Bab 33

Drama Completed 204768

Satu persatu wajah dihadapannya dipandang bersilih ganti. Walaupun didalam kepala sudah bermacam-macam soalan, bibirnya tetap juga mengukir senyuman manis.

"Jadi, ni lah Opah dengan atuk Izz ya. Lama dah sampai? Saya tak tahu Razin ada tetamu hari ni." Ujar Datin Maria ramah kepada kedua orang tua yang duduk dihadapannya. Raissa disebelah turut melemparkan senyuman.

"Tak lama pun. Sempatlah habiskan sepinggan nasi tadi." kata Opah Biah lalu ketawa kecil.

Datin Maria mengalihkan pandangan kepada Yana dan Shahril pula.

"Tunang Yana ni? Handsome. Sesuai dengan Yana. Bila majlis nikahnya? Maaflah tak dapat datang majlis pertunangan Yana. Sibuk sikit." Kata Datin Maria lagi. Bibirnya tidak lepas dari senyuman tadi.

"Takpa Datin. Majlis nikah hujung bulan depan. Nanti saya edarkan kad kahwin bila dekat nak majlis nanti ya." Kata Yana lalu tersenyum.

Kemudian anak matanya memandang Razin dan Izz Aydin yang duduk bersebelahan. Jari Izz Aydin yang sudah dibalut dilihat sekilas. Dia sempat melihat dua orang itu keluar dari bilik yang sama.

"Razin.. kenapa suruh mommy datang sini?" Soal Datin Maria. Terus bertukar intonasi suaranya kepada serius. Izz Aydin hanya menunduk pandangan, tidak berani melawan pandangan tajam Datin Maria saat itu.

Razin menarik nafas dalam sebelum memulakan bicara.

"Zin ada benda nak bagitau. Ingatkan daddy ikut sekali. Tapi mommy dengan Raissa je yang datang. Hmm Zin bagitau je lah."

Izz Aydin sudah terasa tidak sedap hati tika itu. Dadanya berdegup kencang mengalahkan gementar semasa pertama kali bertemu Datin Maria dulu.

Jangan-jangan..

Kepalanya terus ditoleh ke arah Razin yang duduk disebelah. Riak lelaki itu seakan sudah nekad ingin mengatakan sesuatu. Sesuatu yang ditakutinya!

Tangannya lekas memegang lengan lelaki itu sambil menggeleng kepala. Air matanya turut mula bergenang.

Please please..jangan jangan..tiada suara, cuma bibir sahaja bergerak menyampaikan kata-kata.

I'm sorry but i have to.. balas Razin lalu tersenyum kelat. Tangannya menggenggam erat jemari isterinya.

Datin Maria yang melihat semakin pelik akan kelakuan dua orang itu. Badannya diangkat dari sandar.

"Zin.."

"Mommy..Zin dah kahwin dengan Izz."

"Apa?!" Jerit Datin Maria.

Terus tumpah genangan air mata Izz Aydin sebaik kata itu meluncur dari bibir Razin. Kepala terus ditundukkan dan titik-titik jernih mula gugur ke tapak tangan.

"Zin bergurau apa ni?" Soal Datin Maria dengan nada yang sedikit tinggi. Sebelah tangannya menahan dada yang berombak menahan kejutan.

Raissa juga terkejut mendengar apa yang baru dikatakan oleh abangnya itu.

"Zin tak bergurau. Izz isteri Zin dan kami berkahwin sebab kena tangkap khalwat masa Zin dirumah Izz dulu."

Satu kenyataan berat itu singgah dipendengaran dan seakan ditimpa batu besar dikepala dan didada Datin Maria ketika itu. Badannya disandar ke belakang dengan mata yang terpejam. Luluh rasa hatinya mendengar anaknya berkahwin kerana ditangkap khalwat.

"Razin.. kenapa jadi macam ni.. Mommy tak ajar anak-anak mommy jadi pendosa macam ni. Mana mommy nak letak muka kalau orang tahu pasal ni." Lirih Datin Maria berkata lalu menangis. Seumur hidupnya tidak pernah keluarganya berkelakuan seperti itu. Sehinggalah ke hari ini, anak nya sendiri sudah menconteng arang dimukanya. Kecewa.. sangat kecewa hatinya tika itu.

Raissa mengurut lengan Datin Maria dan turut memujuk ibunya supaya bertenang. Dia juga sangat kecewa dengan abangnya tika itu. Sanggup membuat perkara terkutuk.

Yana dan Shahril yang menjadi penonton cuma diam menunduk pandangan. Tidak mencelah kerana perkara itu tidak melibatkan mereka.

Razin bingkas bangun lalu menghampiri Datin Maria yang masih menangis. Tangan Datin Maria diraih dan dikucup lama. Tebal sesalan dan rasa berdosa didalam hatinya.

"Razin minta maaf mommy tapi jujur Zin cakap, kami tak buat pun benda tu. Zin tak sentuh pun dia."

"Habis tu, kenapa kena kahwin? Tuduhan khalwat tu berat Zin. Takkan Zin setuju jugak kalau benda tu Zin tak buat."

Tok Adam dan Opah Biah saling berpandangan dengan satu keluhan yang berat. Opah Biah yang sudah tidak senang duduk lantas bangun dan duduk berdekatan Datin Maria.

"Kami minta maaf datin. Kalau kami tak desak anak datin supaya bernikah dengan cucu kami, mungkin datin tidak bersedih macam ni." Tutur Opah Biah perlahan. Hati tuanya juga turut tersentuh melihat tangisan si ibu.

"Tak. Ini salah budak-budak ni. Kalau dia orang jaga batas, jaga diri, semua ni tak akan jadi." Luah Datin Maria lagi dengan air mata.

"Zin tau kan Izz girfriend Raf. Apa akan jadi dengan Raf kalau dia tahu pasal ni? Zin ada fikir tak pasal tu." Sambung Datin Maria lagi. Esakkan halus mula kedengaran bila nama anak keduanya disebut. Baru beberapa hari lepas anak nya itu menyatakan hasrat mahu melamar kekasih hati. Alih-alih..

Razin mengangguk lemah. Izz Aydin pada saat itu sudah tidak tertahan rasa hatinya menangis. Sungguh terasa lemah berhadapan dengan situasi begini kerana telah mengecewakan orang yang disayangi.

"Kalau betul lah korang tak buat semua ni dan Zin tak pernah sentuh dia, ceraikan dia. Ceraikan Izz!" Tegas Datin Maria dengan mata yang merah.

Terpempan Razin mendengar permintaan Datin Maria itu. Tok Adam dan Opah Biah terus mengucap berkali-kali.

"Tak. Zin takkan ceraikan dia." Bidas Razin dengan tegas juga. Tidak semudah itu dia akan melepaskan isteri yang sudah bertakhta didalam hatinya.

"Kenapa Zin? Zin tak kesian ke dengan Raf? Sebelum dia tahu pasal ni, lebih baik Zin ceraikan Izz."

"Tak. Sampai bila-bila pun Zin takkan ceraikan Izz sebab Zin dah sayangkan Izz, Zin cintakan Izz. Kalau mommy nak Zin bahagia, cuma dengan Izz Zin akan rasa bahagia. Bukan dengan Melissa wanita pilihan daddy tu." keras Razin menuturkan bicara.

Terasa kali kedua batu besar menghempap dada. Apa dah jadi ni.. kenapa dengan wanita yang sama dicintai anak-anak aku..

Yana sudah tidak tertahan melihat tangisan Izz Aydin yang semakin melebat. Dia terus menghampiri dan mengusap bahu sahabatnya itu.

"Yanaa.. aku tak kuat. " lirih tangisan Izz Aydin lalu menyandar mukanya ke bahu Yana. Airmata dibiarkan gugur mengalir ke pipi.

Itu baru penerimaan Datin Maria. Belum lagi Rafael. Sudah tak terbayang kesedihannya nanti

Masing-masing terus diam. Cuma kedengaran esakkan halus dan dengusan bersilih ganti. Rasa bersalah itu terus-terusan menggunung sehingga merasakan tiada kemaafan yang layak untuknya.

Tok Adam, Opah Biah, Shahril dan Yana kemudiannya meminta diri untuk pulang memandangkan waktu sudah berganjak ke asar. Tinggallah Datin Maria bersama anak-anak dan menantunya itu.

"Izz.."panggil Datin Maria perlahan.

Bibirnya mengukir senyuman paksa dalam kesedihan. Langkah kakinya dibawa ke arah Izz Aydin yang termenung di kerusi balkoni.

"Mommy minta maaf kalau mommy terlalu ikutkan perasaan. Mommy tau korang tersepit masa tu dan mommy tak salahkan Izz."

"Cuma mommy rasa terkilan sebab Izz dan Zin dikahwinkan disebabkan hal macam tu. Macam yang mommy cakap dulu, mommy suka Izz tapi tak sangka Izz jadi isteri Razin, bukan Raf." Datin Maria memberhentikan bicara sebaik nama anak keduanya itu disebut. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan.

"Izz minta maaf. Memang Izz yang salah. Izz rasa berdosa sangat dah buat semua orang sedih dan terluka dengan merahsiakan perkara ni. Kalau datin nak bencikan Izz pun, Izz faham. Tapi tolong jangan bencikan Razin sebab dia sama-sama mangsa keadaan." luah Izz Aydin.

"Tak. Mommy tak bencikan Izz mahupun Razin. Benda dah jadi, kita nak buat apa. Mommy selalu doakan Zin jumpa jodoh yang diinginkannya dan tak sangka orangnya Izz."

Bahu Izz Aydin diusap perlahan.

"Soal Raf, nanti kita sama-sama fikirkan. Dia mesti kecewa kalau dapat tahu nanti tapi nak buat macam mana. Zin tak nak lepaskan Izz."

Datin Maria mengeluh halus lalu memandang wajah Razin yang kelihatan kusut. Dia melangkah perlahan mendapatkan anak sulungnya yang menunduk di kerusi sofa didalam rumah.

"Mungkin dah takdir dan jodoh Zin dengan Izz. Zin dengar baik-baik apa mommy nak cakap. Jaga Izz baik-baik. Sayang dia seikhlas hati kalau betul bahagia Zin ada pada dia. Jangan ulang kesilapan dulu."

Razin mengangguk perlahan lalu tersenyum kelat mendengar nasihat Datin Maria itu.

Giliran Raissa pula menghampiri Izz Aydin. Bibir milik gadis kecil molek itu sentiasa mengukir senyuman setiap kali dipandang.

"Kak Izz jangan nangis. Raissa tahu Abang Zin takkan sia-siakan Kak Izz. Raissa pun tahu sebesar mana cinta abang Raf pada Kak Izz tapi lagi besar cinta Abang Zin kalau Kak Izz beri dia peluang."

Izz Aydin cuma tersenyum. Matanya beralih memandang Razin yang masih terangguk-angguk berbual dengan Datin Maria. Sebaik mata mereka berdua bertaut, Izz Aydin terus melarikan pandangan.

"Erm.." Raissa tiba-tiba mendekat dan merapatkan bibirnya ke telinga Izz Aydin. Seakan mahu berbisik.

"Kalau pasal Kak Mel tu.. Kak Izz tak perlu risau sebab abang Zin memang tak suka dia. Daddy je yang selalu desak abang Zin layan dia tu. Mommy pun tak suka dia. Gedik." Kata Raissa lalu ketawa kecil.

Izz Aydin menggeleng kepala tersenyum melihat mimik muka ditunjukkan Raissa. Lansung tidak segan menunjuk mimik hodohnya.

***

Sedih dan pilu. Itu lah yang dirasakan Izz Aydin ketika itu. Sekejap-sekejap matanya melihat telefon dan nama Rafael tertera di skrin. Sudah seharian dia dan Rafael tidak berbual.

Berkali-kali juga dia cuba menghubungi lelaki itu tetapi tiada sahutan. Keluhan halus dilepaskan untuk kesekian kalinya. Dia kemudiannya duduk memeluk kedua kakinya dan dahi ditongkatkan ke lutut.

***

Razin duduk menyandar di kepala katil sambil meriba laptop yang memaparkan perjanjian sewa beli rumah baru yang baru diterimanya tadi. Berulang kali dia membaca di perenggan yang sama tetapi lansung tidak masuk kedalam otak. Seakan angin lalu tulisan yang dibacanya itu.

Tanpa berfikir lama, laptop ditutup dan diletakkan ketepi lalu bingkas bangun menuju keluar. Difikirannya saat itu hanya memikirkan Izz Aydin.

Perlahan tangannya mengetuk daun pintu bilik Izz Aydin sehingga wajah sembab wanita itu menjengah dipintu.

"Kau dah makan?" Soal Razin lembut.

"Belum. Tak ada selera lah. Kalau tuan nak makan, makan lah dulu. Nanti saya lapar, saya makan." Jawab Izz Aydin lemah lalu menutup daun pintu semula.

Razin lekas menahan dan menolak daun pintu itu supaya terbuka semula. Tangannya meraih tangan Izz Aydin lalu ditarik perlahan.

"Teman aku makan. Please.." bibir Razin mengukir senyuman.

Izz Aydin mengangguk perlahan lalu membuntuti Razin sehingga ke dapur.

Nasi dan lauk dicedok dan dicampur kedalam satu pinggan. Segelas air kosong turut diletakkan di atas meja.

"Bismillahirohmanirrohim.. aaaa..." sudu berisi makanan disuakan dihadapan Izz Aydin namun hanya dipandang sepi. Seakan waktu itu jasad dan roh tidak bersatu. Terbang jauh mengelamun entah kemana.

"Izz.." panggil Razin perlahan.

Terus Izz Aydin tersedar dari lamunan.

"Aa.. buka mulut. Makan sikit jadi la. Nanti masuk angin pulak perut tu. Last makan tengah hari tadi kan. Sekarang dah pukul 9.30 dah." Pujuk Razin. Sudu tadi masih disuakan ke mulut isterinya.

Izz Aydin tersenyum kelat mengambil sudu itu lalu disuap ke mulutnya sendiri. Razin tersenyum nipis.

"Tuan, esok saya nak cuti boleh?" Soal Izz Aydin sambil merenung air kosong di atas meja.

"Boleh. Nak cuti 2 3 hari pun boleh." Kata Razin lalu terus menyuakan lagi sudu berisi makanan. Izz Aydin tersenyum dan menyambut suapan itu.

"Aku minta maaf sebab tak bagitau kau pasal kedatangan mommy siang tadi. Aku rasa dah tiba masa aku bagi tahu dia orang pasal kita. Aku tak nak diaorang semakin terluka disebabkan kepentingan aku sendiri." Luah Razin perlahan. Dia rasa sangat bersalah lebih-lebih lagi selepas melihat Izz Aydin dan Datin Maria menangis siang tadi. Semakin sakit hatinya.

"Tak. Hal ni ada salah saya jugak sebab setuju rahsiakan. Jadi kita sama-sama salah." Kata Izz Aydin.

Dia diam sejenak sambil menarik nafas dalam,lalu dihembus kasar. Seolah melepas satu beban yang berat. Bibirnya terus mengoyak senyuman.

"Bak sini lah." Pinggan yang masih berisi makanan ditarik kehadapannya bersama sudu di pegangan Razin.

"Tuan suap lambat sangat. Biar saya makan sendiri. Saya lapar ni." Kata Izz Aydin lalu menyuap makanan ke dalam mulut.

Razin menggeleng kepala melihat gelagat Izz Aydin itu. Tadi sedih bagai nak rak, termenung sampai tak lalu makan. Sekarang ni terus lapar pulak.? Haihh Memang tak berubah lah..

"Yang ni saya punya kan. Tuan ambil makanan lain ya."

"Tak nak. Share lah dengan aku. Nasi banyak tu. Dapat ke kau habiskan. Gemuk nanti makan malam banyak sangat."

"Ahhh peduli apa gemuk. Saya tak kisah lah janji perut kenyang."

Razin tersenyum ralit memerhatikan Izz Aydin yang terus menerus menyuap makanan ke dalam mulut.

Sebelah tangannya menongkat dagu dan jemarinya turut bergerak berirama dipipi. Sedikit lega hatinya melihat wajah ceria wanita itu.

"I love you.."

Terus tersedak Izz Aydin mendengar ucapan tiba-tiba dari bibir Razin. Habis tersembur sisa nasi didalam mulut hinggap ke muka Razin dihadapannya.

Razin memejam mata sambil mengetap bibir menahan geram.

"Aaa sorry sorry.." kata Izz Aydin lalu mencapai tisu untuk mengelap muka Razin yang tersisa nasi di semburnya tadi. Bibirnya ketawa kecil melihat muka merah Razin menahan marah.

Haish! Nasib lah sayang. Kalau tak, bukan setakat pinggan, dengan kau sekali aku humban terjun keluar..

Razin bingkas bangun lalu mencuci mukanya disinki.

"Baru cakap i love you dah tersembur. Belum habis lagi ayat bersemut aku. Entah apa pulak yang jadi." Rungut Razin dihadapan sinki. Muka dicuci berkali-kali sehingga basah dileher bajunya.

"Alaa. Sorry lah. Tak sengaja. Tuan tu lah tiba-tiba cakap i love you. Mana tak melompat nasi tu keluar. Nasi pun terkejut tau." Seloroh Izz Aydin lalu tersengih.

"Banyak alasan kau. Cepat makan tu. Lepas tu tidur. Plaster kat jari dah tukar tak?"

Izz Aydin tersengih lagi.

"Belum lah tu. Letak je pinggan tu dalam sink, nanti aku cuci. Luka kena air lambat pulak nak kering."

"Baik bos!" Jawab Izz Aydin bersama sisa sengihannya tadi.

"Haish! basah pulak baju. Aku tukar baju dulu lah. Nanti kau ambil first aid dalam bilik aku." Arah Razin lalu berjalan menuju ke dalam bilik.

Dalam melangkah pergi, Razin terus menanggalkan bajunya yang basah tadi. Selamba sehingga terngaga Izz Aydin melihat susuk mengiurkan yang semakin jauh membelakanginya itu. Air liur ditelan.

Sengaja nak goda ke tu. Tau la aku tak pernah tengok.. Aahh Izz! Jangan cepat tergoda kau.! Aa panas-panass...rasa macam perempuan miang pulak..

Izz Aydin terus menyimpan pinggan tadi kedalam sinki sebelum berjalan menuju ke bilik Razin. Daun pintu diketuk perlahan sebelum mendengar suara menyuruhnya masuk.

Baru sahaja menolak daun pintu, terpacul Razin dihadapan pintu dengan keadaan tidak berbaju.

"Ee tuan..! Kenapa tak pakai baju lagi?!" Jerit Izz Aydin lalu memusingkan badan. Degupan jantungnya sudah tidak sekata. Panas membahang terus menyerbu disegenap wajah dan tubuhnya.

"Aku memang tidur tak pakai baju." Jawab Razin selamba. Bibirnya turut tersengih kerana berjaya mengusik isterinya.

"Biar aku ubat kan luka kau tu. Masuk sini." Kata Razin lalu memusingkan tubuh Izz Aydin.

Semakin lebar sengihannya melihat wanita itu memejam kedua matanya rapat.

"Aaa tak nak! Saya boleh buat sendiri. Bak sini ubat tu." Pinta Izz Aydin sambil memejamkan mata. Tidak sanggup melihat 'keindahan' yang terhidang dihadapannya itu.

"Bukak la mata tu dulu. Nak malu apa. Aku ni suami kau. Kalau perempuan lain tengok ni, mahu diterkam nya tau." kata Razin dengan ketawa kecil.

"Ahh tu perempuan lain. Saya lain." Bidas Izz Aydin.

"Betul tak nak buka mata?"

"Tak nak.."

"Jangan menyesal..."

Chup!

Satu ciuman ringkas singgah dibibir dan serta merta bulu roma nya merinding.

Apakahhh..

Kemudian terasa ditangannya diletakkan sesuatu sebelum bunyi daun pintu ditutup rapat. Perlahan matanya dibuka dan peti kecemasan sudah berada dalam pegangan.

Tangannya naik memegang bibirnya pula.

Aaa apa tadi tu..teriak hati Izz Aydin. Kaki dihentak-hentak ke lantai sambil menggigit bibirnya sendiri.

Klak!

Pintu itu terbuka semula dan memunculkan wajah Razin yang tersenyum memandangnya. Mata dikelipkan berkali-kali.

Tanpa perasan, kedua tangan Razin menarik lembut tubuhnya dan bibir lelaki itu terus memaut bibirnya perlahan.

Dan kali ini, kucupan itu tidak seringkas tadi. Cukup lama sehingga membuatkan Izz Aydin terbuai dan membiarkan satu rasa menusuk dalam terus ke hati.

Selepas seketika tautan dibibir dileraikan dan Razin tersenyum memandang wajah kaku milik isterinya.

"I love you.." ucap Razin dengan nada romantis. Kedua tangannya mengusap wajah Izz Aydin sehingga wanita itu tersedar lalu menolak tangan itu menjauh.

Terasa mahu gugur jantung Izz Aydin dihadapan lelaki itu dan bahang dimuka terasa semakin panas. Sesak seketika nafasnya.

Dengan pantas kaki dibawa melangkah pergi dari situ dan masuk ke dalam bilik lalu menyandar didaun pintu.

Tangannya naik memegang bibirnya sendiri dan tanpa sedar, bibirnya mengukir senyuman.

Tangannya memegang dadanya pula. Degupan jantung yang sudah sedikit tenang diraba dan diusap perlahan. Perasaan ini.. lain..

Bibirnya terus terusan mengukir senyuman..

Ending harini saja bagi tak suspen ;p jom follow ig m.a.z_np boleh borak2 ;) jangan lupa follow, rate and comment. tq! ;*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience