Bab 52

Drama Completed 204768

Pemandangan langit biru tidak sedikitpun meredakan rasa takut yang menujah ke segenap tubuh. Malah jantungnya berdegup semakin kencang sehingga membingitkan telinganya sendiri. Kepala terasa pening akibat tekanan mendadak sejak kapal terbang itu mula berlepas.

Razin memandang wajah pucat Izz Aydin yang duduk disebelahnya. Genggaman tangan tidak sedikit pun dilepaskan. Malah tangan wanita itu diusap lembut bersama bisikan menenangkan.

"Jangan takut. Abang ada. Sayang zikir banyak-banyak. Jangan fikir yang bukan-bukan."

Izz Aydin mengangguk dengan mata yang terpejam. Tepat tindakannya menolak pelawaan Razin membawanya berbulan madu ke Italy. Perjalan ke Phuket yang cuma 1 jam 30 minit penerbangan itu pun sudah separuh nyawa terbang, ini kan pula jika berbelas jam penerbangan.

"Sayang try buka mata tu sikit. Rugi lah tak tengok pemandangan dari atas ni." Pujuk Razin sedikit.

"Tak nak.." Izz Aydin menggeleng laju. Berkerut-kerut keningnya tika itu membuatkan Razin geli hati.

"Cuba la tengok dulu. Abang pasti sayang akan suka."

Akhirnya Izz Aydin mengalah. Perlahan matanya dibuka mengintai ditingkap kecil pesawat. Bibirnya terus menguntum senyuman perlahan. Hilang rasa takut saat menatap langit biru, pemandangan hijau laut biru di bawah dan awan putih yang seketika menyelubungi pesawat. Razin turut tersenyum.

"Kan abang dah cakap. Cantik kan. Cuba sayang ambil gambar. Tak la sayang rasa takut sangat."

Izz Aydin sedikit teruja mengeluarkan telefon bimbit. Beberapa keping gambar di ambil dan dilihat sekejap.

"Ambil gambar kita sekali. Kita tak pernah lagi gambar bersama kan." Razin mengeluarkan pula telefon bimbitnya lalu memeluk erat dibahu Izz Aydin.

"Smile..!" Klik!

*****

Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand.

Satu beg bagasi bersaiz sederhana ditarik perlahan manakala sebuah beg sandang disemat kemas dibelakang. Dengan langkah sederhana, pasangan itu mula menuju keluar dan terlihat seorang lelaki memegang kertas nama 'Sir Razin'. Lelaki itu didekati dan senyuman dilontarkan sebaik berbalas pandangan.

"Hello. I'm Razin and this beautiful lady is my wife, Izz Aydin." Ujar Razin memperkenalkan diri dan Izz Aydin. Tangannya dihulurkan berjabat dan disambut mesra oleh lelaki itu.

"Hello. Good evening sir and madam. Welcome to Phuket. I'm Aroon, your driver." Balas lelaki itu ramah.

Mereka kemudiannya menuju ke kereta yang ditempah oleh Razin sepanjang mereka berada di Phuket. Ia bertujuan memudahkan pergerakan mereka serta khidmat Aroon sebagai pemandu mungkin akan diperlukan sekiranya ingin ke tempat yang ingin dikunjungi.

Izz Aydin bersandar dibahu Razin sambil membuang pandangan diluar tingkap kereta. Cuma sesekali cuping telinganya menangkap perbualan diantara Razin dan Aroon.

Pada mulanya dia agak terkejut mendengar Aroon bertutur menggunakan bahasa melayu tetapi Razin memberitahu kebanyakkan penduduk disitu fasih berbahasa melayu. Jadi, tidaklah susah mahu bertanya andai tersesat jalan.

Sebelum ke Phuket, Izz Aydin ada membaca sedikit maklumat mengenai salah satu pulau tercantik di Thailand itu. Iye lah, takkan tak tahu lansung tentang negara orang lagi-lagi hanya jiran sebelah.

Phuket, sebuah wilayah dan pulau yang terbesar di Thailand. Ia juga terletak di Laut Andaman. Populasi penduduk tetap Phuket sekitar 400,000 - 450,000 orang sahaja kerana kebanyakan populasi di Phuket adalah terdiri daripada pelancong dan buruh kerja yang selalu berubah. Walaupun mengalami pembangunan yang pesat dan sering menjadi tumpuan pelancong, Phuket masih mengekalkan keindahan alamnya yang dipenuhi hutan hujan tropika dan pantainya yang bersih.

Pantai dan pulau. Serta keindahan hutan tropika. Sebab itu lah Izz Aydin mahu ke situ. Mahu melihat keindahan yang selalu disebut-sebut orang walaupun sedikit gementar menaiki bot nanti.

*****

"Sayang.."

Izz Aydin berpaling ke arah suara Razin memanggilnya dari dalam. Pantas bibirnya mengoyak senyuman manis buat tatapan sang suami yang mula melangkah menghampirinya. Hangat tubuh lelaki itu terus menerpa sebaik tubuhnya didakap erat bersama satu kucupan dipipi.

"Sayang okay tak kita stay kat sini.?" Soal Razin. Tika itu mereka sudah tiba di Keemala Resort and Villa selepas melalui perjalanan selama 40 minit dari lapangan terbang. Resort yang menghidangkan pengunjung dengan suasana nyaman berlatar belakangkan pokok besar, hutan hijau dan udara segar.

Izz Aydin meredupkan pandangan dan membalas pelukan Razin.

"Mesti lah okay. Ada abang dengan saya."

"Sorry tak bawa sayang stay kat resort tepi pantai. Masa nak booking hari tu semua resort kat tepi pantai full. Peak season kan. Tadi kat airport pun ramai pelancong asing datang."

"Saya tak kisah lah. Ni pun dh terlebih okay, private villa lagi. Ada pool walaupun saya tak reti berenang." Terdengar ketawa kecil dari bibir Izz Aydin.

"Takpe. Abang boleh ajar sayang berenang. Nak ajar lebih dari tu pun boleh."

Terjegil bulat mata isterinya bersama ketawa.

"Okay jugak kat sini kan. Boleh tenangkan fikiran. Mana lah tahu ada jumpa kawan abang kat sini." Izz Aydin tersengih sedikit. Razin pula mula mengerutkan kening, pelik.

"Kawan abang mana pulak kat sini?"

"Abang mon dengan nyet!" Pecah ketawa Izz Aydin. Tubuhnya dijarak sedikit apabila melihat Razin mengetap bibir dengan riak geram!

"Hey.. saja nak kenakan abang ya." Lekas pinggang isterinya dirangkul dan membenamkan wajahnya di leher wanita itu.

Galak ketawa Izz Aydin digomol manja oleh Razin. Sehingga terasa senak diperut akibat ketawa terlalu banyak.

"Abang. Dah.. dah.."

"Senak perut saya ni. Cukup..cukup." Sisa tawa masih berlagu dibibir. Tercungap-cungap nafasnya didalam rangkulan lelaki itu.

Razin ketawa puas menghentikan gomolan sebelum bibir Izz Aydin dikucup sekejap.

"Jom kita solat dulu. Lepas tu bersiap. Kita pergi jalan-jalan sekeliling. Sayang pun mesti dah lapar kan. Esok baru kita pusing pulau and buat aktiviti okay. Harini kita rest kat villa dulu. Kat sini pun ada pantai tapi kena jalan jauh sikit."

Izz Aydin mengangguk sedikit sebelum berlalu ke dalam bilik air. Sempat tangannya mencuit sedikit pipi suaminya.

Razin membuang pandangan ke luar beranda villa. Nafas ditarik dan dihela perlahan. Seketika merenung pemandangan hijau dan laut yang sedikit jauh dihadapan beranda itu sebelum Izz Aydin memanggilnya untuk solat bersama.

***

Keesokan harinya usai bersolat subuh dan bersarapan pagi, Razin dan Izz Aydin bergerak keluar dari resort. Kelihatan Aroon sudah siap menunggu untuk membawa pasangan itu menjelajah Phuket.

Perjalanan pertama mereka dari Keemala Resort menuju ke Chalong Pier, jeti utama untuk semua aktiviti pulau. Setibanya Chalong pier, mereka menaiki tuktuk untuk sampai ke jeti. Itu pun cuma 3 minit sudah membuatkan Izz Aydin teruja menaiki kenderaan itu.

Aroon kemudiannya membawa pula mereka menuju ke sebuah kapal layar yang hanya dinaiki oleh Razin dan Izz Aydin serta beberapa orang krew dan anak kapal. Pada mulanya Izz Aydin agak pelik kerana kapal layar lain mempunyai beberapa orang pengunjung tetapi selepas Razin memberitahu kapal itu disewa khas untuk mereka, tersenyum lebar bibirnya.

"Abang.."panggil Izz Aydin perlahan. Razin menoleh tetapi tidak menghampiri isterinya kerana tika itu dia sedang bersantai dijaring yang direntang atas kapal layar.

Dibawah jaring itu terlihat jelas air laut yang biru kehijauan, sekaligus menyebabkan Izz Aydin menggeletar untuk menemani Razin berbaring disitu.

"Abang.." panggil Izz Aydin sekali lagi dan sekali lagi hanya pandangan diberi.

"Duduk lah sini. Sayang tu takut sangat. Tak cuba mana tahu kan." Pujuk Razin. Kaca matanya diatur sedikit, mengintai wajah Izz Aydin yang mula cemberut.

"Alaa takut lah. Kalau jaring tu putus macam mana. Tak ke naya je jatuh bawah tu. Dah lah tak pandai berenang." Sempat Izz Aydin membebel. Mata dilirikkan ke arah Razin yang mula tersengih.

"Okay okay. Sini abang pimpin. Takda lah senang-senang jaring ni nak putus. Imaginasi sayang tu melampau sangat. Sebab tu jadi takut." Razin bangun lalu menarik Izz Aydin.

Terasa dipasak kuat kaki dilantai. Namun Izz Aydin mengalah juga dengan ajakan suaminya untuk duduk bersama disitu. Selepas 10 minit, barulah dia merasa sedikit lega. Hilang satu beban ketakutan sambil menikmat keindahan alam.

Selepas belayar selama satu jam, kapal yang dinaiki mereka tiba di Mai Ton Island.

Di Mai Ton Island, sekelilingnya agak tenang kerana ia sebuah pulau persendirian yang dijaga rapi dan sesuai untuk pasangan berbulan madu. Selain itu batu karangnya juga lebih cantik dan ikan-ikan besar terlihat jelas. Sebab itu Mai Ton Island menjadi tumpuan pelancong untuk aktiviti pantai, skuba dan snorkelling.

Razin menyalin pakaian dan mengenakan baju khas untuk aktiviti snorkelling. Awal-awal lagi Izz Aydin menolak, tidak mahu ikut serta dan Razin tidak mahu memaksa isterinya. Jadi, cuma dia dan seorang lagi krew kapal bersamanya terjun ke laut untuk melihat keindahan didalam laut pula.

Razin mengambil masa selama 45 minit untuk melakukan aktiviti snorkeling. Dia timbul sekejap-sekejap sambil melambai ke arah Izz Aydin yang ralit memerhatikan aktivitinya.

Razin kemudiannya naik semula ke atas kapal layar dan menghampiri Izz Aydin. Sekejap bibir isterinya itu dikucup dalam kebasahan.

"Hish abang. Malu lah orang tengok." Tolak Izz Aydin sedikit.

"Apa nak malu. Sayang isteri abang. Kita kan tengah honeymoon. Lagipun sekejap je tak tengok sayang dah rasa rindu. Sampai abang tengok ikan tadi pun macam muka sayang."

Buk!

Se das tumbukan manja diberi di dada Razin. Menjeling tajam anak mata menikam wajah ketawa suaminya itu.

"Nak kata muka saya macam ikan ke apa. Kenapa tak cium je ikan tu tadi."

Razin meledak ketawa, meninggalkan Izz Aydin yang masih menjeling. Badannya dibersihkan dahulu sebelum menyalin pakaian yang bersih.

Perjalanan seterusnya Coral Island. Mereka dijamu dengan makan tengah hari yang enak sebelum diberi masa untuk bersiar-siar sebentar ditepi pantai.

Izz Aydin melabuhkan punggung di pasir putih. Jarinya menguis-nguis pasir dan pandangan dibuang jauh ke hadapan. Kagum.. Terlalu kagum dengan keindahan yang terbentang dihadapannya sekaligus memanjat syukur kerana diberi peluang melihat sendiri keindahan itu.

***

Dua biji panadol sudah selamat ditelan, mengharapkan sakit kepala yang tiba-tiba menyerang itu hilang. Kepala direbahkan ke bantal dengan mata terpejam. Selepas pulang dari menjelajah pulau-pulau, Izz Aydin diserang sakit kepala sekaligus membatalkan rancangan untuk makan malam indah mereka.

Razin membiarkan sahaja isterinya itu berehat. Sambil itu dia membelek beberapa keping gambar di telefon pintar miliknya yang diambil semasa mereka bersiar-siar tadi. Selepas memilih beberapa gambar yang cantik dan sempurna, terus sahaja di muat naik ke laman sosial. Terukir senyuman bahagia dibibir lelaki itu.

Penghawa dingin diperlahankan selepas menarik selimut menutupi tubuh isterinya. Langkah kaki dibawa menuju ke luar dan baju dibuka. Dengan hanya berseluar pendek, Razin turun ke dalam kolam renang dan berenang seketika sambil ditemani angin malam.

Izz Aydin terjaga dari tidur apabila mendapati Razin tiada disebelah. Lantas selimut menutupi tubuh ditolak ketepi, menurunkan kaki ke tepi katil dan melangkah perlahan. Anak mata diliarkan mencari sang suami.

Mendengar kocakan air diluar, Izz Aydin menuju ke situ dan bibirnya tersenyum sedikit.

"Abang.." panggil Izz Aydin sambil memeluk tubuh. Satin rob dikemaskan menutupi bahagian tubuh yang terdedah.

"Sayang.. kenapa bangun? Tidur je lah."

"Terjaga. Tak boleh tidur lagi dah."

"Sakit kepala lagi?"

"Tak. Dah okay dah rasa ni. Sorry dah rosakkan plan makan malam. Buat penat datang jauh-jauh tapi duduk dalam ni je."

"Abang tak kisah lah duduk dalam ni je. Asalkan honeymoon tetap on." Razin mengulum senyuman, meneruskan renangan.

Izz Aydin tersenyum kecil. Punggung dilabuhkan ke kerusi berdekatan sambil memerhatikan Razin yang masih berenang santai.

Seketika, Razin melangkah keluar dari kolam renang. Tuala di kerusi dicapai dan mengelap sedikit titisan air yang mengalir dirambut dan tubuh. Tuala itu dililit ke pinggang selepas menanggalkan seluar basahnya.

Izz Aydin menelan air liur melihat susuk suaminya yang masih kebasahan itu. Susuk yang masih menggiurkan dengan usia 38 tahun. Fuhh masih mantap! Yang penting, matang! Sangat matang empunya susuk sempurna itu.

Air liur ditelan lagi tetapi terasa tajam ditekak. Terjentik nafsu wanitanya melihat sang suami yang masih ralit mengeringkan tubuh.

Lain macam dia ni. Ke aku yang lain macam.. Haihh!

Nakk.. rengek hatinya.

Ish segan lah..

Segan? Suami tu. Takkan setiap kali nak tunggu dia je mintak. Kau kalau nak, dia seribu kali nak kot.. Berperang sendiri perasaan Izz Aydin tika itu. Air liur ditelan lagi bersama helaan nafas.

Ahh lantak lah! Aku pun reti on kan! Kata honeymoon.

Setapak kaki Razin melangkah mahu berpusing, Izz Aydin laju bangun dari kerusi.

Tersentak Razin apabila tubuh hangat Izz Aydin memeluknya erat dari belakang. Lantas dia berpaling.

"Kenapa? Masih sakit kepala?" Soal Razin dengan riak kerisauan. Wajah isterinya ditatap tunak, menahan sedikit gemuruh selepas merasai lekuk tubuh wanita itu sebentar tadi.

Izz Aydin menggeleng meredup pandangan. Bibirnya digigit sedikit, cuba berfikir sesuatu.

"Abang nak mandi kejap. Sayang duduk dulu."

Izz Aydin memaut lengan Razin pula. Menghalang lelaki itu dari pergi. Kaki dijengket sedikit, menghalakan bibir ke telinga Razin.

"Nak ikut.." Izz Aydin menggigit bibirnya semula. Terasa kembang muka menahan malu.

Razin menghela nafas. Gemersik bisikan wanita dihadapannya itu sudah cukup membuat nafsunya menggelegak namun cuba dikawal. Ini sesuatu yang baru. Hmm timbul satu akal.

"Tak boleh." Bantah Razin tiba-tiba.

Hah? Tak boleh..?

Izz Aydin memuncungkan bibir tapi lagi pantas tangannya menarik lilitan tuala dipinggan Razin. Maka.. tiada apa yang menutupi susuk sasa itu lagi.

Razin terkesima dengan tindakan isterinya yang sudah menjauh bersama tuala yang sengaja dilayangkan. Tangan dibawa mencekak pinggang, seolah merasa diri lengkap berpakaian! Padahal..

Izz Aydin bersiul halus menatap susuk suaminya itu. Sangat matang!

Besar kecil kelopak mata merenung susuk itu.

Wiwittt! Usiknya. Nakal!

Razin mengetap bibir, geram bercampur suka melihat kenakalan isterinya.

Sepantas kilat kaki dilangkah mengejar dan menangkap Izz Aydin yang sedang leka ketawa. Tubuh wanita itu ditolak lembut jatuh ke tilam lalu ditindih.

Tuala ditangan wanita itu di ambil, dilontar ke lantai dan wajah isterinya ditatap tunak dengan dengusan nafas halus.

"Sayang nak apa sebenarnya ni?" Bisik Razin perlahan. Tangannya mula menyentuh segenap wajah isterinya.

"Nak ikut abang mandi." Jawab Izz Aydin malu-malu. Bibirnya digigit-gigit halus.

Razin mengecilkan mata. "Yeke.. abang rasa macam nak lain je. Cuba cakap betul-betul."

Izz Aydin mengetap bibir pula. Mengulum senyuman sebelum berbisik.

"Err saya nak abang.." perlahan suara dilontarkan bersama alirah darah yang mula menyerbu muka. Malu? Tolak tepi!

"Haa cakap terus terang kan senang. abang perhati je sayang dari tadi. Susah sangat ke cakap sayang nak abang layan sayang?"

Izz Aydin menunduk pandangan. Apesal tak boleh buang malu nii..alahh lantak kau lah Izz..

"Bila-bila sayang nak, abang boleh bagi. Takkan nak tunggu abang je. Abang pun nak sayang minta dari abang. Jadi, senang abang tunaikan kemahuan batin sayang."

Izz Aydin tersenyum seraya menarik wajah Razin mendekat. Hidungnya digesel-gesel lembut di wajah lelaki itu.

"Hmm kalau macam tu.. saya nak abang sepenuhnya . now..and forever.." Bibir Razin dikucup sepenuh rasa yang mendalam. Tangannya mula melingkar, mengelus lembut ditulang belakang suaminya itu.

"I love you.."

Razin tersenyum didalam kucupan hangat isterinya. Baju tidur wanita itu dilurut sebelum dilontarkan ke lantai. Selimut ditarik menutupi kedua susuk yang tiada seurat benang itu. Doa dilafazkan dalam hati.

"I love you more sayang."

"I'm yours tonight.. forever and ever.."

lepas ni mungkin dh kurang sweet2. konflik akan mula.huhu jom follow ig m.a.z_np kita borak² ;) Please follow, rates and comments! tqq ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience