Completed
210479
Shahril berjalan mundar mandir diruang tamu. Sesekali meraup kasar wajahnya dan keluhan berat berkali-kali terbit dari bibirnya. Hujan diluar rumah kedengaran semakin lebat berserta guruh dan kilat saling sambar menyambar.
Matanya terarah kepada tiga orang lelaki yang sebaya umur duduk dikerusi panjang. Kemudian ke arah Izz Aydin yang teresak-esak menangis sambil ditenangkan oleh Yana. Opah Biah pula duduk menyandar menahan dada yang berombak tidak sekata. Masih terkejut selepas mendengar apa yang terjadi kepada cucunya.
"Apa kita nak buat ni tok penghulu? Benda yang jadi tak disengajakan dan berlaku pada waktu yang salah." Kata Shahril memecah kesunyian yang terasa panjang sebentar tadi.
"Macam yang Tok Imam kata tadi, kami bertiga saksi kejadian tu. Kedua mereka dijumpai dalam keadaan yang mengaibkan. Kalau kami tak jumpa mereka tadi, entah apa lah yang akan jadi. Hasutan syaitan ni kadang-kadang yang berdahi hitam pun boleh tergoda jugak. Ini kan mereka berdua." Kata Penghulu Jalil sambil memandang Izz Aydin. Kemudian matanya beralih pula memandang lelaki beriak tenang yang tidak dikenalinya itu.
"Kalau Tok Adam nak, kita boleh serahkan hal ini kepada jabatan agama. Biar mereka yang uruskan. Mereka berdua mungkin akan dikenakan denda atau hukuman penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. Lagi-lagi masa kejadian hanya mereka saja yang berada didalam rumah." tambah Tok Imam Ali pula.
"Kalau boleh kami tak nak benda ni di besar-besarkan sebab Tok Adam sendiri orang baik-baik. Asal keturunan baik. Jika perkara macam ni tersebar, akan menjejaskan nama baik keluarga Tok Adam sekali." celah Penghulu Jalil.
"Jadi, apa pendapat Tok Imam?" Soal Tok Adam yang masih kebingungan itu. Buntu dirasakannya memikirkan perihal yang berlaku.
"Macam ni lah. Saya cadangkan kita nikahkan saja mereka berdua. Masing-masing bukan suami atau isteri orang. Jadi, kalau setuju, elok kita segerakan agar tiada khabar yang tidak elok mula disebarkan." Luah Tok Imam Ali. Kelihatan Penghulu Jalil mengangguk seakan bersetuju dengan cadangan itu.
"Saya tak nak!" Bentak Izz Aydin tiba-tiba. Air mata yang masih mengalir dipipi diseka dengan hujung jari. Tangan opah Biah dicium lalu dibawa kepipi yang masih bersisa air mata.
"Opah, Izz lebih rela bayar denda atau kena penjara dari berkahwin dengan orang yang Izz tak suka."kata Izz Aydin dengan linangan air mata yang mengalir semula.
"Shah pun tak setuju Izz kahwin dengan dia ni! Entah-entah dia sengaja perangkap Izz sebab nak belas dendam." Bentak Shahril sambil menunding jari ke arah Razin. Matanya merah menyala merenung Razin yang tidak bersuara dari tadi, cuma diam memeluk tubuh. Makin mendidih darahnya melihat riak tenang lelaki itu. Seolah tidak kisah dengan apa yang berlaku.
"Shahril.. Kawal marah kamu tu. Jangan sampai jatuh fitnah pula. Kita tak nak sampai jiran tetangga dengar apa yang kamu cakap." tegur Opah Biah dengan tegas.
Kalaulah dia tidak meminta Yana menemaninya tadi menghantar kuih ke rumah jiran dan leka berbual, mungkin semua ini takkan berlaku. Entah mengapa dia boleh terlupa akan kehadiran majikan cucunya dirumah itu. Namun segala sesalan itu sudah tidak berguna lagi.
Razin tiba-tiba menapak kehadapan Tok Adam. Raut wajah tua itu dipandang sebelum menuturkan kata.
"Saya akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Saya akan kahwin dengan Izz."
Bagai dipanah petir jantung Izz Aydin mendengar kata-kata Razin. Seakan tidak percaya itu yang diungkapkan dari bibir lelaki itu setelah berdiam diri dari tadi.
"Tuan sedar tak tuan cakap apa ni? Tuan tunangan orang dan saya girlfriend adik tuan. Apa-apa pun saya tak nak ikut cadangan gila tuan ni!" Jerit Izz Aydin. Sungguh dia tidak mahu mengahwini lelaki itu.
Izz Aydin memandang Tok Adam pula lalu melutut dihadapan atuknya.
"Atuk. Izz tak nak kahwin dengan dia. Tolong lah faham." Rayu Izz Aydin dengan tangisan. Tok Adam yang menahan genang air mata terus memalingkan wajahnya. Luluh hatinya melihat cucu kesayangannya itu merayu kepadanya tetapi maruah keluarga juga harus dijaga.
"Maafkan atuk Izz tapi keputusan atuk muktamad. Atuk akan kahwinkan kamu dengan Razin. Kalau Izz sayang atuk, sayang opah, Izz kena ikut cakap kami." Dalam kelembutan ada ketegasan Tok Adam menuturkan kata.
Maka menangislah lagi Izz Aydin disitu dengan esakkan yang sayup-sayup kedengaran disebalik bunyi hujan lebat diluar rumah. Jika Tok Adam sudah menoktahkan kata, maka tiada siapa yang boleh mengubah lagi.
Bayangan wajah Rafael serta merta terlayar difikiran. Yana yang menyaksikan turut mengalirkan air mata, memahami kesedihan yang menghambat hati sahabatnya itu.
Shahril melepaskan geramnya dengan menumbuk dinding kayu rumah itu. Terhinjut bahu Yana melihat amarah dilepaskan oleh Shahril.
****
Yana duduk disebelah Izz Aydin yang sedang termenung dipangkin luar rumah. Tangannya mengusap lembut bahu Izz Aydin, cuba memberi lagi semangat untuk sahabatnya itu untuk kesekian kalinya.
"Izz, jangan terus menangis macam ni. Aku tahu semua ni terlalu cepat berlaku tapi jangan seksa diri kau."
"Apa aku nak cakap dengan Raf nanti Yana. Kau tau kan yang aku sayang kan dia. Aku nak dia, bukan tuan Razin." Mengongoi tangisan Izz Aydin didalam pelukan Yana. Sedu dan esakkan bersilih ganti menghamburkan kesedihan. Yana cuma mampu diam sambil mengusap belakang sahabatnya itu.
Sejak peristiwa siang tadi, Izz Aydin cuma menangis dan menangis lagi memikirkan tentang hala tuju hubungannya dengan Rafael. Panggilan dari Rafael juga tidak di sahut kerana tidak mahu lelaki itu tahu dia sedang bersedih.
"Aku akan pujuk dia lagi untuk batalkan pernikahan ni. Aku tak kira!" Bentak Izz Aydin lalu bangun dari pangkin. Dia harus bersemuka dengan Razin dan akan terus cuba berunding.
Langkahnya terhenti apabila Razin datang menghampiri bersama Daniel yang baru tiba sebentar tadi. Riak wajah lelaki itu begitu susah dibaca oleh Izz Aydin.
"Yana, aku nak cakap sikit dengan Izz." Kata Razin. Yana meleraikan tautan tangannya dan berlalu pergi untuk memberi ruang untuk mereka bercakap dan berbincang sementara Daniel pula berdiri agak jauh dari mereka berdua.
"Saya nak tuan batalkan perkahwinan kita! Kenapa tuan cadangkan pernikahan ni? Tuan tahu kan saya ni girlfriend Raf, adik tuan sendiri." Kata Izz Aydin dengan nada sedikit tinggi. Dia terlalu marahkan Razin ketika itu.
Razin tidak menjawab sebaliknya meminta sesuatu daripada Daniel. Satu sampul surat bertukar tangan lalu diserahkan kepada Izz Aydin tanpa sebarang bicara.
Izz Aydin menyambut lambat-lambat dan sampul itu dibuka perlahan.
Saat matanya membaca satu persatu tulisan diatas kertas, dahinya berkerut lantas matanya terarah kepada Razin yang duduk bersantai diatas pangkin.
"Apa maksud semua ni?" Soal Izz Aydin dengan penuh tanda tanya.
"Raf ambil duit syarikat untuk bayar hutang kau dengan Johan tanpa pengetahuan aku. Dan aku boleh sumbat dia dalam penjara atas kesalahan pecah amanah." Kata Razin tanpa melihat wajah Izz Aydin.
Apa?! Terbuntang biji mata Izz Aydin mendengar apa yang dikatakan Razin. Sampai begitu sekali Rafael sanggup buat hanya untuk aku? Dan macam mana Rafael boleh tahu pasal hutang tu.
Bagai ditimpa batu besar didada dan dikepalanya. Jemarinya mencengkam rambut dikepala yang sudah terasa pening. Terlalu banyak hal yang fikirkannya disaat itu.
"Kalau difikir dalam-dalam, punca Raf bertindak sedemikian adalah disebabkan kau. Dan secara kasarnya yang guna duit tu adalah kau, bukan Raf." Kata Razin lagi.
"Kenapa jadi macam ni. Kenapa Raf tak bagitau saya apa-apa pun sebelum dia buat semua ni." Kata Izz Aydin perlahan dengan linangan air mata, memikirkan tindakan Rafael semata-mata untuk membantunya tetapi Rafael sendiri yang akan menerima padah. Raf..
Izz Aydin menyeka linangan air matanya lalu menapak dihadapan Razin.
"Tolong jangan masukkan Raf dalam penjara. Dia adik tuan, darah daging tuan. Tuan takkan sanggup buat macam tu kan." Tutur Izz Aydin perlahan.
"Kau cabar aku? Aku tak peduli siapa pun dia. Personal and business is two different things. Dan aku bukan jenis yang campur adukkan dua hal itu. Kalau hal yang melibatkan dan mengganggu bisnes, aku takkan bertolak ansur lebih-lebih lagi jumlah yang dia ambil boleh tahan banyak."
Izz Aydin diam sejenak.
Melalui riak Razin yang dilihatnya itu, dia pasti Razin tidak bermain-main dan tidak teragak-agak untuk melaksanakannya.
"Takpa. Saya yang akan bayar balik semua duit tu." Kata Izz Aydin sambil berbalas pandangannya dengan Razin.
"Kau ada duit sebanyak tu? Kalau ada, serahkan pada aku sekarang dan aku akan tunaikan permintaan kau untuk batalkan perkahwinan ni."
Izz Aydin mengeluh pula.
"Bagi saya masa."
"Masa? Aku rasa sampai bila bila pun kau takkan dapat bayar habis hutang tu melainkan.."
"Melainkan apa?" Bulat mata Izz Aydin memandang tepat ke anak mata Razin. Menunggu bicara seterusnya dari bibir lelaki itu.
"Terus bekerja dengan aku untuk satu tempoh yang ditetapkan dan kita teruskan perkahwinan ni."
***
Daniel duduk disebelah Razin yang masih duduk dipangkin. Walaupun sudah hampir setengah jam Izz Aydin berlalu masuk ke dalam rumah, majikannya itu masih duduk disitu seperti memikirkan sesuatu. Sampul surat ditangan Razin pandang sekilas lalu membuang pandangan jauh ke hadapan.
"Tuan tak rasa tindakan tuan tu melampau?" Soal Daniel.
"Melampau? Aku cuma bagi cadangan yang lebih bernas, untuk kebaikan bersama."
"Kebaikan bersama? Atau hanya kebaikan tuan sahaja? Tuan nak dia teruskan perkahwinan ni atas dasar mahu melangsaikan hutang tu? Atau tuan mahu mengambil kesempatan melunaskan dendam?"
Terpempan Razin mendengar kata-kata Daniel tapi dia adalah Razin. Seolah lelaki yang bijak dan pakar dalam mengawal riak wajah dan perlakuannya biarpun bercanggah dengan hatinya.
"Daniel, kau masih tak faham apa yang aku cuba buat. Masa kan aku sanggup sumbat adik aku sendiri ke dalam penjara."
Daniel diam sejenak sebelum mengangguk kepala.
"Kenapa tuan tak terus terang saja yang tuan dah sukakan dia. Walaupun cara tuan menjadikan dia sebagai isteri agak.. hmm.. dia juga wanita yang punya hati dan perasaan."
"Aku tak rasa dia akan terima aku dalam keadaan kami macam ni. Aku faham kalau dia benci aku."
"Tuan kena fikir juga pasal Raf. Mereka sama-sama suka dan sama-sama sayang. Saya pasti tak semudah tu Izz akan lupakan Raf."
Kata-kata Daniel itu terus dibiar sepi. Perasaan bersalah mula menggigit tangkai hati. Memang sepertinya dia mahu mengambil kesempatan atas apa yang berlaku dengan menjadikan Izz Aydin sebagai isterinya dalam keadaan tanpa rela wanita itu.
****
Keesokan harinya, Razin dan Daniel tiba dirumah Tok Adam dengan lengkap berbaju melayu berwarna krim dengan kain songket. Majlis segera dan ringkas itu dihadiri Penghulu Jalil, Tok Imam sebagai jurunikah dan beberapa orang masjid yang dijemput oleh Tok Adam sendiri.
Kesemua mereka tahu akan kejadian yang berlaku dan telah berjanji tidak akan menyebarkan perkara itu kepada sesiapa demi menjaga nama baik. Lebih-lebih lagi selepas mengetahui kedudukan Razin sebagai orang yang cukup dikenali.
Shahril memandang wajah sugul Izz Aydin yang dihias seadanya. Mata wanita itu kelihatan sedikit bengkak kerana banyak menangis sejak semalam. Sungguh hatinya terasa sakit melihat wajah itu mengalirkan air mata. Terasa seperti terluka sama.
Izz Aydin yang ditatang dan dijaga dengan penuh kasih sayang terpaksa dinikahkah dengan majlis sebegitu atas sebab yang terlalu mengaibkan. Sungguh tidak diduga dek akal fikiran sesiapapun di antara mereka
Sejak Izz Aydin kecil lagi dia selalu mendengar impian adik sepupunya itu. Jika sudah dewasa nanti, dia mahu berkahwin dengan lelaki yang mencintainya, penyayang seperti ayahnya, yang akan membahagiakannya sehingga akhir hayat. Dan majlis perkahwinannya pastilah yang meriah serta dihadiri rakan dan keluarga mereka.
Tapi impian itu hanya tinggal mimpi selepas Izz Aydin dinikahkan dengan keadaan begitu. Lagi sakit hatinya lelaki yang dinikahi oleh adik sepupunya itu adalah lelaki yang pernah meninggal kisah hitam pada Izz Aydin suatu ketika dahulu. Adakan Razin sengaja memasang perangkap atau semua terjadi hanya kebetulan tanpa dirancang? Dia sendiri tidak tahu.
Shahril menyeka aliran air mata yang mula terbit dihujung mata apabila Tok Adam memanggilnya untuk duduk bersama diruang tamu.
"Dah boleh mulakan?" Soal Tok Imam Ali kepada semua saksi dan tetamu.
"Bismillahirohmannirohim.."
"Aku nikahkan kau dengan Izz Aydin Binti Abdullah yang berwakil walikan aku, dengan emas kahwin satu ribu ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Izz Aydin Binti Abdullah dengan emas kahwin satu ribu ringgit tunai."
"Sah!"
Dengan sekali lafaz, Izz Aydin sah menjadi isteri kepada Razin. Tiada air mata yang gugur saat itu. Bahagia? Lansung tidak dirasakan seperti mana harus dirasai oleh pengantin-pengantin lain kerana hati kala itu terasa kosong.
***
Razin duduk dibirai katil sementara menunggu Izz Aydin selesai mandi. Tidak lama kemudian Izz Aydin masuk dengan lengkap berpakaian. Izz Aydin berlagak tenang saat anak mata mereka bertentangan. Dia terus menyidai tualanya dan mengambil telekung untuk menunaikan solat maghrib.
"Kita solat sama-sama?" Kata Razin perlahan. Dia tahu Izz Aydin memarahinya tetapi dia harus bijak menenangkan suasana tegang diantara mereka.
"Okay." Jawab Izz Aydin sepatah. Dia menghamparkan sejadah dan mereka bersolat dan mengaminkan doa bersama-sama.
Tiada salam dan ciuman selepas solat seperti pasangan suami isteri lain. Masih terasa sakit didalam hati Izz Aydin memikirkan tindakan lelaki itu, seperti mengambil kesempatan diatas kesempitan yang dialami mereka.
Sementara menunggu makan malam, Tok Adam mengambil kesempatan untuk berbual dengan Razin di bangku beranda kerana keesokan harinya mereka akan kembali ke Kuala Lumpur. Niatnya ingin mengajak Shahril berbual bersama tetapi cucu lelakinya itu kelihatan masih marah kerana dia membuat keputusan menikahkan Izz Aydin kepada Razin walaupun puas Shahril membantah.
"Razin. Maafkan atuk sebab buat keputusan nikahkan kamu dengan Izz dengan cara macam ni. Kami ni orang kampung. Cara pun masih ikut cara orang lama. Atuk cuma tak nak orang kampung pandang serong pada Izz selepas kejadian tu." Kata Tok Adam dengan nada perlahan. Kedengaran berat bicaranya saat itu.
"Tak, saya yang patut minta maaf. Sepatutnya saya peka dengan hal macam ni sebab saya tetamu di rumah atuk tapi saya lalai." Kata Razin pula. Kepala ditundukkan sedikit menunjukkan betapa sesal dirasanya.
"Sekarang Izz dah jadi isteri kamu. Dia satu-satunya cucu perempuan yang atuk dan opah ada. Atuk minta tolong, jaga Izz macam mana atuk dan opah jaga dia dari kecil sampai besar. Didik dia dengan agama, sayang dia seadanya, terima kelebihan dan kekurangannya. Sekarang Izz mesti marahkan kamu kan sebab kamu terima cadangan atuk kan."
Razin tersenyum kelat sambil mengangguk.
"Bagi dia masa sikit. Dia tu memang macam tu. Marahnya sekejap je. Kena pandai ambil hati dia. Atuk dan opah doakan semoga perkahwinan kamu berdua kekal sampai bila-bila. Itu restu atuk dan opah untuk kamu berdua."
Tok Adam menepuk bahu Razin sebelum berlalu masuk kedalam rumah.
Razin masih duduk disitu. Tiba-tiba telefonnya menerima panggilan. Nama pemanggil dilihat sekilas. Melissa.. panggilan itu dibiarkan tanpa dijawab sehingga panggilan berhenti sendiri.
Kemudian keluhan berat dilepaskan.
Tidak lama kemudian, muncul Shahril pula dihadapannya. Melalui riak wajah sahaja pasti ada sesuatu yang Shahril tidak puas hati.
"Aku ada benda nak tanya kau."
Razin terus tersenyum sinis.
jom follow ig m.a.z_np please rate and comments. tq ;)
Share this novel