Bab 44

Drama Completed 204768

"Daddy..!"

Tersentak Razin melihat Adelia sedang berlari laju ke arahnya. Terus tersenyum bibir Razin, memeluk erat Adelia. Matanya terarah pula kepada Humaira dibelakang sambil diiringi Izz Aydin masuk ke dalam rumah.

"Princess daddy datang tak bagi tahu ya." Ujar Razin sambil mencium pipi Adelia bertalu-talu. Ketawa kecil anak itu menerima ciuman dari Razin yang sekaligus menggeletek pinggangnya.

Izz Aydin berjalan beriringan dengan Humaira lalu mempersilakan Humaira duduk. Dia kemudiannya berlalu ke dapur membuat air untuk tetamu mereka itu.

Humaira duduk sambil memerhatikan gelagat Razin melayan Adelia. Banyak cerita yang dibualkan oleh Adelia dan Razin pula mendengar dengan penuh teruja.

"How are you Zin? Okay?" Soal Humaira memulakan perbualan. Wajah pucat lelaki itu dipandang sekejap.

"I'm okay. Just demam sikit."

"Hah? Daddy demam?" Celah Adelia lalu menekap telapak tangannya didahi Razin. Kepala Adelia tergeleng-geleng sedikit, membuatkan Razin ketawa melihat telatah anaknya itu.

"Biar Adel rawat daddy ya." Adelia terus menyelongkar beg yang disandangnya sejak tiba tadi. Seketika mencari, dia mengeluarkan steteskop mainan berwarna ungu merah jambu lalu dipasang ke telinga. Dihujungnya pula diletakkan didada Razin. Lagaknya seakan doktor betul!

"Hmm betul. Daddy demam lah." Kata Adelia. Beg diselongkar lagi mencari sesuatu. Dikeluarkan pula picagari mainan berwarna pink. Segera lengan Razin disuntik dan Razin terus menjerit seolah kesakitan itu benar-benar dirasainya.

Maka ketawalah Humaira melihat drama lakonan dua beranak itu.

"Adel dah bagi ubat. Nanti daddy cepat sembuh lah." Tambah Adelia. Seronok hatinya bermain mainan doktor yang dibawanya tadi.

Tidak lama kemudian Izz Aydin muncul sambil menatang dulang berisi air dan kek pandan yang sempat dibuatnya pagi tadi. Dia tahu akan kedatangan Humaira dan Adelia kerana dia yang menjemput dan memberi akses naik ke kondominium itu. Sengaja mahu membuat mood Razin gembira melihat kehadiran Adelia.

"Jemput minum Kak Maira." Pelawa Izz Aydin lalu duduk disebelah Razin. Senyuman diberikan kepada Adelia yang duduk dipangkuan Razin, masih mencucuk-cucuk picagari ke tangan Razin.

"Sis! Adel nak kek tu." Pinta Adelia sambil menunjuk kek pandan yang terhidang.

Serentak Razin dan Humaira memandang Izz Aydin yang hanya tersenyum menyuap kek pandan ke dalam mulut Adelia.

"Apa pulak sis? Adel, lepas ni kena panggil mommy tau. Mana boleh sis lagi." Kata Humaira lembut. Dia kemudiaannya memimpin Adelia supaya duduk disebelahnya. Wajah anak kecil itu dilihat sedang mengerutkan dahi. Matanya bersilih ganti melihat Humaira dan Izz Aydin.

"Ha? Mommy? Adel kan dah ada mommy ni. Mana boleh ada dua mommy." Ujar Adelia sambil memeluk Humaira. Matanya menjeling sekilas ke arah Izz Aydin yang tersenyum ke arahnya.

"Takpa kak. Saya tak kisah dia nak panggil apa. Nanti tak selesa pulak dia." Ujar Izz Aydin. Dia faham sekiranya Adelia belum bersedia menerima statusnya itu.

"Mana boleh macam tu. Izz dah jadi isteri Razin dan Adel anak Izz jugak. Jadi, kena ajar dia panggil dengan panggilan yang betul."

"Betul tu. Adel kan anak abang, and sayang mama Adel. Ajar dia panggil mama je. Okay?" Cadang Razin lalu tersenyum.

Izz Aydin mengangguk tersengih. Mama? Kedengaran janggal tetapi itulah yang selayaknya walaupun cuma sebagai ibu tiri.

"Mama?" Adelia tiba-tiba bersuara dan akhirnya tersenyum lebar.

"Yeay! Adel ada mama!" Teriak Adelia suka.

***

Sudah 2 hari Datuk Halim ditahan diwad kerana bacaan tekanan darahnya masih belum stabil. Emosinya juga tidak menentu selepas pertengkaran tempoh hari dan keengganan Razin bertemu sedikit sebanyak menjejas kesihatannya.

Malam ini, giliran Rafael menjaga Datuk Halim.Jam sudah menginjak pukul 10 malam tetapi Rafael masih belum dapat melelapkan mata kerana disaat itu dia masih terbayangkan wanita yang dilihatnya di kafe tempoh hari. Pandangannya diarahkan ke arah Datuk Halim yang sudah tidur selepas diberi ubat tetapi fikirannya menerawang.

"Syamina.." nama yang sentiasa meniti dibibir Rafael satu ketika dahulu. Wanita yang menyebabkan dia hilang kepercayaan pada cinta sehinggalah dia menemui Izz Aydin tetapi akhirnya kecewa juga. Dan sekarang, Syamina muncul semula.

Pelbagai persoalan muncul dibenak. Apa betul itu adalah wanita yang sama seperti dikenalinya satu ketika dahulu atau bukan. Gaya dan penampilannya sudah berbeza!

Tiba-tiba pintu bilik wad itu ditolak perlahan, mengejutkan Rafael dari menungan. Tersentak Rafael memandang wajah jururawat dihadapannya. Dia bingkas bangun dari duduk dan memerhati dengan lebih dalam. Wanita itu juga terkejut melihat Rafael tetapi riaknya masih dikawal bersahaja.

Wanita itu tidak mengendahkan pandangan Rafael padanya. Dia terus menjalankan tugas seperti biasa. Memeriksa keadaan pesakit dan kemudiannya mencatit sesuatu didalam fail di atas meja. Selesai tugas, wanita itu terus keluar. Sedikit rimas diperhatikan sedari dia masuk ke dalam bilik itu.

Kakinya dibawa laju melangkah dan sangkaannya betul, Rafael mengekorinya sehingga keluar.

"Syam..!" Rafael cuba memanggil dan wanita itu tidak berhenti. Malah kayuhan kakinya semakin laju.

Rafael terus mengejar. Dia perlukan kepastian!

Terhenti langkah kaki wanita itu apabila Rafael sudah berdiri tegak dihadapannya. Rafael menarik nafas, lelah selepas berlari mengejar wanita itu.

"Maaf encik. Saya nak lalu." Ujar Wanita itu. Rafael tidak memberi laluan sebaliknya cuba membaca nama wanita itu di tag nama dan betul! Dia Syamina!

Rafael mengoyak senyuman walaupun didalam hatinya sudah berdebar-debar. Wajah wanita bertudung itu dipandang dengan rasa hati yang mula berbunga setelah sekian lama layu.

"You Syam kan..?" Soal Rafael masih mahukan kepastian.

"Bukan. Encik salah orang."

"Jangan tipu I. Nama you ada kat tag nama tu. Kalau tak, kenapa you lari?"

"Err lari? Mana ada. Saya ada banyak kerja." Syamina tahu dia sudah tertangkap. Dia tahu bilik yang dimasuknya tadi bilik ayah kepada Rafael tetapi dia tidak tahu Rafael yang menjaga malam ini.

"Mana you menghilang Syam? Dah lama i cari you." Rafael menatap lama wajah milik wanita bernama Syamina itu. Walaupun wanita itu sudah bertudung, dia pasti itu wanita yang dicarinya.

Syamina tidak menjawab. Hanya menunduk pandangan menekur lantai. Perlahan kepalanya diangkat dan memandang Rafael yang sedang merenungnya.

"Yes! I'm sure you are Syamina!"

***

Losyen wangian Vanilla disapu perlahan ke seluruh tangan sehingga ke bahu. Sesekali wajah bersih tanpa solekan itu dibelek sekejap sambil mengerling sekilas ke arah Razin yang duduk menyandar dikepala katil. Ditangan lelaki itu sudah pasti ada ipad.

Izz Aydin bangun dari kerusi meja solek dan duduk di katil disebelah Razin. Novel turut dicapai lalu dibuka pada muka surat bacaan akhirnya. Bacaannya itu lansung tidak fokus kerana dia sebenarnya ingin menanyakan sesuatu kepada Razin tetapi masih tidak terluah. Sehinggakan dia sendiri yang gelisah!

Novel ditutup rapat lalu diletakkan ke meja sisi katil. Ipad dipegangan Razin juga diambil tanpa sebarang kata-kata.

Tersentak Razin melihat tindakan Izz Aydin kerana pada tika itu dia sedang sibuk memilih design perabot untuk dihantar kepada pereka hiasan dalaman. Tinggal cuma sentuhan akhir sahaja, maka 'kerja' yang selalu disibukkannya selama ini akan selesai.

"Sayang, abang masih ada kerja nak buat la." Kata Razin sambil cuba mengambil semula ipad itu tetapi Izz Aydin menghalang.

"Kan abang dah janji tak buat kerja masa dengan saya dirumah?" Soal Izz Aydin sambil mengecilkan mata. Bibirnya diketap rapat.

Razin menggaru kepalanya yang tidak gatal itu lalu tersengih. Sedar akan kesilapannya, Razin terus mengucapkan kata maaf dan Izz Aydin berlapang hati memaafkan berserta senyuman manis buat sang suami.

"Saya ada nak cakap sikit dengan abang ni." Ujar Izz Aydin perlahan.

"Nak cakap banyak pun boleh sayang. Sini.. duduk dekat sikit dengan abang."

Izz Aydin tersenyum. Segera mengambil tempat duduk disebelah Razin yang sudah mendepakan tangan supaya duduk bersandar didada. Air liur ditelan sebelum memulakan bicara.

"Mommy cakap daddy dah keluar wad dah. Esok kita pergi jenguk daddy kat rumah ya." Ujar Izz Aydin perlahan. Jemarinya menguis-nguis lengan Razin sambil menunggu jawapan.

"Esok abang banyak kerja." Jawab Razin mendatar. Hidungnya kembang kempis menghidu bauan wangi dari tubuh isterinya.

"Kita pergi lepas kerja?"

"Abang ada janji dengan kawan abang."

Izz Aydin menegak tubuh dan berpaling ke arah Razin. Mata dikecilkan sambil menggumam bibir.

"Kawan mana tu? Nak jumpa sebab apa? Lelaki ke perempuan? Saya kenal ke kawan abang tu siapa?" Serupa peluru berpandu soalan dilontarkan sehingga membuat Razin ketawa. Lucu sebab ini kali pertama isterinya itu menyoal seperti cemburu.

Tubuh Izz Aydin dipaut tetapi Izz Aydin tidak berganjak. Masih menunggu jawapan dari Razin.

"Okay okay. Kawan abang tu nama dia Syazwan. Dia yang handle projek kat Johor yang masih dalam progress sekarang. Kita orang nak jumpa sebab nak discuss pasal projek tu la." Terang Razin. Izz Aydin terangguk-angguk sambil membulatkan bibir berbentuk O.

"Tu la sayang, abang ajak pergi tak nak ikut. Kalau tak, boleh dah kenal-kenal dengan kawan abang tu. Isteri dia pun ada sekali. Tak lah sayang jealous, fikir bukan-bukan."

Izz Aydin tersengih mengoyak senyuman. Bukannya cemburu tapi dia cuma ingin tahu. Tak salah kan..

"Kalau macam tu, lusa kita pergi jenguk daddy. Lusa sabtu. Kita ajak sekali Adelia and.. kita bermalam dirumah mommy. Okay?" Izz Aydin masih tidak putus asa berunding. Matanya dikelip-kelip laju, berharap agar cadangannya kali ini diterima Razin.

Razin berfikir sejenak. Ikutkan hati dia belum mahu bertemu dengan Datuk Halim tetapi sudah entah berapa kali ajakkan isterinya ditolak. Dia juga sudah kehabisan alasan hendak diberi semata masih mengelak. Akhirnya Razin mengangguk setuju.

Bukan main suka hati Izz Aydin ajakkannya kali ini dituruti. Ciuman diberikan dipipi suaminya seraya memeluk tubuh sasa itu.

"Thank you abang. "

"Welcome sayang.."

"Lagi satu, nanti lepas balik dari rumah mommy, kita bawa Adelia balik sini terus lah. Boleh tak.?" Meleret senyuman berserta soalan diberikan kepada Razin.

"Tu kena tanya Maira dulu. Sepatutnya Adel memang dia jaga. Sebelum ni abang jaga sementara je. Masa Maira mula-mula mengandung tu Adelia sensitif sikit. Asyik merajuk je dengan dia, kata mommy garang lah. Sekarang dah okay. Sayang pun tengok dia berkepit je dengan mommy dia kan."

"Hmmm.. okay." Muncung sedikit bibir Izz Aydin sambil mengangguk perlahan.

"Esok bukan sayang nak pergi butik lagi dengan Yana ke? Final fitting baju nikah dia kan."

"Haah. Dia kata nak saya jugak jadi pengapit majlis dia. Tu la terpaksa cari sekali baju. Tapi saya rasa badan saya ni macam dah berisi sikit lah."

"Ye ke? Abang tengok tak pun. Masih sama je."

"Cuba abang tengok ni." Izz Aydin menunjuk bahagian bawah dagunya yang sudah berlapis dua. Bersungguh-sungguh mahu menunjuk berat badannya naik semenjak berkahwin.

Razin menyembunyikan senyuman, tidak mahu mengiyakan walaupun hakikat memang benar tubuh isterinya itu sudah kelihatan berisi sedikit. Nak jaga hati isteri, hakikat sebenar pun dipangkah laju.

"Mana ada. Sayang tak gemuk pun. Tapi abang rasa macam tak jelas sangat lah tengok. Hmm cuba sayang buka baju. Lagi jelas kot."

Membulat mata Izz Aydin memanah tepat ke wajah Razin yang tersenyum nakal kepadanya. Ambil kesempatan nampak!

"Abang ni. Orang cakap betul-betul dia main-main pulak. Malas lah nak cakap lagi. Baik tidur je." Dengus Izz Aydin perlahan lalu menarik selimut menutupi paras dada. Matanya terus dipejam rapat, malas mahu melayan si suami yang masih tersengih mengalahkan kerang busuk itu. Ada saja akalnya mengambil kesempatan.

"Eh. Abang cakap betul la. Kalau betul sayang makin gemuk, abang boleh nampak dan rasa. Tapi kalau gemuk pun masih isteri abang. Masih abang sayang." Kata Razin dengan nada memujuk. Wajah si isteri yang masih monyok itu di kucup lama sebelum pelukan erat diberikan.

Izz Aydin tidak menjawab lagi walaupun bibirnya sudah menguntum senyuman. Merajuk manja tak apa kan. Hehehe...

"Sayang wangi sangat malam ni kenapa? Saja nak seksa abang ke apa ni?" Soal Razin dengan nada geram. Sedari tadi dia menahan gelora mencium bauan wangi dari tubuh isterinya.

"Saja try lotion baru tu. Wangi kan?"

"Wangi.. tapi tak boleh buat pun. Ambil bau je. Hutang lah banyak-banyak dengan abang. Sengaja dia ni.." gumam Razin mengetap gigi.

Izz Aydin ketawa melihat riak geram Razin memicit pahanya. Nasib baiklah tengah 'cuti'.

Sorry abang..!

****

Terkulat-kulat Izz Aydin dihadapan cermin melihat baju pengapit yang dicadangkan oleh Yana. Bukan masalah sebab tidak suka tetapi didalam hatinya berdebar-debar melihat Rafael yang turut berada disitu, mengenakan warna pakaian sedodon dengannya.

Izz Aydin baru mengetahui pengapit lelaki adalah Rafael. Ini kerana Shahril sendiri terlupa tentang itu dan apabila Rafael mendengar Yana mencari pengapit terjun, Rafael terus setuju. Cuma mahu membantu rakan mempermudahkan majlis katanya.

"Jangan lah buat muka macam tu. Kita pengapit aje, bukan pengantin." Tegur Rafael santai. Dia tahu Izz Aydin masih kurang selesa dengannya.

Izz Aydin hanya tersenyum nipis dan memandang semula ke arah cermin.

"Awak dengan abang Zin okay?" Soal Rafael. Matanya memandang Izz Aydin melalui pantulan cermin dihadapan mereka itu.

"Okay. Maaflah tak jenguk daddy masa kat hospital. Dia tak nak tapi esok kami datang bermalam kat rumah mommy. Saya dah bagi tahu mommy dah tadi."

"Ohh. Okay. " Terus senyap dua orang itu. Cuma kedengaran suara Yana sahaja sibuk bercakap itu ini.

Selesai urusan, mereka bertiga kemudiannya keluar bersama dari butik itu dan menuju ke hotel semula. Majlis yang berbaki seminggu itu cukup memenatkan Yana memandangkan hanya dia seorang yang menguruskan. Shahril cuma mengikut sahaja apa yang dicadangkan Yana kerana dia masih punya urusan disekolah. Tiga hari sebelum majlis barulah mereka ke Kuala Lumpur.

****

Lebar senyuman dibibir Razin saat anak matanya memandang kehadapan. 'Kerja' yang selama ini disibukkannya menghasilkan satu kepuasan bagi dirinya, hanya untuk si isteri yang dicintai.

"So? Macam mana? Ada nak tukar-tukar? Tambah-tambah?" Soal Syazwan yang sedari tadi berjalan beriringan dengan Razin.

"Setakat ni okay. Exactly like i imagined! You did a great job bro!" Puji Razin sambil menepuk bahu Syazwan. Rakannya itu tidak pernah mengecewakannya jika melibatkan hal kerja.

"Wife kau tahu pasal rumah ni?"

"Tak. Aku belum bagi tahu dia lagi. It's a surprise. Just make sure for the next two months, everything dah siap 100%. Ni..hadiah untuk hari jadi dia." Kata Razin sambil mendepa kedua tangan ke hadapan.

Bibirnya masih digayut senyuman sedari tadi. Didalam hati sudah tidak sabar menanti ketibaan hari jadi si jantung hatinya itu.

Apa agaknya reaksi Izz Aydin apabila menerima kejutan hadiah ini..

jom follow i.g m.a.z_np boleh borak² ;) Please follow, rates and comments. tq! ;)

Share this novel

esther marcus
2020-11-26 23:27:44 

kejutan utk izz razin da tau...kejutan pasangan pengapit razin da tau ke belum?


NovelPlus Premium

The best ads free experience