Bab 13

Drama Completed 204829

"Izz, are you okay? Termenung je dari tadi. Makan pun sikit je. Tak sedap ke makanan tadi?" Tanya Rafael. Melihat perubahan mendadak Izz Aydin itu sedikit sebanyak membuatkannya tertanya-tanya.

"Saya okay. Nanti awak berhenti jauh sikit. Saya tak nak Yana tengok awak hantar saya."

Rafael mengangguk perlahan. Kenapa tiba-tiba macam moody ni? Ada buat salah ke? Tak kot..ke period? Selalu perempuan period kan cepat berubah mood..

*******

Izz Aydin masih mempunyai masa sehari membuat persiapan untuk bekerja esok hari. Jadual yang diterimanya 2 hari lalu juga sudah difahaminya dengan bantuan Yana dan Daniel.

Tiba-tiba telefonnya menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali namun dia menjawab juga.

"Lambatnya jawab call. Tidur lagi ke." Sergah suara ditalian.

Ehh tak ada angin takda ribut, main sergah-sergah ni siapa pulak?

"Oii siapa ni? Sedap mulut je. Kalau aku masih tidur kenapa? Tak kacau orang punnn!" Teriak Izz Aydin membalas sergahan tadi.

Telinganya dapat menangkap ketawa kecil dihujung talian. Seakan dikenalinya ketawa itu. Oh ssh..! Tangannya lekas mematikan panggilan. Dan sekali lagi nombor yang sama menghubunginya. Kali ini dia mengawal suara sebelum menyambut.

"Hello.. nak apa?" Tutur Izz Aydin lembut.

"Kau kat mana?"

"Rumahlah. Kat mana lagi?"

"Ambil aku kat kondo aku sekarang. Aku nak keluar."

"Bukan esok ke saya mulakan kerja?"

"Harini kira training dulu. Cepat! Aku bagi masa 10 minit untuk kau sampai kat bawah. Kalau tak, aku potong gaji kau." Belum sempat Izz Aydin berkata apa-apa, talian terus dimatikan.

Aish!! Tak guna! Baru nak bersenang-senang dah kena kerah. Oo jadi ni nombor dia. Aku save jap.. "Duda Bossy!." Haaa save!

Izz Aydin terus menukar pakaiannya kemudian berlari menuju ke tingkat bawah dan berlari keluar. Helmet disarung ke atas kepala dan terus memecut motosikalnya.

Yana didapur terpinga-pinga melihat Izz Aydin yang kelihatan kelam kabut keluar tanpa berkata apa-apa kepadanya. Sudahlah dia masak sarapan pagi untuk sahabatnya itu sekali, alih-alih dia keluar pulak. Siapa nak habiskan.. itu manjadi persoalan tika itu.

*****

Razin menunggu sambil menghirup kopi panas didalam cawan. Jam didinding dilihat. Pukul 9.35 pagi. Masih ada 3 minit masa yang diberikan kepada Izz Aydin untuk sampai ke kondominiumnya.

Tidak lama kemudian, dia menerima pesanan dari Izz Aydin mengatakan dia sudah sampai dibawah. Bibir merahnya mengukir senyuman. Bagus. Pantas juga tomboy ni datang. Tak sia-sia aku upah dia. 20 markah untuk ujian pertama!

Razin berjalan penuh gaya, berseluar jeans biru muda, t-shirt hitam jenama Hugo dan bercermin mata hitam menghampiri Izz Aydin yang menunggu disebelah keretanya. Cermin mata hitam dibuka dan diselitkan di kolar baju lalu menyerahkan kunci kereta.

"Kita pakai kereta tu. Kita pergi jauh sikit hari ni." Kata Razin sambil menunjukkan kereta jenama bmw X6 berwarna hitam. Izz Aydin terus membuka dan menghidupkan enjen kereta. Seperti biasa dia akan mempersiapkan diri sebelum memulakan perjalanan. Bibirnya tersenyum melihat Razin sudah duduk memakai tali pinggang keledar dibelakang.

"Tuan nak kemana?"

"Aku nak makan Nasi Lemak Senawang."

"Ha? Yang kat Seremban tu?"

"Ye lah. Cepat. Nanti lambat pulak sampai."

Izz Aydin terus memulakan perjalanan selepas menetapkan laluan di gps. Sesekali bibirnya menyanyi kecil, cukup untuk didengarinya sahaja. Dia sudah sedia maklum oleh Daniel bahawa Razin tidak suka mendengar muzik didalam kereta. Jadi, radio didalam kereta cuma dibuka jika disuruh Razin sahaja.

Razin cuma memerhati diluar sambil menilai kecekapan driver barunya itu. Nampaknya Izz Aydin memang seorang pemandu yang berhemah, tidak memandu secara berbahaya, mengikut peraturan dan dia juga selesa berada di kerusi penumpang tanpa perlu sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling.

Selepas memandu hampir 1 jam dengan menghadap kesesakan pada hujung minggu, mereka tiba ke destinasi. Izz Aydin keluar dari kereta dan meliuk-liuk badannya.

"Jom ikut aku." Kata Razin lalu berjalan terus tanpa menunggu. Terkocoh-kocoh Izz Aydin membuntuti Razin menuju ke restoran itu.

Mereka berdua duduk ditempat yang agak jauh dari orang lain kerana pada masa itu agak lenggang. Mungkin ada pelanggan yang sudah awal bersarapan disitu. Lagipun Razin bukan sejenis yang suka menjadi tumpuan orang luar sekiranya dia berada diluar berhujung minggu.

"Kau pernah makan kat sini?" Tanya Razin sambil melihat menu dihadapannya.

"Pernah sekali. Dulu la dengan Yana."

"Kau order lah. Aku belanja."

Aik, baik sungguh dia hari ni. Ada makna ke? Order je lah. Aku lapar jugak ni, tak sempat breakfast tadi.

"Lepas ni tuan nak kemana pula? Balik?"

Razin menggoyangkan jari telunjuknya kepada Izz Aydin.

"Kita pergi Haji Sharif cendol. Rugi datang sini kalau tak singgah."

Lahh. Lepas makan ni, dapat lagi nak makan cendol? Kuat makan jugak orang tua ni. Tapii tak gemuk punn.. Ikut saja lah.. Jangan banyak tanya Izz!

*****

Razin menyandarkan tubuhnya selepas kekenyangan menikmati makanan yang diingininya itu. Nasib baik Izz Aydin mahu membawanya walaupun sepatutnya esok baru wanita itu memulakan kerja.

Nak harapkan Melissa menemaninya, jangan mimpilah. Ada-ada saja alasan. Penat lah, malas lah. Kadang-kasang masih tidur jika dia tidak mempunyai jadual hujung minggu.

Izz Aydin pula tidak mahu makan terlalu banyak kerana dia harus memandu pulang untuk mengelak dari merasa mengantuk.

Kring! kring!

Telefon bimbit Razin memecah kesunyian.

"Hello Daniel.."

"Apa? Bila? Kejap lagi aku datang."

"Izz, kita singgah hotel dulu. Ada emergency. Cepat sikit." Arah Razin. Riaknya sungguh serius ketika itu.

Izz Aydin menekan minyak menggerakkan kereta lebih laju membelah lebuhraya yang sedikit lenggang dan tidak sampai 40 minit, mereka sampai ke Hotel Imperial dengan selamat. Razin sedikit cuak ketika itu tetapi memikirkan masalah yang baru didengarnya tadi, dia tabahkan saja jantung yang berdetak kuat.

"Tuan, saya tunggu dibilik pekerja ya. Nanti Tuan call je saya lepas selesai."

"Okay." Razin terus berlalu bersama Daniel dan beberapa orang pekerja lain yang sudah menunggu mereka sampai tadi.

Izz Aydin memakir kereta diruang parking VIP dihadapan hotel itu sebelum melangkah pergi. Dari jauh dia melihat kelibat Balqis sedang menolak troli barangan. Mungkin baru lepas mengemas bilik dihotel itu.

"Balqis.." Izz Aydin mempercepatkan langkahnya kearah rakan sekerjanya itu.

"Awak sibuk ke? Saya ada benda nak tanya awak ni."

"Tak. Awak nak tanya apa?"

Izz Aydin mengeluar telefon bimbit dari kocek seluar jeans nya. "Pasal gambar ni. Mana awak dapat?"

"Ohh. Gambar tu. Ada merata je dalam internet. Awak tak tau ke?"

Izz Aydin menggeleng laju. Dia mula terfikir kenapa dia tidak cuba mencari sendiri di internet maklumat tentang gambar itu.

"Kenapa Izz? Awak kenal perempuan dalam gambar dengan Tuan Rafael tu?"

"Tak kenal. Girlfriend dia kot." Jawab Izz Aydin acuh tak acuh.

"Girlfriend Tuan Rafael bukan awak ke?"

"Haaa..? Mana adaa. Bila masa pulak saya jadi girlfriend dia. Mengarutlah."

"Dia sendiri cakap hari tu. Ke sana ke sini dia cari awak kat hotel ni. Macam kucing hilang anak lagaknya." kata Balqis tersengih sambil mencucuk-cucuk pinggang Izz Aydin.

Biar betul? Nanti awak Raf! Saya piat-piat awak macam semut. Ikut suka dia je claim aku girlfriend dia ya..

"Izz.."

Izz Aydin menoleh ke arah suara memanggilnya. Rafael? Bukan selalu ahad dia tak masuk kerja ke? Rafael mendekat lalu berdiri dihadapan Izz Aydin. Balqis dijeling sekilas, cuba mengisyaratkan agar gadis itu beredar. Balqis seakan faham terus berlalu meninggalkan mereka berdua.

"Awak buat apa buat sini? Bukan awak tak masuk kerja ke hari ahad?"

"Tadi Daniel call ada masalah sikit. Sebab tu saya datang. Awak buat apa kat sini?"

"Saya hantarkan Tuan Razin lah. Dia pun kata ada emergency kat sini. Ada masalah apa sebenarnya?"

"Daniel kata ada customer complained VIP suite dia pakai tu berbau bangkai. Dah puas cari punca, tak jumpa jugak. Customer tu VIP member kat sini. Kawan Razin dari Singapore."

"Ohh. Macam tu. Awak pergi lah sana. Nanti dia orang tunggu awak pulak."

"Okay. Nanti tunggu saya kejap boleh tak? Ada benda nak bagi tau."

"Tak boleh janji sebab saya ikut arahan Tuan Razin." Izz Aydin tersenyum kelat.

Rafael mengangguk lemah lalu berjalan menuju ke lif. Izz Aydin yang sudah berjalan membelakanginya dilihat lama. Dia tahu apa yang menyebabkan wanita dihadapannya itu seakan menjauhi diri. Dan dia harus menjelaskan situasi sebenar sebelum wanita itu mula berfikir yang bukan-bukan.

Izz Aydin duduk sebentar di lobi sementara membiarkan lif membawa Rafael naik ke atas. Dia tidak mahu bersama lelaki itu didalam satu lif selepas melihat gambar mesra Rafael bersama seorang gadis didalam sebuah hotel. Hatinya terasa sakit namun itulah risiko yang harus dihadapinya jika sesuatu yang melibatkan hati.

Dia membuang pandangan ke luar hotel. Kelihatan beberapa orang pelanggan keluar masuk saat itu dan tanpa sengaja matanya menangkap seseorang sedang melambai-lambai tangan ke arahnya di luar.

Izz Aydin segera bangun dari duduk dan keluar mengekori sehingga ke satu kawasan yang agak tersorok.

"Kenapa kau datang sini? Ini tempat kerja aku lah." Kata Izz Aydin dengan nada geram. Wajah bengis Johan ketika itu tidak ditakutinya.

"Kau kemana dua hari lepas? Aku call kau tak jawab. Kau nak lari ke ha?!" Teriak Johan lalu menolak Izz Aydin ke tepi dinding.

"Mana ada aku lari. Aku balik kampunglah. Aku tak tahu tu nombor kau. Siapa suruh tukar-tukar nombor." Jawab Izz Aydin berani.

Izz Aydin cuba menegakkan semula tubuhnya namun Johan mengunci pergerakannya dengan menolak tubuh Izz Aydin menghadap dinding dan tangan kirinya dibelit kebelakang. Izz Aydin mengerang kesakitan diperlakukan begitu. Matanya juga merah menahan sakit.

"Lepaskan aku! Lepaslahh!!" Teriakkan Izz Aydin tidak sedikitpun dipedulikan oleh Johan yang diamuk kemarahan.

"Bayar duit aku!!"

"Aku belum ada duit. Kau sabarlah.! Aku tak lari kemana-mana. Duit aku semua dah habis untuk rawatan abah aku. Untuk adik aku. Bagi aku masa sampai hujung bulan ni. Aku janji aku bayar."

Johan ketawa kasar sambil sebelah tangannya menarik rambut Izz Aydin pula.

"Kau dengar sini. Jangan ingat sebab kau perempuan aku nak berlembut tau. Aku rasa, kau dah tak perlu tanggung bapak tiri kau yang dah cacat tu sebab dia jugak yang dah buat kau jadi macam ni."

Izz Aydin cuba meleraikan pegangan Johan namun tidak berdaya. Airmatanya mula mengalir perlahan dek kesakitan yang mula menjalar dibadannya.

"Oii!! Korang buat apa tu??! Lepaskan dia!" Teriak seorang lelaki. Johan ketawa sebelum melepaskan genggaman dan sempat menghentak kepala Izz Aydin ke dinding menyebabkan pandangan Izz Aydin berbinar.

"Lepaskan dia! Kalau tak aku call polis!" Teriak lelaki itu lagi lalu berlari mendekati mereka.

Johan dan rakannya segera masuk kedalam kereta dan memecut berlalu pergi. Izz Aydin terduduk menahan kepalanya yang terasa sakit. Air mata yang mengalir diseka dengan hujung baju.

"Ya Allah Izz. Awak okay tak? Siapa dia orang tu? Kenapa buat awak macam ni?" Daniel bersama seorang pengawal keselamatan membantu Izz Aydin untuk bangun namun ditepis perlahan oleh gadis itu.

"Saya tak apa-apa. Encik jangan risau." Izz Aydin membetulkan rambut dan bajunya. Luka didahi turut dilap dengan baju. Nasib luka sedikit sahaja.

Daniel mendengus kasar. Nasib baik pengawal keselamatan tadi cepat memberitahunya apabila ternampak seseorang yang mencurigakan dihadapan hotel mereka dan dia lekas turun.

Izz Aydin berjalan perlahan tidak mempedulikan renungan Daniel dan pengawal tadi. Tangannya menggosok pergelangan tangan yang terasa sakit akibat cengkaman kuat Johan tadi. Luka didahi disentuh, terasa pedih. Dia berjalan menunduk kepala, menahan genangan air mata yang tumpah perlahan sehingga tidak sedar dia terlanggar seseorang.

"Maaf. Saya tak sengaja." Izz Aydin melintasi sahaja susuk itu tanpa mengangkat kepala. Jarinya menyeka air mata tadi. Kakinya laju berlari masuk ke tandas dan mengunci dirinya disitu. Hampir 20 minit dia berkurung dan kemudian keluar selepas merasa lebih tenang.

Dahinya yang luka dicuci dengan air. Pipinya juga sedikit kemerahan akibat ditekan ke dinding tadi. Selepas menyegarkan wajahnya, Izz Aydin mengorak langkah keluar menuju ke lobi. Kelihatan Razin dan Daniel sudah menunggunya.

"Dah lama tuan tunggu. Maaf, saya sakit perut tadi." Kata Izz Aydin memberi alasan. Matanya dilirikkan kepada Daniel.

Razin merenung lama Izz Aydin dihadapannya. Dari luka dimuka sehingga ke pergelangan tangan yang merah itu.

"Kau tak payah hantar aku. Aku pergi dengan Daniel. Raf kata dia nak jumpa kau."

"Ha? Tapi motosikal saya kat kondo tuan."

"Tak ada siapa nak curi motosikal cabuk kau tu. Kalau hilang pun aku boleh ganti 10 lagi lah."

"Daniel, jom pergi." Razin berjalan beriringan dengan Daniel dan hilang dari pandangan selepas kedua mereka masuk ke dalam kereta.

Razin merenung tajam ke arah Izz Aydin yang duduk menunggu di kerusi lobi.

"Daniel, kau cari maklumat pasal Izz Aydin dan lelaki tadi. Aku nak secepat mungkin." Arah Razin. Tangannya mengusap janggutnya seolah berfikir sesuatu.

"Baik tuan."

Izz Aydin duduk menunggu Rafael pula. Tidak lama kemudian Rafael tersenyum menghampiri. Tangannya laju menarik tangan Izz Aydin dan Izz Aydin mengaduh kecil. Pegangan dileraikan.

"Kenapa tangan awak ni?" Soal Rafael dengan riak kerisauan. Jemarinya mengusap pergelangan tangan Izz Aydin yang kemerahan. Izz Aydin menarik tangannya apabila banyak mata-mata melihat mereka berdua. Rafael mendengus halus lalu menarik sebelah lagi tangan Izz Aydin agar mengekorinya.

Dia tidak mempedulikan orang sekeliling yang melihat kerana dia lebih risaukan wanita itu. Punat lif ditekan ke tingkat 15. Tiada sebarang suara antara mereka sehingga mereka tiba di hadapan suite milik Rafael.

Pintu dibuka namun Izz Aydin kaku dihadapan pintu sahaja.

"Masuklah." Pelawa Rafael. Dia menarik perlahan Izz Aydin dan menyuruhnya duduk disofa. Rafael masuk ke dalam bilik dan keluar bersama peti rawatan kecemasan.

"Saya sapukan ubat kat tangan awak tu."

"Takpa. Saya boleh buat sendiri." Izz Aydin mengambil ubat ditangan Rafael dan menyapu sendiri pada luka dan pergelangan tangannya.

"Ada apa awak nak jumpa saya?" Tanya Izz Aydin sambil mengemas semula peti ubatan. Matanya dialihkan kepada Rafael disebelah.

"Awak marahkan saya ke?"

"Marah? Kenapa saya nak marah?"

"Pasal gambar saya dengan seorang perempuan dihotel?"

Izz Aydin mengalihkan pandangan dan bangun dari kerusi. Rafael lekas menahan.

"Kan saya dah kata, kalau ada sesuatu yang menjadi persoalan, awak kena tanya saya sendiri. Saya tak pandai baca hati orang tapi saya akan bagitau kalau awak bertanya."

Izz Aydin masih diam.

"Perempuan tu kawan saya. Memang saya ada bawa dia ke hotel sebab dia mabuk teruk. Atas dasar sebagai kawan, saya tolong hantar dia. Itu saja." Terang Rafael tanpa menunggu Izz Aydin menyoal. Dia berdiri pula lalu menarik tubuh Izz Aydin menghadapnya. Bibirnya mengukir senyuman.

"Now, tell me. Apa yang jadi dengan awak ni sampai luka macam ni?" Tanya Rafael. Jarinya spontan menyentuh luka didahi Izz Aydin.

Izz Aydin kaku. Dadanya berirama tidak sekata saat bertentangan mata dengen Rafael. Hati pada mulanya sakit terasa bahagia pula. Serta merta sakit itu hilang dibawa terbang oleh satu perasaan yang baru.

"Izz, awak tak jawab soalan saya." Soal Rafael memecah kesunyian. Izz Aydin terkebil-kebil, tidak sedar pula dia sudah mengelamun jauh.

"Soalan apa?"

"Jadi girlfriend saya?"

Bersambung ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience