Bab 9

Drama Completed 204829

Yana memegang dada sambil kakinya mundar mandir dibelakang kerusi kerjanya. Berita yang baru disampaikan oleh Daniel sebentar tadi sudah mengganggu konsentrasinya untuk membuat kerja.

Tidak lama kemudian matanya menangkap susuk Razin yang berjalan menuju ke pejabat dan melintasinya sebelum hilang dibalik pintu hitam yang besar. Riak beku Razin sememangnya sudah biasa dilihat tetapi hari ini agak lain. Lebih beku mungkin..

Selepas itu, muncul pula Izz Aydin yang sudah menukar uniform kepada bajunya sendiri. Mukanya sedikit keruh namun tidak pula menunjukkan sebarang reaksi.

Yana lekas mendapatkan Izz Aydin lalu duduk dikerusi sofa yang disediakan untuk tetamu menunggu.

"Apa jadi ni Izz? Kau ni.."

"Aku tak sengajaa.. Kau bukan tak tahu mulut aku ni. Suka sangat cakap lepas. Derhaka dengan aku sendiri." bibirnya digigit sendiri.

"Ikut sangat kata hati kan. Apa kau dah cakap kat dia?"

"Aaa aku.."

"Yana.. Masuk." suara Razin kedengaran di interkom di atas meja. Yana segera bangun dan mengambil pen dan buku hitamnya lalu masuk ke pejabat Razin.

Izz Aydin duduk mengeluh disitu. Matanya menunduk merenung jarinya sendiri memikirkan dan mengingati kembali apa yang telah dilakukannya.

"Kau pandang muka aku ni!"

"Kau kata aku duda bossy tak ada adab?" Razin menekan suaranya dalam sehingga membuatkan Izz Aydin kaku seperti patung hiasan.

Razin mengalihkan tangan dan menegakkan tubuhnya semula. Telefon bimbit didalam kot dikeluarkan dan dia mendail nombor seseorang.

"Daniel. Aku dah pilih driver aku."

"IZZ.. AYDIN!"

Izz Aydin tercengang disitu. Aku? Jadi driver dia? Lagi gila kerja ni!

Talian dimatikan.

"Duda bossy.. Tak ada adab.. Hmm Ayat baru yang aku dengar setakat ni. Jadi, aku akan buktikan yang kata-kata kau tadi adalah.. Benar!"

Razin memberikan pandangan tajam bersama senyuman sinis sebelum berlalu meninggalkan Izz Aydin yang masih berdiri ditempatnya tadi.

Tidak lama, telefon bimbit Izz Aydin pula menerima panggilan.

"Awak kat mana? Pergi office saya sekarang."

Talian dimatikan. Sempat Izz Aydin termenung sebentar. Telajak perahu boleh undur, telajak kata terimalah akibatnya!

"Izz Aydin!"

Lamunannya berkecai apabila terdengar suara memanggil namanya. Dia terus berdiri dan melangkah menuju ke arah Daniel yang sudah menunggunya.

"Izz.. Izz.. Saya tak tahu apa yang awak dah lakukan tapi saya rasa awak dah buat tuan marah. Nak tahu sebab kenapa driver driver sebelum ni berhenti kerja atau dibuang kerja?"

Izz Aydin laju menggeleng. Matanya besar memandang Daniel yang tersengih kepadanya.

"Sebab tak tahan kerja dengan dia yang banyak songeh dan diberhentikan sebab tak ikut cakap dia. Kalau salah sikit, tadahlah telinga. Awak faham maksud saya kan."

Izz Aydin menelan air liur yang terasa kesat seperti menelan pasir.

"Encik Daniel ni saja nak takutkan saya ke?Tak boleh ke saya reject je?"

Daniel menggeleng sambil menggoyangkan jari telunjukya.

"Tak semudah tu. Awak kena ada persetujuan dia dulu. Ada berani?"

Giliran Izz Aydin pula menggeleng. Mukanya berkerut seribu membayangkan wajah Razin menengkingnya tadi, takut juga kejadian itu berulang lagi.

Daniel mengeluarkan sekeping borang lalu dihulurkan kepada Izz Aydin serta beberapa keping dokumen.

"Borang ni awak isi dan sign. Tanda awak setuju terima tawaran. Ni pulak, surat perjanjian perlantikan dan maklumat mengenai gaji, masa bekerja, syarat perlantikan dan kelebihan-kelebihan yang awak akan dapat. Baca dulu. Ada apa-apa yang awak tak faham, awak bagitau saya."

Izz Aydin mengangguk lalu mengambil pen diatas meja yang diberikan sekali oleh Daniel. Dia mula membaca satu persatu perkara yang tertera diatas kertas itu. Keningnya kelihatan berkerut-kerut. Baru helaian pertama dia sudah meletakkan semula kertas itu diatas meja.

Daniel tersenyum nipis. Seakan memahami apa yang menyesakkan fikiran Izz Aydin.

"Encik Daniel. Saya rasa semua ni tak masuk akal. Tak ada kelebihan apa pun kat sini." luah Izz Aydin.

"Saya tahu tetapi memang sebegini syarat-syaratnya. Sesuai dengan gaji yang ditawarkan." kata Daniel lalu menyelak helaian kertas yang seterusnya.

Wow!! Basic salary rm5500? Tak termasuk overtime and travelling?? Izz Aydin melopong.

"Betul ke gaji ni?" tanya Izz Aydin seakan tidak percaya.

"Kenapa? Tak cukup ke? Nanti saya boleh usulkan kepada Tuan Razin lagi sebab dia sendiri yang nak kan awak. "

Izz Aydin menggeleng laju. " Tak, ni lebih dari cukup. Tapi.."

"Tapi apa?"

Izz Aydin berhenti berfikir seketika. Kalau ditolak terasa rugi, kalau diterima, sudah dikira seperti hamba abdi. Masakan dia harus bekerja 6 hari seminggu. Bersedia 24 jam bila-bila masa jika Tuan Razin memerlukannya tidak kira masa? Tidakkah semua itu sudah melanggar hak-hak seorang pekerja. Mendapat cuti atas kebenaran dan budi bicara? Melampaunya! Tapi waktu cuti pun aku selalu duduk rumah je, tak kemana-mana. Kalau syaratnya begini, baik bagi aku duduk bawah ketiak dia aje. kan senang. Belum lagi syarat-syarat lain yang kelihatan agak remeh dan tak masuk akal.

Hmm! Nak terima ke tak? Tapi kan aku nak sambung belajar. Kalau jadual kerja macam ni, macam mana nak sambung belajar. Adoii! Pening! Izz Aydin menggaru kepalanya. Daniel dari tadi memerhati ketawa kecil melihat gelagat Izz Aydin.

Ahh! Lantaklah. Nanti boleh try bincang dengan dia elok-elok, tunggu semua reda dulu. Tanpa pertanyaan lanjut, Izz Aydin terus menurunkan tanda tangannya diatas kertas tadi tanda menerima perlantikan itu.

Difikirannya cuma satu, dapatlah dia melangsaikan hutang ayah tirinya secepat mungkin dan untuk keluarga yang dikampung.

"Okay! Isnin depan awak mula bekerja sebagai driver Tuan Razin. Sementara itu, awak ambil ni, buat beli pakaian kerja baharu. Minta tolong Yana temankan. Dia tahu pakaian apa yang sesuai untuk awak. Kat dalam mall kita pun ada. Kalau nak beli tempat lain pun tak kisah." kata Daniel sambil menghulurkan satu sampul surat berwarna coklat.

Melopong lagi Izz Aydin disitu. Duit! Jarinya mengira secara kasar. Ada rm2000? Beli baju apa sampai rm2000 ni?!

"Kalau tak ada apa-apa, awak boleh balik sekarang. Rehatkan fizikal, mental awak tu. Lagi lima hari kita jumpa. Jadual kerja Tuan Razin saya akan hantarkan ke telefon awak. Jadi awak boleh kaji sikit ya."

"Baik. Terima kasih Encik Daniel. Saya pergi dulu."

Izz Aydin melangkah keluar dan menuju ke lif dan punat tingkat 1 ditekan. Kena rehatkan fizikal dan mental? Aku kerja driver je kot. Setakat jalan kat KL ni, aku hafal jugak sebab dulu pernah jadi rider foodpanda, ganti member bawak grab. Apa je kerja yang aku tak pernah buat demi sesuap nasi.

Dia berjalan menuju ke bilik rehat pekerja. Tangannya lekas menyimpan barang ke dalam beg sandang dan mengunci semula pintu loker.

"Izz, awak nak pergi mana ni? Kan waktu kerja masih lama? Sekarang baru pukul 11." soal Balqis dengan riak kehairanan yang baru masuk ke bilik pekerja itu.

"Izz Aydin. Daniel dah bagitahu saya pasal awak ditukarkan bekerja dibawah seliaan dia. Awak masih boleh guna loker tu untuk letakkan barang awak ya." beritahu Puan Zubaidah yang masuk bersama Balqis tadi. Balqis terpinga-pinga mendengar.

"Terima kasih puan. Saya pergi dulu. Balqis, nanti ada masa kita jumpa eh." Izz Aydin terus berlalu membimbit helmetnya sekali.

"Tuan Razin request dia jadi driver." kata Puan Zubaidah tanpa perlu ditanya.

"Ha? Jadi driver??" Balqis membulatkan matanya. Driver boss besar muka beku tu? Biar betul!? Semoga awak tabah Izz!

*******

Rafael mengeluarkan telefon bimbitnya dari kot dan mencari nama Izz Aydin. Kemudian dia menaip sesuatu di skrin sebelum dihantar kepada Izz Aydin. Hari ini dia tidak ke hotel kerana perlu menghadiri mesyuarat dengan syarikat pengiklanan berkenaan dengan iklan baharu untuk pusat membeli belah mereka.

-Hai Izz. Jangan lupa janji hari ni. Emote kenyitan mata diberikan. Sent!

Sementara menunggu balasan, Rafael mendengar idea-idea yang yang disampaikan oleh syarikat pengiklanan itu untuk projek mereka bersama. Sesekali tangannya menolak naik skrin telefon, menunggu balasan dari Izz Aydin. Dari 5 minit, hingga ke 20 minit menunggu masih tiada jawapan dan dia mula kelihatan gelisah. Takkan dia lari lagi. Nak mainkan aku ke ape ni.

Ting ting!

Jarinya laju membuka telefon dan bibirnya tersenyum.

-Saya tak lupa. Nanti jumpa kat luar terus. ?saya akan share location. Saya tak ada dihotel hari ni.

Baiklah! Baru semangat nak bekerja! Bibirnya tersenyum lebar.

"Tuan Rafael? Tuan dengar tak cadangan tadi?"

Rafael masih merenung telefon, tidak mendengar suara bertanya kepadanya.

"Tuan Rafael.! Mr Goh tanya tu, Tuan setuju ke tidak cadangan dia?" tegur suara perempuan disebelah Rafael pula. Tangannya menampar lembut bahu Rafael bagi menyedarkan lelaki itu dari lamunan.

"Haa? Apa dia Stacy?" Rafael tersedar dan menegakkan tubuhnya. Kelihatan Mr Goh dan tiga orang lagi dihadapannya ketawa kecil melihat gelagat Rafael tadi termasuk Stacy, pembantu Rafael.

"Sorry sorry. Boleh ulang semula?" pinta Rafael. Senyuman dibibir disembunyikan namun terlalu sukar.

"Macam ni, diaorang ni suggest kita guna muka lain untuk iklan yang seterusnya. Lagipun model yang sedia ada sekarang dah tamat kontrak dengan kita." terang Aimi sedikit lalu menghulurkan sebuah fail kepada Rafael.

"Mereka cadangkan jugak model baru yang kita ambil nanti dari kalangan orang biasa sebab muka-muka model yang lepas dah biasa dilihat dimana-mana papan iklan. Dan.. Dalam ni antara calon yang kita boleh pilih yang terdiri daripada instafamous, youtubers. Kiranya, kita juga melahirkan seorang model baru untuk pelancaran iklan baru kita nanti."

Rafael melihat Mr Goh yang sedang mengangkat keningnya. Seolah menanti jawapan. Rafael menyelak satu persatu gambar didalam fail tadi.

Hmm. Cantik! Semua cantik!

Fail ditutup semula selepas semua gambar diselak lalu diletakkan diatas meja.

"Semuanya cantik. I think Mr Goh and team boleh bantu saya pilih mana-mana yang sesuai. Dan.." Rafael berhenti sebelum menghabiskan ayatnya.

Dia mengambil semula fail tadi lalu dibuka. Jarinya laju menyelak helaian demi helaian dan berhenti. Matanya lekat melihat gambar itu dan bibirnya tersenyum nipis.

"It's okay. Saya pilih dia ni." Rafael mengeluarkan gambar seorang wanita yang dipilihnya dan diletakkan diatas meja.

"Are you sure?" tanya Aimi untuk kepastian.

Semua mata melihat tersenyum kemudiannya mengangguk setuju dengan pilihan Rafael.

"Baiklah. Nanti kita cuba usahakan." Mr Goh berkata dengan yakin.

******

Izz Aydin menyedut air milo ais yang dipesannya sebentar tadi. Jam tangan dilihat sekilas, pukul 8 malam. Semakin lama dia menunggu, semakin dia merasa gelisah. Jika difikirkan, ini adalah kali pertama dia keluar dengan lelaki atau lebih tepat teman lelaki? Ehh official ke jadi girlfriend? Izz Aydin tersengih sendiri.

"Izz.."

Izz Aydin menoleh ke tepi melihat susuk tegap Rafael menghampirinya.

Alahai... Macam mana aku tak cair tengok yang handsome begini! Sekeras kayu apa sekalipun aku, boleh jadi cair meleleh jugak dibuatnya..

"Raf.." sapa Izz Aydin. Rafael duduk dihadapan Izz Aydin. Lelaki itu tersenyum membalas sapaan Izz Aydin.

"Lama tunggu? Sorry lambat sikit. Masa on the way tadi ada accident. Nasib baik awak masih tunggu saya."

"Kalau saya tak tunggu, awak nak viralkan saya kat group ke?"

Rafael tergelak mendengar kata-kata Izz Aydin.

"Of course not. Saya tahu awak takkan memungkiri janji dan pasal viral tu saya cuma bergurau saja."

"Maaflah saya bawak awak jumpa kat sini. Mesti awak tak pernah makan tempat macam ni kan."

"No. No,it's okay. Boleh tukar-tukar selera. Asyik makan steak, chicken chop, bosan jugak kan."

Izz Aydin mengecilkan kelopak matanya kepada Rafael menyebabkan Rafael mengalihkan pandangan. Dia kemudiannya ketawa.

"Rileks. Kita just lepak-lepak je. Bukannya dating!"

"Eh, orderlah. Ni restoran kawan saya. Saya dengan Yana selalu makan kat sini. Kalau tak kena dengan selera awak, kita boleh tukar tempat lain. Lagipun tempat ni macam open sikit kan. Tak pasal-pasal keluar gosip esok, kata awak keluar dengan tomboy kat sini."

"Apa awak ingat saya ni memilih sangat ke? Cuma tolak batu kayu aje tau. Saya tak kisah la tempat macam ni. Gosip tu dah biasa. Cuma awak je lagi kena biasakan diri dengan gosip setiap kali dengan saya. Betul tak?"

Izz Aydin ketawa kecil. Dia begitu selesa bila dengan Rafael jika dibandingkan dengan Razin. Kenapa dua orang lelaki itu terlalu berbeza sedangkan mereka adik beradik.

Mereka berdua makan sambil berbual-bual. Sesekali kedengaran ketawa dibibir masing-masing apabila menceritakan perihal lucu yang mereka alami. Sekadar mengisi masa dan untuk mengeratkan hubungan yang cuba diwujudkan.

"Izz, next time kita keluar lagi boleh?" tanya Rafael sebaik mereka melangkah keluar dari restoran itu.

"Next time? Kena tengok dulu sebab lepas ni saya ada jadual kerja baru."

"Jadual baru?"

"Yeap. Tuan Razin nak saya jadi driver dia secara tetap, bukan part time lagi. Saya pun tak faham kenapa dengan dia tu. Dah lah setiap kali terserempak dengan dia, asyik nak menyakitkan hati saya je."

"Abang Zin memang macam tu. Dia serius sikit kalau pasal kerja."

"Jadi, kat rumah pulak?"

"Hmm sama je kot." Rafael ketawa diikuti Izz Aydin. Jadi memang sentiasa serius lah duda bossy tu!

"Saya pun pelik, kenapa lelaki macam dia perlu driver sedangkan dia boleh drive sendiri? Tak logik lah dia tak reti drive and tak ada lesen kan."

Rafael terdiam. Dia sendiri tidak tahu mahu menjawab apa. Dia cuma tersenyum untuk mematikan perbualan tadi.

"Nanti saya call awak ya. Hati-hati naik moto tu. Jangan merempit pulak." pesan Rafael.

Izz Aydin mengangguk lalu menyarungkan helmet dan berlalu pergi. Dia masih tidak puas hati melihat reaksi Rafael sebentar tadi. Dulu masa dia mengajukan soalan yang sama kepada Anne dan Daniel, mereka juga tidak menjawab soalannya. Dan Rafael pun sama.

Ada apa-apa yang orang lain tak tahu ke? Hmm try tanya Yana lah..

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience