Bab 51

Drama Completed 204768

Razin duduk menyandar dikatil sambil menahan perutnya yang terasa sakit. Baru sebentar tadi dia membuang air besar untuk kali yang ketiga tetapi rasa sakit itu masih terasa sehingga menyebabkan badannya berpeluh sedikit.

Izz Aydin yang baru masuk ke dalam bilik selepas membantu Opah Biah mengemas dapur hairan melihat Razin yang sedari tadi berulang alik ke dalam tandas. Makan malamnya juga hanya sedikit, tidak seperti siang tadi.

"Kenapa abang berpeluh-peluh ni?" Soal Izz Aydin lalu menyeka peluh dingin didahi Razin.

"Sakit perut lah sayang." Adu Razin dengan kerutan didahi.

"Makan banyak sangat mangga tadi kot. Sebab tu sakit perut ni. Kejap, saya ambilkan minyak." Izz Aydin berlalu ke meja solek dan mengambil minyak angin lalu disapu ke perut Razin.

"Abang rehat. Kalau ada apa-apa, panggil je. Saya ada kat luar, nak bersembang dengan opah dan atuk kejap."

Razin mengangguk kepala lalu memejamkan mata. Berharap agar sakit perutnya hilang selepas dibawa tidur sebentar.

Izz Aydin duduk dihadapan Opah Biah sambil memeluk kusyen kecil. Pandangannya dihalakan di kaca televisyen yang menayangkan Forum Perdana Ehwal Islam. Topik yang diutarakan pada malam itu adalah memaafkan orang setiap hari oleh Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Izz Aydin turut fokus mendengar ceramah itu.

"Tiada maaf bagimu! Ayat itu begitu ringkas dan padat. Namun, sudah cukup untuk mencengkam sanubari bagi sesiapa yang menantikan balasan kata-kata pemberian maaf selepas membuat permohonan ampun tersebut.

Jika seseorang melakukan kesalahan kepada kita dan kita tidak memaafkan dia, maka kita hanya berhak menuntut pahala orang tersebut di akhirat kelak. Namun sekiranya kita memaafkan dia, maka kita akan memperolehi ganjaran Allah. Pahala manusia dengan ganjaran Allah mana yang lebih baik?" Terangguk-angguk kepala Tok Adam.

"Sepertimana yang disebutkan dalam ayat 133-134 Surah Ali 'Imran, ketahuilah bahawa memaafkan orang lain adalah antara tanda-tanda orang bertakwa."

"Andai kata kita tidak memaafkan orang, kita akan menyebabkan orang itu tersangkut di atas titian sirat. Contohnya, kalaulah seorang anak tidak redha kepada ayahnya kerana gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa seperti mengajar anaknya solat dan lain-lain, ayah berkenaan juga tidak dapat melepasi titian sirat berkenaan selagi tidak mendapat kemaafan anak. Jadi, perlunya ibu bapa untuk memohon kemaafan daripada anak masing-masing,"

Izz Aydin menjeling sekilas ke arah Opah Biah yang masih fokus menonton televisyen. Seketika, iklan mula ditayangkan. Opah Biah dan Tok Adam mula mengalihkan pandangan ke arah Izz Aydin.

"Razin mana?" Soal Tok Adam. Matanya diliarkan mencari susuk cucu menantunya itu.

"Ada dalam bilik. Sakit perut katanya."

"Dah agak dah. Mesti sebab banyak sangat makan mangga tu. Opah tengok dia makan pun rasa kembang tekak. Dia boleh pulak ratah gitu aje. Dah letak minyak dah?" Soal Opah selepas membebel seketika.

"Dah. Izz suruh dia rehat je. Nanti elok lah tu."

"Lain macam selera suami kamu tu. Entah-entah Izz mengandung tak?" Duga Tok Adam. Serentak dua pasang mata tua itu memandang tepat ke arah Izz Aydin.

Izz Aydin tersenyum kelat menelan air liur. Hahh? Mengandung? Gulp!

"Ehh mana adaa.. pandai-pandai je atuk ni. Izz okay je ni. Tak ada alahan apa pun. Tak kot.." terdiam sejenak Izz Aydin dengan fikiran yang mula bersoal jawwb sendiri.

Aku mengandung ke? eh, tak kot. Bila pulak last period aku. Err.. Terteleng-teleng kepala Izz Aydin mencongak sendiri.

"Ermm tadi jumpa abah macam mana?"soal Opah Biah mematikan congakkan Izz Aydin. Tok Adam turut menghala pandangan ke arah wanita itu. Dia tidak tahu pula Izz Aydin berjumpa dengan Mustafa, ayah tiri cucunya itu siang tadi.

"Dia nampak makin okay. Cuma demam-demam sikit. Nizampoun ada jaga dia macam selalu." Jawapan Izz Aydin itu kedengaran agak tidak memuaskan hati Opah Biah.

"Zin macam mana? Ada kata apa-apa tak? Yelah, kita kan tahu kisah dia orang tu dulu. Zin tak ada mengamuk ke, marah-marah ke."

Tiba-tiba muncul Razin lalu duduk disebelah Izz Aydin.

"Zin tak marahkan abah. Malah Zin dah maafkan dan Zin pun minta maaf jugak dengan abah. Apa yang terjadi dulu kami anggap itu ujian untuk kami. Zin tak nak simpan dendam Zin lama-lama dan tak nak Izz terus bencikan abah. Pasal hutang-hutang tu semuanya dah dijelaskan."

Tersenyum lebar Opah Biah dan Tok Adam mendengar.

"Baguslah tu. Kita kan satu keluarga dan atuk yakin dia dah berubah." Tok Adam mengangguk mengiyakan katanya sendiri.

"Cuma sekarang Izz yang masih hutang dengan Zin."

Membuntang mata Izz Aydin menikam anak mata Razin yang mula ketawa.

Ehh. Tak aci betul! Dengan abah senang-senang langsai. Dengan isteri, berkira pulak! Bentak hati Izz Aydin.

"Ingatkan dah tak wujud hutang tu." Luah Izz Aydin dengan nada rajuk. Kedua tangannya dibawa memeluk tubuh dengan muka yang masam.

"Kalau nak langsaikan hutang, kena ada syarat.." meleret ayat syarat disebut.

"Ehh bersyarat-syarat pulak."

Razin membisikkan 'syarat' ditelinga Izz Aydin. Segera naik merah padam wajah Izz Aydin seraya memukul lembut didada Razin.

"Apa abang cakap ni. Ingat saya kilang ke sampai tiap tahun abang nak anak?" Pukulan diteruskan sehingga Opah Biah berdehem, mematikan kelakuan manja pasangan itu.

"Apa salahnya. Masa Izz muda macam ni lah sesuai timang anak. Adel pun dah besar. Mesti dia suka kalau ada adik baru." Sokong Opah Biah.

"Kak Maira sekarang kan tengah mengandung. Tujuh bulan dah. Izz tak sabar nak tunggu Kak Maira bersalin." Terpancar riak teruja diwajah Izz Aydin.

"Eh, dia pulak yang tak sabar. Kita pun boleh buat anak sendiri lah. Tak payah tunggu anak orang." Usik Razin lalu ketawa.

Izz Aydin mengetap bibir, geram dengan usikkan suaminya yang semakin menjadi-jadi itu. Lantas cubitan dihadiahkan ke paha sehingga menyebabkan Razin galak ketawa, menggenggam erat kedua tangan Izz Aydin dari terus mencubit.

"Dah hilang ke sakit perut tu nak mengusik orang ni." Izz Aydin masih ligat mencubit sehingga Razin memeluk wanita bagi menghentikan pergerakan. Ketawa masih meniti dibibir membuatkan Izz Aydin semakin geram.

Tok Adam dan Opah Biah saling berpandangan, tersenyum melihat pasangan yang bahagia itu.

"Kot ya pun nak manja-manja, masuk lah bilik. Faham lah orang muda. Tenaga malam jumaat dia tu lain macam." Sampuk Tok Adam dengan senyuman kecil. Matanya dialihkan ke kaca televisyen.

Razin meredakan tawa apabila Izz Aydin menghentikan cubitan. Bukan sakit sangat pun. Rasa macam semut gigit je!

"Malam jumaat? Tak ada maknanya tok. Abang Zin tidur luar malam ni. Izz merajuk!" Izz Aydin terus bangun dari kerusi dan langkah diatur menuju kebilik.

Razin segera mengekori Izz Aydin dari belakang bersama sisa tawanya.

Menggeleng kepala opah Biah melihat ulah dua orang itu. Seorang kuat mengusik, seorang lagi kuat merajuk. Ngam lah tu.

*****

Pelukan dieratkan selama beberapa saat. Ciuman pula diberikan dipipi tua milik Opah Biah. Seminggu berada dikampung sudah cukup membuatkan Izz Aydin berat hati meninggalkan Tok Adam dan Opah Biah.

"Nanti senang-senang balik la kampung lagi. Sunyi opah dengan atuk bila Izz dan Razin dah balik KL." Ujar Opah Biah perlahan.

"Petang nanti kan Abang Shah dengan Yana sampai. Tak adalah Opah sunyi. Abang Zin pun dah luluskan pertukaran Yana kat cawangan hotel terdekat. Ada jugak teman opah nanti." Pujuk Izz Aydin. Tangannya naik mengusap bahu Opah Biah sebelum pandangan dialihkan kepada Tok Adam.

"Atuk jaga opah tau. Jangan buat opah sedih." Pesan Izz Aydin lalu ketawa kecil.

"Opah kamu ni, tak payah Izz pesan pun atuk memang jaga dia. Cuma bila dia merajuk tu lah atuk tak dapat nak pujuk." Opah Biah menjeling sekilas ke arah Tok Adam dengan bibir yang diherot ke kiri kanan.

"Nanti kalau Yana dengan Shah ada datang KL, opah dengan atuk ikut la sekali. Boleh singgah bermalam di rumah kami pulak." Sampuk Razin pula selepas menyimpan beg dan barangan lain ke dalam bonet kereta.

"Ye lah. Lusa pun kamu berdua nak pergi berbulan madu kan. Jaga diri ditempat orang. Izz ni, jangan bagi dia jalan sorang-sorang. Dia mana pernah pergi luar negara." Pesan Opah Biah pula.

Izz Aydin ketawa kecil seraya menjulingkan kedua matanya ke atas. Terasa lucu mendengar pesanan Opah Biah sebentar tadi.

"Negara jiran je pun. Masih boleh tanya-tanya kalau sesat."

"Abang ajak pergi Italy tak nak. Hari tu beria cakap ikut suka abanglah. Alih-alih dia nak ke Phuket je. Tak syok betul." Celah Razin. Izz Aydin terus menarik muka.

"Alaa saya mana biasa naik flight sampai berbelas jam tu. Naik feri pergi Pangkor pun saya takut, inikan pulak berjam-jam naik flight. Tak pasal-pasal mintak berhenti masa kat atas tu sebab takut. Abang jugak yang malu nanti."

Tergelak Razin dan Tok Adam mendengar.

"Sama je kalau kat Phuket tu nanti. Abang tak kira lah. Abang nak juga bawa sayang pusing-pusing pulau nanti. Takut belakang kira. Apa aktiviti abang buat, sayang kena ikut."

"Boleh. Asal abang tahan telinga lah dengar saya menjerit. Abang jugak yang kena pujuk saya."

Razin masih ketawa menggeleng kepala. Kalau di ajak berhujah, tiada siapa yang dapat melawan Izz Aydin. Jadi lebih baik mengalah awal sebelum hujahnya menjadi panjang lebar.

****

Razin membuang jauh pandangan keluar tingkap sebelum meluruskan anak mata ke arah Izz Aydin yang sedang fokus memandu. Dia sekarang sudah mampu melawan rasa takutnya untuk duduk dikerusi hadapan.

Yang paling gembira mendengar mestilah Izz Aydin walaupun wanita itu tidak mengetahui perihal 'terapi' yang dijalani suaminya selama ini.

Air liur ditelan berkali-kali. Matanya masih memandang wajah isteri kesayangannya itu.

"Sayang, kita singgah makan nasi lemak Senawang tu boleh tak? Teringin lah nak makan yang ada soft shell crab tu." Pinta Razin tiba-tiba.

Izz Aydin mengerutkan dahi.

"Nasi lemak pulak? Tadi bukan kat rumah opah abang dah makan nasi goreng kampung dengan sambal ikan bilis ke? Bukan main banyak abang makan. Nanti sakit perut lagi macam mana. Dah lah sambal yang opah buat tadi tu pedas." Bebel Izz Aydin seraya menoleh sekilas ke arah Razin yang duduk disebelah.

Razin mendengus kasar memeluk tubuh. Sebal terasa didalam hati keinginan tidak dituruti.

"Alahhh itu pun tak boleh.."dengus Razin sendiri.

Izz Aydin mencuri pandang ke arah Razin lagi. Semakin pelik dengan sikap suaminya itu. Selera makannya semakin bertambah dan selalu menginginkan makanan yang jarang dimakannya. Kalau tidak dituruti, merajuk lah jadinya. Tadi sebelum balik, sempat dia menjolok buah mangga lagi untuk dibawa pulang.

Mengandung ke suami aku ni.. desis hati Izz Aydin lalu ketawa kecil. Ehh mana ada lelaki mengandung! Ke aku yang mengandung?

Gulp!

Aku elok aje ni.. hihh tak kott..bercakap-cakap sendiri hati Izz Aydin tika itu.

"Hmm ye la. Kita singgah. Bagi makan banyak-banyak anak cacing dalam perut abang tu. Mengidam dia mengalahkan orang mengandung."

Terus tersenyum lebar bibir Razin. Pipi isterinya dicuit sedikit.

"Thank you sayang, buah hati intan payung abang.."

"Amboii.. Ayat dia bukan main ehh. Kena bagi lebih lah duit belanja saya bulan ni.." tertawa Izz Aydin melihat riak suka Razin.

"Anything for you sayang. Sayang tak minta pun memang abang akan bagi."

Selepas memandu hampir 30 minit, kereta diberhentikan dikotak parkir berdekatan dengan restoran itu. Tanpa menunggu lama, Razin terus mengatur langkah meninggalkan Izz Aydin dibelakang. Keinginannya itu sudah tidak dapat dihalang. Dia sendiri tidak tahu kenapa seleranya membuak semenjak dua menjak ini.

****

Termenung jauh Rafael seorang diri duduk di halaman rumah. Telefon bimbit dipegangannya dilihat berkali-kali dan nama yang tertera hanya dilihat, masih tidak juga dihubungi sedari tadi.

Keluhan halus dilepaskan dan telefon bimbit itu diletakkan di atas meja. Pandangan dibuang jauh memandang dada langit yang disinari bintang, nampak indah tetapi tidak mampu membuang kegusaran dihatinya.

Datin Maria yang melihat dari jauh kelakuan anaknya itu mula menapak menghampiri. Punggung dilabuhkan disebelah Rafael.

"Raf fikir pasal apa ni? Gelisah je mommy tengok kebelakangan ni?." Soal Datin Maria memulakan perbualan. Rafael menoleh sekilas ke arah Datin Maria bersama keluhan pendek.

"Mommy rasa Raf ni tak layak bercinta ke?" Soalan yang dilontarkan Rafael membuatkan Datin Maria sedikit terkejut.

"Kenapa Raf cakap macam tu? Raf masih fikirkan Izz ke? " Rafael tersenyum hambar.

"Jangan macam ni Raf. Mommy tau Raf sayang sangat dengan Izz tu tapi dia dah jadi isteri Razin. Dia orang dah bahagia sekarang ni." Jelas Datin Maria.

"Jujur Raf masih sayangkan Izz tapi Raf slowly dah boleh terima dia dah jadi isteri abang Zin. Cuma.. Raf perlukan sesuatu yang boleh buat Raf terus lupakan Izz."

"Okay. Apa yang Raf perlukan? Cuba bagitahu mommy. Mungkin mommy boleh tolong?"

Rafael menarik nafas memandang wajah lembut Datin Maria.

"Raf nak kahwin."

Menelan air liur Datin Maria saat itu.

"Nak kahwin? Dengan siapa? Raf jangan buat kerja gila nak kahwin dengan Izz. Mengamuk Razin nanti." Bantah Datin Maria terus. Jarinya menunding tajam ke arah Rafael.

Rafael ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

"Bila masa pulak Raf cakap nak kahwin dengan Izz. Raf masih waras lah. Raf tahu abang Zin sayang sangat dengan Izz tu. Tak nak lah berebut dengan dia. Confirm Raf kalah."

Datin Maria melepas nafas lega. Fuhh! Nasib baiklah bukan.

"Kalau bukan dengan Izz, dengan siapa?"

"Dengan.. Syamina."

Datin Maria mengetap bibir lalu mengecilkan mata, menjeling ke arah Rafael yang sudah tersengih sendiri.

"Syamina. Sepupu Yana tu?" Teka Datin Maria pula. Rafael mengangguk lambat-lambat sambil menggaru kepala. Muka nya merasa merah kerana rasa malu.

"Mommy ada la bersembang dengan dia. Mama Yana pun ada sekali masa tu. Mommy adalah terdengar sikit-sikit yang sekarang ni dia tengah tunggu nak bagi jawapan lamaran seorang lelaki."

Tersentak Rafael. Lamaran seorang lelaki? Aku ke?

"Dia ada cakap tak siapa?" Soal Rafael ingin tahu.

Datin Maria berfikir sejenak.

"Tak ada pulak. Kalau perempuan cantik macam tu, lemah lembut, manis. Siapa je tak nak. Mommy rasa dia memang dah ada boyfriend tu. Tak payah lah Raf kacau dia. Raf bukannya kenal sangat dia kan."

Rafael tersenyum kelat. Raf kenal dia mommy. Kenal sangat sebab dia cinta pertama Raf. Kata-kata itu hanya diluahkan didalam hati.

Jika diceritakan pada Datin Maria, pasti dia akan disoal panjang lebar. Dan tidak mungkin dia mahu membuka rahsia yang dia pernah merosakkan Syamina pada satu ketika dahulu sehingga menyebabkan wanita itu pergi meninggalkannya.

Rafael menarik nafas dalam dan dihembus perlahan. Terasa berat hatinya. Kedua beranak itu kemudiannya berjeda. Masing-masing diam menikmati angin malam.

Maz nak minta pendapat readers kesayangan.. kalau maz buat sequel novel untuk Raf okay tak? tapi lepas habiskan novel ni dlu la..huhu macam tak best cepatkan kisah Raf n maz dibelenggu rasa bersalah kecewakan Raf arituu >.< tapi kalau tak okay, maz teruskan je kisah Raf dalam ni ;) follow ig m.a.z_np kita borak² okay! Please follow, rates and comments! tqq ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience