Bab 59

Drama Completed 204768

Suasana dirumah tiga tingkat itu kelihatan terang benderang dengan cahaya lampu. Siang tadi Opah Biah dan Tok Adam tiba dari kampung untuk menyambut hari raya bersama Izz Aydin dan Razin dirumah itu. Shahril dan Yana pula akan beraya dirumah keluarga Yana.

Dengan keadaan Izz Aydin yang sudah menanti masa untuk bersalin itu membuatkan dia tidak dibenarkan melakukan perjalanan jauh bagi mengelakkan sebarang masalah. Sebab itu Opah Biah dan Tok Adam yang ke situ untuk berhari raya bersama.

Selesai bersolat terawih, Izz Aydin bersama Opah Biah dan Tok Adam duduk berbual disofa sambil melihat Razin menggantung gambar dan langsir. Cuma sesekali Izz Aydin memberi arahan jika ada yang tidak disukainya.

Usai menggantung gambar, Razin mengambil tempat duduk disebelah Izz Aydin. Mata diliarkan ke sekeliling bagi melihat hasil kerjanya sepanjang hari ini.

"Sempat jugak kemas rumah sebelum raya. Fuhh penatnya... " Keluh Razin sambil mencapai cawan air kopi yang dihidang diatas meja. Air itu dihirup perlahan dan diletakkan semula diatas meja.

"Saya nak tolong, abang tak bagi. Duduk tengok abang je, tak best!" Sahut Izz Aydin sambil menghalakan alat kawalan jauh dikaca televisyen. Matanya terus tertancap menonton cerita yang dipaparkan.

Sepanjang hari ini dia menjadi pemerhati sahaja. Manalah tidak bosan mak buyung itu asyik tidak dibenarkan membuat apa-apa kerja sejak usia kandungannya memasuki 9 bulan.

"Memang tak la abang nak bagi. Takkan sayang nak panjat tangga betulkan langsir dengan keadaan macam tu. Abang lagi rela buat semua kerja seorang. Kan Opah?" Ujar Razin. Pandangannya juga diarahkan kepada Tok Adam dan Opah Biah.

"Betul lah kata Zin tu. Izz dah nak bersalin dah. Mana boleh buat kerja berat-berat. Kaki Izz pun opah tengok bengkak tu. Nanti sapu minyak lagi. Lama sangat berdiri kat dapur tadi kan."

Izz Aydin tersengih sebelum memandang ke arah kakinya. Selepas itu mata diarahkan kepada Razin sambil merapatkan duduk. Tangan Razin dibawa memeluk bahunya.

"Abang, saya dah buat list untuk barang yang abang kena beli esok. Jangan tinggalkan satu pun, lagi-lagi untuk buat satay tu. Saya nak sangat makan satay kambing yang opah buat."

"Ye. Abang tahu lah. Ni dah masuk empat kali sayang ingatkan abang. Abang nak beli satay kat kedai sayang tak nak. Nak jugak yang opah buat. Kesian dah susahkan opah."

Opah Biah lekas mencelah perbualan dua orang itu. "Eh apa pulak susahkan. Izz teringin nak makan, opah boleh buat untuk dia. Lagipun boleh buat sekali untuk raya nanti."

Tok Adam turut mengangguk setuju. Dia tahu cucunya itu memang menyukai satay kambing buatan Opah Biah. Setiap tahun, satay itu adalah menu wajib ketika menyambut hari raya.

"Terima kasih opah. Sayang opah." Ucap Izz Aydin seraya tersenyum lebar. Tangannya terus mengusap perut besarnya itu.

"Sama-sama. Nanti Zin belikan jugak santan ya. Opah rasa tak cukup yang ada kat dapur tu."

"Ye lah. Esok beli sekali. Atuk? Ada nak kirim apa-apa? Zin boleh beli sekali." Soal Razin kepada Tok Adam pula.

"Tak ada kot. Esok atuk ikut sekali la Zin beli barang tu. Tak la berat sangat kalau semua Zin buat."

Razin mengangguk sebelum memandang Izz Aydin yang sedang menonton televisyen. Tangannya turut mengusap perut isterinya itu.

"Sayang dah call abah dah? Jadi tak dia datang esok dengan Nizam?"

"Dah call dah petang tadi tapi Nizam kata abah nak beraya dengan keluarga dia. Lama dia tak jumpa family dia tu. Lagipun dekat je. Duit raya dia orang pun saya dah transfer dengan nizam. Nasib baik sebelum puasa haritu dah beli barang untuk persiapan."

Semakin laju anggukan kepala Razin mendengar penjelasan isterinya itu.

"Okay.. nanti abang call abang nizam lagi lah, nak tanya pasal yuran belajar memandu dia tu. Lepas raya ni dia dah start kan."

Lekas Izz Aydin memaling wajah ke arah Razin. Bibirnya sudah tersengih sumbing.

"Tak payah. semua saya dah uruskan."

Eh! Cepat betul dia ni.. getus hati Razin.

"Hmm kalau ada lesen nanti, mesti kena ada kereta. Senang nak bawa abah kemana-mana kan. Nanti abang tanya dia nak kereta apa. Orang bujang, mesti ada kereta yang dia suka." Didalam kepala Razin sudah membayangkan kereta idaman setiap lelaki. Dia juga sudah berniat mahu membelikan sebuah untuk Nizam, adik tiri isterinya itu.

"Bujang tak bujang. Yang tu pun saya dah settle. Dia kata tak kisah kereta apa pun. Asalkan selesa."

Berkerut dahi Razin memandang Izz Aydin. Sekilas Opah Biah dan Tok Adam turut dipandangnya.

"Ehh semua dia dah uruskan. Abang nak buat apa lah?"

"Abang ready duit je lah bayar semua tu.. Ahahaha!" Meriah ketawa Izz Aydin bersama Opah Biah dan Tok Adam. Razin turut ketawa lalu mencubit pipi Izz Aydin.

"Dia yang uruskan itu ini, abang pulak yang bayar. Bukan main suka dia. Baby.. tengok mama ni. Buli daddy."

"Bukan buli. Tu namanya bijak!" Semakin galak ketawa ibu mengandung itu.

Razin memandang Opah Biah dan Tok Adam pula. Dia juga ada sesuatu untuk kedua orang tua itu. Dia bingkas bangun dari kerusi, mendaki anak tangga ke tingkat satu dan menuju ke bilik kerjanya.

Tidak lama kemudian, Razin muncul semula bersama satu sampul surat lalu dihulurkan kepada Tok Adam. Lambat-lambat Tok Adam menyambut sambil memandang Opah Biah.

"Apa ni Zin?" Soal Tok Adam.

Razin tersenyum sedikit. "Zin pulangkan hak opah dan atuk. Bukalah."

Perlahan Tok Adam membuka sambil diperhatikan oleh Opah Biah dan Izz Aydin.

"Ya Allah Zin. Betul ke ni?" Soal Tok Adam dengan nada tidak percaya. Wajahnya bercahaya memandang Opah Biah.

"Zin dah aturkan semuanya untuk opah dan atuk. Jadi tahun ni, opah dengan atuk akan tunaikan haji bersama."

Bergenang air mata Tok Adam dan Opah Biah. Terharu impian yang bertahun-tahun diimpikan mereka itu akhirnya tercapai.

"Allah.. terima kasih Zin. Tak terbalas segala budi dan kebaikan yang Zin dah bagi pada kami. Atuk doakan semoga Zin terus dimurahkan rezeki dunia akhirat. Sentiasa diberkati rumahtangga dan amalan. Serta dilimpahkan rahmat diatas segala kebaikan yang Zin dan Izz dah lakukan."

"Aaminn.." serentak mereka mengaminkan kata-kata Tok Adam.

Izz Aydin tersenyum melihat kegembiraan yang terpancar jelas diwajah Tok Adam dan Opah Biah. Tangan Razin diraih dan dikucup sekejap sebelum memeluk suaminya itu.

"Thank you abang.. Dah tunaikan impian atuk dan opah. I love you.."

Razin tersenyum seraya membalas pelukan Izz Aydin. Hatinya senang melihat kegembiraan dua orang tua itu. Lagi-lagi senyuman isterinya itu.

*****

Gelisah Izz Aydin sepanjang malam. Tidurnya juga tidak lena dek perut yang terasa mengeras dan ngilu sehingga ke pinggang. Dari keadaan berbaring, tubuhnya diangkat lalu duduk menyandar dikepala katil. Mata cuba dipejam lagi tetapi sedikit pun tidak dapat dilelap.

Tangannya dari tadi mengusap perut yang membulat besar itu sambil berbual halus. Sayang mama buat apa dalam tu? Tak selesa mama nak tidur lah.. hmmm

Anak mata diarah memandang Razin disebelah yang masih lena dibuai mimpi. Wajah suaminya itu kelihatan penat sekali. Jam didinding pula dilihat sekilas.

Dah nak masuk subuh rupanya. Bangun je lah. Pagi raya kan. Boleh tolong opah sediakan makanan..bisik Izz Aydin sendiri.

Tanpa berlengah, punggung segera diangkat dan menuju ke bilik air. Berhati-hati langkahnya kerana pernah satu ketika dahulu dia hampir tergelincir. Mujur tangannya sempat memaut besi penyidai tuala ditepi dinding.

Selesai membersihkan diri, Izz Aydin mengejutkan Razin pula untuk menunaikan solat subuh bersama. Mereka berdua kemudiannya turun ke dapur bersama-sama untuk bersarapan sebelum ke masjid untuk bersolat sunat hari raya.

"Izz okay tak ni? Opah tengok macam penat je." Soal Opah Biah sambil menghulurkan cawan berisi air panas kepada Izz Aydin.

Izz Aydin tersenyum kelat sambil menggosok perut. "Semalam tak boleh tidurlah opah. Tak selesa. Perut ni rasa memulas je. Keras-keras je rasa nya."

"Ye ke sayang? Kenapa tak kejutkan abang. Ni masih sakit tak?" Soal Razin dengan mata yang dibesarkan. Dia sepertinya tahu apa yang akan berlaku melalui pengalamannya bersama Humaira dahulu.

"Masih.. macam makin kerap pulak rasa mengeras tu. Sakit tu ada tapi tak kuat sangat. Boleh tahan lagi."

Razin menelan air liur sambil memandang Opah Biah. Walaupun wajah tua itu nampak tenang, didalam hatinya pasti memikirkan perihal yang sama seperti Razin. Sudahlah pagi raya. Jangan keluar dulu baby. Daddy dengan mama nak beraya ni...

Baru sahaja mahu bangun dari kerusi, Izz Aydin tiba-tiba terduduk semula sambil memegang perut

Pop!

Terasa seperti belon pecah dan terasa juga aliran cecair hangat dari celah kakinya.

"Abang!" menggeletar tubuh saat merasakan kesakitan. Sebelah tangan menggenggam skirt yang dipakainya sementara sebelah lagi menarik baju Razin.

Hampir tersembur air kopi yang masih didalam mulut Razin. Anak matanya dihalakan memandang Izz Aydin dengan kerutan di dahi.

"Sayang tarik-tarik abang ni kenapa? Buat abang terkejut lah."

"Sakit.." adu Izz Aydin dengan helaan nafas panjang. Mulutnya juga mengeluarkan nafas kasar.

"Sakit?"

"Nak bersalin dah Izz ni Zin. Air ketuban dia pecah tu." Ujar Opah Biah sebaik terlihat lantai basah. Dia segera bangun dari kerusi dan menghampiri Izz Aydin. Tok Adam pula baru mahu bersarapan terus mati selera.

Razin bingkas bangun. "Ha? Nak bersalin dah? Macam mana nak raya ni?"

Pap!

Se das tamparan singgah dilengan Razin. Sangat padu diberikan Opah Biah bersama dengusan.

"Ish dia ni.. raya jugak disibuknya. Macam budak-budak. Cepat bawak Izz pergi hospital dulu. Bukan boleh tunggu lagi ni. Raya ada sebulan lah." Bebel Opah Biah. Tertawa Tok Adam melihat kekalutan yang berlaku dipagi raya itu.

Sepantas kilat Razin menurut arahan Opah Biah. Kunci kereta dicapai bersama dompet. Beg tangan isterinya turut diambil. Mujur beg kelengkapan bersalin sudah awal diletakkan didalam kereta.

Didalam kesakitan, sempat Izz Aydin menghabiskan air milo dan makan makanan di atas meja. Kalau dah bersalin nanti, mana boleh makan semua tu. Telan air liur je lah.. Pakaian juga diganti dengan pakaian yang lebih selesa dan bersih.

Tubuh Izz Aydin dipapah ke dalam kereta dan segera Razin memandu ke hospital. Izz Aydin masih beriak biasa walaupun kesakitan mula mencengkam. Sesekali keluhan dilepaskan dan membuatkan Razin tidak senang duduk memandu disebelah. Semakin lama, kontraksi kesakitan mula mendaki tahap maksima.

Berteriak Izz Aydin didalam kereta. Razin pula cemas!

"Sayang sabar.. jangan bersalin dalam kereta ni. Tak pasal-pasal abang jadi doktor terjun nanti."

"Saya tahu lah tapi rasa macam nak terberak pun ada ni. Aduhh sakitnya.. cepat sikit abang!"

"Terberak tak apa. Jangan terberanak je. Haru nanti. Sabar ya.. Dekat nak sampai dah ni.."

Ishh dia ni kan! Aku berak betul-betul dalam kereta ni baru tahu!

*****

"Allahuakbar Allahuakbar..!"

Merekah senyuman dibibir Izz Aydin. Nafas dihela panjang bersama lelah yang masih bersisa. Cuma matanya sahaja memerhatikan Razin mengazankan bayi yang baru dilahirkannya tadi.

Air kosong diteguk lagi bagi menghilangkan dahaga. Gulp! Ahh leganya.. Dah 3 gelas aku minum masih rasa haus. Macam baru lepas larian marathon!

"Sayang.." Razin menghulurkan bayi seberat tiga kilogram itu kepada Izz Aydin. Dengan berhati-hati Izz Aydin menyambut lalu mencium pipi kemerahan anaknya itu. Hangat tubuh kecil itu menghilangkan semua kesakitan dan lelah yang dirasakan.

"Assalamualaikum anak mama and daddy.." ucap Izz Aydin seraya tersenyum. Bibirnya mencium pula diubun-ubun anaknya itu. Penuh kasih dari seorang ibu.

Razin memerhati senyuman isterinya itu. "Kan abang dah cakap. Baby boy.. geng daddy ni." Ujar Razin sambil mencuit pipi bayi itu. Izz Aydin ketawa kecil.

"Ye lah. Geng daddy. Muka pun muka daddy, lesung pipit daddy. Penat je mama bawa ke hulur ke hilir, muka daddy jugak yang dia copy. Yang manalah ada share mama ni." Wajah kecil itu ditilik.

"Ada lah. Hidung dia macam sayang, putih dia pun sama. Haa.. cukup lah tu. Kalau tak cukup jugak, kena buat yang baru lah nampaknya. Sampai dapat yang exactly macam sayang." Terjungkit-jungkit kening Razin memandang Izz Aydin yang mula mencebik.

"Amboi.. senang dia cakap. Saya yang tanggung sakit. Tak ingat ke abang tadi pun hampir-hampir nak pengsan dalam labour room tu. Ingatkan hero sangat. Rupanya takut darah." Meletus ketawa Izz Aydin. Nasib baik doktor yang menyambut kelahirannya bijak menangani situasi tadi. Kalau tidak, penatlah menghadap suami pengsan masa menemani isteri bersalin.

Razin turut ketawa malu. Hilang macho saat hampir rebah melihat darah. Nasib baik doktor menyuruhnya fokus kepada Izz Aydin sahaja.

"Setakat darah yang sikit-sikit tu, abang okaylah. Tapi kalau macam tadi, abang tak sanggup. Lagi-lagi tak sanggup tengok sayang sakit." pipi isterinya itu dibelai kasih lalu dikucup lama.

"Thank you sayang. Sanggup tanggung kesakitan demi lahirkan zuriat abang. Abang bersyukur dan berterima kasih sangat."

"Sama-sama. Dah tanggungjawab saya kan. Dan.. inilah tanda cinta kita.. Rizqi bin Razin. Mama doakan semoga Rizqi jadi anak soleh, yang akan banggakan dan senangkan keluarga. Mama and daddy sayang Rizqi." Mengeliat sedikit bayi itu seraya tersenyum walaupun matanya terpejam tidur.

"And selamat hari raya! Pandai dia keluar pagi raya ni jugak ye. Memang tak bagi chance lah mama dengan daddy nak beraya." Tambah Razin lalu ketawa. Kedua suami isteri itu terus ralit membelai, mencium dan memeluk bayi kecil itu.

****

5 bulan kemudian...

"Abang! Tolong pakaikan baju Rizqi ni. Saya pun nak bersiap lah." Laung Izz Aydin dari dalam bilik. Sambil menunggu kedatangan suaminya itu, Izz Aydin memasang lampin pakai buang untuk si kecil dahulu.

Tidak lama kemudian, muncul Razin lalu mendekati dua beranak itu. Ketawa kecil Razin melihat wajah kusut isterinya itu. Rizqi pula meniarap di atas katil.

"Abang tolong la siapkan Rizqi." Pinta Izz Aydin sambil menghulurkan baju berwarna kuning cair.

Razin tidak terus mengambil tetapi dia mencium pipi isterinya terlebih dahulu. Kemudian ciuman singgah pula dibibir wanita itu. Seketika Izz Aydin hanyut dikucup hangat oleh suaminya.

"Okay. Cukup! Nanti lambat pulak majlis orang tunggu kita ni bersiap." Ujar Izz Aydin lalu menjarakkan wajahnya. Kucupan ringkas diberikan sekali lagi dibibir Razin. Chup!

Tersenyum Razin. "Sambung malam nanti boleh tak? Kita lawan malam pengantin baru."

Meletus ketawa Izz Aydin. Nak lawan pengantin baru agak-agak lah.. memang tak boleh lawan kot.. aduhai..

Razin mendukung Rizqi pula. Ciuman turut diberikan kepada anak kecil itu. Jambangnya sengaja digesel ke leher dan perut Rizqi. Sehingga mengekek ketawa anak kecil itu, menampakkan gusi dan lesung pipit. Air liurnya turut meleleh terkena dipipi Razin.

"Yang lain dah ready?" Soal Izz Aydin.

"Belum. Mommy dengan daddy masih tunggu yang lain berkumpul. Raf pun tengah bersiap. Abang tolong dia betulkan kain samping tadi. Tu la sebab abang tak tolong sayang uruskan hero kecik ni."

"Ohh.. saya nak kena mandi lagi lah. Tadi kena siram dengan anak bujang abang ni. Nakal dia." Sempat Izz Aydin mencuit pipi Rizqi sebelum berlalu ke dalam bilik air.

Razin memakaikan baju dan seluar untuk Rizqi. Selepas itu, Rizqi diletakkan ke dalam katil bayi bersama mainannya. Razin kemudiannya menukar pakaian yang lebih sesuai untuk majlis mereka hari ini.

Belum sempat Razin menyarung baju melayu, terdengar Izz Aydin menjerit didalam bilik air. Jeritan isterinya itu diikuti ketawa dan keluhan bersilih ganti.

"Sayang. Kenapa tu? Bukak pintu ni." Arah Razin bersama ketukan bertalu dipintu bilik air.

Seketika senyap sebelum Izz Aydin menjengulkan kepala dari balik pintu. Matanya merah sedikit dengan mimik muka sedih.

"Sayang jatuh ke tadi? Ada sakit kat mana-mana?" Soal Razin rambang.

Izz Aydin menggeleng tetapi masih mencebik. Matanya berkaca-kaca memandang Razin.

"Habis tu kenapa menjerit? Terkejut abang. Buka pintu ni dulu." Razin cuba menolak pintu bilik air itu tetapi Izz Aydin menahan. Dia masih belum selesai mandi dan tidak memakai tuala untuk menutupi tubuhnya.

"Abang.." meleret panggilan sang isteri membuatkan Razin pelik.

"Apa? Cakap lah apa. Jangan buat abang risau terjerit-jerit. Lepas tu muka sedih macam ni. Cuba buka pintu ni dulu."

Lambat-lambat Izz Aydin menghulurkan sesuatu dan Razin menyambut bersama kerutan didahi.

Sejenak.. kedua mereka diam. Cuma degupan jantung berdetak laju dan anak mata turut bergerak kiri dan kanan.

"Hmm.." Razin mengetap bibir terangguk-angguk. Tangan dibawa mencekak pinggang sambil memerhatikan Izz Aydin.

"Sayang pergi mandi dulu. Cepat sikit. Bising mommy nanti lambat bersiap." Izz Aydin mengangguk lalu menutup semula daun pintu. Razin pula mengukir senyuman sambil memandang Rizqi.

Yes!! Gol lagi!

******

Pam!

Pintu kereta ditutup kasar. Lekas kaki Izz Aydin melangkah masuk ke dalam rumah sambil menahan dada. Destinasinya pasti ke dalam bilik air. Wajahnya kemerahan bersama seribu satu rasa. Rizqi pula ditinggalkan didalam kerusi bayi didalam kereta bersama Razin.

Datin Maria turut keluar dari kereta Datuk Halim diikuti Raissa. Matanya sempat melihat Izz Aydin berjalan terkocoh-kocoh sebentar tadi.

"Kenapa Izz tu Zin? Mommy tengok dari masa majlis tadi macam tak sihat je. Makan pun sikit." Soal Datin Maria lalu mengambil Rizqi dari gendongan Razin. Pipi cucunya itu dicium geram.

"Dia okay je mommy. Biasalah orang mengandung kan mual-mual. Hilang selera makan." Ujar Razin sambil menggosok tengkuk.

"Mengandung? Izz mengandung?" Terbesar biji mata Datin Maria seraya memandang Rizqi yang tiba-tiba mengekek ketawa tidak tahu apa itu.

"Cepat betul?" Soal Datuk Halim sedikit terkejut tetapi dia tetap mengucapkan tahniah kepada Razin selepas itu. Raissa pula tersengih memandang Razin. Hebat!

"Abang Zin.. bukan mommy dengan daddy tak tahu. Depan kita pun dia selamba je manja dengan kak Izz. Belum lagi belakang kita kan. Mana tak cepat kak Izz tu mengandung lagi dibuatnya." Celah Raissa sambil mencuit lengan abang sulungnya itu.

"Tu tandanya abang Zin masih bertenaga. Masih belum tua fizikal walaupun tua usia. Haaa.."

"Kalau macam tu, kena turunkan ilmu untuk Raf pulak. Harap-harap tak kayu lah anak mommy sorang tu sebab dah kena paksa kahwin kan. Entah- entah isteri dia tu pun dia tak sentuh nanti." Luah Datin Maria risau.

Mereka kemudiannya bersama-sama masuk ke dalam rumah agam milik Datuk Halim.

"Pasal Raf mommy jangan risaulah lah. Kalau dia kayu, isteri dia tak kayu. Nak jugak tengok dia boleh tahan ke tidak kalau dah duduk satu bilik tu. Gerenti lah dia tak menolak."

"Harap macam tu lah. Mommy pun tak faham dengan Raf tu. Sebelum majlis bukan main beria nak kahwin. Kata nak lupakan si Syamina tu. Dah tengah akad tadi, boleh pulak menggelabah. Sampai 3 kali akad. Mana tak haru majlis dibuatnya.." Pecah ketawa mereka disitu apabila teringat wajah cuak Rafael semasa majlis nikahnya tadi.

Apa-apa lah Raf.. jangan malam pertama lari dari bilik pengantin sudah lah.. desis hati Datin Maria.

*****

Suasana malam itu terasa nyaman dengan tiupan angin sejuk selepas hujan. Pintu balkoni dibiarkan terbuka, membenarkan angin memukul lembut langsir dibilik tidur sambil diperhatikan oleh Izz Aydin.

Razin pula baru masuk ke dalam bilik selepas menghantar Rizqi kepada pengasuh untuk ditidurkan. Tubuhnya terus dibaringkan ke sebelah Izz Aydin yang sedang termenung sambil mengurut dahi.

"Sayang. sakit lagi kepala tu? Nak abang urutkan? Ke nak makan ubat je?" Soal Razin. Dia lekas menyentuh dahi isterinya tanpa menunggu jawapan. Dahi itu diurut perlahan.

"Abang.." Izz Aydin tersenyum kecil merapat ke arah Razin. Muka disembamkan dicelah leher suaminya sambil menarik nafas dalam. Hmm bau suaminya itu ibarat ubat paling mujarab semenjak dirinya mengandung lagi.

"Sorry dah susahkan sayang hadap sickness macam ni. Tak sangka pun secepat ni sayang mengandung lagi." Ujar Razin perlahan. Rambut isterinya itu dibelai.

"Kenapa nak sorry? Bukan salah abang pun."

"Salah abang la sebab asyik cakap pasal cuti 100 hari tu. Lepas tu tak sabar-sabar nak bersama. Dah la sayang baru period lepas bersalin masa tu. Kalau opah tahu ni, masak abang. Dengan Rizqi masih kecil lagi menyusu dengan sayang."

Ketawa Izz Aydin didalam dakapan suaminya.

"Itu namanya rezeki. Takkan nak tolak. Abang tak suka ke saya mengandung lagi? Ke sebab kena cuti 100 hari lagi nanti?" Duga Izz Aydin dengan nada bergurau.

"Eh apa pulak tak suka. Abang suka sangat. Mana lah tahu kali ni baby girl, muka macam mama dia kan." Lebar senyuman Izz Aydin sebelum menjarakkan kepala sambil anak mata meliar sekeliling mencari sesuatu.

"Eh, Rizqi mana? Abang suruh dia tidur dengan Kak Muna ke?"

"Haah. Kak Muna kata biar Rizqi tidur dengan dia malam ni. Dia nak bagi sayang rehat. Siang tadi pun Rizqi meragam masa sayang jaga kan. Jadi, sekarang ni, sayang rehat je. Biar Kak muna jaga dia."

"Tak menangis ke Rizqi nanti? Dia nak menyusu lagi."

"Jangan risau. Kak Muna tahu lah jaga dia. Susu yang sayang pam pun ada banyak dalam fridge kan. Pandailah dia jaga Rizqi tu. Abang upah pengasuh untuk jagakan Rizqi sebab abang tak nak sayang penat. Lagi-lagi dengan keadaan macam ni."

Sejenak Izz Aydin berfikir. Ada betulnya apa dikata Razin itu. Sejak dia disahkan mengandung anak kedua, dia selalu cepat letih dan sering mual tak kira masa. Mujur pengasuh dan pembantu rumah sudah diupah bagi membantunya.

"Dah.. tak payah fikir lama sangat. Rizqi dah tidur dah dengan Kak Muna. Jadi, malam ni sayang rehat, tidur awal. Susu dah minum tadi kan." Soal Razin dan Izz Aydin terus mengangguk

"Okay. Abang ada kerja sikit. Sayang tidur ya. Goodnight sayang.." ucap Razin lalu mencium dahi isterinya itu tetapi Izz Aydin masih mendakap erat tubuh Razin. Tidak membenarkan lelaki itu pergi.

"Esok-esok lah buat kerja tu. Abang temankan saya tidur dulu. Nanti datang balik sakit kepala ni ha."

Razin mengecilkan kelopak mata memandang Izz Aydin. "Hmm ye la."

Lebar sengihan Izz Aydin. Kepala direbahkan didada suaminya sambil memejamkan mata.

"Entah-entah baby boy lagi tak. Sayang asyik nak berkepit manja macam ni, sama macam mengandungkan Rizqi dulu." Ujar Razin sambil mengemaskan dakapan.

"Tak kisah lah. Janji abang layan saya. Kalau tak.."

"Kalau tak apa? Abang memang tak kisah tiap-tiap malam nak layan sayang."

"Eleh.. suka lah abang kan. Saya tak la nak minta layan tu je. Abang ada macam ni pun saya dah okay. Tak payah nak beraksi bagai."

Tergelak Razin mendengar. "Beraksi eh.. Abang masih banyak jurus simpanan ni. Tak habis keluarkan lagi."

"Banyak jurus ye. Tapi dalam banyak-banyak jurus, ada satu jurus yang abang kena belajar dengan saya."

Segera Razin menyoal. "Jurus apa tu? Boleh la try malam ni. Abang on je."

Satu cubitan halus dihadiahkan dipinggang Razin. Aduhh!

"Eee.. Abang jangan nak suka sangat. Opah tak tahu lagi saya mengandung ni. Nak tahu jurus apa? Jurus telinga kuali. Haa.. kalau tak pro jurus tu, boleh bernanah telinga abang kena bebel opah."

Razin ketawa besar dan semakin memeluk erat tubuh Izz Aydin. Hidungnya digesel ke ubun-ubun Izz Aydin.

"Tak kisah lah. Dah jadi dah dalam tu. Opah mesti tak cakap apa lah. Rezeki kan. Yang penting sekarang, sayang jaga kesihatan, jaga baby. Yang lain, biar abang uruskan."

Izz Aydin tersenyum didalam dakapan suaminya.

"Abang ingat lagi tak masa pertama kali kita jumpa dulu?" Soal Izz Aydin tiba-tiba.

"Ingat. Apa pulak tak ingat. Okay, cuba sayang bagitahu apa yang sayang fikir masa tu pasal abang." Giliran Razin pula menyoal.

"Garang! Beku! Muka serius je memanjang. Kalau senyum tu nampak seram. Lagi-lagi masa saya terlepas cakap yang abang duda bossy tak ada adab tu. Muka abang masa tu macam nak telan saya.. ee seram lah!" Luah Izz Aydin lalu ketawa mengikuti ketawa Razin.

"Kalau abang pulak?" Soal Izz Aydin. Wajahnya dipalingkan memandang Razin dan Razin membalas pandangan itu dengan penuh rasa cinta.

"Masa abang tengok sayang kat airport tu, abang dah mula jatuh cinta. Abang cuba tepis rasa tu tapi tak boleh. Jadi, abang sengaja susahkan sayang sebab nak sayang sentiasa teringatkan abang walaupun abang selalu marah sayang. Tak aci lah abang sorang je yang angau dengan sayang kan. Dah lah dia asyik berkepit je dengan Raf masa tu. Cemburu tahu tak." Luah Razin jujur. Hidung isterinya itu dipicit lembut.

Izz Aydin tersenyum. Tidak menyangka rupanya sang suaminya sudah jatuh cinta kepadanya sejak dari itu. Dia fikirkan lelaki itu sengaja menyusahkan dan memarahinya walau dengan hanya kerana kesalahan kecil.

"Terima kasih dah sayangkan saya, cintakan saya. Saya bersyukur sangat ada suami macam abang. Ambil berat dengan keluarga saya. I love you abang.." ucap Izz Aydin seikhlasnya. Wajah dirapatkan dan bibirnya memagut bibir Razin tanpa membenarkan lelaki itu berbicara lagi.

Razin cuma tersenyum membalas kucupan itu. Didalam hati penuh rasa bahagia, rasa cinta yang sentiasa menguntum mekar hari demi hari.. Di dalam setiap doanya mengucap kata syukur kepada yang Esa dengan segala kebahagian yang dikurniakan bersama wanita bernama Izz Aydin.

TAMAT

Tinta penulis..

Alhamdulillah. Akhirnya Bossy Dude sudah pun melabuhkan tirai dengan 59 episod. Maz nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada yang sudi follow novel ni. Maz hargai sangat sangat sokongan semua and nanti akan menyusul novel sequel. Bagi maz masa sikit untuk sequel tu nanti ya. Mungkin tahun depan baru ada.. Anyway! mwah! sayang korang!! semua!! ;)

Dear beloved readers, boleh tinggalkan komen untuk novel ni ye. Tak kisah positif or negatif. Jadi lain kali, maz boleh baiki lagi penulisan dan karya maz untuk bacaan semua. tqqqq!!!

Share this novel

Aisyah Esya
2022-04-09 10:00:45 

best cite ni. TQ author


NovelPlus Premium

The best ads free experience