Bab 8

Drama Completed 204829

Rafael berbaring menghadap siling bersama fikiran yang menerawang entah kemana. Telefon pintarnya dibuka semula dan membaca lagi pesanan terakhir dari Izz Aydin.

-Awak jangan nak buat kerja gila! Emote marah.

-Esok kita jumpa. Tapi jangan bawak saya pergi tempat yang mahal-mahal. Saya tak selesa. Please.. emote mata besar pula disertakan.

Bibir Rafael mengoyak senyuman. Belum pernah dia berkenalan ataupun bercinta dengan perempuan seperti ini. Berpenampilan seperti lelaki, kasar dan terbaru diketahuinya, tidak mahu dibawa ke tempat ekslusif ataupun mahal-mahal. Kalau yang sebelum-sebelum ini, semuanya perempuan yang seksi, makeup tebal seinci, makan minum pun mahu yang bertaraf tinggi.

Pada mulanya, tidak terlintas difikiran Rafael untuk berkenalan dengan Izz Aydin. Namun lama kelamaan, dia merasakan wanita itu lain dari yang lain. Ada sesuatu yang membuatkannya tertarik untuk mendekati.

Tok! Tok! Tok!

Terdengar ketukan dipintu biliknya.

"Tuan Raf, udah siap-siap belum? Datin sama Datuk udah nungguin dibawah. Jangan lama-lama."

"Ya bik. Sekejap lagi saya turun." Rafael segera bangun dari katil dan menuju ke bilik mandi. Dia hampir terlupa malam ini mereka sekeluarga akan makan malam bersama dan ada sesuatu yang ingin dibincangkan.

*********

Tangan Izz Aydin ligat membungkus burger yang sudah dibuatnya. Kertas dilipat rapi supaya isi didalam tidak tumpah dan berselerak. Yana pula sudah menyediakan tisu lalu memasukkan semua yang sudah dibungkus ke dalam beg plastik.

"Enam belas ringgit dua puluh sen bang. Terima kasih" kata Yana. Plastik bertukar tangan selepas menyambut duit bayaran.

Izz Ayin mengemas meja membuang sisa kotoran kedalam plastik sampah. Ekor matanya menjeling Yana yang sudah duduk dikerusi.

"Yana, aku nak minta pendapat kau ni."

"Apa dia?"

"Aku ingat nak sambung study lah. Ambil part time. Lama sangat aku postpone. Sekarang dah ada kerja tetap ni, aku ingat boleh dah aku sambung kot."

"Haaa bagus sangat tu. Aku sokong kau sambung belajar tu. Bila nak mula?"

"Tak tahu lagi. Nak tanya dulu dengan Miss Helen dan Puan Zubaidah, nak tengok jadual shif jugak kan."

Yana mengangguk-angguk laju. Kalau di ikutkan, dia dengan Izz Aydin sama-sama sudah menghabiskan pengajian tetapi kerana kekangan kewangan, sahabatnya itu terpaksa berhenti ditengah jalan sementara Yana meneruskan pengajiannya sehingga tamat.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta Toyota Vios berhenti dihadapan mereka berdua. Yana segera berdiri diikuti Izz Aydin.

Johan keluar dari kereta dengan sebatang rokok dibibir bersama dua orang lagi lelaki orang suruhannya.

"Johan.. Kenapa kau datang sini? Kan aku dah bagi duit kau semalam?" kata Izz Aydin. Matanya tidak dilarikan dari wajah lelaki itu. Tidak ada rasa takut sedikit pun.

"Rileks la. Aku cuma nak beli burger kau je. Janganlah serius sangat. Aku lapar. Kebetulan aku lalu sini, aku singgahlah." Johan sempat mengerling kepada Yana yang tidak berganjak dari tempat tadi.

"Hai baby girl. Apa khabar?" Johan tersenyum melangkah mendekati Yana namun Izz Aydin segera menarik Yana berdiri dibelakangnya.

Yana menjelingkan matanya ke atas. Baby girl?! Uwekk!!Acah-acah nak jadi Massimo Torricelli. Padahal muka macam buntut kuali. Ish, gelilah! Tak hingin aku!

"Kalau nak beli, buat cara macam customer lain. Jangan nak buat onar kat sini. Kalau tak, aku telefon polis." kata Yana berani. Matanya tajam merenung Johan.

Johan mendengus kasar sambil memalingkan mukanya ke arah dua lelaki tadi. Bibirnya tersenyum sinis.

"Sebab tu aku suka kau. Sebab kau tak takut dengan aku dan aku semacam kena jampi ikut kata-kata kau." ujar Johan lalu ketawa besar.

"Kalau macam tu, jangan ganggu Izz lagi! Anggap saja hutang tu dah habis."

Johan merenung Yana semula. Mata merahnya menikam pandangan dan Yana membalas renungan itu tanpa sedikit pun anak matanya dialihkan.

"Yang berhutang tu dia, bukan kau. Kecuali.. Macam yang selalu aku cakap, kalau kau setuju jadi girlfriend aku, kahwin dengan aku, aku janji takkan ganggu dia lagi dan semua hutang tu.. Settle.."

"Jangan mimpi lah!" bentak Yana. Jemarinya digenggam erat dan Izz Aydin cepat saja menahan Yana dari maju kehadapan.

Johan semakin galak ketawa diikuti dua lagi lelaki tadi. Dia kemudiannya melangkah menjauh lalu membuka pintu kereta.

"Tak jadi lah beli burger kau ni. Aku dah kenyang menatap muka cantik kawan kau tu."

Nafas Yana turun naik menahan marah dan Izz Aydin tidak melepaskan Yana dari pegangannya.

Deruman ekzos membingitkan telinga diikuti asap putih dari ekzos kereta yang sengaja ditekan berulang-ulang membuatkan sesetengah jiran menengking ke arah mereka. Johan dan rakannya cuma ketawa.

"Minggu depan kita jumpa lagi. Jumpa kat tempat biasa." Johan memecut keretanya laju tanpa menghiraukan orang sekeliling. Hampir saja dia melanggar seekor kucing ditengah jalan.

Yana duduk semula dikerusi dengan nafas yang sedikit stabil. Izz Aydin menghulurkan sebotol air mineral kepadanya sambil tersengih.

"Tersengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa?" marah Yana. Belum reda sepenuhnya lagi rasa geram kepada Johan.

"Ehh marahkan aku pulak? Kau ni, berani sangat melawan si Johan tu. Hati-hati Yana. Tak pasal-pasal kau kena jugak nanti sebab aku."

"Lantaklah. Geram sangat aku tadi. Rasa nak aje aku tumbuk muka dia tu dengan tangan aku ni." Kata Yana sambil mengepal tangannya.

Izz Aydin turut duduk disebelah Yana. Malas mahu melanjutkan perbualan dan membiarkan Yana meredakan amarahnya sendiri. Jika disambung, sampai kesudah pun tak habis. Entah-entah dia sendiri yang berdarah telinga mendengar Yana membebel.

*****

Datin Maria meneguk air sirap bandung perlahan sambil matanya mengerling kearah dua anak lelakinya dihadapannya. Kemudian dia menoleh kearah anak gadisnya pula disebelah. Suasana sunyi dimeja makan itu adalah suasana yang biasa dialami. Cuma bunyi dentingan sudu, pinggan dan cawan sahaja kedengaran.

"Mommy ada benda nak tanya sikit." bicara Datin Maria memecahkan kesunyian.

"Razin.." Razin mengalihkan anak matanya melihat Datin Maria yang tersenyum manis kepadanya.

"Datin Shahida ada call mommy tanya pasal Zin dengan Melissa. Dah discuss pasal wedding?"

Razin mendengus halus. Garfu dipegangan dipusing-pusing sekejap, seperti dirinya cuba memusingkan akal fikiran untuk menjawab soalan Datin Maria.

"Belum.. Zin masih sibuk. Tak lama lagi nak mulakan projek mall and hotel baru. Lagipun Melissa pun sibuk dengan fashion show."

"Kalau masing-masing sibuk macam ni, macam mana nak settle. Bila nak kahwinnya. Nak mommy tolong?" soal Datin Maria. Ekor matanya dijelingkan kepada Datuk Halim yang masih menjamu makanan tanpa sebarang suara.

"Betul tu abang Zin. Raissa rasa baik mommy je yang handle wedding tu. Nanti Raissa boleh tolong jugak. Betul tak mommy?" celah anak bongsu Datin Maria dan Datuk Halim bernama Raissa.

Datin Maria menoleh sekilas Raissa disebelah dengan kening sebelah kanan diangkat.

"Mommy tak tanya kamu dan jangan menyampuk bila orang besar bercakap."

Rafael mencebikkan bibir mengejek Raissa yang sudah cemberut mukanya. Datin Maria melihat Rafael pula menyebabkan Rafael membetulkan riak wajahnya kepada serius semula.

"Raf, kamu pun sama. Tahun ni dah 32 tahun..bila nak kahwin? Abang Zin okay jugak pernah kahwin walaupun cuma bertahan dua tahun."

Giliran Rafael pula cuba mencari akal untuk menjawab.

"Raf dah ada girlfriend baru kat tempat kerja tu mommy. Housekeeper suite dia." beritahu Razin lancar. Tangannya menyuap makanan tanpa henti sehingga separuh sudah dihabiskan.

"New girlfriend? Housekeeper pulak tu? Ewww takda class lansung. Macam lah tak ada perempuan lain abang Raf ni." celah Raissa lagi dan sekali lagi juga Datin Maria menjeling Raissa menyebabkan Raissa lekas menutup mulut.

Rafael mengetap bibirnya. Seakan menahan rasa. Datin Maria tersenyum sedikit.

"Mommy tak kisah siapa pilihan Raf. Cuma mommy tak suka dengar banyak sangat gosip kata kamu tu playboy. Tapi playboy sebelum kahwin takpa. Jangan playboy lepas kahwin je.. Betul tak.. Datuk Halim?" Soalan dileretkan kepada suaminya pula.

Tersedak Datuk Halim mendengar namanya diselitkan didalam perbualan topik playboy diantara Datin Maria dengan Rafael. Razin ketawa kecil sementara Rafael dan Raissa sudah menutup mulut dari meletuskan ketawa.

"Hishh awak ni. Jangan samakan zaman bujang saya dulu dengan anak-anak. Saya setia dengan awak aje tau. Dah bercucu dah pun. Takkan cemburu lagi." ujar Datuk Halim. Tangannya mencapai gelas air kosong dan diteguk perlahan menghilangkan rasa perit ditekak.

Datin Maria ketawa selepas mengusik suaminya. Sekurang-kurangnya makan malam mereka tidaklah sunyi seperti tadi.

"Yang tua-tua tu lah kena lebih berjaga-jaga. Penyondol atau perosak rumah tangga tak kira mangsa. Lagi-lagi yang datuk-datuk ni. Dia bedal aje, betul tak?" Datuk Halim cuma diam mendengar kata-kata isterinya.Tidak menggeleng mahu pun mengangguk.

"So, Razin.. Nak mommy tolong?" tanya Datin Maria lagi.

"It's okay mommy. Zin akan handle sendiri dengan Melissa. I think Mel ada plan untuk wedding kami. Zin ikut macam yang dia nak. Cuma.. bagi kami sikit masa lagi."

"Okay. Suit yourself. Anything, you can ask mommy okay."

Razin tersenyum kelat mengangguk kepada Datin Maria.

"Raf pun boleh kenalkan girlfriend baru Raf dekat mommy. Nak jugak mommy tengok perempuan yang Raf berkenan tu. Rasanya, ni first time girlfriend Raf bukan dari kalangan setaraf dengan kita."

Rafael berfikir sejenak cuba memahami ayat Datin Maria. Seperti ada ayat tersembunyi disitu.

"Belum masanya. Raf masih mahu mengenal hati budinya dulu tapi Raf yakin, mommy akan sukakan dia walaupun dia cuma gadis biasa." Kata-kata Rafael membuatkan Datin Maria mengangkat sedikit bahu dengan pipi yang sengaja di sengetkan. Dalam hatinya juga sudah terasa tidak sabar mahu bertemu calon Rafael pula.

*******

Izz Aydin berjalan lambat-lambat menuju ke suite 1502. Dengan harapan tidak bertemu dengan Rafael disitu. Kepalanya menoleh ke kiri, ke kanan dan kemudian ke belakang sehinggalah kakinya berhenti didepan pintu suite itu.

Klik! Kad akses dilalukan dan pintu terbuka. Kepalanya dipanjangkan ke dalam dan mengintai dihadapan pintu sahaja.

"Mengintai apa kat dalam tu?"

Hampir melompat Izz Aydin terkejut apabila tiba-tiba ditegur seseorang. Dia segera berpusing dan melanggar susuk dibelakangnya lalu melantun jatuh ke lantai.

Arh! Sakitnya punggung aku.. Siapa pulak sergah aku ni! Kurang asam betul!

Terdengar ketawa kecil dihadapannya. Kepala didongak melihat empunya suara yang lansung tidak membantunya itu. Ahhh siapa lagi kalau bukan Tuan Razin!

"Tuan.. Terkejut saya. Tak reti bagi salam ke?" Izz Aydin bangun perlahan sambil menggosok punggungnya.

"Yang kau menghendap-hendap kat sini kenapa? Takut? Hotel aku ni tak ada hantu. Manusia jadi hantu ada lah. Macam kau."

Ehh sedap mulut je sama kan aku dengan hantu. Mulut dia ni, aku cilikan jugak nanti. Memang tak reti nak cakap elok-elok ke.

"Kau kutuk aku dalam hati ke? Tak takut dosa mengumpat? Kalau tak puas hati, cakap depan-depan." Razin menyilangkan kedua tangannya didada sambil mengangkat kening kanannya.

Izz Aydin menarik nafas dalam-dalam. Setiap kali bertembung dengan lelaki itu pasti ada sahaja adegan bersoal jawab yang boleh membuatkannya hilang sabar. Jarinya menyelak rambut dihadapan yang sedikit kusut akibat terjatuh tadi dan kemudiannya mencekak pinggang.

"Come on. I want to hear it."

Mata mereka bertentangan hebat. Nafas Izz Aydin naik turun tidak sekata, cuba mengawal geram yang sudah beraja didalam dada namun bibirnya menzahirkan senyuman.

"Tuan Razin yang dihormati, saya tau lah tuan tu boss kat sini dan saya cuma pekerja. Kalau saya mengata tuan dalam hati pun, itu hati saya, bukan tuan dan saya tak perlu persetujuan tuan. Tuan nak samakan saya dengan hantu? Tuan tahu tak, tuan lagi seram dari hantu. Lagi satu, mulut tuan tu mengalah mulut makcik bawang dalam fac tau. Tuan ni pengerusi kelab makcik bawang ke? Tiap kali bukak mulut, ayat keluar pun nak memedihkan orang aje? Memang sejenis tak reti jaga perasaan orang lain?"

Razin masih tegak berdiri merenung Izz Aydin tanpa sebarang riak. Sebelah tangannya mengusap jambangnya pula.

"Itu saja?"

Izz Aydin terkesima. Memang sejenis beku tahap aisberg kutub utara ke apa ni?

"Aku dah banyak kali dah dengar yang macam ni. Dah basi. Aku fikirkan ada sesuatu yang lebih hebat dari mulut kau." kata Razin lalu ketawa sinis.

"Takpa lah. Berbual dengan kau ni boleh jugak release stress sikit." Razin yang masih ketawa sinis mula melangkah pergi meninggalkan Izz Aydin.

Izz Aydin merasa merah kembang mukanya saat itu. Bibirnya meniup-niup mukanya berkali-kali cuma menyejukkan. Ergh! Sabar Izz! Sabarr! Boss tu. Kang kena buang kerja kau sebab maki boss.

"Gila! Psycho! Beku tahap aisberg! Duda bossy tak ada adab!"

Zapp!!

Razin berhenti melangkah! Tubuhnya berpusing kearah Izz Aydin semula dan anak matanya merenung tepat ke mata Izz Aydin.

Opss! Dasar mulut tak ikut arahan!! Haa ikut sangat kata hati tu.. Mendapatlah kejap lagi..

Razin melangkah perlahan ke arah Izz Aydin yang sudah membatukan diri di tepi dinding. Izz Aydin pula cuba mengundur tetapi dia terperangkap disisi troli sebelah kanan manakala disebelah kirinya, Razin sudah menyandarkan tangannya menyebabkan Izz Aydin tersepit.

"What did you just said? Psycho? Duda bossy tak ada adab?" kata-kata Razin kedengaran dekat di cuping telinga Izz Aydin menyebabkan Izz Aydin tidak mampu menelan air liur sekalipun.

"Err tuan.. Sa.. Sa..ya minta maaf."

Razin ketawa yang kedengaran agak seram sementara Izz Aydin menggigit-gigit bibirnya yang terlalu celupar itu.

"Kenapa kau gigit bibir kau tu? Menyesal dah terlepas cakap?"

"Kau pandang aku." Suruh Razin.

Izz Aydin tidak mengikut malah semakin menundukkan kepalanya.

"Pandang aku!" Satu teriakkan keras hinggap ditelinga. Seakan menyentap sekali semangat yang mendengar.

Izz Aydin mendongak perlahan, cuba membalas renungan tajam lelaki dihadapannya. Apa yang kau dah buat ni Izz...

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience