Bab 45

Drama Completed 204768

Melissa memberhentikan kereta jauh sedikit dari salah sebuah rumah di kawasan kediaman elite itu. Dari jauh dia memerhati susuk Razin sedang mengeluarkan beg dari bonet kereta. Anak matanya sempat juga melihat susuk kecil Adelia sedang ketawa riang berpimpin tangan bersama Izz Aydin.

Sakit hatinya bertambah-tambah melihat kemesraan keluarga kecil itu. Sepanjang dia bersama Razin, tidak pernah Adelia mahu beramah dengannya. Selalunya anak kecil itu akan meragam.

Sebenarnya dia ke situ kerana mahu menemui Datuk Halim. Mahu meminta maaf dengan 'drama airmatanya'. Tiba-tiba Razin muncul bersama isteri dan anaknya itu. Terus terbantut drama itu diganti dengan rasa benci yang membuak.

Lantas pedal minyak ditekan dan terus berlalu meninggalkan kawasan itu bersama sakit hati dan benci yang membuku tebal.

Razin sempat melihat sebuah kereta berhenti lama tidak jauh dari rumah Datuk Halim. Biarpun kereta itu tidak pernah dilihatnya, dia tahu siapa gerangan didalam kereta itu walaupun bukan kereta pemilik sebenar. Pipinya menarik senyuman sinis.

"Abang. Jom la masuk dalam. Mommy tunggu tu." Panggil Izz Aydin dibelakang. Dia hairan melihat Razin masih berdiri diluar sambil melihat ke luar pagar sedangkan tiada sesiapa pun disitu.

Razin tersenyum nipis memandang isterinya.

"Okay , jom." Ajak Razin. Sebelah tangannya membimbit beg plastik barangan yang dibeli mereka tadi dan sebelah lagi memaut pinggang Izz Aydin. Kedua mereka berjalan beriringan menuju ke dalam rumah.

Razin terus naik ke atas selepas meletakkan beg plastik tadi diatas meja didapur. Ekor matanya sempat dilirik melihat Datuk Halim dan Datin Maria sedang bermain dengan Adelia di ruang tamu. Tidak pula dia mahu menegur.

Kaki dibawa mendaki anak tangga menuju ke bilik tidur.

Pintu dikuak perlahan dan terlihat Izz Aydin sedang mengemas pakaian ke dalam almari. Lantas senyuman diukir kepada isteri kesayangannya itu.

"Kenapa abang tak duduk bawah je dengan mommy daddy? Duduk dalam ni nak buat apa?"

"Tak nak lah. Abang nak duduk sini, teman sayang." Razin kemudiannya duduk dibirai katil sambil memerhati Izz Aydin meneruskan kerjanya sehingga habis.

"Saya ajak abang ke sini sebab nak abang bercakap dengan daddy. Bincang elok-elok. Sampai bila abang nak mengelak?"

Razin terdiam sambil bermain dengan jarinya sendiri. Didalam hatinya sendiri pun tidak tahu sampai bila dia harus berkelakuan begitu.

Izz Aydin berjalan menghampiri suaminya lalu mengusap lembut dibahu Razin, turut cuba melembutkan hati suaminya itu.

"Tak payah la nak marahkan daddy lama sangat. Bagi peluang untuk dia buktikan yang dia dah berubah. Tak susah kan?"

Razin tersenyim nipis sebelum merangkul pinggang Izz Aydin. Wajahnya dirapatkan ke perut isterinya, melepas nafas yang berat lalu mendongak memandang si isteri yang sentiasa memberi aura positif.

"Sayang ni kan. Jampi apa yang sayang pakai sampai abang tak boleh nak cakap tak dengan sayang ni. Sebab sayang lah abang setuju ikut ke sini."

"Hmm jampi pengasih?" Terus ketawa Izz Aydin seraya mengelus lembut wajah dan rambut suaminya. Nafasnya ditarik dalam sebelum dihela perlahan.

"Saya ni dibesarkan oleh opah dengan atuk je. Mak ayah meninggal masa saya kecil. Kasih sayang opah dengan atuk memang tak ada kurang tapi tu lah. Tak sama dengan kasih sayang dari mak ayah sendiri kan." Nafas ditarik lagi tetapi terasa semakin berat. Sungguh hatinya sudah menggunung rindu pada insan yang sudah tiada.

"Abang beruntung masih ada mommy, daddy. Tak rugi abang maafkan daddy. Sekurang-kurangnya boleh la saya tumpang kasih dengan dia orang."

Razin menatap wajah redup isterinya. Perasan akan perubahan riak Izz Aydin yang menanggung rindu tiada berpenghujung itu.

"Okay. Abang cuba, demi sayang." Bibirnya mengoyak senyuman dan tangan Izz Aydin dikucup sekejap.

Kedua suami isteri itu kemudiannya berpimpin tangan keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu yang diduduki Datuk Halim. Punggung dilabuhkan di sofa berdekatan dan Razin turut duduk disebelah Izz Aydin. Dilihat Adelia sedang seronok bermain dengan Raissa di satu sudut sementara Datin Maria pula berada didapur, sedang menyiapkan minum petang.

Walaupun sebelum ini pertemuan di antara Izz Aydin dan Datuk Halim tidak begitu mesra, Izz Aydin masih cuba mengukir senyuman paling manis untuk bapa mertuanya itu.

Saat itu bagai terkunci bibir Razin dari bersuara. Air liur ditelan berkali-kali. Dia tidak tahu apa yang ingin dibualkan dengan Datuk Halim.

Seketika, terdengar Datuk Halim batuk kecil lalu berdehem.

Razin menarik nafas dalam. Dia tersedar sepatutnya dia yang harus memulakan dahulu bicara.

"Daddy okay?" Soal Razin memecah kebisuan. Matanya terarah dikaca televisyen yang memaparkan rancangan dokumentari. Jemarinya pula menggenggam erat jari Izz Aydin, cuba meraih sedikit semangat dari si isteri yang selalu ada disaat dirinya terasa lemah.

"Daddy okay. Zin?" Soal Datuk Halim semula.

"Macam ni lah."

Kebisuan menjengah lagi. Masing-masing diam menyimpan seribu kata-kata.

Izz Aydin mula tidak senang duduk. Mungkin kehadirannya disitu tidak diperlukan sekaligus menyebabkan dua beranak itu sukar meluah apa yang terbuku dihati.

"Err abang..saya pergi dapur lah. Tolong mommy ya." Ujar Izz Aydin seraya bangun.

"Izz.. tunggu." Tegah Datuk Halim. Bibirnya mengukir senyuman yang pertama kalinya untuk Izz Aydin dan Izz Aydin turut membalas senyuman itu lalu duduk semula. Mata tua itu beralih kepada Razin.

"Zin masih marahkan daddy?" Soalan dari Datuk Halim itu membuatkan Razin mengalih anak mata ke arah Datuk Halim. Wajah tua itu dipandang sekejap.

"Ikutkan hati memang ya."

Segera berubah riak Datuk Halim. Senyumannya tadi diganti dengan keluhan halus.

Seperti yang dijangkakan, anaknya itu masih menyimpan marah kepadanya. Dan dia sendiri belum mengucap kata maaf kepada Razin. Dia sedar apa yang ditanggung Razin selama ini adalah kesalahannya dan dia sudah menyesal. Sesal seribu kali sesal.

Datuk Halim menunduk pandangan dengan tangan yang digenggam sesama sendiri.

"Zin, daddy minta maaf dengan apa yang daddy dah buat. Daddy menyesal dengan perbuatan daddy. Dari dulu daddy kejam pada Zin, pada Maira dan sekarang pada Izz. Daddy mengaku daddy terlalu ikutkan kata Melissa sampai sisihkan perasaan Zin. Maafkan daddy Zin. Maafkan daddy Izz." Lirih Datuk Halim memohon maaf. Hatinya dihambat sejuta rasa penyesalan tika itu.

Izz Aydin mula dihurung perasaan serba salah. Anak matanya menjeling sekilas ke arah Razin dengan mata yang redup, meminta Razin bersuara. Namun suaminya itu masih mengunci bibir rapat.

"Datuk tak salah apa pun pada saya. Sebaliknya saya yang patut minta maaf. Saya tahu apa yang keluarga saya buat pada Zin terlalu kejam sehingga Zin masih trauma. Jadi, saya memohon maaf atas apa yang pernah keluarga saya lakukan pada keluarga Datuk." Ujar Izz Aydin. Dia turut terkesan dengan apa yang berlaku biarpun punca perbalahan itu sudah terlalu lama dan dia sendiri sudah lupa.

"Izz.. Daddy.. panggil Daddy. Jangan hukum daddy dengan panggilan seperti itu. Daddy yang patut minta maaf."

Izz Aydin mengangguk seraya tersenyum. Kemaafan memang sudah lama diberikan kepada Datuk Halim. Tiada sebab untuk dia membenci lelaki itu terlalu lama.

Pandangan dialihkan kepada Razin yang diam sedari tadi. Suaminya itu kelihatan memikirkan sesuatu tetapi tidak tahu apa.

"Abang.." panggil Izz Aydin lembut. Razin tersentak sedikit lalu tersenyum hambar.

Kata maaf dari Datuk Halim tadi sebenarnya menjentik sedikit hati Razin sebagai seorang anak. Walaupun kepercayaan itu masih belum dipulihkan, tetapi dia tidak mahu menambah dosa dengan memperlakukan bapanya sendiri seperti orang asing menagih pengampunan darinya.

"Zin tak benci daddy. Jauh sekali berdendam. Ya, memang Zin masih marahkan daddy tapi Zin sendiri turut bersalah dalam hal ni. Dan Zin pun nak minta maaf. Disebabkan Zin, daddy masuk hospital dan tak jenguk daddy pun. Maafkan Zin." Razin kemudiannya bangun dan menghampiri Datuk Halim. Kedua tangan orang tuanya itu diraih dan dicium penuh hormat.

Menitis perlahan air mata Datuk Halim menerima kemaafan dari anak dan menantunya. Walaupun mereka pernah dizalimi olehnya, namun tiada kata benci diucapkan.

Tubuh Razin dipeluk erat dan ditepuk perlahan bersama tangisan yang masih bersisa.

"Terima kasih Zin, Izz. Sudi maafkan daddy." Ucap Datuk Halim tulus. Terus terasa lapang hatinya.

****

Suasana di kafe itu sedikit lenggang memandangkan waktu itu bukan diwaktu puncak. Cuma ada beberapa orang pengunjung yang masih menjamu selera dan ada juga yang sudah berangkat pulang.

Disatu sudut, Rafael sedang duduk sambil ditemani seorang wanita bertudung bawal berwarna biru laut. Sedari tadi bibir Rafael menguntum senyuman menatap wajah wanita itu.

Air jus didalam gelas disedut perlahan untuk membasahkan tekak sebelum memulakan bicara.

"Thank you Syam sudi jumpa I kat sini. And sorry kalau I ganggu masa you hujung minggu macam ni."

Syamina hanya tersenyum nipis. Dia sebenarnya gugup berhadapan dengan Rafael setelah sekian lama tidak bersua. Dan ini bukan kali pertama dia berperasaan begitu terhadap lelaki itu.

"Kenapa you nak jumpa I?" Soal Syamina terus. Sudah 15 minit mereka duduk disitu, cuma berbalas pandangan tanpa sebarang suara sebelum Rafael memulakan bicara sebentar tadi.

"I miss you. i miss us."

"Please Raf. Jangan bercakap pasal kita. I tak nak dengar dah." Keluh Syamina perlahan.

"But why? 5 tahun you tinggalkan I Syam. I masih sayangkan you. Kenapa you still mengelak nak jumpa I?"

"Sebab i tak nak jumpa you lagi!" Bentak Syamina tiba-tiba. Mukanya merah serta merta dan menyebabkan Rafael mengeluh halus.

Rafael berlagak biasa walaupun dalam hatinya sudah tersentap kuat. Anak mata wanita itu dicari dan ditatap tunak. Ternyata 5 tahun lalu masih membuatkan wanita itu membencinya.

"I tahu you masih bencikan I dengan apa yang jadi dulu. And I tahu mungkin peluang I nak tebus kesalahan I dah tak ada tapi I tak akan berputus asa seperti sebelum ni."

"Memang you dah terlepas peluang tu sebab dah I kahwin. So please, jangan ganggu I lepas ni." Syamina bangun dari kerusi untuk berlalu. Berharap agar alasan kahwin itu akan memberhentikan Rafael dari terus mendesaknya.

"Don't lie to me. You belum kahwin dan i dah siasat pasal you." Serta merta berhenti pergerakan Syamina. Dia kemudiannya menoleh kepada Rafael yang masih memandangnya. Riak wajah Syamina tika itu juga berubah.

"Syam, please. Walaupun apa yang i cakap ni dah terlambat, tapi I tetap nak bagi tahu. Kahwin dengan I. I akan bahagiakan you sampai hujung nyawa I. Biar i tebus kesalahan lalu i pada you."

"Kahwin? Jangan mainkan lagi hati I Raf. Cukup-cukuplah seksa hati I sampai I sanggup bagi kehormatan I pada you dulu. I yang bodoh sebab terlalu percayakan you tapi you? You lupakan janji kita!"

"No! I tak lupa. Mungkin sebab masa tu kita masih muda and I tak tahu nak buat apa. But now, i dah jumpa you semula. Please, jangan lari lagi daripada I."

"Syam.. marry me. Please..." Separuh merayu suara Rafael meminta Syamina mengahwininya.

Syamina terdiam menyusun bicara. Dia sendiri tidak tahu apa jawapan yang harus diberikan. Sekian lama hatinya ditutup untuk bercinta kerana pernah dikecewakan oleh Rafael. Dan kini seolah hatinya terbuka semula oleh lelaki yang sama.

Kenapa terlalu sukar hatinya membenci lelaki itu. Mungkin kah rasa cinta yang masih menebal menyebabkan hati terlalu sukar menolak lelaki itu.

Syamina duduk semula dikerusi. Sesekali bibirnya digigit perlahan seakan berfikir.

Rafael pula terus tersenyum. Dalam hatinya sudah berbunga kemenangan walaupun lamarannya tadi tidak bersahut.

"Kalau you kahwin dengan I, macam mana girlfriend you?" Soal Syamina.

"I tak ada girlfriend. Kalau you kata Izz Aydin, she's my sister in law. Isteri abang I."

Terkesima sebentar Syamina mendengar.

Bukankah semua orang tahu Izz Aydin adalah girlfriend Rafael? Dan disebabkan perkhabaran itu juga Syamina kembali ke Kuala Lumpur setelah 5 tahun menetap di Sarawak. Kepulangannya itu cuma mahu memulakan hidup baru tanpa diganggu lelaki itu tetapi lain pula yang jadi.

Rafael masih merenung wajah Syamina yang mula meredup pandangan.

"Syam.. are you okay?" Soal Rafael. Dia masih menanti jawapan dari bibir wanita itu.

"Yupp. I'm okay. Bagi I masa untuk fikir semua ni. It's just too fast."

"No worry my dear. Masa, I boleh bagi tapi I tak jamin apa yang akan berlaku dalam masa tu. You tahu I akan buat apa saja untuk jadikan you milik I semula." Rafael mengukir senyuman penuh makna. Didalam kepala sudah merencana sesuatu. Bukan sesuatu yang jahat tetapi sesuatu yang akan mengubah hidupnya. Dia tidak mahu terlambat lagi!

*****

Izz Aydin mencium lembut dahi Adelia setelah memastikan anak kecil itu tidur lena. Seharian Adelia bermain, bergurau dengan Raissa menyebabkannya kepenatan dan tidur awal usai menghabiskan makan malam.

Suasana dirumah itu masih terang benderang tetapi sedikit sunyi selepas Adelia tidur. Cuma kedengaran bunyi televisyen diruang tamu yang ditonton Datuk Halim sambil ditemani Datin Maria. Sesekali terdengar gelak tawa pasangan itu.

Izz Aydin berlalu dari bilik Adelia dan menuju ke bilik tidur Razin. Perlahan pintu ditolak dan ditutup rapat semula. Langkah kaki dibawa pula menuju ke balkoni, mendapatkan Razin yang kelihatan termenung seorang diri.

"Abang.." sapa Izz Aydin. Razin menoleh dan tersenyum nipis.

"Sejuk lah kat luar ni. Kenapa tak masuk dalam?" Soal Izz Aydin pula. Kedua tapak tangan digosok ke lengan sendiri saat angin malam menyapa tubuhnya.

"Saja ambil angin. Adel tidur dah?"

Izz Aydin mengangguk seraya tersenyum.

"Abang nak air tak? Saya buatkan."

"Hmm boleh. Abang nak kopi."

"Kopi? Malam-malam minum kopi susah tidur nanti."

"Kalau susah tidur, sayang kan ada.." senyuman dileretkan kepada Izz Aydin yang sudah menjelingkan mata ke atas seraya ketawa kecil.

"Masih cuti.!" Sempat Izz Aydin menjelirkan lidah ke arah Razin sebelum keluar dari bilik meninggalkan Razin yang turut ketawa melihat gelagatnya.

Langkah kakinya terus dibawa menuju ke dapur. Mug berwarna putih diambil. Setelah memasukkan kopi, gula dan air secukupnya, perlahan air itu dirasa sedikit bagi memastikan rasanya cukup buat santapan sang suami.

Bibirnya mengukir senyuman sambil membawa mug itu naik ke atas. Baru sahaja mahu membelok ke kanan, berhenti mendadak langkah kakinya saat bertembung dengan Rafael disitu dan cawan dipegangan terus terjatuh ke lantai.

Serentak itu, Izz Aydin turut menjerit kerana air panas tadi terkena pada tangannya menyebabkan mug itu terjatuh.

"Aaa! Sakit sakit!" Jerit Izz Aydin.

Tersentak Rafael mendengar jeritan wanita itu, menggelupar tangan dek terkena air panas. Pantas Izz Aydin ditarik dan dibawa ke pili air, melalukan air paip ke arah tangan yang mula naik kemerahan.

"Sorry.. saya tak perasan awak kat situ." Ujar Rafael dengan nada bersalah. Wajah Izz Aydin dipandang sekejap dan terlihat genangan halus mula terbit dari mata wanita itu. Pasti terlalu sakit kerana air itu turut terkena pada badannya tetapi tidak terlalu menyakitkan kerana berlapis dengan baju.

Lembut tangan Izz Aydin dipegang dan sambil meniup perlahan.

"Korang buat apa ni?" Timbul satu suara dan serentak Izz Aydin dan Rafael menoleh.

Tajam mata Razin memandang dua orang dihadapannya berdiri rapat didepan sinki. Saat itu juga Rafael masih memegang tangan Izz Aydin dibawah pili air yang masih terbuka.

"Abang, sakit.." adu Izz Aydin dengan genangan air mata namun cuma renungan yang diberikan Razin.

Hati Razin mula dijentik cemburu, lansung lupa aduan kesakitan oleh si isteri. Pantas tangan Izz Aydin ditarik dan dibawa naik ke atas tanpa mempedulikan Rafael yang terpinga-pinga dihadapan sinki.

jom follow ig m.a.z_np boleh borak² ;) Please follow, rates and comments! tq ! ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience