Bab 21

Drama Completed 204768

Rafael memberhentikan langkahnya sebaik melihat salah seorang pengawal keselamatan berlari anak menuju ke arah lif. Dia lekas menahan sebelum pengawal itu sempat masuk ke dalam perut lif.

"Kenapa nampak tergesa-gesa ni. Nak pergi mana?" Soal Rafael.

"Ada orang nak jumpa Izz Aydin. Katanya ada hal penting." Ujar pengawal itu dalam nafas lelah.

"Nak jumpa Izz? Dia takde. Dia dengan Tuan Razin pergi meeting kat luar dan mungkin akan balik lewat petang."

"Oh. Kalau macam tu, tak jadi naik lah. Aduii buat penat aje."

"Siapa nak jumpa dia?" Tanya Rafael ingin tahu.

"Tu, sana." Tunjuk pengawal itu. Jarinya lurus menunjuk ke arah dua orang yang duduk disofa lobi.

"Takpa. Biar saya pergi jumpa dia orang. Ada hal penting mungkin." Baru sahaja kakinya melangkah, pengawal tadi lekas menahan.

"Eh hati-hati tuan. Dia orang tu bahaya. Saya dengan Encik Daniel pernah nampak diaorang cederakan Izz dulu. Tuan Razin pun nampak."

"Apa?! Bila?! Kenapa saya tak tahu?!"

Haih! Terasa panas terus hatinya mendengar. Patutlah dulu dahi Izz Aydin pernah luka dan tangannya lebam. Kerja diaorang ni rupanya..

Tanpa mempedulikan amaran pengawal tadi, dia terus berjalan melangkah luas menghampiri dua orang lelaki itu. Wajah lelaki yang sedang duduk menyandar menyilang kali direnung tajam dari atas ke bawah.

"Siapa kau? Kenapa kau cari Izz Aydin. Kau kenal dia ke?" Soal Rafael tiba-tiba dihadapan dua lelaki itu. Mata mereka bertentangan.

"Aku Johan. Ya, aku kenal Izz Aydin dan sebab tu aku nak jumpa dia. Ada masalah ke? Dan kau pula siapa nak tanya aku macam-macam ni?" Riak bengis yang ditunjukkan tidak sedikit menggentarkan jiwa lelaki Rafael.

"Ni hotel bapak aku.. dan Izz Aydin girlfriend aku. Jadi, bagitau aku kenapa kau nak jumpa dia." Giliran Rafael pula mempamerkan riak jantannya.

"Woo woo woo! Kau boyfriend Izz dan ni hotel bapak kau? Wahh jackpot ni!" Johan ketawa besar lalu berdiri dan ketawanya disambut oleh rakannya. Bukan main seronok lagi hatinya.

"Betul kau boyfriend dia? Macam tak percaya pulak si tomboy tu boleh ada boyfriend kaya dan segak macam ni." Johan masih galak ketawa bersama rakannya. Tidak mempedulikan orang sekeliling.

"Kau nak percaya ke tak terpulang. Kau bagitau aku kenapa nak jumpa dia?" Rafael masih mengajukan soalan yang sama. Makin tidak puas hatinya melihat dua lelaki itu yang masih mentertawakannya. Tangannya sudah mencekak pinggang.

"Adoi adoi!!. sakit perut aku. Ini yang paling lawak yang aku dengar setakat ni. Memang untung besar lah aku lepas ni." Kata Johan bersama sisa ketawanya. Jarinya menyeka air mata yang terbit ketika dia ketawa tadi.

Rafael cuma diam merenung lelaki itu sehingga tawa mereka benar-benar reda.

"Izz Aydin ada hutang dengan aku dan aku datang sini sebab nak kutip hutang. Mana dia?" Tutur Johan serius.

"Dia takda. Kerja luar. Berapa dia hutang kau?"

Johan tersenyum sinis lalu menghulurkan kertas kepada Rafael.

"Enam puluh tiga ribu? Sejak bila dia hutang banyak ni?" Terbuntang mata Rafael melihat jumlah yang tertera di atas kertas itu.

Peminjam Mustafa bin Ibrahim. Penjamin Izz Aydin binti Abdullah.

" Ehh, siapa Mustafa bin Ibrahim ni?"

"Bapak tiri dia yang hutang aku. Izz terpaksa bayar sebab dia penjamin. Lagipun bapak tiri dia dah cacat. Tak ada duit."

"Hutang sampai enam puluh tiga ribu dari jumlah pinjam tiga puluh lima ribu. Gila banyak riba kau ambik." Tempik Rafael terkejut melihat jumlah tertera.

"Tu tambah tunggakkan bulanan dia lambat bayar lah. Bunga lagi."

Gila! Kenapa Izz tak bagitau aku pasal benda ni.. dan Abang Zin dan Daniel pun tahu?

"Takpa. Aku akan bayarkan semuanya." Tutur Rafael tenang.

Apa lagi! Membulat besarlah mulut Johan dan rakannya mendengar. Bayar semua.. gila bapak ah kaya mamat ni!

"Tapi.. bagi aku masa sebulan. Kau akan dapat duit kau dalam masa tu dan kau jangan ganggu dia. Kalau tak, aku report polis sebab kau pernah cederakan dia dan kenakan bayaran riba yang tinggi. Kau dengar?!" gertak Rafael.

"Tak semudah tu. Apa jaminan yang kau boleh bagi yang kau tak tipu aku?" Johan merenung tajam kepada Rafael.

"Bak sini handphone kau." Pinta Rafael tiba-tiba. Telefon bertukar tangan.

Klik!

Sempat pula Rafael berselfie dihadapan Johan menggunakan telefon canggih milik Johan itu. Johan pula terpinga-pinga, pelik melihat aksi Rafael.

Apa kejadahnya selfie pakai fon aku.. Nak bagi aku tatap buat sedap sebelum tidur ke. Aku jantan lurus okayy!

"Simpan buat cagaran. Muka aku lebih mahal dari hutang kau tu. Kalau tak percaya jugak, kau cari dalam google nama aku. RAFAEL BIN DATUK HALIM."

Rakan Johan segera menaip dan bingkas berdiri disebelah Johan sambil menunjuk telefon bimbitnya.

Rafael tersenyum sinis melihat reaksi kedua lelaki itu. Baru tahu aku siapa. Playboy bukan sebarang playboy. Dia yang pernah menjadi atlet bola keranjang disebuah universiti terkenal semasa belajar diluar negara juga turut diberitahu didalam satu artikel di internet. Belum lagi fanclub khas untuk nya yang mempunyi puluhan ribu pengikut.

"Okay. Aku percayakan kau. Aku bagi masa macam yang kau nak dan aku takkan kacau Izz. Kau jangan sesekali cuba tipu aku sebab buruk padahnya nanti."

"Dah jom kita keluar. Ready buat parti untuk malam ni sebab kita untung besarr.." makin besar lah ketawa Johan sambil berjalan keluar bersama rakannya tadi.

Rafael merenung kedua lelaki itu sehingga hilang dari pandangan dengan berbagai persoalan.

******

Rambut depan yang sedikit panjang diselak ke belakang tetapi masih juga jatuh kedepan. Lantas di ambil pencekak rambut lalu disisip kemas. Sudah berkira-kira mahu digunting tetapi tak jadi kerana Rafael sudah berpesan awal supaya jangan digunting.. aihh, demi buah hati, ikutkan saja.

Bibir dicalit sedikit dengan pelembab bibir dan bibirnya terus mengukir senyuman.

"Yana.. lama lagi ke? Cepat lah! Nanti lambat!" Teriak Izz Aydin dari bilik.

Tiada jawapan.

Izz Aydin mengorak langkah menuju kebilik Yana. Pintu diketuk dan wajah Yana yang separuh bersolek menjengah di muka pintu.

"Lahh tak bersiap lagi? Dah pukul berapa ni? Kang nanti lambat balik susah pulak." Bebel Izz Aydin dimuka pintu. Yana cuma tersengih mendengar leteran itu.

"Sorry. Aku tak jadi ikut kau sebab tiba-tiba mama call nak aku ajak beli barang hantaran aku nanti. Kau tau kan majlis aku lagi 2 minggu."

"Kau betul-betul nekad nak terima lamaran tu? Kau sendiri tak pernah pun jumpa bakal tunang kau kan. Silap hari bulan suami orang macam mana? Tak pun orang tua yang pagar dah roboh. Kau nak?"

"Ish, kau ni kann.. aku sumbat jugak dengan berus aku ni. Bercakap main sedap mulut je. Cuba lah kau doakan yang baik-baik untuk aku. Supaya kawan kau ni bahagia sampai ke akhir hayat. Haa.."

Izz Aydin tersengih sumbing. Geli hati juga melihat tingkah Yana. Cuaklah tu. Nak sangat surprise tak nak kenal bakal tunang sebelum majlis. Jangan sendiri yang terkejut beruk sudah..

"Ye lah. Aku cakap je. Memang tiap hari aku doa untuk kau. Untuk aku jugak. Bukan kau aje yang nak bahagia. Kann.." senyuman dileretkan kepada Yana.

"Kau je lah pergi eh. Takpe kan. Kau pakai kereta aku. Nanti mama aku boleh ambil aku kat rumah."

"Betul ni. Okay lah. Aku pergi ni. Tak lama lah kot."

"Okay. Hati-hati. Kirim salam dengan Adelia untuk aku ya. Cakap happy birthday!"

"Ye ye. Aku terus pergi ni. Jangan lupa kunci pintu dengan pagar."

Selepas mengemas barang yang hendak dibawa, kereta dipandu perlahan menyelusuri jalan raya menuju ke kondominium milik Razin. Telefon dikeluarkan, menghubungi seseorang.

Tidak lama kemudian muncul Rafael.

"Awak sorang je? Mana Yana?" Soal Rafael sebaik Izz Aydin keluar dari kereta.

"Dia tak jadi datang. Ada hal."

"Oh. Okay. Jom naik. Meh saya tolong bawak tu."

Kek coklat cheese buatannya sendiri. Dibuat atas permintaan Adelia. Entah kenapa dia sendiri mahu menawarkan diri membuat. Mungkin selepas mendengar pujukan berkali-kali dari Adelia meminta Razin membeli untuknya tetapi tidak dilayan. Katanya manis, tak elok untuk kesihatan. Majlis hari jadi kot, takde kek, tak lengkap lah majlis.

Dia lekas membuntuti Rafael naik ke atas sambil membimbit dua kotak hadiah pula.

Suasana majlis hari itu hanya lah majlis sederhana. Tidak semeriah yang disangka. Cuma ada Rafael, Razin, Adelia, rakan-rakan rapat, beberapa orang rakan Adelia dan Humaira bersama suaminya.

"Raf, mommy daddy awak takde ke?" Bisik Izz Aydin tiba-tiba. Risau juga hatinya andai bertembung dengan mereka disitu.

"Takde. Diorang dengan Raissa pergi Sarawak. Ada majlis kahwin adik sepupu kat sana."

Ohhh. Baiklah. Legaa..

Izz Aydin menuju ke dapur, membantu meletakkan kek yang dibawanya tadi. Lilin dicucuk ditengah kek.

"Rajin jugak kau melayan permintaan Adelia tu." Tegur Razin yang tiba-tiba muncul didapur.

"Bukan susah pun. Setakat kek coklat cheese ni, sebelah mata pun saya boleh buat. Campak-campak bahan, bakar, siap."

Razin mencebik-cebikkan bibirnya sementara Izz Aydin menjeling mata ke atas.

"Saya nak hantar kek ni kat luar. Tepi sikit.." Izz Aydin menyelitkan badannya sambil menjunjung kek. Matanya sempat melihat Razin yang tidak berganjak dan tidak semena-mena kakinya tersangkut memijak kaki Razin.

Arhh!!! Yang difikirkan cuma kek!

Mata dipejam rapat. Sudah pasti kek itu sudah terjatuh menyembah lantai sementara dirinya juga tergolek seperti buah kelapa. Nak harapkan Razin menahan, makin diketawakannya lagi ada!

Sangkaannya meleset sebaik membuka mata. Kek dipegangan sempat disambut oleh Razin dengan sebelah tangan sementara dirinya, sah-sah dibiarkan jatuh le lantai!

Aduhhhh!!! Kurang asam betul! Berapa kali jugak aku dah jatuh depan dia ni?! Tak gentlemen betul lah. Aku dah berangan dah tadi dia sambut peluk aku ke. Selamatkan kek je. Ciss!!

"Izz, buat apa kat lantai tu?" Humaira yang masuk ke dapur kehairanan melihat Izz Aydin terduduk dilantai sementara Razin tersenyum memegang kek.

"Dia ni memang suka duduk kat lantai. Kat hotel dah banyak kali jugak macam ni. Jangan hairan lah Dia memang pelik sikit." Jawab Razin tiba-tiba. Matanya mengerling kepada Izz Aydin sementara bibirnya ketawa kecil melihat wajah cemberut Izz Aydin.

"Apa-apa aje lah. Majlis dah nak mula. Adelia tu tak sabar-sabar nak makan kek. Jom keluar."

Razin berjalan selamba melintasi Izz Aydin yang masih terduduk itu.

Izz Aydin mengetap bibir. Geram juga dengan perangai Razin. Sudahlah aku buat kek tu untuk anak dia. Atleast hargai lah penat lelah aku tu. Dasar kedekut!

Rata-rata memuji kesedapan kek buatan Izz Aydin. Termasuklah Rafael yang duduk disebelahnya.

"Sedap kek awak buat. Kalau saya request jugak boleh kan." Kata Rafael sambil tersenyum.

"Boleh je. Tak susah pun." Jawab Izz Aydin. Matanya menjeling sedikit kearah Razin yang diam duduk dihadapannya. Suapan demi suapan kek memenuhi mulutnya namun tiada sepatah kata pula lahir dari mulut itu.

Sejak mula bekerja semula dia semakin pelik melihat sikap dingin Razin. Bercakap bila perlu. Kadang sepatah apa pun tak keluar dari bibir lelaki itu. Bila dah bersuara, ayatnya bukan main.. Tak membakar hati tak sah!

Humaira hanya memerhati dengan ekor mata. Seperti ada yang tidak kena dirasakannya tika itu. Sesekali Humaira tersenyum melayan suaminya dan Adelia.

******

Sebelah tangan membimbit beg kerja, sebelah lagi beberapa bungkusan beg kertas berjenama dan dibahu juga ada satu beg yang mengandungi pakaiannya untuk beberapa hari. Dengan langkah berhati-hati Rafael menapak masuk ke dalam lif dan naik ke tingkat 15. Banyak kerja yang harus dilakukannya menjelang pelancaran iklan baharu nanti. Bukan dia tidak boleh menyuruh kakitangannya yang menguruskan, tetapi dia sendiri yang mahu memastikan semua urusan selamat dan berjalan dengan lancar.

Untuk beberapa malam ini, dia akan bermalam di suite nya sahaja dan siang ini dia sudah membawa beberapa barang keperluan ke suite itu.

Langkahnya terhenti dihadapan pintu apabila melihat Balqis sedang mengemas didalam. Tidak dapat dihalang juga kerana sejak peristiwa itu, suite nya tiada siapa yang mengemas kerana tidak dibenarkan olehnya sendiri.

Barang dipegangan diletak di atas meja sebelum dia bergerak masuk ke dalam bilik untuk menyimpan beg pakaian pula. Balqis yang sedang memegang vakum dijeling sekilas tanpa menegur.

"Tuan Rafael.." panggil Balqis perlahan.

Rafael tidak jadi melangkah dan terus menoleh.

"Saya nak minta maaf pasal haritu. Saya sebenarnya memang suka dengan tuan.. tapi.. tuan tak layan saya pun." Tutur Balqis lagi. Vakum dipegangan dilepaskan.

"Hell no! Kau sedar tak apa kau cakap ni?! Kau kawan Izz tau." Rafael meraup muka lalu mencekak pinggang. Tidak sangka kawan sanggup mengkhianati kawan sendiri.

"Ya, memang saya kawan dia tapi saya cintakan tuan lebih dari Izz. Saya boleh berikan apa yang tuan nak. Yang Izz tak boleh bagi."

"Yang kau desperate sangat ni kenapa? Aku tak layan lah orang macam kau ni. Kau cuma sukakan duit aku kan. Bukan ikhlas pun." Berombak dada Rafael menutur kata. Berang juga mendengar pengakuan berani mati itu.

"Tak. Betul, saya ikhlas cintakan tuan." Tangan Rafael diraih dan digenggam erat. Cuba meyakinkan lelaki itu dengan ketulusan hatinya.

"Tuan bagi saya peluang untuk buktikan yang saya ikhlas cinta, sayang kan tuan. Tuan takkan menyesal."

Perlahan tubuh sasa Rafael didakap dan wajahnya disembam didada bidang lelaki itu. Terkedu Rafael dengan tindakan berani Balqis saat itu. Bukan hanya percakapannya saja, malah dari segi tingkah lakunya.

Kini bibir Rafael pula menjadi sasaran..

*****

Kereta bmw c200 berwarna kelabu yang dipandu Izz Aydin diparkirkan diruang parking VIP dihadapan hotel Imperial. Hari ini mungkin dia akan di hotel itu sahaja merujuk kepada jadual kerja Razin.

Kakinya melangkah sederhana menuju ke lif dan punat tingkat 1 di tekan lalu pergi ke dalam bilik rehat pekerja. Beg sandangnya diletakkan didalam loker.

Belum sempat dia berpaling, muncul Puan Zubaidah dibelakangnya dengan senyuman manis.

"Izz.. saya ada dengar pasal awak. Pasal iklan baru tu. Wahh, makin advance sekarang eh." Puji Puan Zubaidah.

"Biasa je Puan. Saja je cuba-cuba. Saya tak berbakat pun kalau bidang macam ni." Kata Izz Aydin merendah diri.

"Bakat tu tak semestinya semulajadi dari lahir. Boleh di asah dengan lebih dalam lagi. Yang penting, minat dan niat. Kalau niat kita tak elok, maka tak elok lah hasilnya."

Betul. Niatnya cuma satu. Tak lain tak bukan, untuk kesenangan keluarga dan juga melangsaikan hutang yang masih membebani.

Izz Aydin tersenyum nipis menerima nasihat itu.

"Saya pergi dulu puan. Ada kerja sikit." Tutur Izz Aydin lembut lalu berlalu pergi selepas berbalas senyuman dengan Puan Zubaidah.

Izz Aydin menuju pula ke lif. Punat tingkat 15 ditekan kerana dia sudah berjanji berjumpa dengan Rafael sebentar. Ada barang yang perlu diambil katanya.

Bibirnya tersenyum melangkah dengan kelajuan sederhana. Mahu bertemu dengan kekasih hati selalu saja membuatnya teruja.

Belum sempat dia menjengah, langkahnya terus berhenti dimuka pintu suite Rafael yang tidak bertutup.

Dadanya berombak laju dengan tiba-tiba. Diam, Tidak berbunyi sekutik pun..

"Izz?" Yana terkejut melihat Izz Aydin berdiri kaku dihadapan pintu. Dia, Razin dan Daniel baru sahaja mahu turun ke pejabat selepas berbincang soal jadual Razin kerana minggu depan Daniel akan bercuti menemani isterinya berpantang di kampung.

Izz Aydin masih kaku didepan pintu, tidak menoleh sekali pun.

"Izz..buat apa atas ni? Kau pandang apa tu?" Yana mendekat dan melihat sama. Dadanya yang tenang berombak laju seakan dipukul ribut taufan sederas 200 km/j. Menyirap terus darah merah didalam badannya.

"Rafael!!! Apa you buat ni!?"

Rafael tersedar saat teriakkan nyaring Yana hinggap ke gegedang telinga. Bebola matanya mula berfungsi semula selepas hanyut seketika dan wajah wanita didepannya ditenung kejap.

"Balqis..?"

Balqis yang sedang hangat menciumnya ditolak kasar sehingga terundur menjauh.

Oh sh*t!! Macam mana aku boleh..

Kepalanya terus menoleh ke arah pintu. Izz..

"Izz..!" Sepantas kilat kakinya berlari mendapatkan Izz Aydin.

" Izz. Izz. Awak jangan salah faham. Dia yang mula kan dulu.. saya.."

"Dia yang mulakan dan awak biarkan?" Tutur Izz Aydin tenang. Tiada setitik air mata pun yang mengalir saat hatinya terasa disiat siat melihat Rafael dan Balqis bercumbuan mesra.

Bibir kemerahan Rafael dilihat. Bekas gincu Balqis!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience