Bab 26

Drama Completed 204768

Opah Biah kelihatan sibuk didapur menyediakan juadah makan tengah hari sambil dibantu oleh Izz Aydin dan Yana. Kepala ikan masak asam pedas, ikan kembung goreng dan sambal ulam pucuk ubi akan menjadi santapan mereka tengah hari ini.

Air sirap bandung juga sudah siap dihidang diatas meja. Menanti masa sahaja untuk menjamu selera sebentar lagi.

"Dengar kata Yana nak bertunang hujung minggu ni. Betul?" Soal Opah Biah kepada Yana yang sedang duduk dikerusi.

"Ya opah. Nanti opah ajak lah atuk pergi majlis Yana tu. Majlis simple je." Jawab Yana.

"Shahril? Yana tak jemput sekali?" Soal Opah lagi. Izz Aydin cuma memandang Yana yang sudah berubah riak.

"Aa aa boleh jugak. Kalau dia nak datang lah." Jawab Yana dengan senyuman kelat.

"Nanti opah bagitau dia. Tunggu dia balik petang nanti lah. Sekarang masih mengajar budak-budak kelas tambahan kat sekolah." Kata Opah Biah lagi sambil menyembunyikan senyuman.

"Izz, panggil lah atuk dengan bos kamu tu makan sekali. Siapa nama dia tadi? Zain? Husin?" Sampai menggaru kepala Opah Biah cuba mengingati nama bos cucunya itu. Izz Aydin dan Yana sudah pecah ketawa mendengar nama disebut Opah Biah.

"Apa ke Husin pulak. Husin tu yang dalam cerita hantu Kak Limah. Husin.. Husin.." kata Izz Aydin sambil mengajuk dialog didalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah yang pernah popular satu ketika dulu. Opah turut ketawa melihat tingkah cucunya itu

"Yang ni.. Razin. Lagi seram dari hantu kak Limah ha.." Jawab Izz Aydin bersama sisa ketawanya.

"Hish, apa kamu ni. Didengar dek bos kamu tu, kena pecat nanti baru tahu."

Izz Aydin menekup mulutnya namun masih tersengih memandang Yana yang turut sama ketawa tadi. Dia terus berlalu ke ruang tamu dan muncul bersama Tok Adam dan Razin.

"Harap sudilah makan masakan Opah ni. Masakan kampung aje." Pelawa Opah Biah kepada Razin yang sudah duduk.

"Eh, kenapa pulak tak sudi. Saya makan semua. Tak memilih. Tolak batu kayu pasir je." Kata Razin penuh santun.

"Jadi, rumput tuan makan lah. Esok opah masakkan rumput untuk tuan. Tuan tak tolak rumput." Kata Izz Aydin dengan nada mengusik. Inilah peluang kenakan dia..

"Ish, kamu ni. Ada ke rumput nak diberi nya orang makan. Razin, jangan pedulikan Izz ni. dia memang suka mengusik."

"Dah, makan. Izz, jangan nak kacau orang aje. Nanti orang mengusik dia, muncung bukan main. Razin, jangan malu-malu, kalau malu, lapar nanti." kata Tok Adam pula lalu mencedok nasi ke dalam pinggan. Matanya sempat menjeling sekilas kepada cucunya itu.

"Terima kasih opah, atuk. Buat susah je nak melayan saya. Dah la datang tak bagitau." Kata Razin. Mata jugamenjeling kearah Izz Aydin yang tersengih selepas mengenakannya tadi. Mentang-mentanglah kat rumah opah dia.

"Apa pulak menyusahkan. Atuk tak kisah. Sekali sekala tetamu datang." Kata Tok Adam lalu tersenyum.

"Opah rasa macam pernah nampak kamu ni tapi ingat-ingat lupa. Betul tak atuknya?" Soal Opah Biah kepada Razin sambil memandang Tok Adam yang berselera meratah kepala ikan.

"Ha tu la yang saya kata kat dia tadi. Atuk pun ingat-ingat lupa. Maklumlah dah tua." Kata Tok Adam.

Razin cuma tersenyum nipis sambil menguis-nguis sisa nasi didalam pinggan.

"Siapa je tak kenal Tuan Razin ni opah. Bussiness man berjaya. Tunang model terkenal lagi. Kat mana-mana je ada muka tuan ni." Kata Yana pula yang sudah selesai makannya.

"Oh, haah kan. Yang semalam masuk tv tu kamulah kan. Dalam tv nampak handsome, depan-depan lagi handsome. Untung siapa jadi isteri." Kata Opah Biah lalu tersenyum.

Razin turut tersenyum mendengar pujian Opah Biah itu.

"Habis tu, Izz tak nampak cantik ke dalam tv semalam? Buat penat je senyum kat depan kamera. Sampai kebas muka."celah Izz Aydin.

"Mesti lah cucu opah cantik. Dah pandai bercinta sekarang ya. Bukan main dia sekarang. Taste dia sama handsome macam Razin ni ha." Seloroh Opah Biah lalu ketawa kecil.

Izz Aydin cuma tersengih menayang gigi.

Sampai sahaja mereka dirumah Opah Biah tadi, dia terus di tanya tentang gosip semalam. Hebat jugak orang tua zaman sekarang. Semua gosip terkini cepat diketahui. Zaman dihujung jari katakan.

Tidak lama kemudian telefonnya menerima panggilan dari Rafael dan dia terus mencuci tangan untuk menjawab panggilan itu.

"Hello Raf. Awak dah sampai KL dah?" Soal Izz Aydin sebaik punggungnya mencecah dibangku beranda.

"Dah. Baru sampai. Nak tukar baju dulu. Lepas ni terus pergi meeting."

"Mesti awak penat kan. Awal pagi dah kena gerak balik KL sambung kerja."

"Penat sikit je. Lepas dengar suara awak ni terus hilang penat saya. I miss you already. Tak sabar nak jumpa bila awak balik KL nanti."

Tersenyum mekar bibir Izz Aydin mendengar aduan manja Rafael itu.

"Sorry tau saya tak dapat temankan awak balik kampung. Kirim salam kat opah atuk awak ye." Kata Rafael dihujung talian.

"Ya. Awak tu, kerja-kerja jugak, jangan lupa makan and jangan layan si Balqis tu. Kalau tak, dua-dua saya cincang bagi buaya makan."

Meletus ketawa Rafael dihujung talian mendengar ugutan Izz Aydin.

"Yes, mem! Okaylah, saya nak tukar baju dulu. Nanti habis kerja saya call awak ya. Bye sayang. I love you."

"Okay, bye. I love you too." Sebaik masing-masing mengucapkan kata cinta, talian terus ditamatkan. Bibirnya tidak putus mengukir senyuman. Kejadian semalam yang begitu indah tidak mungkin akan dilupakannya.

Izz Aydin duduk sebentar diberanda mengambil angin sebelum mendengar Tok Adam sedang berbual dengan Razin.

"Kalau Razin nak rehat, boleh pakai bilik ni. Harap selesa lah ya. Biasalah rumah atuk ni rumah kampung. Siang memang panas sikit. Malam nanti baru sejuk." Kata Tok Adam kepada Razin selepas selesai makan tengah hari. Razin mengangguk seraya tersenyum.

Setakat ini dia cukup selesa berada dirumah Tok Adam dan Opah Biah. Dengan layanan mesra kedua orang tua itu sedikit sebanyak menyenangkan hatinya walaupun didalam hati sedikit geram dengan cucu mereka yang semakin galak mengenakannya.

Izz Aydin yang baru selesai berbual dengan Rafael terus mendapatkan mereka berdua yang masih berdiri dihadapan pintu bilik.

"Izz, tolong tunjukkan arah kiblat dengan bos kamu ni. Atuk nak ke rumah Penghulu Jalil, ada janji dengan Tok Imam sekali. Nak bincang pasal program masjid hujung minggu ni." Ujar Tok Adam. Dia terus berlalu menuju ke bilik untuk mengambil kunci motosikalnya.

Izz Aydin hanya menuruti. Dia masuk ke dalam dan membetulkan sejadah mengikut arah kiblat. Ekor matanya dari tadi menjeling ke arah Razin yang berdiri dimuka pintu bilik.

"Kau jeling-jeling aku dari tadi kenapa? Ada nak cakap, cakap je lah." Soal Razin apabila perasan dirinya menjadi perhatian wanita itu.

Tanpa menunggu lama, Izz Aydin terus menjawab.

"Tak da apa-apa. Cuma saya pelik. Sebelum ni saya tak pernah nampak tuan solat."

Tiba-tiba Razin tertawa mendengar apa yang dikatakan oleh Izz Aydin itu. Kemudian ketawanya berhenti mendadak dan mempamerkan muka serius.

"Takkan aku nak letak sejadah solat depan kau, nanti kata aku riak pulak. Apa jenis soalan kau bagi kat aku ni."

Izz Aydin tersengih-sengih bagi menutup malu kerana bertanya soalan seperti itu. Dia terus mengatur langkah keluar dari bilik itu tetapi langkahnya berhenti didepan Razin.

"Sorry. Jangan marah aa. Nanti cepat tua. Dah tak handsome." Bibirnya masih tersengih dan berlalu meninggalkan Razin.

Sebaik bayangan Izz Aydin hilang, Razin terus mengukir tawa kecil. Terasa lucu melihat riak cemas wanita itu.

***

Suasana dikampung pada petang itu sungguh mendamaikan dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Izz Aydin dan Yana yang duduk dipangkin kelihatan gembira mengambil gambar sambil menikmati pemandangan. Tiba-tiba mereka didatangi Razin yang sedang mengipas mukanya sendiri. Kelihatan sedikit merah dimuka lelaki itu.

"Panas ke tu. Yana dah cakap dah kampung saya ni panas. Tak ada air cond. Sekarang macam kulit udang bakar dah muka tuan tu." Kata Izz Aydin sambil ketawa kecil.

"Alah belum biasa lagi. Esok-esok okay lah." Kata Razin. Semakin ligat tangannya melibas baju dibadannya pula. Berharap angin buatannya itu membantu menyejukkan badan yang sudah mengeluarkan peluh.

"Kenapa tuan tak duduk hotel je. Kan senang, selesa lagi. Esok Daniel dah jemput tuan balik kan. Bagilah chance dekat kami ni nak rilek dikampung pulak." Kata Yana pula dengan nada santai. Seolah berbual dengan rakan rapat.

"Kenapa? Tak suka aku kat sini ke? Apa salahnya aku nak merasa suasana kampung macam ni. Opah atuk tak kata apa pun. Yang korang pulak lebih-lebih kenapa." Riak wajah Razin terus bertukar serius. Seakan marah pun ada kerana diusik dari tadi.

Izz Aydin dan Yana terus menutup mulut rapat dan mematikan ketawa. Takut juga kena marah kerana tidak menjaga pertuturan sehingga berani mengusik lelaki itu. Kedua mereka kaget lagi-lagi melihat wajah lelaki itu membahang kemerahan.

"Err Izz, aku nak masuk dalam lah. Nak tengok opah buat kuih melaka. Mana tau boleh belajar, buat untuk bakal suami ke nanti. Tak lah semua aku tak tahu kan. Er aku masuk dulu." Yana laju melangkah meninggalkan Razin dan Izz Aydin disitu. Sengaja mahu melarikan diri dari Razin yang sudah beku mukanya.

Razin dan Izz Aydin berjeda sambil memandang jauh ke tengah gunung berdekatan. Sesekali ekor mata Razin mencuri pandang Izz Aydin yang leka melayani perasaan sendiri. Dari marah terus reda hatinya melihat wajah tenang dihadapannya itu walaupun sebentar tadi menerima amarah darinya.

"Kau dah lama tinggal dengan opah dan atuk?" Soal Razin memecah kesunyian. Dia turut duduk dipangkin dengan jarak jauh sedikit dari Izz Aydin.

"Lama jugak. Hmm dari masa umur 13 tahun. Lepas arwah mak meninggal."

"Ayah tiri kau?"

"Macam mana tuan tau saya ada ayah tiri? Dalam borang kerja, saya tak ada letak info pasal ahli keluarga lain selain opah dan atuk." soal Izz Aydin pula. Pandangan anak matanya terus terarah kepada Razin.

"Aku teka je." Kata Razin cuba menyembunyikan sesuatu

"Emm Kau dengan Raf serius ke?" Soal Razin lagi. Dadanya dikala itu berdetak kuat, berdebar-debar saat menanyakan soalan sebegitu kepada Izz Aydin. Lagi mendebarkan menunggu jawapan dari bibir wanita itu.

"Kenapa tuan nak tau?" Soal Izz Aydin dengan kerutan didahi. Mula hairan dengan soalan pelik yang keluar dari bibir lelaki dihadapannya itu.

"Saja. Raf tu adik aku. Aku kenal sangat perangai playboy dia."

"Itu dulu. Sekarang tak lagi."

"Apa yang buat kau yakin sangat yang dia dah berubah? Kau tak tahu berapa ramai girlfriend dia ada dulu. Semua nya tak setanding jika dibandingkan dengan kau."

"Sebab saya lebih istimewa jika dibandingkan bekas girlfriend dia dulu?" Berubah sedikit riak wajah Razin ketika itu. Air liur ditelan terasa kesat melalui kerongkong. Ya! Kau memang lain daripada yang lain.

"Saya boleh nampak keikhlasan dia. Dia tak putus asa pujuk saya. Cukup sekadar kesungguhan dan keikhlasan, tak semestinya dengan harta benda baru nak sejuk hati. Dia terima kekurangan saya, terima saya seadanya. Dia kenalkan saya dengan keluarga awak yang mana mommy awak kata saya wanita pertama yang Raf kenalkan. Tak begitu?"

Dalam kepahitan mendengar, Razin turut mengangguk mengiyakan kata-kata Izz Aydin itu. Bibirnya tersenyum kelat.

"Kalau nak fikir pasal girlfriend dia yang dulu-dulu tu, mereka semua masa silam dia dan saya tak kan menilai masa silam dia cuma untuk dibandingkan dengan masa depannya. Masa silam itu kan seeloknya ditinggalkan dibelakang. Kenapa perlu dibawa kehadapan andai tiada kebaikkan didalam nya." Kata Izz Aydin tenang.

"Walaupun Raf tu playboy, kalau dia jumpa seseorang yang boleh menjentik hati lelakinya, dia akan jadi orang yang paling setia malah akan jadi lelaki yang terbaik untuk wanitanya." Tambahnya lagi.

"Dan kau dah maafkan dia?" Soal Razin yang masih tidak puas hati.

"Ya. Saya maafkan sebab saya sayangkan dia. Cintakan dia dan dia cinta pertama saya. Takkan semudah tu saya nak lupakan dia."

Ya! Cinta pertama. Sama seperti cintanya kepada Humaira yang terpaksa dikubur atas kesalahan dirinya. Walaupun sudah bertahan berlalu namun rasa sayang dan cinta itu masih ada.

Razin terus mengunci kata saat itu. Sedikit terusik mendengar pengakuan Izz Aydin itu tapi kenapa perlu aku berasa begitu? Bukankah dia yang aku dendamkan selama ni. Atau apa benar aku sudah mula mengambil berat tentangnya sekaligus aku mula suka? Kenapa sesalan selalu datang lambat. Sekarang semua orang tahu Izz Aydin adalah teman wanita Rafael, adiknya sendiri.

Keluhan berat dilepaskan seolah melepas beban yang berat.

"Okaylah. Aku masuk dalam dulu. Nak mandi." Razin berlalu dengan langkah besarnya lalu ke dalam bilik yang disediakan untuknya.

Tangannya menyelongkar beg pakaian lalu mengeluarkan tuala berwarna putih dan menuju ke dalam bilik mandi. Dilihat opah dan Yana masih berada didapur. Sedang menyimpan kuih melaka yang sudah diuli kelapa parut kedalam bekas makanan.

Dia terus melangkah menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

***

Shahril meletakkan beberapa beg plastik barangan yang dibelinya di kerusi belakang. Ditangannya juga ada sebungkus dim sum kegemaran Izz Aydin yang dibelinya tadi untuk dibawa pulang. Pasti Izz Aydin akan suka dan dia juga ada sesuatu yang mahu disampaikan kepada adik sepupunya itu.

Lantas kakinya menekal pedal minyak selepas menurunkan brek. Keretanya mula bergerak dengan laju memandangkan cuaca sudah berubah rupa dan perutnya juga terasa memulas sakit ingin membuang.

*****

Izz Aydin melangkah perlahan menuju ke tempat jemuran. Niatnya mahu mengambil kain jemuran opahnya yang masih tersidai disitu memandangkan cuaca seperti mahu hujan berserta angin yang membawa awan hitam bersama. Guruh juga turut kedengaran.

Kepalanya dijengul, cuba mengintai samseng kampung yang pernah mengejarnya satu ketika dulu.

Walaupun Opah Biah sudah memberitahu yang kesemua angsa sudah di letak didalam sangkar, hatinya masih terasa takut membayangkan samseng itu.

Dengan langkah perlahan dia menarik jemuran lalu disangkutkan ke bahu satu persatu. Selesai kerjanya, dia berpusing ke belakang ingin masuk ke dalam rumah tetapi anak matanya terus melekat melihat seekor angsa yang berdiri betul-betul dibelakangnya tadi.

Air liur ditelan terasa tajam menuruni kerongkong. Mereka saling berpandangan dan Izz Aydin terus kaku disitu.

Dengan sisa keberanian yang ada, dia mula berlari, laju sambil berteriak memanggil opah Biah agar menyelamatkannya. Semakin laju lariannya, semakin laju juga angsa itu mengejar. Habis berterabur semua baju yang baru diambilnya tadi.

Dengan sisa tenaga yang ada, Izz Aydin terus menerjah masuk kedalam rumah namun kakinya pula tersadung dikerusi dapur sebelum melanggar seseorang yang baru keluar dari bilik mandi. Maka jatuh berjemaah lah kedua mereka disitu.

Izz Aydin mengaduh kesakitan apabila terasa ngilu pada lutut dan ibu jari kakinya. Dadanya pula masih berombak kuat dek ketakutan dikejar angsa belaan opahnya sebentar tadi. Mujur sahaja tidak dikejar sehingga kedalam rumah.

Perlahan dia cuba bangun, menongkat badannya dan pergerakkannya terhenti apabila sentuhan tangannya memegang sesuatu yang, sejuk keras tetapi lembut. Macam..

Pamm!!

Satu pancaran kilat yang kuat menggegarkan bumi dan Izz Aydin terkejut terus menekup mukanya kebawah. Dia memang takut cuaca sebegitu. Nak hujan lebat mana pun tak apa. Asalkan jangan ada kilat dan guruh. Jika ada, pasti dia akan menggigil ketakutan.

"Assalamu.."

"Astaghfirullahalazim!!!" Apa kamu berdua buat tu?!" jerit satu suara dimuka pintu.

Terus Izz Aydin menoleh. Kelihatan Penghulu Jalil, Tok Iman Ali dan juga Tok Adam yang sedang mencekak pinggang. Mukanya kelihatan merah seakan marahkan sesuatu.

Sekilas itu, Izz Aydin mengalihkan pandangan kehadapan pula apabila merasa sesuatu ditangannya bergerak.

Bagai mahu luruh jantungnya melihat seseorang yang tidak berbaju sedang menggosok kepala akibat terjatuh dilanggarnya tadi.

Pamm!!

Sekali lagi pancaran kilat dan guruh kuat bergema namun tidak sedikit pun mengejutkan dirinya kerana apa yang berapa dihadapannya itu lebih mengejutkan dan menakutkan!

samseng kampung buat hal...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience