Bab 20

Drama Completed 204768

Hampir dua minggu Izz Aydin diberikan cuti. Kata Daniel, Razin perlu ke luar negara untuk menghadiri mesyuarat bersama rakan niaga mereka. Dia hanya menurut dan sudah punya rancangan baru bagi mengisi masa yang ada.

Dia baru sahaja menandatangai kontrak baru dengan Imperial Mall. Pada mulanya dia ingin menolak, mahukan persetujuan Razin terlebih dahulu tetapi menurut Rafael, Razin tidak mempunyai halangan dengan kontrak itu asalkan tidak mengganggu jadual kerjanya.

Esok dia akan memulakan pergambaran. Ya! Izz Aydin adalah wajah baru yang dipilih untuk pelancaran baru iklan Imperial mall yang akan datang.

Dia juga bersetuju selepas menimbang tara jumlah bayaran yang diterima dan kontrak cuma 6 bulan untuk orang baru sepertinya. Sokongan Yana dan Dafi juga salah satu sebab dia menerima kerana mereka yang akan membantunya cara bergaya. Mula-mula agak sedikit kekok dengan pakaian yang tidak pernah dipakainya, skirt, gaun, dress, high heels! Argh! Nasib Yana dan Dafi banyak membantu dan dia sudah mula menyesuaikan diri.

Rafael menunggu kedatangan Izz Aydin dimuka pintu. Izz Aydin ketika itu ditemani Dafi yang akan membantunya semasa di set nanti.

"So, are you ready?" Tanya Rafael sambil tersenyum kepada Izz Aydin.

"Ready sikit, nervous banyakk.." jawab Izz Aydin dengan nada sedikit teruja.

"Rileks okay. Just have fun. Nanti saya dan Dafi akan bantu awak. Jangan risau ya." Tutur Rafael lembut. Dafi disebelah Izz Aydin berdehem melihat pasangan merpati dihadapannya itu. Terasa cemburu pun ada!

"Nanti-nantilah bercinta tu. Panas ni. Cair makeup I tau." Celah Dafi sambil mengipas muka dengan tangan. Izz Aydin dan Rafael ketawa melihat muka merah Dafi. Mereka berjalan bersama masuk ke dalam dan menuju ke set penggambaran.

"Harini kita shoot untuk gambar dulu. Kalau siap awal, kita teruskan dengan video. Okay?" Terang seorang perempuan. Mungkin salah seorang dari team yang menguruskan pelancaran iklan itu nanti.

"Okay, boleh boleh."

Rafael yang ingin berlalu ditahan oleh Izz Aydin.

"Awak nak pergi mana?" Tanya Izz Aydin dengan kerutan didahi.

"Saya ada kerja sikit. Ada meeting kejap lagi. Abang Zin kan takde. Jadi saya kena handle. Saya try habiskan cepat, lepas tu saya turun sini balik."

"Alaa saya takut ni.." rengek Izz Aydin. Tangan Rafael tidak dilepaskan kerana dia benar-benar takut bercampur cemas ketika itu. Maklumlah baru pertama kali shooting. Dia yang lansung tiada pengalaman lagi.

"Nak takut apa. Awak pose pose, ikut je arahan diaorang. Lagipun kan Dafi ada bantu awak. I count on you Dafi. Tolong tengokkan Izz untuk I." wajah Dafi pula dipandang.

"Yelah kau ni Izz, asyik kata takut je. Ambik gambar je pon. Cepatlah. Diaorang dah panggil suruh tukar baju tu." Desak Dafi.

"Okay. Janji datang sini lagi tau." Kata Izz Aydin lagi.

"Yes sayang. Nanti saya datang." Rafael menggenggam sekejap tangan Izz Aydin sebelum berlalu pergi. Cuba memberi sedikit keberanian dan semangat buat kekasihnya.

"Dah jom."

Hampir 1 jam mendandan dan menyolek wajah. Baju yang dipilih pula sebolehnya yang tidak menampakkan bahagian perut kerana mahu menutup parut disitu.

Belum lagi masa mengambil gambar. Nasib baik semua berjalan dengan lancar. Izz Aydin pada mulanya kekok untuk bergaya, namun lama kelamaan sudah dapat menyesuaikan diri dengan bantuan Dafi dan yang lain. Lebih-lebih lagi jurugambar yang mesra dan tidak lokek mengajarnya sehingga mampu mendapat shot dan pose yang sesuai. Semua semangat dan tunjuk ajar terus diterap dan mereka akhirnya berjaya menghabiskan semuanya dalam masa satu hari.

Izz Aydin duduk dikerusi melepaskan lelah sebentar sebelum menukar pakaian. Kakinya terasa lenguh berdiri lama kerana memakai kasut tumit tinggi.

"Congratulation miss. You are so talented even baru first time kena shooting. I hope kita boleh bekerjasama lagi for the next time." Puji salah seorang jurugambar.

"Thank you sir. It's a pleasure to work with you and thank you so much sudi ajar I macam-macam. I seronok sangat." Kata Izz Aydin sambil menyalami jurugambar itu.

Dafi menghampiri Izz Aydin pula selepas jurugambar itu berlalu.

"Izz.. sumpah cantik giler dowh gambar kau semua. Pandai aku ajar kau. Tak sia-sia tidur 4 jam je. Sakit tekak terpekik terlolong dengan kau, sampai biru kaki terciduk pakai heels. " Meletus ketawa Izz Aydin mendengar kata-kata Dafi. Susah jugak nak menjadi model ni.

"Thank you Dafi. Aku berterima kasih sangat dengan kau. Dah tolong aku, teman aku lagi."

"Takpe. Aku suka.. nanti dah famous jangan lupakan aku pulak."

"Shooting untuk mall aje pon. Nak famous sampai mana dengan muka aku ni."

Mereka berdua ketawa dan berbual-bual sebentar sebelum anak mata Dafi lekat memandang sesuatu. Sesuatu yang terlalu menarik perhatiannya.

"Melissa.. You Melissa kan. Oh my god! You nampak lagi cantik bila tengok depan macam ni!" Dafi tiba-tiba menjerit, menegur pasangan yang baru tiba di set itu. Mukanya kelihatan teruja saat itu sambil melompat-lompat kecil.

Izz Aydin terus menoleh.

Zap!!

Matanya bertentangan dengan Razin yang berdiri disebelah Melissa. Automatik dia terus berdiri dan membetulkan kasut dikaki.

"Yes, of course. I"m Melissa. You can call me Cik Mel." Melissa melentikkan jarinya bersalaman dengan Dafi. Bibir merahnya tersenyum lebar lagi-lagi selepas mendengar pujian dari Dafi.

"I minat sangat dengan you! Kiranya i peminat nombor 1 you lah." Tambah Dafi lagi. Dia memang sangat meminati model terkenal itu. Setiap kali ada post baru di instagram, dia antara yang like dan komen dulu.

"Izz.." Izz Aydin tersenyum menyambut kedatangan Rafael pula.

"Wow wow.. Is this really you?" Bagai terpukau Rafael melihat wanita dihadapannya.

"You look stunning! Saya hampir tak kenal awak. Ingatkan awek cun mana tadi." Puji Rafael. Pandangan tidak dialihkan dari wajah dan penampilan wanita itu. Totally different!

"Awak nampak cantik dengan rambut ni. Lepas ni, boleh la simpan rambut panjang. Saya suka." Sambung Rafael tersenyum sambil memegang rambut palsu yang disanggul diatas kepala wanita itu. Izz Aydin tersenyum kembang menerima pujian bertubi-tubi dari Rafael. Mukanya kemerahan.

"Abang Zin baru sampai?" Rafael menyapa mesra abangnya pula. Razin mengangguk bersahaja.

"Cik Mel, Raf.. cuba tengok gambar-gambar ni. Cantik tak?" Panggil Dafi yang duduk disebelah seorang lelaki didepan laptop.

"Izz, kejap ya." Rafael berlalu bersama Melissa. Tinggallah Razin dan Izz Aydin disitu.

Izz Aydin mencuri pandang lelaki dihadapannya yang tidak bersuara dari tadi. Hampir tiga minggu tidak bertemu dan melihat lelaki itu kelihatan berbeza. Nampak lebih sihat dan bahagia? Ada tunang cantik mestilah bahagia kann.. Izz Aydin melarikan pandangan apabila tiada perbualan yang lahir dari bibir masing-masing.

"Lain kau sekarang." Tegur lelaki itu. Matanya melirik kearah Izz Aydin dari atas kebawah.

"Tuan bercakap dengan saya ke?"

"Habis tu, yang ada telinga kerusi tu ke? Kau kan.. kau yang dengar aku bercakap, kau jugak yang menyahut."

Anak mata mereka bertentangan. Haihh, He's back.. Bisik hati Izz Aydin. Entah kenapa rasa suka pulak walaupun baru jumpa dah kena bebel.

"Apa yang lain? Saya masih Izz Aydin, driver tuan."

"Tak, maksud aku. Kau dah pandai bergaya, nampak can.." Razin berdehem mematikan ketelanjuran kata-katanya.

"Apa tuan? Tuan nak cakap saya nampak cantik? Oh thank you. Rasa dikayangan hati ni di puji dengan Tuan Razin. Rasa macam dapat emas selori pulak rasa." Perli Izz Aydin sambil tersengih sumbing.

"Kau ni kan. Aku cakap elok-elok ada je yang kau balas. Entah apa yang Raf bagi kau makan masa aku takde."

"Dia bagi saya kenyang dengan sayang dan cinta dia. Sebab tu saya makin cantik. Kalau dengan tuan, habis beku kecantikan saya ni berjangkit muka beku tuan tu."

"Ohh makin berani kau sekarang. Lepas habis shoot, jumpa aku. Ada benda nak bincang."

"Ehh mana boleh. Saya dah janji dengan Raf."

"Huh, peduli apa aku." balas Razin sinis lalu pergi dari situ.

Dia ni kann.. aku tenyeh-tenyeh dengan tumit kasut ni, baru puas hati aku.. Perangai bossy tu memang tak boleh kikis eh. Dalam geram, terasa senang pula hatinya melihat kemunculan lelaki itu.

Maka bermulalah tugas hakiki kau lepas ni Izz Aydin!

*******

"Jadi, apa yang penting sangat tuan nak jumpa saya?" Matanya sekilas merenung wajah beku lelaki dihadapannya.

Satu sampul surat dilemparkan diatas meja. Dengan isyarat mata menyuruhnya membuka. Izz Aydin membaca isi kandungan dan tersenyum.

"Betul ni yang tuan bagi saya?"tanya Izz Aydin dengan riak teruja.

"Kenapa? Kau tak suka?"

"Ehh.. mestilah suka.. terima kasih Tuan. Saya janji akan laksanakan tugas-tugas saya dengan penuh tanggungjawab."

"Tapi kau kena ingat, kerja hakiki kau sebagai pemandu aku. Shooting tu tak hari-hari buat pun. Kalau ada masalah dengan jadual, boleh bincang dengan aku. Aku tak nak nanti kau yang penat buat dua kerja dalam satu masa."

"Baik Tuan!"

Razin tersenyum nipis melihat wajah ceria wanita dihadapannya. Walaupun ada sekelumit rasa kasihan tetapi ada satu lagi perasaan yang lebih besar dari itu.

"Err tuan. Saya nak tanya sikit boleh?"

"Nak tanya apa?"

"Mula-mula saya nak minta maaflah tapi kebelakang ni benda ni asyik buat saya rasa terganggu pulak."

"Apa dia. Cakap je lah. Aku banyak kerja ni dari melayan kau"

"Err tuan pernah jumpa saya ke sebelum saya kerja kat sini?" Soal Izz Aydin perlahan.

Razin memberhentikan ketukkan jari dipapan kekunci komputer ribanya lalu memandang Izz aydin.

"Kenapa kau tanya macam tu?" Tangannya menongkat dagu pula.

"Entah, saya rasa macam saya kenal Tuan sebelum ni tapi ingat-ingat lupa."

"Kau tengok muka aku ni betul-betul." Razin merapatkan wajahnya kehadapan sedikit namun Izz Aydin mengundur pula. Takut melihat pandangan tajam lelaki itu.

"Aku kata tengok, tengok laa.." tangan Izz Aydin ditarik sedikit sehingga dekat didepan mukanya. Anak mata mereka bertentangan. Meneroka segenap ruang mata tanpa sebarang bicara.

Izz Aydin terpaku kaku. Dada berombak tenang walaupun pada mulanya jantung berdetak kuat memukul dada. Diam..

Meja besar berwarna hitam menjadi pemisah jarak tubuh mereka.

"Jadi? Ingat ke tak?" Tanya Razin memecah kesunyian. Izz Aydin menggelabah lantas menarik semula tangannya. Muka terasa panas, malu selepas merenung lama wajah Razin.

"Ingat apa?" Soal Izz Aydin lalu duduk menyandar semula. Terasa cemas apabila melihat Razin ketawa sinis.

"Takkkan lepas tengok muka kacak aku terus lupa dengan soalan kau tadi." Razin masih tersenyum sinis menyandar dikerusi.

My god!! Bodoh kau Izz.! Yang kau tenung muka dia macam nak tembus kenapa.. dia suruh tengok, nak bagi kau ingat balik apa yang kau lupa. Tu je. Ambik kesempatan kau ya.. aishhh!

"Takpe lah. Malas nak ingat. Saya nak balik. Bye Encik Duda bossy! Werk!" Sempat Izz Aydin menjelirkan lidah sebelum menutup pintu pejabat itu rapat. Cuba menutup malu juga sebenarnya.

Razin meletuskan ketawa melihat gelagat berani Izz Aydin. Terlihat comel pula.

Ehem! Ehem! Ingat siapa dia Zin. Jangan lupa! Bisik satu suara dihujung hati.

********

Rafael memperlahankan kereta bmw z4 miliknya dan berhenti dihadapan lampu isyarat merah. Dari tadi ekor matanya melirik kesebelah kerusi penumpang, melihat kekasih hati yang leka merenungnya.

"Awak pandang-pandang saya dari tadi kenapa? Ada apa-apa kat muka saya ke?" Soal Rafael lalu menyentuh wajahnya sendiri.

Izz Aydin ketawa kecil melarikan pandangan.

"Saya tengok awak dengan Tuan Razin tu lain. Kenapa lah Tuan Razin tu tak sweet macam awak. Tak la saya ni takut sangat kat dia."

"Kalau saya dengan dia sama, susah lah. Nanti awak suka kat dia pulak." Jawab Rafael selamba.

"Eh, takde lah. Awak, awak. Dia, dia. Dua orang berbeza." Kata Izz Aydin sambil menunjukkan dua jari dihadapan Rafael.

Rafael ketawa lalu meneruskan pemanduan.

"Kenapa abang Zin jumpa awak tadi?"

"Bincang pasal kerja. Dia bagi syarat baru kat saya. Mulai minggu depan saya masih kerja 6 hari seminggu. Ahad saya cuti. Waktu kerja pulak sama waktu kerja dia. Habis hantar dia balik, saya balik. Tak perlu standby lagi macam dulu. Kalau kena shooting, saya diberi pelepasan tapi kena inform dia dulu. So senang dia cari orang ganti saya." Terang Izz Aydin dengan senyuman. Terasa lapang hatinya menerima tawaran itu.

"Oh really. Bagus tu. Adalah masa awak untuk saya kan.." Rafael melirik senyuman kepada Izz Aydin.

Pap! Satu tamparan singgah dilengannya dan Rafael tertawa mengusik. Suka hatinya melihat tingkah manja sang kekasih.

Signal ke kanan diberi dan kereta membelok masuk ke sebuah restoran mewah. Cahaya terang mula menjamu pandangan. Kereta berhenti dihadapan restoran itu dan Rafael terus keluar tanpa menunggu lalu membuka pintu kereta untuk Izz Aydin. Seorang lelaki menghampiri lalu memandu keluar kereta Rafael tadi.

"Kita nak makan kat sini ke?" Rafael tersenyum mengangguk sedikit.

"Awak. Saya segan lah. Saya tak reti makan tempat macam ni. Kita makan tempat biasa je lah." Izz Aydin sudah berkira-kira mahu melangkah pergi namun ditahan oleh Rafael.

"Tak. Harini kena ikut saya. Tak payah segan. Awak bukan tak pakai baju pun. Makan pun pakai tangan dan mulut. Bukan pakai kaki suap ke dahi." Sempat Rafael berseloroh dan Izz Aydin tersengih menampakkan barisan gigi putihnya.

Mereka berjalan beriringan menuju ke meja yang ditunjukkan oleh pelayan. Kerusi ditarik oleh Rafael dan Izz Aydin duduk dengan sopan. Pertama kali dia ke tempat eksklusif seperti itu. Dengan pakaian sempoi nya lagi. Aduh, bikin malu lah berpasangan dengan lelaki segak ber kot dihadapannya tika itu.

Rafael membantu memesan makanan dan minuman untuknya. Dia mana tahu makanan apa yang sesuai dengan seleranya. Sudahlah nama pun susah disebut. Berbelit-belit juga lidah dibuatnya. Kalau setakat spaghetti aglio olio tu lagi okay.

Kalau sampai nak order sotong goreng dengan sebutan Calamares a la romana. Telur dadar berkentang dengan sebutan Tortilla de patatas atau tortilla espanola.. aish, alamatnya esok kena viral kat sosial media, makan kat tempat have-have tapi tak reti sebut.

So, serahkan pada yang pakar aje. Settled!

"Saya ada sesuatu untuk awak." Ujar Rafael menambah suasana di waktu makan mereka. Lantas tangannya mengeluarkan sesuatu dari kocek kot dan dihulurkan kepada Izz Aydin.

Perlahan Izz Aydin menyambut dan kotak berwarna hitam itu dibuka. Kaku matanya melihat kilauan disebalik kotak itu.

"Suka?" Rafael bangun dari duduk dan menghampiri.

"Saya tolong pakaikan ya." Dengan penuh lembut, seutas rantai berloket matahari disarungkan ke leher Izz Aydin dan bibirnya tersenyum melihat kilauan rantai itu sudah berada dileher tuannya.

"Thank you awak. Saya suka sangat." Tidak lepas senyuman dari bibir Izz Aydin ketika itu. Terlalu bahagia dirinya dan segala masalah yang membebani hilang dari kotak fikiran.

Rafael duduk semula dan meraih tangan kekasih hati yang tidak lekang senyuman itu.

"Awak mungkin bukan yang pertama tapi awak akan jadi yang terakhir untuk saya. Awak ibarat matahari dalam hidup saya. Kalau awak takda, gelap lah hari-hari saya tanpa awak."

Masing-masing diam merenung berbalas pandangan. Membiarkan isyarat mata menzahirkan rasa cinta.

"Ehemmm.. Pasangan enggang dengan pipit rupanya.. Ermm playboy versus tomboy?"

Serentak Rafael dan Izz Aydin menoleh.

Damn! Melissa and Razin..

Buat apa pulak diaorang kat sini..! Gumam Izz Aydin sementara Rafael cuma tersenyum menyambut kedatangan pasangan tak diundang itu.

"Is it okay if we join you guys? Tak habis makan lagi kan." Tambah Melissa lagi.

Tak boleh! Dah sedap mulut kata aku tomboy. Aku tomoi jugak bibir celupar kau tu..

Matanya cuba mengisyaratkan kepada Rafael tetapi Razin terlebih dahulu menarik kerusi lalu duduk tanpa dijemput.

Dengusan halus dilepaskan.

Anak matanya beralih pula kepada Razin yang diam duduk merenungnya. Ehh mamat beku ni, pandang-pandang aku pulak. Dari mood hangat romantika, terus jadi benua antartika..

Rasa tersekat di tekak makanan yang dikunyah sebaik pasangan tadi menyertai makan malam mereka. Lagi-lagi bila Razin asyik merenung Izz Aydin. Dari perut lapar, terus rasa kenyang dengan renungan itu.

Jadi tikus lah aku balik rumah jap lagi..

jom singgah ig ;)

Share this novel

Has Azman As
2020-11-04 21:24:43 

cian c Izz...apa la ni Playboy tetap juga playboy

m.a.z
2020-11-04 06:25:44 

waalaikumussalam. insya Allah saya hari2 update kalau ada kelapangan n selalunya ptg or malam. tq tau follow cerita ni ;)

yana20
2020-11-04 03:58:59 

assalamualaikum.. sya nk tanya update cite ni setiap ari ape eh n pukul berapa yerrr??.. hehehe... sya suka sgt cite awk ni.. tp kdng tu ade terasa geram jugakk.. lagi² pulakk Razin..


NovelPlus Premium

The best ads free experience