Bab 56

Drama Completed 204768

Razin melangkah perlahan ke dalam rumah. Sunyi..

Bayangan Izz Aydin berlegar-legar didepan mata. Suara isterinya itu terngiang-ngiang digegendang telinga, membebel kesibukan kerjanya sehingga dibawa ke rumah.

Fuhh.. Nafas dilepas panjang sebelum kaki melangkah masuk ke dalam bilik tidur.

Beg bagasi ditarik dari dalam almari. Beberapa helai pakaian milik Izz Aydin diambil dan dimasukkan ke dalam beg. Selepas itu, anak matanya terlihat sehelai baju berwarna ungu cair.

Perlahan baju tidur milik isternya itu dibawa dalam dakapan dan dicium sekejap. Bau wangian isterinya. Rindu..

Baju itu disimpan semula.

Dia mencapai tuala bersih pula untuk membersihkan diri. Dia harus segera kembali ke hospital untuk bertemu semula dengan isterinya yang masih belum sedar.

Mengikut kata doktor, Izz Aydin akan sedar bila-bila masa tetapi hari ini sudah masuk hari kedua isterinya masih belum sedar. Mujur keadaannya sudah stabil dan kandungannya juga tidak mengalami masalah. Cuma perlu waktu untuk wanita itu bangun sendiri.

Dua hari itu jugalah Razin menjaga Izz Aydin dihospital dan hari ini baru berkesempatan pulang ke rumah hanya untuk mengambil barangan isterinya sementara Opah Biah dan Yana menggantikannya di hospital.

Selesai mandi, dia menuju ke almari pakaiannya. Pintu almari ditolak ke tepi dan terus terpandang nnñsatu kotak berwarna merah hati. Air liur ditelan. Terketar-ketar tangan mengambil kotak itu bersama sekeping kad lalu dibuka.

'Dear abang..

My love.. my hero.. my everything. I'm so blessed to have you as my husband.. as my friend.. Thank you for always make me happy with your loves, your kindness and your tricky flirts! And because of that.. our little precious is coming soon!

We're pregnant abang! Congratulation daddy!!'

Terus gugur air mata yang ditahan. Kit ujian kehamilan turut ditatap lama, jelas memaparkan dua garis menandakan Izz Aydin mengandung. Seketika Razin merunduk dalam tangisan. Kejutan isterinya tidak terjadi seperti yang dirancang. Sesal menebal dalam hati.

Kring! Kring!!

Air mata diseka dan telefon bimbit di atas meja diambil. Yana..

"Hello.."

"Tuan.. Izz dah sedar!"

****

Shahril membantu menegakkan katil mengikut keselesaan Izz Aydin. Yana duduk disebelah kiri manakala Opah Biah dan Tok Adam disebelah kanan. Terlihat jelas kerisauan dari wajah mereka.

Baru sebentar tadi doktor beredar selepas memeriksa keadaan Izz Aydin. Kata doktor, keadaannya semakin stabil dan pemeriksaan lanjut akan dijalankan lagi terutamanya kandungannya.

Izz Aydin tersenyum nipis. Sukar mengukir senyuman lebar dengan sisa kudrat yang belum pulih sepenuhnya. Mengangkat kelopak mata pun masih perlahan.

"Opah.." serak suara Izz Aydin memanggil. Opah Biah mengangguk mendekat kearah cucunya. Air mata mengalir halus dibiarkan sahaja.

"Izz... Opah lah ni. Izz ada sakit kat mana-mana ke? Bagitahu Opah." Sayu hati tuanya melihat wajah pucat itu.

Izz Aydin menggeleng lemah. Air jernih mula bergenang ditubir mata.

"Izz jangan nangis ya. Opah dengan atuk ada sini. Yana dengan abang Shah pun ada." pujuk Opah Biah perlahan. Air matanya sendiri masih mengalir. Mana lah tidak si cucunya itu ikut menangis bersama.

"Abang zin.."

"Razin balik rumah sekejap. Dia ambil barang Izz. Kejap lagi dia datang lah tu. Tunggu ya." Ujar Opah Biah. Kepala cucunya itu diusap penuh kasih.

Izz Aydin menoleh ke arah Yana dan Shahril pula. Mereka hanya berbalas pandangan dan senyuman. Lelah.. perlahan matanya tertutup semula.

***

Pemanduannya tidak gopoh dan santai walaupun hati sudah rasa tidak sabar mahu bertemu sang isteri yang sangat dirindui. Jari telunjuk diketuk-ketuk perlahan di stering kereta sambil berfikir sesuatu.

"Any news Daniel?" Soal Razin serius.

"Belum lagi. Penyiasat tu kata ada terserempak dengan salah seorang lelaki yang serang Izz tapi sekarang dia dah hilangkan diri lepas perasan dia diekori. Saya rasa mereka tu di upah seseorang untuk serang Izz." Terang Daniel ringkas.

Kening Razin bertaut sambil memandang Daniel disebelah. "Diupah? Siapa?"

"Tuan rasa siapa? Saya tak berani cakap lebih-lebih sebab belum tahu betul ke tidak. Kita tunggu saja apa kata private investigator tu. Saya yakin kita akan dapat tahu dulu siapa dalangnya sebelum pihak polis."

Razin mengangguk-angguk. "Okay okay. Buat macam apa yang aku nak. Aku tak kisah dengan apa cara sekali pun asalkan aku dapat dulu orang yang attack Izz tu sebelum polis. Faham?"

Giliran Daniel pula mengangguk. Faham akan arahan dari majikannya itu. Memang tempah kubur lah siapa buat hal dengan Razin ni..

****

"Abang...!"

Izz Aydin tersentak dari tidur dan tiba-tiba menjerit memanggil Razin. Mata dibuka seluasnya, liar memerhati sekeliling. Tubuh dipaksa angkat dari pembaringan, meluaskan lagi pencarian anak matanya disegenap bilik wad itu.

Yang ada cuma dirinya, bunyi mesin dan deruan hujan lebat membasahi bumi. Opah Biah dan Yana juga tiada disisi. Mungkin sudah pulang..

Izz Aydin diserang ketakutan, menggigil seluruh tubuh apabila mendapati dia cuma seorang diri dibilik itu. Baru sebentar dia mendengar suara suaminya memanggil-manggil, bercakap-cakap dengannya. Tetapi dimana dia..?

Tiba-tiba perutnya terasa ngilu. Terus ditahan dengan tangan. Arhh! Apa yang sakit sangat ni.. soal Izz Aydin sendiri.

Memori dia ditikam menerpa fikiran. Segera kedua tangan dibawa ke perut dengan mata yang mula berkaca. Baby? Baby.. sayang mama ada lagi ke dalam tu.. mana semua orang ni..!! Apa jadi dengan aku ni..! Dengus hati Izz Aydin.

Branula ditangan dicabut kasar dan titisan darah terus mengalir dari bekas cucukan jarum branula. Kesakitan ditangannya itu tidak dirasainya kerana pada tika itu dia sangat perlukan seseorang untuk menerangkan keadaannya terutamanya bayi didalam kandungan.

Tiba-tiba pintu wad ditolak perlahan dan muncul wajah sugul Razin.

"Abang..." Tangisan halus mula berlagu sayu dibibir Izz Aydin. Ngilu semakin mencengkam namun ditahan.

Razin tersentak mendengar panggilan dari Izz Aydin. Kayuhan kaki dilajukan apabila melihat Izz Aydin sedang memegang perut dengan wajah penuh kesakitan. Di tangan wanita itu juga menitiskan darah sehingga ke cadar katilnya.

Segera punat berwarna merah ditepi katil ditekan untuk memanggil doktor dan jururawat bertugas.

"Ya Allah sayang.. Kenapa bangun macam ni. Jangan banyak bergerak. Sayang tak sembuh lagi ni." lembut tutur Razin. Tangannya menolak perlahan tubuh isterinya supaya berbaring semula tetapi Izz Aydin menepis dengan tangisan yang semakin melebat. Titisan peluh dibiarkan kering sendiri.

"Apa dah jadi dengan saya? Kenapa saya ada kat hospital dan kenapa perut saya sakit sangat.?" Soal Izz Aydin bertubi-tubi.

Razin mengerutkan kening. Hairan dengan soalan isterinya itu. Adakah isterinya mengalami serangan panik akibat kejadian tempoh hari sehingga lupa apa yang terjadi?

Kedua tangan Razin ditarik. "Abangg.. baby.. baby kita dah tak ada ke? Kenapa abang diam? Jawab lah.." Izz Aydin ingin mengangkat baju dan melihat perutnya tetapi ditegah Razin.

"Please calm down sayang. Kita tunggu doktor dulu. Sayang jangan banyak bergerak. Nanti luka tu makin sakit." pujuk Razin perlahan. Didalam situasi ini, dia sebagai suami harus bijak mengawal emosi isterinya. Dia juga tidak mahu Izz Aydin tertekan dengan apa yang telah terjadi kepadanya.

"Tak nak! Bagitahu saya apa jadi." Bentak Izz Aydin dengan tangisan.

Razin bingkas memeluk Izz Aydin dan dahi wanita itu dikucup berkali-kali.

"I'm sorry sayang. Salah abang tak jaga sayang sebaiknya. Sayang sabar. Baby ada, dia selamat. Jangan risau. Nanti abang bagitahu sayang apa jadi. Tapi sayang kena bertenang. Sayang macam ni tak elok untuk sayang and baby. Please, dengar cakap abang."

Izz Aydin melepas tangisan didalam dakapan Razin. Lega kerana bayinya selamat.

"Please jangan nangis. Abang tak nak sayang sedih, emosi macam ni dengan keadaan sayang baru sedar. Sayang baring ye. Tunggu doktor check."

Izz Aydin menurut kata Razin. Tambahan dia masih lemah dan berbaring semula ke atas katil. Detakkan jantung mula mengendur bersama air mata yang mula kering sebaik wajah kesayangan itu menenangkannya didepan mata.

Izz Aydin menarik Razin supaya duduk disisi katil. Tunak anak mata meneroka segenap wajah milik suaminya. Perlahan tangan diangkat lalu mengusap wajah kesayangannya itu.

Rindu.. Wajah lelaki itu kelihatan sugul dan sembab. Rambut juga tidak disikat rapi seperti selalu.

Razin mengucup kedua tangan Izz Aydin.

"Syukur sayang dah sedar. Tadi masa abang sampai opah kata sayang sedar sekejap je. Lepas tu tidur balik. Tak sempat jumpa sayang. Abang rindu sangat dengan isteri abang ni" Luah Razin. Pipi isterinya oula dikucup berkali-kali. Melepas rindu dengan rasa syukur.

"Saya pun rindu. Kenapa nampak kusut je rupa abang ni. Kurang handsome lah." Tangannya semakin galak mengusap pipi lelaki itu.

"Biar lah tak handsome. Takut nanti nurse sini yang terseliuh kepala tengok abang. Sayang jugak yang susah."

Izz Aydin mengecilkan kelopak mata memandang Razin yang mula tersengih. "Nanti tak pasal-pasal abang yang terseliuh kepala nanti. Jangan nak buat hal."

Tergelak Razin mendengar cemburu isterinya itu. "Sayang ni. Pembawakan baby ke dah pandai cemburu ni?"

Izz Aydin ikut ketawa sambil menjongketkan bahu dengan mata dijulingkan ke atas.

Tidak lama kemudian, muncul seorang doktor bersama seorang jururawat masuk ke dalam wad itu. Bekas cucukan branula di rawat dan dibalut dengan plaster. Mesin imbasan turut dibawa dan diletakkan ke tepi katil.

"Puan, saya cek sekejap ya." Izz Aydin mengangguk membenarkan.

"Puan ada rasa loya nak muntah? Pening-pening?" Soal doktor itu. Izz Aydin menggeleng perlahan. Tangan doktor itu masih ligat memeriksa tubuh Izz Aydin sambil diperhatikan Razin.

Wajah Razin berkerut seribu apabila melihat bekas luka tikaman diperut isterinya. Pandangan dilontarkan ke luar tingkap, sudah tidak mahu melihat lagi walaupun luka itu dibalut dengan kain kasa.

"Okay. Sekarang kita check baby. Last time kita tengok baby macam okay tapi harini kita check lagi memandangkan puan dah sedar sepenuhnya."

Kening Izz Aydin bertaut. " Baby saya okay kan doktor? Apa yang jadi sebenarnya?" Lama matanya memandang ke arah doktor, menanti jawapan dari doktor itu. Tetapi Razin lekas mencelah.

"Sayang.. nanti abang bagitahu ya. Yang penting sayang selamat, baby selamat. Kita tengok dulu keadaan baby. Sayang tak nak tengok ke?"

"Nakk.." laju Izz Aydin menjawab. Tersenyum doktor dan jururawat itu melihat keterujaan bakal ibu itu.

Semua mata tertancap melihat di mesin imbasan.

"Ada tengok yang berkelip-kelip ni? Ini jantung baby. Hmm saya rasa.. baby puan nampak okay. Sihat macam ibu. Alhamdulillah.."

Berkaca mata Izz Aydin memandang skrin imbasan. Terlihat jelas kerdipan halus di skrin itu. Anak mama..

"Memandangkan keadaan puan dan baby okay, saya rasa tak ada masalah lah setakat ni. Tapi kami masih akan pantau lagi sebab tekanan darah puan masih rendah. Mungkin lepas berehat beberapa hari lagi puan akan rasa lebih sihat dan semakin sembuh."

Razin dan Izz Aydin mengangguk faham.

"Okay. Kami keluar dulu. Apa-apa hal boleh panggil kami ya."

"Terima kasih doktor." Ucap Razin dan Izz Aydin. Doktor itu terus beredar meninggalkan pasangan itu.

Izz Aydin mengalihkan pandangan kepada Razin. Genggaman lelaki itu disulam erat bersama senyuman.

"Abang mesti dah tahu pasal baby ni kan."

"Ya sayang abang tahu. Ni lah kejutan yang sayang nak bagitahu abang kan."

Izz Aydin mengangguk dengan senyuman. "Abang happy?"

"Happy dan bersyukur sangat. Sayang pun dah semakin sembuh, baby selamat. Tak ada apa lagi yang abang ucapkan selain dari syukur kepadaNya."

"Apa yang jadi sebenarnya? Saya tak ingat lansung. Saya cuma ingat saya jemput abang kat airport and.."

"Sayang kena tikam masa kat airport. Tak tahu siapa. Sekarang ni polis tengah siasat. Sikit masa lagi kita akan tahu siapa yang serang sayang tu." Terus terang Razin memberitahu isterinya. Dia tidak mahu berselindung lagi-lagi tentang keselamatan dan kesihatan isterinya tika itu.

Izz Aydin mengerut kering dengan wajah penuh persoalan. "Saya kena tikam? Luka ni luka kena tikam lah? Siapa yang buat?"

"Sayang jangan fikir banyak. Sekarang fikir pasal sayang dengan baby je. Abang tak nak sayang stress fikir benda bukan-bukan. Yang lain biar abang uruskan."

Izz Aydin mengiyakan sahaja kata-kata suaminya walaupun didalam kepala masih memikirkan perihal dia diserang sehingga menyebabkan dia terlantar dihospital. Siapa? Dan kenapa?

****

Hampir seminggu Izz Aydin ditahan dihospital dan hari ini dia sudah boleh pulang ke rumah. Langkahnya perlahan sahaja. Banyak mata-mata melihat mereka semasa keluar dari hospital. Berita kemalangan yang menimpanya terpampang didada dada akhbar dan media sosial fac terutamanya. Sesak dimedia sosial milik Izz Aydin dengan komen-komen dari netizen.

Ada yang mengucapkan kata-kata semangat supaya cepat sembuh. Ada juga mengucapkan tahniah diatas kehamilannya. Setiap satu dibaca walaupun tidak dibalas. Cuma tanda suka diberikan.

Razin memimpin tangan Izz Aydin sambil melangkah keluar dari hospital. Izz Aydin pula berasa pelik kenapa Daniel tidak bersama mereka tika itu. Selama seminggu dia dihospital, bayangan Daniel juga tidak dilihatnya.

"Mana Daniel?" Soal Izz Aydin. Langkah kaki masih mengiringi Razin menuju ke arah kereta.

"Daniel ada urusan lain."

"Habis tu siapa nak drive? Saya tak sihat lagi ni. Takkan abang nak suruh saya drive."

Razin cuma tersenyum memimpin tangan isterinya lalu dibawa ke kereta yang diparkir dihadapan hospital itu. Izz Aydin disuruh masuk ke bahagian penumpang hadapan dan Razin terus masuk dan duduk disebelah pemandu.

Bertaut rapat kedua kening wanita itu sambil memandang Razin. Riak cuaknya sedikit pun tidak diselindung.

"Abang drive ke? Biar betul.." semakin kecut perut Izz Aydin disebelah. Tangannya sempat menahan tangan Razin dari memegang stering kereta.

"Abang drive lah. Habistu takkan sayang nak drive dalam keadaan macam tu."

"Eh jangan main-main abang. Luka saya ni tak sembuh lagi. Jangan nak tambahkan luka kat lain pulak. Saya rela naik grab je lah. Kalau tak, saya je drive. Tak kisah lah luka sakit ni." Izz Aydin membuka pintu kereta semula tetapi ditahan oleh Razin.

"Sayang sayang. Nanti lah. Betul abang boleh drive. Sayang jangan risau lah. Just sit back and rileks. Biar hero sayang ni yang drive." Ujar Razin dengan lagak machonya.

Izz Aydin meneguk air liur. Nak percaya ke tak ni. Kalau tak percaya merajuk pulak orang tua ni. Susah pulak nak pujuk. Aahh ikut je lah. Hero sangat lah katakan..

Dengan takut-takut Izz Aydin merelakan sahaja tubuhnya melekat dikerusi itu. Pintu ditutup semula lalu membetulkan tali pinggang keledar. Razin pula sudah tersengih melihat wajah cuak milik isterinya.

"Bismillahirohmannirohim.." kuat bacaan Izz Aydin sebelum memulakan perjalanan. Tergelak Razin disebelah menggeleng kepala.

"Abang jangan drive laju sangat. Biar lambat asal selamat." Pesan Izz Aydin. Berdetak kuat jantungnya tika itu. Takut!! Lagi takut masa test drive dengan jpj!

sorry lambat update. maz sibuk n mungkin lepas ni slow update sbb kekangan masa and maz byk habiskan masa kerja di site. tp chapter yg tinggal tak bnyk dah ;) enjoy reading ya.. ;) (kalau ada apa-apa nak tanya, boleh komen sini or dm d ig. maz akan balas satu2. tq masih support karya maz) jom follow ig m.a.z_np Please follow, rates and comments. tq!!

Share this novel

Norita Yahya
2020-12-10 21:30:05 

Tq dear for update...x sabar nk tggu ending..


NovelPlus Premium

The best ads free experience