Bab 16

Drama Completed 204768

Daniel duduk dihadapan Razin selepas mereka berdua selesai urusan berjumpa dengan wakil D.A Build berkenaan dengan projek baru hotel dan pusat membeli belah. Anak matanya bersilih ganti melihat Razin dan sampul surat didalam tangan Razin itu.

"Tuan nak buat apa sekarang?" Pertanyaan Daniel memecah kesunyian didalam pejabat itu.

Razin tidak terus menjawab. Satu persatu helaian dibuka, memaparkan info lengkap tentang Izz Aydin dan lelaki yang dilihatnya tempoh hari. Berulang kali juga dia membaca isi kandungan kertas itu. Ternyata Daniel pantas melaksanakan tugas yang diberikan tanpa gagal, berjaya seperti selalu.

Bibirnya mengukir ketawa sinis kemudian tertawa besar. What a small world Izz Aydin binti Abdullah! Rupanya ada sesuatu yang aku tak tahu sebelum ni.

"Saya tak rasa tuan perlu libatkan dia dalam hal ni. Lagipun semua tu dah lama berlaku dan dia masih kecik masa tu." Daniel melembutkan bicaranya.

"Siapa kata? Disebabkan keluarga dia, aku tanggung semua! Aku tak boleh drive sendiri, terpaksa bergantung dengan kau, dengan driver. Aku mimpi buruk, berulang-ulang sehingga aku sendiri hampir naik gila!" Bentak Razin dalam kemarahan. Dadanya turun naik dengan muka kemerahan

"Itu salah ayah tiri dia, bukan dia. Tuan tau semua tu. Apa tuan masih berdendam?"

"Ya! Aku benci keluarga dia. Aku benci keluarga miskin dia yang tamak dan mempergunakan orang lain!" Kata Razin keras. Tangannya menghentak meja sedikit.

Daniel terdiam, cuba mencari soalan lain untuk dilontarkan. Bimbang juga kata-katanya akan membuat lelaki itu semakin diamuk dendam yang sudah terbuku didada.

"Bukan ke tuan dah terima pampasan secara persendirian mengikut kehendak keluarga tuan? Sebab tak nak media tahu perkara sebenar tentang kejadian tu? Tak cukup lagi ke?"

Razin mentertawakan Daniel pula sehingga Daniel kebingungan dengan perubahan Razin itu.

"Semua tu tak cukup Daniel. Selagi aku sendiri tak balas dengan tangan aku, aku takkan senang-senang lupakan walaupun dia yang akan terima balasan ."

"Tuan! tuan sedar tak tuan cakap apa ni? Dia perempuan baik. Jangan bertindak melulu ikutkan perasaan tuan saja. Fikir dia jugak. Dia dah banyak susah, menderita. Tak ada sedikit rasa simpati ke dalam hati tuan tu. Tuan sendiri pernah tengok apa jadi dengan dia. 12 tahun tuan. Hidup dia kucar kacir, kerja sana sini. Tuan rasa dia layak ke terima semua balasan sebab dendam lama tuan tu?" Luah Daniel dengan tidak puas hati. Dia cuma ingin menyedarkan Razin ketika itu.

"Enough Daniel! Kau boleh keluar kalau tak ada apa-apa penting keluar dari mulut kau sebelum kau pulak yang aku tumbuk nanti." Razin mengepal lima jarinya dan memukul meja, berulang-ulang.

Daniel mengeluh dan bangun dari kerusi. Pandangan matanya diredupkan, mengharap agar Razin berfikir semula dengan rancangannya. Dia berjalan keluar dengan langkah perlahan. Memang susah jika berbincang dengan jiwa orang yang ditakluki api kemarahan bukan..

Razin merenung gambar dihadapannya. Dendam disimpan sekian lama membuak-buak kembali, meletuskan lava yang panas. Aku tak peduli siapa pun kau asal hati aku puas menyeksa kau dengan cara aku sendiri. Bibirnya tersenyum sinis.

Tok! Tok! Tok!

"Come in.." sampul itu disimpan didalam laci.

"Are you ready boss? Yang lain dah tunggu kat bilik meeting." Yana memaniskan muka menghadap Razin.

"Ya, i'm ready. Jom." Razin meraup muka agar tidak ketara dilihat sedang marah. Dia harus mengawal dirinya dahulu agar tidak berlaku perkara yang tidak diingininya.

Mereka berdua berjalan keluar dan menuju ke lif. Punat tingkat 5 ditekan dan melangkah menuju ke bilik mesyuarat. Kesemua yang sudah berada didalam bilik mesyuarat berdiri sebaik melihat Razin masuk diikuti Yana dibelakang. Wajah ketat Daniel pula dipandang sekilas.

"Evening everyone. Have a seat." Razin mempersilakan semua yang hadir lalu duduk. Kertas yang sudah dikepilkan diatas meja diselak satu persatu.

"Miss Helen, haritu you kata nak buat program team building untuk staf baru kan. Dah bincang dengan finance pasal tu?" Tanya Razin lalu memandang Miss Helen yang duduk dibarisan kiri.

"Dah Tuan. Diorang dah setuju and team I dah decide buat bulan depan di Pulau Pangkor. List nama perserta pun ada saya sertakan disitu." terang Miss Helen. Helaian nama perserta dibuka.

"Seperti kita tahu, setiap kali kita adakan program team building ni, kita sebagai ketua akan turut serta sekali. Nak eratkan silaturrahim. Sambil tu, kita nak staff kita santai-santai sebab program kali ni kita gabungkan dengan pelancaran iklan baru yang Tuan Rafael handle sekarang." Usul Miss Helen lagi. Pandangan mereka terarah kepada Rafael pula.

"Lagi 2 minggu team I start shoot untuk iklan tu. No worry. I takkan hampakan you all and i jamin pelancaran kali ni akan dapat sambutan hangat dari pelanggan kita."

"And the model? Siapa?" Tanya Razin sambil menyandar dikerusi.

Rafael bangun menutup lampu dan menghidupkan projektor. Terpampang luas wajah seorang wanita dihadapan mereka.

Terdengar suara berbisik-bisik halus sesama sendiri, memuji kecantikan wanita itu. Kelihatan berbeza dari model-model yang sebelum ini.

"She's our brand new model. Syarikat pengiklanan suggest kita gunakan wajah baru, not existing model, not an actress, but orang biasa. Mungkin antara kita kenal wajah ni. Betul?" Ada yang mengangguk, dan ada yang masih bercakap-cakap. Masih tertanya siapa wanita itu.

"Dia tahu pasal ni?" Tanya Razin pula. Dia memusing kerusi menghala kearah Rafael.

"Belum lagi. But I'm sure dia takkan menolak. Asalkan Tuan Razin setuju saja." Kata Rafael sambil melirikkan matanya kepada Yana yang merenung skrin projektor.

"Selagi mana program yang akan menguntungkan, aku tak ada halangan. Berjaya atau tidak, itu team yang incharge kena buktikan. Aku tak nak orang bercakap besar saja. Make sure you all buat kerja tanpa gagal sebab i tak suka kegagalan." Razin terus bangun dari kerusi dan meninggalkan bilik mesyuarat. Yana menjeling sekilas kepada Rafael yang memandangnya dan membuntuti Razin yang sudah jauh dihadapan.

Rafael tersenyum puas. Dia sudah tidak sabar hendak melaksanakan projek baru itu selepas model barunya menandatangai perjanjian.

Sementara itu Razin menghempas kuat pintu pejabatnya sebaik menapak masuk. Bergema satu tempat dan Yana dibelakang terkejut mendengar, tidak jadi mengikut masuk ke pejabat lelaki itu. Apa yang menyebabkan mood lelaki itu terus berubah, dia tidak tahu. Jadi dia biarkan dahulu supaya reda sendiri dan sehingga dia akan dipanggil lagi nanti.

Razin yang keresahan mundar mandir didalam pejabat. Wajah yang terpampang dihadapannya tadi bermain-main dikotak fikiran. Kot dibuka, takli leher diilonggarkan, dan dia duduk dikerusi. Bola kecil yang selalu digunakan untuk mengurangkan stress diambil dan digenggam berkali-kali. Namun hatinya terasa semakin panas pula. Lantas dilemparkan bola itu ke dinding dan mengena pasu di atas meja lalu jatuh berderai. Dadanya yang terasa semakin sempit ditahan dengan tangan kejap. Dia mendongak keatas, cuba mencuri sedikit nafas agar udara dapat masuk melalui celahan rongga yang masih terbuka. Kemudian menunduk pula saat dadanya dihimpit bersama degupan tak sekata.

Papp!

Pintu pejabatnya dibuka kasar. Muncul Yana dan Daniel dimuka pintu dan meluru ke arah Razin yang terduduk menahan dadanya.

"Tuan! Tuan..!" Panggil Daniel. Dia membantu Razin bangun dari kerusi tetapi terasa berat tubuh lelaki itu. Yana turut membantu menegakkan tubuh Razin dan dibawa ke kawasan yang lebih luas dan didudukan disofa.

Daniel segera menghubungi doktor peribadi Razin supaya segera ke hotel itu. Yana kelihatan sungguh cemas kerana itu kali pertama dia melihat Razin berkeadaan begitu. Tangannya mengipas-ngipas ke muka Razin kerana tubuh Razin juga berpeluh-peluh dengan wajah yang pucat ketika itu.

"Tuan tahan sikit. Kejap lagi doktor sampai. Saya bawa tuan naik atas ya. Yana, tolong I."

Razin yang semakin lemah dipapah keluar dan terus ke lif. Izz Aydin pada masa itu sedang berjalan berhampiran turut berlari mendapatkan mereka.

"Kenapa ni? Tuan..!" Terpa Izz Aydin.

"Izz, jangan dekat. Awak tunggu sana. Biar saya dan Yana bawa dia ke atas." Tegah Daniel. Dia tahu kenapa Razin berkeadaan begitu dan dia tidak mahu keadaan lelaki itu bertambah serius sebaik melihat Izz Aydin pula.

Izz Aydin berhenti dan hanya merenung mereka bertiga hilang dibawa lif naik ke atas. Dia merasa risau ketika itu. Berbagai soalan pula muncul.

Kenapa Tuan Razin tu? Pagi tadi okay je. Tiba-tiba sakit pulak? Kejap lagi Adelia balik sekolah ni. Baik aku je pergi jemput dia.

Dia terus keluar menuju ke kereta dan memandu ke taska Adelia.

Kring! Kring! Kring! Izz Aydin menjawab panggilan selepas menyambung earphone ke telinga.

"Hello Encik Daniel."

"Izz, awak hantar Adelia ke rumah mommy dia. Saya dah bagitau mommy dia Adelia akan bermalam disana malam ni."

"Baik. Saya ambil dia dulu. Err Encik, tuan Razin tak apa-apa?" Tanya Izz Aydin perlahan. Dia mahu tahu juga keadaan Razin tika itu.

"Dia okay. Sekarang dia tengah rehat. Awak hati-hati drive." Talian dimatikan tanpa menunggu lama. Izz Aydin mengeluh halus dan meneruskan pemanduannya.

Izz Aydin turun dari kereta sebaik tiba di taska Adelia. Pada mulanya guru Adelia tidak membenarkan Adelia mengikutinya kerana mereka tidak mengenali Izz Aydin. Selepas guru yang bertugas menghubungi Razin untuk pengesahan, barulah Adelia dibenarkan mengikuti Izz Aydin balik.

"Where's daddy?" Tanya Adelia sebaik masuk ke dalam kereta. Selalunya Razin akan menjemputnya bersama dari taska.

"Daddy banyak kerja. Sis hantar Adel rumah mommy okay." Tali keledar kerusi Adelia diketatkan.

"No.. Adel tak nak. Adel nak daddy." Rengek Adelia. Air matanya mula bertakung dibibir mata. Izz Aydin pula sudah serba salah.

"Jangan macam ni. Malam ni je. Esok daddy ambil semula Adel ya. Daddy kena kerja, baru boleh beli aiskrim, beli toys untuk si cantik ni." Pujuk Izz Aydin. Pipi gebu Adelia diusap lembut.

Adelia ketawa kecil dipuji Izz Aydin.

"Promise?" Tanya Adelia sambil menyuakan jari telunjuk.

Izz Aydin tersenyum. "Promise sayang."

"Dah jom kita balik."

Izz Aydin memandu sehingga sampai ke rumah yang pernah diperginya suatu ketika dulu. Dengan melihat kereta sahaja pengawal keselamatan dihadapan pagar membenarkan mereka masuk tanpa sebarang masalah. Kelihatan seorang wanita sudah menunggu ketibaan mereka dimuka pintu bersama seorang lagi lelaki.

"Adelia.." wanita itu terus memeluk Adelia sebaik Adelia turun dari kereta sambil dipimpin oleh Izz Aydin. Dia kemudiannya tersenyum kepada Izz Aydin.

"Awak driver baru Razin kan? Saya pernah nampak awak sebelum ni." Sapa wanita itu mesra. Izz Aydin tersenyuman bersama anggukkan kecil.

"Saya Humaira. Panggil Kak Maira je." Wanita itu memperkenalkan dirinya pula.

"Saya Izz Aydin. Panggil Izz je." Giliran Izz Aydin memperkenalkan diri.

"Err saya balik dulu. Nanti Tuan Razin cari saya pulak." Kata Izz Aydin cuba meminta diri. Tiba-tiba telefonnya menerima panggilan.

"Kejap ye." Izz Aydin berjarakkan diri dari mereka bertiga dan menjawab panggilan.

"Izz, awak tak payah balik hotel. Awak boleh balik terus." kata Daniel dihujung talian.

"Ha? Balik terus? Tuan macam mana?"

"Nanti saya uruskan. Tuan suruh awak balik terus je."

"Tapi.." panggilan terus ditamatkan tanpa sempat Izz Aydin bertanya lebih lanjut. Hatinya ditujah kerisauan pula.

"Kenapa? Dia suruh awak balik ke?" Sapa Humaira yang tiba-tiba muncul dibelakang Izz Aydin.

"Apa kata kita duduk minum dulu. Kalau awak balik masa ni, kena hadap jem nanti. Jom." Pelawa Humaira. Dia menarik lembut tangan Izz Aydin agar mengekorinya. Dan Izz Aydin hanya menurut.

*******

Izz Aydin duduk termangu dikerusi dapur. Hari ini sudah masuk hari ketiga dia diberi cuti. Sudah terasa bosan pula duduk dirumah. Habis satu rumah dibersihkannya. Bermula dengan menyapu, mengemop, membersihkan longkang, membuang kotak-kotak lama. Yana juga bercuti hari ini, jadi tidaklah dia berseorangan dirumah.

Semalam dia juga keluar bertemu dengan Johan. Mahu membayar hutang yang tertunggak dengan jumlah yang agak besar. Duit yang seharusnya disimpan hasil dari jualan terakhirnya untuk menyambung pelajaran terpaksa dikorbankan. Mungkin belum masa lagi dia akan belajar semula. Dia juga tidak mahu menyusahkan Yana dengan meminjam duit rakannya itu atau dia akan buka semula jualan burgernya yang ditutup sejak memulakan pekerjaan baru. Satu keluhan berat dilepaskan, seakan melepaskan satu beban yang berat.

"Izz.." sapa Yana yang baru turun dari biliknya.

"Kau fikir apa?" Tanya Yana lagi. Izz Aydin tersenyum nipis.

"Tak fikir apa. Aku rindu opah dengan atok kat kampung." Adu Izz Aydin. Pandangannya ditundukkan dari memandang Yana.

"Kau kalau ada benda nak share, bagitau aku. Kalau aku tak boleh bantu dari segi duit, aku boleh bantu dengan cara lain. Aku sentiasa ada dengan kau." Tutur Yana perlahan. Dia seakan memahami apa yang menyesakkan fikiran sahabatnya ketika itu.

"Aku tak tahu sampai bila aku nak macam ni. Hutang tak jugak habis. Sekarang study aku kena postpone lagi. Baru-baru ni abang Shah bagitau atuk tak berapa sihat. Aku nak balik jenguk dia tapi aku tak boleh. Aku buntu Yana." Luah Izz Aydin. Nafasnya tersekat-sekat dihujung, cuba menahan air mata dari jatuh.

Yana duduk menghampiri lalu menggosok lembut bahu sahabatnya itu.

"Kau tak perlu berlagak kuat setiap kali ujian menimpa kau Izz. Kalau kau nak nangis, nangis lah. Aku takkan judge kau sebab air mata tu kadang-kadang mampu hapuskan kesedihan yang tak ada ubat dan dapat melegakan kesakitan emosi kau." Izz Aydin memandang Yana dengan mata yang sarat dengan takungan air mata.

"Nangis je.. sebab air mata adalah doa di saat kau tak mampu berkata apa-apa. Tak salah menangis dan mengeluarkan air mata kalau tu je yang mampu menenangkan hati." Sambung Yana lagi. Izz Aydin tertunduk dibahu Yana. Dari tangisan halus menjadi tangisan yang lebat bersama esakkan. Airmatanya seakan tidak mahu berhenti. Diluahkan sebanyak yang boleh agar tidak bersisa dikemudian hari.

Yana menyeka air matanya sendiri. Saat memujuk, dia merasa juga kesedihan dan kesusahan dihadapi sahabatnya itu. Jika sehingga menangis begitu, maka sudah terlalu beratlah beban ditanggung Izz Aydin.

Izz Aydin, nama yang membawa maksud kekuatan, kecerdasan. Nama yang dipilih ibunya sendiri agar anak gadisnya membesar dan menjadi insan yang kuat dalam menghadapi apa jua halangan.

Tetapi, Izz Aydin juga manusia lemah saat ditimpa dugaan. Perlukan kasih sayang, kekuatan dari insan tersayang. Namun, dia sudah puas merasa kesusahan sendiri. Jatuh bangunnya, demi keluarga sahaja.

'Dan ketika air mataku jatuh, Allah sedang merangka senyuman untuk aku. Sabar dan lihat saja nanti.'

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience