Bab 15

Drama Completed 204768

Keesokan harinya Izz Aydin sudah bersiap awal dan menunggu seperti semalam. Beg mengandungi barang peribadi disandang ke belakang sambil sebelah tangan menyeluk kocek seluar. Ruangan letak kereta dikondominium itu agak sunyi dengan beberapa biji buah kereta mewah. Matanya melihat sekilas satu dua kereta yang mula keluar masuk. Nasib baik juga pengawal disitu sudah mengenalinya.

Peluh halus mula terbit didahi dan leher. Sudah terasa panas dek matahari yang mula meninggi diufuk timur. Dia mengeluarkan telefon bimbit melihat jika ada panggilan atau pesanan dari Razin tapi tiada.

'Mana dia ni? Aku dah bagitau dah aku sampai pukul 7.20 tadi. Sekarang dah dekat pukul 10. Berpeluh dah ketiak aku ni.' rungut Izz Aydin. Kakinya juga sudah terasa lenguh berdiri.

Tidak lama kemudian dia melihat kelibat Razin memakai sweat pant dan berbaju tshirt, rambutnya sedikit kusut seperti baru bangun tidur.

"Err tuan tak ke hotel harini? Kenapa tak bersiap lagi?" Soal Izz Aydin. Sepatutnya hari ini Razin akan menghadiri mesyuarat bersama D.A Build dan juga makan tengah hari bersama tunangnya sebelum tunangnya itu berangkat ke Italy petang nanti.

Razin menggosok leher dengan mata terpejam sedikit.

"Tak, harini aku kerja dari rumah. Adel tak sihat and aku tak cukup tidur."

"Ikut aku."

"Nak kemana?" Tanya Izz Aydin. Dia tidak terus mengikuti Razin yang berjalan menuju ke lif.

"Naik atas lah. Takkan kau nak berpanas bawah ni. Kalau kau pengsan, aku heret je kau nanti." Izz Aydin tidak berganjak, masih ragu-ragu untuk mengikuti Razin.

"Kau tunggu apa? Nak aku dukung baru kau ikut? Ke.. kau takut?" Razin memeluk tubuhnya sendiri merenung Izz Aydin yang kelihatan cemas.

"Ya! Saya takut nanti kena tangkap berduaan dengan tuan." Kata Izz Aydin dengan jelas dan menyebabkan Razin tertawa.

"Nak kata bodoh nanti kau kecik hati pulak. Dah sah sah Adel ada kat atas tu, berduaan apa nyaa.. Cepatlah..panas bawah ni."

Izz Aydin berfikir sejenak sebelum tersengih. Ya tak ya, macam mana lah boleh lupa dengan si comel Adelia tu..

Izz Aydin terus berjalan melintasi Razin. Langkahnya dibuka besar agar cepat sampai dihadapan lif. Razin menggeleng kepala melihat gelagat wanita itu.

"Tunggu aku. Kau tak boleh naik kalau tak ada kad akses ni." Razin berdiri disebelah Izz Aydin didalam lif. Kad berwarna kuning keemasan dilalukan lalu punat nombor 21 ditekan. Lif mula bergerak naik.

"Kenapa tuan tinggalkan Adel seorang kat atas?."

"Dia tidur, demam. Jadi aku turun sekejap. Aku takut kau pulak yang pengsan kat bawah tu. Lama dah kau tunggu kan."

"Tuan boleh je call saya. Suruh saya balik ke. Kan senang."

"Balik? Aku bayar gaji kau untuk bekerja 6 hari seminggu tau. 24 jam." Razin menekankan ayatnya agar Izz Aydin mengingati syarat-syarat perlantikannya tempoh hari.

"24 jam tu macam tak logik kot. Baik simpan saya bawah ketiak tuan je. Senang." Izz Aydin menjawab selamba. Bibirnya sengaja dijuihkan, mempamerkan rasa tidak puas hati dengan syarat itu .

"Kau ni memang banyak cakap kan. Diam dan dengar je cakap aku tak boleh ke? Siapa yang bos sekarang ni?" Soal Razin sambil mencekak pinggang. Izz Aydin menjadi kelu.

"Err tuan bos. Saya kuli je." Jawab Izz Aydin lalu tersenyum kelat.

"Tau pun. So, just diam dan ikut cakap aku. Aku bukan suruh kau buat benda pelik pelik."

"Ha? Pelik-pelik?" Izz Aydin tiba-tiba menjarakkan dirinya ke belakang dan Razin turut menoleh.

"Excuse me.? Aku ada taste tau. Kalau setakat yang macam kau, sikit pun aku tak terliur. Rambut pendek, punggung flat. Tu dalam tu, ada isi ke? Kempis je aku tengok. Lagi besar Sajat punyaa.." Kata Razin sambil menunjuk ke arah dada Izz Aydin.

Izz Aydin menutup dadanya dengan kedua belah tangan. Hah?! What?! Sesuka hati dia je mengata pasal eset aku, depan muka aku pulak tu. Memang dasar tak ada adab betul lah! Arh!!!

"Aku pun tak faham kenapa Raf suka dengan kau ni. Padahal ramai lagi perempuan lain yang lebih seksi, cantik terkejar-kejar nak kan dia. Alih-alih dia pilih kau. Kalau media tahu ni, kecohlah satu Malaysia." Razin galak meletuskan ketawa melihat muka merah Izz Aydin saat itu.

"Sebab dia pandang guna mata hati. Bukan mata buaya lapar macam tuan tu. Pantang tengok dahi licin sikit. Huh!" Izz Aydin berkata dengan nada geram. Bibirnya diketap menahan geram.

Ting! Lif tingkat 21 terbuka. Razin berjalan mendahului dan berhenti dihadapan pintu bernombor 2112 sebeljm dibuka. Dihadapannya ada satu lagi pintu 2111. Ditingkat itu cuma ada dua buah pintu sahaja.

"Berdiri apa lagi kat situ. Masuklah. Aku tak ada carpet merah nak letak kat depan tu baru kau masuk."

Izz Aydin mengetap lagi bibir lalu mendengus nafasnya. Tak lama jugak hayat aku dengan dia ni. Naik darah aku..!!

"Sabar boleh tak? Saya bukan askar asyik kena kerah dengan tuan." Izz Aydin masuk sebelum daun pintu ditutup.

Razin berjalan terus menuju ke dapur. Tangannya kelihatan mengacau-ngacau sesuatu didalam periuk manakala Izz Aydin pula berjalan ke ruang tamu. Tangannya menyentuh sofa dihadapannya lalu bergerak menuju ke cermin kaca yang mempunyai pemandangan bangunan pencakar langit. Uii..! Tinggi! Kalau jatuh, berkecai jugak ni. Kakinya terasa geli kerana dia memang gayat jika berada ditempat tinggi.

Langkahnya menuju ke pintu balkoni yang tertutup rapat pula. Bibirnya mengukir senyuman melihat ada taman mini disitu dengan rumput hijau dan pokok-pokok renek yang tumbuh segar. Disitu terdapat kolam renang yang sederhana besar. Seronok lah hidup orang kaya. Rumah besar, kereta besar, cuma hati je tak besar. Kecik! Kecut sebab beku! Izz Aydin tersengih mendengar kata hatinya berkata sesama sendiri.

"Kau jangan bukak sliding tu. Panas." Kata Razin dari dapur. Izz Aydin mencebikkan bibir.

Sedang dia leka menjelajah, dia terdengar seperti sesuatu terjatuh didapur. Kakinya laju melangkah dan melihat Razin sedang mengutip sesuatu dilantai.

"Kenapa ni?" Tanya Izz Aydin.

"Gelas jatuh. Kau tunggu sana. Aku bersihkan ni dulu."

Razin berlalu mendapatkan vakum didalam stor dan serpihan kaca tadi disedut cepat ke dalam vakum. Izz Aydin menjenguk pula ke dalam periuk di atas dapur.

"Apa lah yang dimasak si beku ni." bisiknya kecil. Dia mencapai sudu lalu menggaul perlahan dan dimasukkan ke mulut sedikit.

Eeww apa ni? Masinnya..! Nak bagi siapa makan ni? Izz Aydin meneguk laju air yang diambil dari dispenser. Razin muncul semula. Dahinya kelihatan berpeluh sedikit.

"Tuan ke masak ni?"

"Ye lah. Siapa lagi."

"Nak bagi siapa makan?"

"Adel lah. Dia demam, makan bubur. Takkan aku pulak nak makan bubur ni."

Izz Aydin menepuk dahinya sendiri mendengar jawapan lelaki itu. Mengantuk sangat ke sampai masak begini rasanya. Adoii..

"Tuan ada rasa tak bubur ni macam mana? Nak bagi Adel makin sakit ke?"

Razin mencapai sudu dan menyuap sedikit dimulut. Dia lekas meludah semula ke dalam sinki dan membasuh mulut, membuatkan Izz Aydin tergelak. Razin mencekak pinggang melihat wanita itu mentertawakannya.

"Aku order bubur McD je lah. Lagi senang." Kata Razin lalu mengeluarkan telefon dari poket seluar.

"Ehh tak payah.. Biar saya tolong masak. Nak buat bubur kan. Senang je. Tuan pergi tengok kan Adelia. Nanti dah siap saya bagitau."

"Betul ni? Nanti kau kata aku ambil kesempatan pulak ajak kau naik atas ni."

"Takpa. Saya ikhlas tolong."

"Okay. Suka hati kau lah. Kau pakailah apa-apa yang ada kat dapur tu. Pandai-pandailah kau cari. Aku nak tengokkan Adel."

Izz Aydin membuka sut dan disangkutkan diatas kerusi. Lengan baju di lipat paras siku. Bubur dalam periuk tadi diletak ketepi dan dia mengambil periuk baru didalam almari. Bahan untuk memasak juga diletakkan diatas meja untuk memudahkan kerja. Okay! Cukup bahan ni..

*****

Rafael meletakkan beg galasnya di atas kerusi sebelum melabuhkan punggung. Dia baru sahaja menghabiskan menyuarat bersama ahli lembaga pengarah yang lain, menggantikan Razin yang terpaksa bercuti menjaga Adelia. Nasib baik mesyuarat bersama D.A build dibatalkan. Kalau tidak, pancit juga rasanya mengendalikan semua seorang diri. Bahunya terasa sengal diurut perlahan.

Tidak lama kemudian pintu suite nya dibuka dari luar dan dia terus berdiri mendapatkan tetamu yang tidak diundang itu. Wajah Balqis yang tersenyum menjamah pandangannya.

"Maaf tuan. Saya tak tahu tuan ada kat sini. Saya cuma nak hantar tuala ni. Tadi lupa nak ganti." Tutur Balqis lembut. Matanya memandang Rafael tidak berkelip sambil memegang tuala berwarna kelabu. Tuala khas untuknya di suite itu.

"Okay. Thank you." Rafael terus menutup daun pintu selepas mengambil tuala dari tangan Balqis.

Balqis tersenyum senget dihadapan pintu yang tertutup. Hatinya sedikit sakit melihat layanan Rafael terhadapnya. Tidak seperti Izz Aydin! Apa kurangnya aku jika dibandingkan tomboy tu. Aku lagi cantiklah! Bentak suara hati Balqis. Dia terus berlalu pergi dari situ. Tak apa! Aku akan dapat jugak apa yang aku nak!

Rafael duduk semula dikerusi tadi lalu mengeluarkan telefon bimbit. Nombor Izz Aydin didail dan menunggu sambungan. Tiada jawapan. Dia mencuba sekali lagi namun masih sama tiada jawapan. Telegram pula dibuka. Pesanan terakhir teman wanitanya dibaca semula.

-Good morning love! Semoga hari ni urusan awak dipermudahkan. Jangan kerja kuat sangat tau.

Love? Rafael tersenyum lalu ketawa kecil. Alahai Raf.. Angau sangat dah kau dengan dia ni..

Telefon diletakkan diatas meja dan dia pergi ke bilik untuk mengambil barang sebelum turun ke pejabat semula. Masih ada kerja yang harus diselesaikannya nanti.

***

"Kau masak ni?" Soal Razin sambil memerhati hidangan diatas meja. Izz Aydin mengangguk lalu meletakkan pinggan dan sudu diatas meja

"Aku tak tahu semua ni ada kat dapur tu."

"Ada banyak je bahan. Yang dah tak elok, saya buang. Harap tuan tak marahlah."

"Kenapa marah? Berterima kasih ada lah. Senang kerja aku."

"Daddy.." Adelia berjalan lambat-lambat menuju ke dapur.

"Adelia.. kenapa bangun? Masih panas badan ni." Kata Razin lalu mendukung tubuh kecil itu.

"Adel lapar.."

"Lapar. Ala sian dia. Nak makan sekarang? Sis boleh suapkan."

"Nakk.." Adelia menolak Razin supaya meleraikan dukungan lalu duduk dikerusi yang sudah terhidang bubur untuknya.

"Tuan makanlah sekali. Saya buat bihun goreng dengan air kopi je. Dah alang-alang masak sekali."

Razin mengangkat kedua keningnya lalu duduk dikerusi. Bihun goreng yang masih berasap dicedok dan disuap sedikit ke mulut.

Hmm boleh tahan. Pandai jugak dia ni masak. Adelia turut menjamu makanannya dengan berselera sekali.. sehingga habis semangkuk bubur ayam itu disuap Izz Aydin kepadanya

"Kau tak makan sekali? Kau bukan orang gaji rumah ni. Kalau kau nak, aku boleh bayar upah lebih untuk jadi maid aku. Nak?" Razin cuba menawarkan sesuatu yang baru untuk wanita itu.

"Jadi maid pulak? Mahal gaji saya mintak nanti." Seloroh Izz Aydin lalu ketawa.

"Berapa? Aku sanggup bayar." Razin memandang Izz Aydin terus. Nadanya juga serius sementara Izz Aydin mematikan ketawanya.

"Tuan ni.. saya bergurau je lah."

"Aku tak bergurau. Kau cakap berapa, aku bayar."

Gila ke apa orang tua ni. Baru sehari jadi driver, nak aku jadi maid pulak. Kalah kuli batak kerja aku ni.

"Takpe. Kerja sekarang pun dah ok. Dahlah bagi cuti sehari je dalam seminggu. Nak saya jadi maid pulak. Alamatnya naik gila saya menghadap kerja dengan tuan aje. Tak nak lah saya."

Razin ketawa nipis.

"Kau memang jenis cakap je apa yang terlintas kat kepala kau kan. Bagus, aku suka orang jujur dari yang bercakap belakang ni." Razin menyambung semula suapan makanannya tadi.

Ekor matanya melirik ke Izz Aydin yang turut menjamu makanan.

********

Yana tiba dirumah semasa Izz Aydin sedang menyapu di dapur. Dari luar rumah lagi dia dapat mendengar teriakkan suara rakannya itu menyanyi lagu kumpulan ratu berulang-ulang. Perlahan dia menapak ke dalam rumah dan mengintai dibalik dinding pemisah ruang tamu dan dapur. Bibirnya ketawa ditekup dengan tangan melihat lenggokkan Izz Aydin menari sambil menyanyi memegang penyapu.

Lihatlah.. pada diriku..
Aku cantik dan menarik
Dan kau mulai dekati aku..

Ku beri segalanya..
Cinta harta dan jiwaku..
Tapi malah kau menghilang
Bagai hantu tak tahu malu..
Oh oh oh...

Lelaki buaya darat
Buset aku tertipu lagi..
Oh oh..
Mulutnya manis sekali
Tapi hati bagai serigala..
Oh oh..ku tertipu lagi..
Oh oh oh. Ku tertipu lagi..

"Hamboi hamboi! Bukan main kau bergelek-gelek dengan penyapu tu!" Sergah Yana sambil ketawa besar.

Izz Aydin terkejut lalu melemparkan penyapu itu ke tepi. Merah padam mukanya menahan malu saat itu.

"Buaya mana yang buat kau kemaruk sangat ni? Menyanyi bergelek bagai, sampai keluar aku dengar tau."

"Hehehe kuat sangat ke aku nyanyi? Aku saja je. Release stress, try vocal." Jawab Izz Aydin sambil menggaru kepala.

Dia mengambil semula penyapu dan menyapu sehingga habis. Yana pula duduk dimeja dapur memerhatikannya.

"Kau ada benda sorok dengan aku kan. Baik kau cakap."

"Sorok apa? Takde ape lah." Izz Aydin melarikan pandangan selepas menghulurkan segelas air kepada Yana.

"Izz.." Yana mendengus.

"Yana.."Izz Aydin meleretkan senyuman menyakitkan hati.

"Takpe. Soroklah dengan aku. Nanti apa-apa, kau cari aku jugak." Kata Yana seakan merajuk.

"Ala Yana. Jangan lah merajuk. Nanti kita story eh."

"Tak nak..!" Yana menjelirkan lidahnya lalu naik ke atas.

"Yanaa..!!"

Tidak lama kemudian telefon bimbitnya menerima panggilan lalu diangkat selepas melihat nama pemanggil.

"Hello Raf.."

"Izz, awak kat mana? Saya kat luar rumah awak ni."

"Ha?! Depan rumah saya?" Izz Aydin separuh menjerit dan berlari ke tepi tingkap lalu mengintai dari luar. Kelihatan dengan jelas sekali Rafael sedang berdiri didepan pagar rumahnya ketika itu

Aaaa Raf..! Kenapa datang sini..

"Raf.. awak buat apa kat sini.." Rafael tersengih apabila Izz Aydin menariknya menuju ke kereta. Wajah wanita itu sangat comel dilihatnya dengan memakai kelip rambut untuk menahan rambut hadapan dari jatuh menutup mata.

"I miss you." Tutur Rafael lembut. Tangannya menggenggam erat jemari Izz Aydin.

"Jom keluar? Dating?" Ajak Rafael dengan nada romantisnya.

Dating? Izz Aydin tersipu malu pula.

"Izz Aydin!"

Serentak Izz Aydin dan Rafael menoleh ke arah suara berteriak memanggil namanya.

Yana! Aaaa habislahh..! Izz Aydin merentap tangannya dari genggaman Rafael sementara Rafael berlagak tenang. Jantungnya mengepam darah dengan laju, dadanya berombak, takut melihat panahan tajam Yana dihadapan pintu.

"Awak balik lah.. cepattt!" Kerah Izz Aydin sambil menolak tubuh Rafael. Rafael tidak berganjak sedikit pun sebaliknya menarik tangan Izz Aydin dan membawanya kepada Yana.

"Raf.. awak buat apa ni..?? Jangan lahh.." kakinya ditahan-tahan dari bergerak tetapi kudrat Rafael menariknya lebih kuat dan dia terpaksa mengikut sehingga mereka berdua berdiri dihadapan Yana yang berpeluk tubuh. Panahan helang dari mata Yana menikam-nikam sehingga tembus ke belakang. Izz Aydin menyembunyikan wajahnya dibelakang Rafael, tidak berani menatap wajah sahabatnya itu.

"Yana.." sapa Rafael.

"Korang buat apa ni ha? Izz.." Matanya bersilih ganti melihat Rafael dan Izz Aydin.

"You jangan marah dia. Kalau nak marah jugak, you marah I. Izz tak salah. I yang salah." Kata Rafael.

"Exactly! Memang you salah. Izz ni mana tahu nak bercinta, apa lagi nak tackle orang. So, you yang kacau dia kan.."

"I admit i yang kacau, tackle dia. I suka dia."

"Suka? Macam all your girlfriend sebelum ni? Mula-mula suka, dah tak suka, tinggalkan. Macam tu?" Sengaja Yana memerli ayat pedas kepada lelaki itu.

"No!" Tersentak Yana dan Izz Aydin mendengar suara Rafael naik senada. Rafael mendengus kasar menarik nafas.

"Look. I'm sorry. I.. I serious dengan Izz and I tak main-mainkan dia."

"And why should i trust you?" Soal Yana dengan nada tidak puas hati.

"Because i love her. I truly love her."

Yana terdiam, mencari keikhlasan disebalik kata-kata lelaki itu. Izz Aydin yang dari tadi hanya melihat pertelingkahan mereka menjadi kaku mendengar pengakuan Rafael.

"Okay. I know you takkan percayakan I but I still akan bersama dengan Izz walaupun you tak suka. I rasa i tak perlukan permission dari you untuk bersama dengan dia."

"I bagitau ni sebab i hormat you as her bestfriend and please jangan marah dia sebab you tak suka I."

Izz Aydin memandang kepada Yana. Menanti kata-kata seterusnya. Mata mereka bertentangan tetapi tidak setajam tadi. Yana melonggarkan tegangan badannya. Seperti sudah mengendur sedikit kemarahan.

"I tak kata I tak suka you. I cuma tak nak you permainkan dia. I tahu you cinta pertama dia and I tak boleh halang dia dari suka you pun."

Izz Aydin menapak kehadapan lalu meraih tangan Yana.

"Yana.. aku minta maaf sebab tak bagi tau pasal ni. Aku takut.."

"Takut? Tau pulak kau takut tapi nak jugak bercinta dengan dia ni kan." Yana menjeling tajam kepada Rafael.

"I warn you Raf. Kalau you sengaja nak permainkan kawan I, you siap. I sendiri yang akan tanam you hidup-hidup."

Rafael ketawa kecil mendengar ugutan Yana itu. Izz Aydin memeluk lengan Yana, membantu meredakan kemarahan yang masih bersisa. Terasa lapang dadanya sebaik rahsia disimpannya sudah diluah. Lepas ni tak lah rasa bersalah sangat kan. Tak perlu sorok-sorok lagi.. Izz Aydin tersengih sendiri.

"Suka lah tu.." kata Yana lagi. Dia turut tersenyum melihat wajah ceria Izz Aydin yang sedang kemaruk dilamun cinta itu.

Izz! Izz! Jangan Rafael main-mainkan kau sudahlah. Aku takut kau terluka..

Bersambung

Seronok bercinta ya. Serius ke tidak Raf tu dengan Izz.. hmm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience