Bab 53

Drama Completed 204768

Chup!!

"Good morning sayang."

Satu kucupan pagi diberikan berserta ucapan. Perlahan Izz Aydin membuka mata dan wajah tampan sang suami menjamu pandangan. Terukir senyuman dibibirnya.

"Morning abang.."

"Nyenyak tidur?"

Izz Aydin mengangguk malu selepas mengeliat sedikit. Malam yang begitu indah, pasti enak tidurnya didalam dakapan sang suami.

Satu lagi kucupan singgah didahi.

"Dah..bangun. Mandi, kita solat subuh."

Razin bangun dari pembaringan tetapi lengannya dipaut semula oleh Izz Aydin.

"Nak mandi dengan abang."

Razin mengecilkan kelopak mata memandang Izz Aydin yang tersipu malu menutupi sedikit wajahnya.

"Malu tapi mahu.. Makin buat abang geram lah." Tertawa Izz Aydin apabila Razin mula menggomol. Memang sehabis geli digosok manja dengan jambang suaminya itu.

****

Ting! ting!

Satu pesanan telegram masuk ke telefon bimbit milik Razin. Sejak dari pagi tadi telefon bimbit lelaki itu berbunyi menerima pesanan tetapi diabaikan. Malas mahu merosakkan bulan madu dengan perihal lain.

Tidak lama kemudian telefon itu menerima panggilan pula dan Razin hanya membiarkan. Dia pada masa itu sedang menikmati sarapan pagi disebuah restoran ditepi pantai bersama isteri kesayangannya.

Deringan telefon berbunyi untuk kali ketiga. Razin mendengus mengeluarkan juga telefon itu dari kocek seluar dan dijawab kasar.

"Hello.."

"Kan aku dah kata jangan call aku masa aku cuti." Menyembur amarahnya. Sudah dipesan jangan diganggu ketika dia berbulan madu tetapi panggilan dan pesanan yang bertubi-tubi masuk menyebabkan Razin tidak tahan telinga.

Izz Aydin memerhatikan riak suaminya yang berubah-ubah itu. Pada mulanya marah mengetap bibir. Kemudian menggosok pelipis dan dahi seperti memikirkan sesuatu. Dan akhirnya keluhan berat dilepaskan sebelum panggilan ditamatkan.

"Apa hal Daniel call? Mesti ada hal penting kan." Tanya Izz Aydin. Air kopi panas dihadapannya dihirup perlahan.

"Daniel kata ada accident kat site Johor semalam. Ada pekerja buruh jatuh dari tingkat 3. Sekarang dah dibawa ke hospital sana." Jelas Razin. Sedikit keluhan terlepas dari bibir lelaki itu.

"Ehh yeke? Okay tak pekerja tu?"

"Tak tahu lagi. Kawan abang yang pegang projek tu ada kat sana. Sekarang ni Raf pun tengah sibuk handle kerja abang and tak dapat pergi Johor untuk tengok keadaan sana. Abang nak suruh yang lain pergi susah jugak sebab selalunya kalau kes macam ni abang sendiri yang pergi tengok. Jadi abang suruh Daniel je handle dulu."

"Kalau macam tu, kita kena balik lah. Mesti Daniel tengah risau sekarang nak handle kes tu."

"Mana boleh. Kita kat sini baru 3 hari. Lagipun kita tak habis pusing lagi pulau ni."

"Lain kali kan kita boleh pergi lagi. Kita balik dulu lah." Pujuk Izz Aydin.

Sejenak Razin berfikir. Menimbang tara cadangan isterinya. Kalau ikutkan mereka berada disitu selama seminggu. Tapi memikirkan hal yang disampaikan Daniel tadi, membuatkan hatinya tidak tenang bercuti.

"Okay. Kita balik petang ni. Habiskan makan dulu, lepastu kita singgah beli barang sikit and bersiap untuk balik."

Izz Aydin mengangguk tersenyum.

"Sorry sayang dah rosakkan honeymoon kita." Ucap Razin. Tangan Izz Aydin disentuh dan diusap kasih.

"Tak apa. Saya faham kerja abang."

"Thank you sayang. Dah cepat makan. Lepas tu kita gerak beli barang okay."

Izz Aydin menyambung semula suapan makannya. Sesekali mata dilirikkan ke arah Razin yang kelihatan risau.

*****

Setibanya dilapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, Razin dan Izz Aydin dijemput oleh Daniel. Mereka kemudiannya terus ke hotel kerana Razin perlu membaca laporan kemalangan itu. Sementara itu, Izz Aydin disuruh berehat didalam suite milik suaminya.

Jam mula menginjak pukul 9 malam namun Razin belum juga menyelesaikan urusan kerjanya. Telekung dibuka dan perlahan Izz Aydin bangun menuju ke ruang tamu suite itu.

Perut dipegang dan digosok sekejap.

"Lapar lah.." bisik Izz Aydin sendiri.

"Nak makan apa ni..hmm.." menu di atas meja dicapai tetapi tidak satu pun menarik perhatiannya. Fikiran dibawa berfikir pula.

"Rasa nak makan kuey teow kerang lah. Mana nak cari ni.. " terasa kecur air liur teringatkan kuey teaw kerang yang pernah dimakannya bersama Yana dulu.

Air liur yang mula terbit ditelan.

Ada cod ke sini tak kuey teow kerang tu eh.. bisik Izz Aydin lagi.

Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Tok Adam, mengatakan dirinya mengandung hanya kerana suaminya yang selalu mengidam makanan. Tangan dibawa mengusap perut semula.

Terukir senyuman di bibir munggil miliknya tika itu. Lantas telefon bimbit diambil dan aplikasi 'Period Tracker' ditekan.

Skrin ditolak kiri kanan, memeriksa tarikh akhir kedatangan teman setianya yang satu itu. Jika kelewatan seminggu itu sudah menjadi kebiasaan bagi Izz Aydin.

Seketika, terpaku anak matanya merenung skrin telefon yang mula gelap.

Air liur ditelan.

"Tigabelas.. empatbelas.. lima.. "

"Ehh.. dah lewat dua minggu lebih kot. Kenapa aku boleh tak perasan ni." Desisnya sendiri.

Tanpa berfikir lama, cardigan didalam beg diambil lalu disarung ke tubuh. Rambut pula diikat satu dengan sedikit juntaian rambut dihadapan. Beg tangan diatas meja turut dicapai sebelum kaki laju melangkah keluar dari suite.

*****

Dari kejauhan Melissa melihat kelibat Izz Aydin melangkah laju melalui pintu pemisah di antara Imperial Mall dan Imperial Hotel. Matanya dikecilkan sementara mulutnya digumam rapat.

Semalam dia menerima notifikasi instagram mengatakan Razin mengemas kini gambar baharu. Nanar matanya melihat gambar mesra lelaki itu dengan Izz Aydin. Bernanah hatinya melihat kebahagian pasangan itu.

"Oh.. dah balik honeymoon rupanya. Bukan main seronok kau dengan tunang aku bergambar berpeluk bagai. Arghhh!! Tak guna!" Bentak Melissa. Stering dihentak berkali-kali bersama jerkahan nyaring.

Enjin kereta dimatikan. Daun pintu ditolak sebelum tubuhnya dibawa keluar dari perut kereta. Dia mahu bersemuka lagi dengan Izz Aydin, si perampas itu!

Tidak sampai separuh langkah kakinya menuju pintu utama hotel, dia ditahan seseorang yang tidak dikenali.

"Excuse me.. Step away from my way!" Jerkah Melissa marah. Matanya tajam melihat susuk lelaki berjaket hitam dihadapannya itu.

"Maaf. Cik tidak dibenarkan berada di kawasan ni."

Menyerbu darah naik ke muka. "What?! Ni hotel tunang aku tau. Kau siapa nak halang aku?!"

"Ex tunang. Cik jangan nak buat kecoh kat sini. Cik sendiri dah terima amaran dari Tuan Razin sebelum ni kan. Cik jangan cuba-cuba nak dekat dengan isteri dia kalau cik tak nak meringkuk dalam penjara ." Senada lelaki itu memberi amaraan. Riak mukanya juga serius tanpa segaris senyuman.

Melissa mengetap bibir. Kaki dihentak ke lantai dengan rasa marah yang semakin meluap. Kelam kabut kaki dibawa semula masuk ke dalam kereta.

"Argh!!! Tak gunaa! Tak guna!!"

"Kau upah orang sebab nak protect isteri kesayangan kau tu?!! You memang tak guna Razin!" Menggila jeritan Melissa melepas amarah. Membuak-buak dada dihasut bisikan halus.

Bunuh dia Mel...!!! Bunuh dia!! Naik tersungging bibir merah milik Melissa.

****

Selesai membuat pembayaran disebuah farmasi yang terdapat didalam hotel itu, Izz Aydin mengatur langkah menuju ke dalam hotel semula. Berdebar bercampur teruja hatinya saat itu.

Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila melihat susuk Rafael sedang berbual dengan seseorang sebelum seseorang itu berlalu pergi. Senyuman lelaki itu terlalu lama tidak dilihatnya.

Rafael berpaling dan anak mata mereka bertaut seketika. Bibir cuba mengukir senyuman seikhlasnya walaupun hati menolak perlakuan itu. Dia tahu Razin ada dihotel itu tetapi tidak tahu pula Izz Aydin ada bersama.

"Izz.." sapa Rafael dengan senyuman dibibir.

"Raf.. apa khabar?" Sapa Izz Aydin pula. Senyuman turut dileretkan.

"Sihat alhamdulillah. Awak sihat? Nampak makin berisi la sekarang ni. Baru balik honeymoon kan."

Izz Aydin mengangguk tersengih. Haa kan betul, aku dah gemuk. Razin je cakap tak.

"Haah..Tu lah. Gemuk dah saya ni. Abang awak yang makan banyak, tapi saya yang gemuk. Pelikkan."

Tertawa Rafael mendengar.

"Mana ada awak gemuk. Masih cantik.. malah makin berseri. Tu tandanya awak bahagia. Betul tak?"

Izz Aydin tersenyum. Bahagia? Ya, saya bahagia tapi awak bahagia tak Raf? Soal hati Izz Aydin. Wajah bekas kekasihnya itu ditenung sekejap.

Rafael pula mengawal riak wajahnya. Berdetak berirama jantungnya memukul dada.

"Awak okay ke Raf?" Soal Izz Aydin rambang.

"Okay? Okay macam mana maksud awak?"

"Err okay macam.. kalau awak ada apa-apa nak tanya saya ke, minta tolong saya ke, awak boleh tanya saya. Awak kan adik ipar saya."

Adik ipar.. Hmm..

Rafael menggaru kepala berfikir. Boleh bagitahu Izz ke pasal Syamina ni. Boleh kot. Mana tahu dia boleh tolong. Hari tu pun macam dia kenal je Syamina.

"Err saya nak.."

Kelu lidah Rafael apabila matanya menangkap kelibat Razin sedang berjalan menghampiri mereka. Wajah abangnya tika itu tidak menunjuk riak apa.

"Sayang.." sapa Razin sebaik kakinya berdiri rapat disisi Izz Aydin. Tangannya naik merangkul pinggang milik isterinya itu.

Izz Aydin tersentak sedikit namun bibir diukur semanisnya.

"Abang.. dah habis kerja dah?"

"Dah. Abang cari sayang kat atas tadi tapi sayang tak ada."

Izz Aydin menyorot anak mata. Terlihat beg bagasi mereka sudah dibawa Razin bersama.

"Saya masuk mall kejap tadi. Beli barang sikit." Ujar Izz Aydin sambil menyua plastik berwarna hijau.

Didalam plastik itu mengandungi syampoo, tisu dan pelembab bibir. Mujur kit ujian kehamilan dibelinya tadi sudah siap diasingkan dan disimpan ke dalam beg tangan.

Razin melihat sekilas didalam plastik sebelum menoleh ke arah Rafael.

"Kau tidur sini malam ni?" Soal Razin kepada Rafael.

"Haah.. malas nak balik. Seharian attend meeting sana sini. Penat. Malas nak drive."

Razin tersenyum, bukan menyindir tetapi sedikit bangga.

"Tapi berbaloi kan. Lepas ni senang lah aku nak cuti sebab kau dah ada. Daniel pun kata kau dah makin mahir sekarang." Puji Razin.

Tersengih Rafael mendengar pujian tak diduga itu. Dari Razin lagi. Dia ingat abangnya itu akan cemburu melihat dia dan Izz Aydin berbual tadi tapi sangkaannya meleset. Abangnya nampak santai, malah semakin mesra.

"Okay lah. Kita orang balik dulu. Mesti Izz dah penat ni. Tak sempat balik rumah pun tadi." Ujar Razin.

Rafael mengangguk perlahan. Walaupun dalam hatinya ada sisa sayang pada Izz Aydin, dia masih tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan itu.

Izz Aydin memaut lengan Razin sebelum mereka berjalan beriringan.

Baru tiga langkah, Razin menghentikan kayuhan kaki dan menoleh semula ke arah Rafael yang masih tercegat diposisi tadi.

"Ohh, sebelum aku lupa..Mommy ada kata kau mungkin perlukan pertolongan aku."

Rafael mengerutkan kening. "Pertolongan? Pertolongan apa?"

"I'm not sure but mommy mention someone's name.. Hmm Syamina.. i guess?"

Bertaut kedua kening Izz Aydin. Hatinya mula berbicara. Syamina? Macam kenal je nama tu.. Wajah Rafael dipandang sekejap.

Rafael mati kata dengan bibir yang mula tersengih malu. Alaa mommy ni. Dia bagi tahu abang Zin pulak. Tak ke pelik baru frust muncul nama Syamina. Aduh mommy...

Tergaru-garu Rafael menutup gelisah.

"Anything nak tanya, boleh tanya aku. Kalau tak..." Razin tersenyum melihat kelakuan adiknya itu. Dia kemudiannya meneruskan langkah kaki yang tertunda tadi sambil memaut bahu isterinya.

Rafael melihat pemergian pasangan itu dengan hati yang sebal. Kalau tak apa? Nak kata aku melepas lagi ke? Tahu lah dia dah bahagia dengan Izz. Aku jugak yang kena ubat hati aku yang kecewa ni.. Ergh!

'Bukan senang aku nak tackle Izz tu dulu. Sekarang nak kena tackle Syamina pulak. Alahh dua-dua susah kot!' bebel Rafael dalam hati.

*****

Semburan wangian mula mengisi segenap ruang bilik wardrobe. Kot berwarna biru muda menjadi pilihan hari ini, mengikut pilihan isteri kesayangannya itu. Leher kemeja dibetulkan sedikit sebelum kaki dibawa melangkah menghampiri isterinya yang sedang berdiri memerhatikannya dari tadi.

Kucupan penuh cinta diberi di dahi Izz Aydin dan pinggang wanita itu dirangkul rapat.

Izz Aydin tersenyum merebahkan kepala didada suaminya. Bau wangian disedut dalam, mendamaikan jiwa yang masih dilanda gundah sejak semalam.

"Kenapa handsome sangat ni. Makin buat saya tak bagi abang pergi lah." Ujar Izz Aydin. Manja!

Rambutnya diusap perlahan oleh Razin.

"Sayang tu la. Asyik tak nak ikut abang je. Lepas tu dia sendiri rasa tak sedap hati nak bagi abang pergi."

"Abang pergi dua hari je kan. Jaga diri, jaga hati. Jangan sibuk nak pandang perempuan lain. Saya dah pesan kat Daniel siap-siap tengok-tengokkan abang ni."

Tergelak Razin mendengar amaran isterinya itu.

"Ehh boleh pulak gitu. Daniel tu pembantu abang tau. Gerenti dia ikut cakap abang dari cakap sayang."

Izz Aydin mengetap bibir dengan mata yang menjeling sedikit. Makin bertambah ketawa Razin melihat riak Izz Aydin.

"Abang tahu lah. Sayang tak pesan pun abang jaga mata, hati ni untuk sayang je." Tutur Razin lembut. Tersenyum mekar bibir Izz Aydin.

"Sayang kalau nak keluar, bagi tahu abang dulu. Tapi kalau tak ada apa yang penting, tak payah keluar." Pesan Razin.

Hari ini Razin terpaksa meninggalkan lagi isterinya untuk ke Johor kerana perlu menguruskan perihal kemalangan yang berlaku di tapak projek hotel baru mereka. Mujur pekerja itu tidak mengalami kecederaan serius tetapi Razin tetap mahu ke sana bagi memeriksa keadaan lagi.

Izz Aydin mengangguk perlahan.

"Okay abang jangan risau. Pandai lah saya jaga diri."

"Abang pergi dulu ya. Daniel dah tunggu kat bawah."

Rangkulan dileraikan lalu menarik beg bagasi tetapi beg itu dilepaskan semula. Pipi gebu isterinya dikucup kiri dan kanan sebelum bibir munggil wanita itu dikucup erat.

Tersenyum Izz Aydin diperlakukan suaminya.

"Okay. Abang hati-hati."

"You too sayang. Love you.."

Izz Aydin menghantar pemergian suaminya itu dengan pandangan dan hati yang berat. Dia sendiri tidak tahu kenapa hatinya rasa tidak sedap sejak semalam. Rasa itu tidak pula diutarakan lebih kepada suaminya. Bimbang Razin akan risau pula lebih-lebih lagi terpaksa meninggalkannya untuk dua hari ini.

Izz Aydin menepis rasa itu dengan rasa teruja pula. Kaki dibawa masuk ke dalam bilik dan beg tangan di ambil. Kotak berwarna putih dikeluarkan lalu menuju ke dalam tandas.

Arahan pada kotak itu dibaca dengan teliti sebelum digunakan.

Okay! Satu line negative. Dua line positif.

Lima minit berlalu...

Izz Aydin masih belum melihat keputusan di alat ujian kehamilan itu. Berdebar-debar jantungnya. Takut-takut cuma satu jalur yang muncul, bukan dua seperti yang diinginkannya. Mujur belum diberitahu kepada Razin perihal dia membeli alat ujian kehamilan itu tempoh hari.. Kalau- kalau negatif, tidaklah suaminya rasa kecewa sama.

Perlahan kaki dibawa masuk semula ke dalam bilik air. Matanya sedari tadi tertancap melihat alat ujian itu dari luar.

Fuh!! Rilek Izz. Kalau satu pun tak apa. Bukan rezeki lagi kan. Tapi nak dua!

Satu ke dua..hmmm jom follow ig m.a.z_np kita borak² ;) Please follow, rates and comments. tq! ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience