entah untuk kali keberapa.

*****

Tap! Tap! Tap! Huh! huh! huh!

"Jangan kejar saya. Saya tak nak.." Izz Aydin menolak kasar sepasang tangan yang cuba merangkulnya. Nafasnya turun naik melepas lelah kerana berlari terlalu laju. Tubuh disandarkan ke dinding dan dia terperangkap disitu.

"Sini! Mana kau nak lari?!" Tempik lelaki dihadapannya. Tangan lelaki itu masih cuba menarik susuk tubuh Izz Aydin namun tidak berjaya.

Merah padam muka lelaki itu kerana ajakkannya tidak dipedulikan. Matanya galak melihat Izz Aydin yang sudah koyak bajunya.

"Tolong jangan. Lepaskan saya.." rayu Izz Aydin. Menggigil tangannya merayu namun tidak diendahkan. Peluh dan air mata mengalir menjadi satu. Kepenatan juga menjalar di segenap sendi dan tulang.

Lelaki itu ketawa lalu menyeluk kocek dan mengeluarkan sebilah pisau lipat. Pisau itu diagah-agah dihadapannya.

"Makk.. tolong makk..!!" Air mata berterusan berjujuran mengalir dipipi.

"Mak kau dah tak da! Dah mati. Jadi, kau kena ikut aku. Kalau tak, aku bunuh kau!" Ugut lelaki itu dengan wajah bengisnya. Ketawa yang masih bersisa dibibir menerbitkankan lagi rasa takut.

"Tolongg..!! Jangan dekat!" Kakinya meronta apabila tangan besar itu mula menangkap dan memeluknya erat. Sehabis daya dia meronta dan menendang agar dilepaskan. Semakin lama semakin lemah sehingga dia tidak sedarkan diri.

Izz Aydin membuka matanya, perlahan dan berat. Anak matanya dikawal melihat sekeliling.

Ahh? Aku mimpi lagi? Hmm keluhan berat dilepaskan. Jarinya menyeka hujung mata yang terasa basah lalu bangun dari pembaringan dan mengeliat dengan mata yang sedikit terbuka.

Ehh, aku kat mana ni? Soalan itu tiba-tiba muncul difikirannya saat itu.

Bagai bomoh kerasukan matanya meliar melihat sekeliling, cuba mengingati kali terakhir dia berada.

Ya ampun!!! Izz..!! Apesal kau boleh tertidur sini..

"Sleeping beauty dah bangun?" Terdengar satu suara menegurnya dimuka pintu bilik.

Wajah yang sentiasa sinis bila menuturkan kata-kata kepadanya itu dipandang sekejap sebelum dia meraup mukanya.

"Err tuan.. maaf saya tertidur tadi." Izz Aydin tersenyum kelat.

"Lepas gaduh, boleh lagi kau sedap tidur ya. sampai mengigau panggil mak! Mak! Perlu ke gaduh dengan boyfriend nak mengadu dengan mak?" Laju saja Razin menuturkan kata-kata tanpa menghiraukan perubahan riak wajah Izz Aydin tika itu.

Senyuman Izz Aydin terus mati. Mak.. bayangan wajah ibunya mula terlayar. Tiba-tiba dadanya terasa sempit dan bertukar sebak. Lalu air matanya mengalir perlahan. Semakin lama semakin lebat.

"Mak...." Teresak-esak Izz Aydin menangis menekup mukanya dengan selimut. Entah kenapa terasa hiba dan sedih dirasakannya waktu itu. Mungkin terbawa-bawa selepas mimpi buruk tadi yang sentiasa menghantui tidurnya sejak kebelakangan ini.

"Mak.. Izz rindu mak!" Mendayu-dayu tangisannya saat itu. Seperti anak kecil yang mahukan si ibu memujuk.

Razin yang tadinya berdiri mula menggelabah. Dia menghampiri Izz Aydin yang merunduk menangis. Terasa sesal dihati menuturkan kata-kata yang menyebabkan wanita itu menangis sebegitu.

Wanita yang sentiasa nampak kuat menangis seperti itu, pasti ada yang terlalu menyesakkan jiwanya sehingga tidak tertahan.

Tangannya di angkat sedikit, ingin mengusap bahu Izz Aydin tetapi tidak kesampaian. Lalu dibiarkan saja wanita itu menangis sepuas hati sehingga reda sendiri.

***

Izz Aydin mencuci muka yang sudah kelihatan sembab itu lalu melangkah keluar dari bilik air. Dia bergerak menuju ke sofa dan duduk sebentar merenung ke luar.

"Sorry saya tertidur tadi. Tuan nak balik sekarang? Saya hantarkan."

Razin tidak terus menjawab sebaliknya meneguk perlahan air kopi yang masih berasap dihadapannya. Sempat juga minum kopi dalam orang bersedih ya..

"Kenapa kau nangis?" Tanya Razin terus. Dia terlalu ingin tahu apa yang membuatkan wanita itu menangis teresak-esak sebentar tadi dan dia juga mendengar wanita itu mengigau merintih semasa tidurnya.

Izz Aydin tersenyum nipis.

"Kenapa tuan nak tahu? Saya tak rasa kita ada hubungan yang membolehkan saya menceritakan perihal peribadi saya kepada tuan." Ahhh terdengar sinis menikam ke hujung jantung.

Razin cuba mengawal riak yang sedikit terasa dengan kata-kata Izz Aydin tadi.

"Kalau kau tak nak bagitau tak pe. Aku tak nak emosi kau terganggu masa drive nanti. Tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa sekali."

"Saya pekerja professional. Boleh kawal emosi saya sendiri."

"Baiklah kalau macam tu." Razin bangun membawa cawan ditangan.

"Err tuan ke yang angkat saya ke katil? Saya rasa saya tidur disofa ni tadi." Soal Izz Aydin tiba-tiba. Dia pelik bagaimana dia boleh tidur diatas katil sedangkan kali terakhir dia duduk dikerusi sofa itu.

"Tak kuasa aku. Baik sangat ke aku nak angkat letak kau tidur sana. Sendiri tidur, sendiri lupa." Cawan tadi diletakkan didalam sinki. Takkan nak mengaku aku yang angkat. Kang hilang lagak macho aku. Bibirnya tersenyum sendiri sebelum memalingkan wajah.

"Jom balik. Aku dah penat." Ajak Razin. Tangannya dihulurkan seakan meminta sesuatu.

"Tuan nak drive sendiri ke?" Kunci kereta diletakkan ditapak tangan Razin.

"Eish, bukan kunci kereta. Kad suite aku lah. Takkan kau nak simpan buat suite aku jadi tempat escape kau pulak. Apa ingat free ke semua ni?"

"Eleh, kedekut! Macam lah luak setakat suite dia ni." Kad akses suite bertukar tangan dan kunci diambil semula. Kakinya laju sahaja melangkah menuju ke pintu tetapi berhenti mengejut apabila teringatkan Rafael.

Razin dibelakang turut berhenti. Hampir sahaja melanggar tetapi sempat menekan break.

"Keluar lah. Jadi batu kat sini lagi buat apa."

"Ehh tuan ni kan. Cakap elok-elok boleh tak. Saya selotep jugak mulut tu nanti. Asyik membebel marah aje. Kalah mulut opah saya tau." Dengus Izz Aydin lalu membuka pintu perlahan. Kepala di jengulkan keluar, melihat jika ada kelibat Rafael.

Razin terus mengetap bibirnya dari meneruskan kata-kata. Geram jugak melihat sikap berani Izz Aydin bersoal jawap dengannya.

"Raf tak da. Dia masih meeting dengan client ." Ujar Razin dibelakang.

Izz Aydin terus keluar dan berjalan laju meninggalkan Razin dibelakang.

Razin menggeleng dan tersenyum. Lepas gaduh dengan Raf, sesedap dia je tidur dalam suite aku. Tidur nangis beriya-riya pulak tu. Sekarang dah start bertekak dengan aku pulak. Cepat jugak dia ni cool down. Haih, Izz Aydin. Kau memang wanita yang boleh buat orang jadi gila!

*****

2 hari berlalu begitu sahaja. Izz Aydin masih merasa sebal didalam hati. Kecewa juga ya. Mungkin juga apa yang dikatakan Rafael benar, semua yang berlaku tidak disengajakan. Namun dia tetap belum mahu berjumpa Rafael.

Telefon bimbit dibuka sebaik menerima beberapa pesanan lagi. Siapa lagi kalau bukan dari Rafael. Masih cuba memujuknya. Dan barusan tadi Rafael balik semula kerana Izz Aydin masih tidak mahu berjumpa.

Yana menjengah kedalam bilik untuk melihat keadaan sahabatnya yang kelihatan sedikit murung sejak kejadian itu.

"Kau okay tak ni?" Soal Yana. Itu sudah masuk kali ke 9 soalan yang sama terpacul dari bibirnya dan jawapan Izz Aydin tetap sama.

"Aku okay." Setiap kali itu juga keluhan berat dilepaskan.

"Aku tau kau tak okay. Aku tau kau sayangkan dia, cintakan dia dan tak mudah kau nak benci dia kan." Tutur Yana perlahan.

Izz Aydin diam merenung genggaman tangannya sendiri.

"Aku tak ada hak pun nak halang perasaan kau tu tapi aku cuma nak kau happy, bahagia macam pasangan lain." Sambung Yana lagi.

"Kau tau kan Raf tu cinta pertama aku dan aku sayangkan dia." Luah Izz Aydin.

"Ya aku tau. Kau sayangkan dia, cintakan dia and aku tau Raf pun betul-betul sayangkan kau. Dari apa yang dia buat untuk pujuk kau, aku boleh tengok kesungguhan dia dekat kau. Aku tak pernah tengok Raf bersungguh macam ni." Yana tersenyum sedikit. Cuba memujuk sahabatnya.

Yana menggenggam jemari Izz Aydin dan tersenyum.

"Cinta pertama tak semestinya yang terakhir. Kalau setakat macam Raf tu, melambak kau boleh dapat. Tak pun kau try bos je, amacam?"

"Ehh gila kau. Nak aku kena serang dengan tunang dia pulak? Eii tak sanggup aku." Terbayangkan muka Melissa saja sudah membuat bulu romanya meremang.

"Tapi kalau kau nak jumpa Raf, kau tak perlu persetujuan aku pun. Kau dah boleh decide apa yang terbaik untuk kau sendiri tapi make sure kau fikir masak-masak."

Izz Aydin tidak terus menyahut. Masih menimbang tara apa yang perlu dilakukan Bibirnya mengukir senyuman lalu mengangguk.

"Sekarang kita stop dulu cerita pasal Raf sebab lusa kita nak pergi team building kat Pulau Pangkor! Ee tak sabarnya. Esok kita beli barang sikit eh."

"Ye lah. Aku ikut je.'

******

Menggigil tangan Izz Aydin saat feri yang membawa mereka ke Pulau Pangkor mula bergerak. Didalam kepalanya sudah memikirkan bermacam-macam. Yana pula ketawa melihat muka pucat Izz Aydin disebelah.

"Kau ni, takut sangat. Feri ni selamat. Tak lama pun." Kata Yana cuba mengurangkan ketakutan sahabatnya itu.

"Kau cakap lah apa pun, dalam kepala aku ni tetap jugak fikir yang bukan-bukan. Eii takut lahh.." Izz Aydin memejam matanya rapat-rapat sehinggalah feri itu selamat tiba ke destinasi.

Laju sahaja kakinya melangkah keluar dan memijak daratan. Ahh! Legaaa.. sampai jugakk..

***

Bibirnya terus mengukir senyuman saat pemandangan laut luas dan pantai yang indah menjamu pandangan mata. Angin segar yang bertiup perlahan dihirup dalam-dalam. Untung saja bilik dia dengan Yana berdepan dengan laut yang terbentang luas.

Yana mendekati Izz Aydin yang berdiri dibalkoni. Bibirnya bergerak-gerak sedikit dengan wajah yang semacam tertelan cuka.

"Apehal kau ni. Muka macam tertelan limau je. Masam.." tegur Izz Aydin.

"Kau teka siapa yang aku nampak tadi." Topi dikepala dibuka dan mengipas muka yang mula merona merah.

"Siapa? Aku mana tau dah aku tutup mata je sepanjang dalam feri tadi."

"Ikan cencaru tu la. Siapa lagi. Bukan sepatutnya dia diberhentikan ke?" Tutur Yana dengan nada tidak puas hati.

Meletus ketawa Izz Aydin. Ikan cencaru nama gelaran baru untuk Balqis. Katanya ikan yang boleh buat orang gatal merenyam kalau tak sesuai.

"Manalah aku tau.. kalau Raf nak dia diberhentikan tapi management tak nak, kita nak buat apa." Tutur Izz Aydin perlahan.

"Ahh lantak dia lah. Yang penting kita enjoy, happy happy sepanjang berada kat sini!!"

Maka ketawa gembiralah dua sahabat itu membayangkan kegembiraan yang akan dirasai.

jom singgah ig m.a.z_np ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience