BD Special Chap 1

Drama Completed 204829

"Entah berapa~~
kali ku coba membohong hatiku ini~~
Hebat dilanda rindu padamu~~
Namun semua alasan~~
Rapuh bagaikan awan berarak~~
Yang memang tidak pernah abadi~~"

Menjuling ke atas anak mata Izz Aydin mendengar suara yang mendendangkan lagu Hattan itu. Emma, pembantu rumah Izz Aydin turut menggeleng kepala dengan ketawa kecil.

"Dia dah mula dah.. Pantang hujung minggu, itu aje lah dibuatnya." Kata Izz Aydin lalu ikut sama ketawa.

"Dulu masa puan mengandungkan Riqzi, tuan macam tu jugak ke perangainya?" Soal Emma sambil mengelap pinggan mangkuk yang digunakan mereka makan tadi. Dia kemudiannya melabuhkan punggung disebelah Izz Aydin yang masih duduk dikerusi ruang makan.

"Masa dengan Rizqi dulu lain. Saya yang mengandung tapi dia selalu mengidam makan macam-macam. Tapi kali ni, tak tahu lah nak kata apa. Asyik nak menyanyi je kerjanya. Masa saya cerita kat mommy pasal habit dia ni, mommy kata daddy dulu pun macam tu masa dia mengandungkan Zin. Agaknya mengikut lah tu.." Tergeleng-geleng kepala Izz Aydin menceritakan perihal itu kepada Emma.

"Ye ke.. Tapi saya tak sangka pun suara tuan tu sedap kalau menyanyi. Kali ni saya rasa puan mesti mengandungkan baby girl lah sebab kali ni puan yang selalu mengidam makan itu ini. Haa.. nanti mesti baby cantik macam mama dia." Puji Emma lalu tersenyum memandang Izz Aydin.

"Saya tak kisah girl ke, boy ke. Asalkan semuanya selamat sampai bersalin nanti." Izz Aydin tersenyum mengusap perutnya yang sudah kelihatan membulat itu.

"Betul tu. Saya pun doakan semuanya selamat untuk puan." ucap Emma.

Izz Aydin tersenyum lagi mengangguk kepala. Mulutnya turut mengaminkan kata-kata itu.

"Puan pergilah berehat. Nanti tuan marahkan saya pulak biarkan puan buat kerja kat dapur ni. Muka puan pun pucat aje tu nampak penat.. Seharian melayan Rizqi meragam tadi kan."

"Haah. Tak tahulah kenapa dia meragam je harini. Asyik nak berkepit aje."

"Biasalah tu. Dia kan kecil lagi dah dapat adik. Manjanya tak puas lagi kot."

"Tu la. Takpe lah, saya naik dulu. Nak tengokkan Rizqi kejap. Entah boleh ke tidak dia tu tidur dengan daddy nya melalak sakan kat atas tu. Aduhai.." tergelak lagi Emma mendengar rungutan Izz Aydin.

"Saya rasa Rizqi tidur aje tu. Kalau dia bangun, Kak Muna mesti dah bawa dia turun dah. Nanti saya boleh tolong tengokkan Rizqi lepas siap kemaskan dapur. Puan rehat je."

Izz Aydin berfikir sejenak sebelum mengangguk. "Okaylah. Nanti apa-apa bagitahu ya."

"Baik puan."

Izz Aydin mula mengorak langkah lalu mendaki anak tangga. Semakin jelas gegendang telinganya mendengar suara Razin sedang menyanyi didalam bilik khas ditingkat 1 rumah itu. Walaupun bilik itu kedap bunyi tetapi masih jelas kedengaran suara suaminya itu menyanyikan lagu Hattan tadi.

Kakinya terus melangkah ke tingkat 2 pula lalu menuju ke bilik tidur. Belum sempat dia berpaling menutup pintu, tiba-tiba dia merasakan seseorang memeluknya dari belakang. Kepala ditolehkan sambil memegang dada akibat terkejut.

"Ish abang.. terkejut saya." Senyuman terus diukir buat sang suami yang masih memeluknya.

"Sorry. Abang buat sayang terkejut ke?" Soal Razin lalu mencium pipi Izz Aydin. Pelukan dileraikan dan dia menuju ke sofa sambil memimpin Izz Aydin supaya duduk bersama.

"Bukan abang kat bawah ke tadi? Cukup dah menyanyi? Nasib lah rumah jiran jauh-jauh. Kalau tak, kena complaint aje lah kita ni." Sempat Izz Aydin membebel lalu merebahkan kepala disisi Razin namun kepalanya diangkat semula. Tangannya naik menggosok hidung sendiri.

"Tak ada la suara abang sampai ke rumah jiran. Bilik kedap bunyi kot. Hmm malam ni kita layan movie nak?" Ajak Razin.

"Tak nak lah. Badan saya rasa tak sihat lah. Letih."

"Tak sihat? Masih ada mual-mual lagi? Ubat tahan muntah tu ada makan tak?" Jelas kerisauan diwajah Razin memandang wajah pucat isterinya.

"Dah makan dah tadi. Sebab tu kurang sikit rasa mual ni tapi lepas cium bau perfume abang ni rasa macam makin mual pulak. Pening!" Izz Aydin mula menggosok hidung lagi.

Bertaut rapat kedua kening Razin sambil menghidu bau badannya sendiri. "Ni kan perfume yang sayang beli untuk abang haritu. Abang baru je try pakai ni."

"Yang ni ke? Apesal macam pelik je baunya. Buat saya pening lah. Abang tak payah pakai lagi perfume ni." Segera Izz Aydin bangun dari kerusi. Hidungnya kembang kempis menepis bau wangian Razin.

Terkebil-kebil Razin melihat isterinya berlalu menuju ke bilik air. Kepala digelengkan. Sejak isterinya itu mengandung kali kedua, wanita itu agak sensitif dengan bau-bauan. Memasak pun dia tak boleh. Kadang kala perangainya juga senang berubah.

'Ada lagi 5 bulan nak hadap ni. Aduh baby. Jangan bagi mama susah. Nanti daddy sama-sama susah!' ketawa kecil Razin mendengar kata hatinya.

*****

Jam mula menunjukkan pukul 11 pagi. Suasana didalam rumah tiga tingkat itu agak riuh dengan kehadiran Adelia yang sedang bermain dengan Rizqi sambil ditemani Muna dan Emma. Mereka berempat sedang leka bermain sambil menonton kartun kegemaran Adelia diruang tamu.

Izz Aydin pula sedang bersiap untuk keluar makan tengah hari bersama Razin. Usai menyiapkan diri, dia terus mengatur langkah menuju ke tingkat bawah. Bibirnya mengoyak senyuman untuk mereka berempat disitu.

"Mama.." panggil Adelia lalu berlari anak mendapatkan Izz Aydin. Tangannya menarik tangan Izz Aydin supaya duduk bersama mereka.

"Mama keluar sekejap ye. Jangan notty notty tau. Kak Adel boleh jaga adik Rizqi kan sayang.?" Soal Izz Aydin kepada Adelia. Rambut anak tirinya itu diusap lembut.

"Mestilah boleh. Kak Adel kan dah besar." Bersungguh-sungguh Adelia memberitahu.

Izz Aydin tersenyum mencium ubun-ubun Adelia. "Good girl sayang. And.. jangan susahkan aunty Muna dengan aunty Emma okay. Rizqi pun sama. Be a good boy." Rizqi yang seakan faham pesanan Izz Aydin itu tersengih menayang gusi yang belum ditumbuhi gigi.

"Okay mama. No worry." Jawab Adelia tersenyum.

Izz Aydin memandang Emma pula. Dia juga ada pesanan untuk pembantu rumahnya itu.

"Emma, nanti masakkan bubur Rizqi buat cair sikit ya. Malam tadi macam dia berak keras sikit lah. Kan Kak Muna?" Soal Izz Aydin memandang Muna pula.

"Haah. Lupa nak bagitahu Emma tadi. Buat bubur kosong je lah untuk dia. Jangan campur apa-apa." Ujar Muna pula kepada Emma.

"Okay. Nanti saya buatkan untuk budak comel ni." Kata Emma sambil mencuit pipi Rizqi diatas pangkuan Muna. Menyeringai anak kecil itu ketawa.

Izz Aydin mencium kedua pipi Riqzi dan Adelia. "Mama pergi dulu. Bye. Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.. Bye mama.. careful.." pesan Adelia. Tangannya melambai ke arah Izz Aydin sehinggalah wanita itu hilang dibalik pintu.

*****

Bzzt! Bzzt! Bzzt!!

Getaran telefon bimbit didalam kocek agak mengganggu konsentrasi kerjanya. Sudahlah banyak laporan kewangan yang harus diselesaikan hari ini. Diganggu pula panggilan yang tidak berhenti sedari tadi. Perut yang berkeroncong lapar turut menambah gangguan.

Lantas telefon bimbitnya itu dikeluarkan. Belum sempat panggilan itu dijawab, ia berhenti sendiri dan tertera 6 missed call dari pemanggil yang sama.

Fuhh..! Rafael melepaskan keluhan berat.

Kepala disandarkan dikepala kerusi dengan mata terpejam. Terbayang-bayang wajah isterinya disaat itu.

Bodoh kau Raf! Apa susah sangat kau ni! Herdik hatinya sendiri.

Sudah hampir dua bulan Rafael mendirikan rumah tangga tetapi dia masih belum dapat menerima isterinya itu. Dan sepanjang itu juga dia belum lagi menyentuh isterinya. Bukan sebab tidak suka tetapi rasa mahu bercinta dan sayang itu seperti sudah mati selepas dia kemalangan 7 bulan lepas.

Sejenak Rafael termenung kosong, akhirnya punggung diangkat dari kerusi kerjanya. Tengkuk digosok sedikit bagi melegakan tegangan dan langkah kaki terus menuju keluar dari pejabat.

Langkah kakinya longlai menuju ke lobi dengan kepala ditundukkan. Keluhan berkali-kali juga dilepaskan dari bibir.

Sebaik kepala diangkat, matanya terus terlihat Izz Aydin berjalan bertentangan dengannya dilobi hotel Imperial. Wajah wanita itu dipandang tunak dengan senyuman dan kakinya juga automatik menuju ke arah Izz Aydin.

"Izz.. Buat apa kat sini?" Soal Rafael. Bibirnya masih tersenyum. Senang melihat wajah cantik kakak iparnya itu semenjak wanita itu mengandung anak kedua. Semakin berseri!

"Nak jumpa abang awak lah. Lunch date dengan dia. Rasa macam nak makan seafood pulak hari ni. Dia masih busy ke? Tadi saya call dia tak jawab pun."

"Oh.. abang Zin ada dalam office dia kot. Tadi ada lah nampak dia dengan client tapi tak sure masih tak. Try tanya PA dia."

"Okay. Awak pun nak keluar lunch ke ni?" Soal Izz Aydin.

"Haah.."

"Ooo okay. Saya pergi dulu lah. Nanti bising pulak abang awak tu kalau saya lambat." Sempat Izz Aydin menayang gigi tersengih.

Rafael ikut senyum. "Okay. Hati-hati jalan tu. Tadi ada cleaner baru bersihkan lantai basah sebab air tumpah tadi."

Izz Aydin tersenyum mengangguk sebelum berlalu dengan langkah berhati-hati.

Rafael memerhatikan sahaja Izz Aydin berlalu pergi sehingga hilang dari pandangan. Saat itu hatinya cemburu melihat kebahagian abangnya bersama Izz Aydin.

Untung abang Zin memiliki cinta dari wanita sebaik Izz Aydin. Aku? Hmm.. terus dibiarkan soalan itu berlegar-legar difikiran tanpa mencari jawapan.

*****

Razin menekur fail hitam di atas mejanya. Hampir satu jam dia meneliti isi kandungan fail itu sambil diperhatikan pembantu peribadinya yang baru bekerja dengannya 5 bulan lalu. Walaupun pembantunya itu tidak mempunyai pengalaman bekerja, namun dia tangkas dan cepat menyelesaikan kerja seperti yang diarahkan. Cuma ada satu yang Razin tidak senang dengan wanita itu.

Sejam yang lalu mereka baru selesai mengadakan perjumpaan bersama rakan niaga baharu. Walaupun perbincangan mereka cuma sebentar, kata sepakat cepat sahaja dicapai kerana Razin sudah mengenali rakan niaga barunya itu.

"Aleya.." panggil Razin tanpa memandang pembantunya itu.

"Ya tuan.." segera Aleya berjalan menghampiri lalu menapak berdiri disisi Razin. Badannya dibongkokkan sedikit sehinggakan Razin boleh menghidu wangian wanita itu.

Razin memaling kepala ke kiri dan terus tersentak apabila wajah Aleya begitu dekat disisinya. Hampir-hampir bibirnya mencecah pipi mulus wanita itu.

Aleya tersenyum melihat wajah kemerahan majikannya.

"Ehem.. " Razin melegakan rasa terkejut dengan berdeham halus. Mata dilarikan dari memandang wajah Aleya dan kerusi ditolak menjauh sedikit.

"Later you scan this document and email ke partner aku tadi.. Make sure kau double check the date, nama company ni and don't forget cc kepada aku, Rafael and Daniel sekali." Ringkas dan terang arahan diberikan.

Aleya mengangguk sedikit, faham arahan yang diberikan. Tanpa segan silu, dia merapatkan tubuhnya ke arah Razin untuk mengambil fail hitam itu. Dadanya yang menonjol dibalik baju ketat tergesel dilengan sasa Razin.

"Aleya!" sergah Razin lalu bangun dari kerusi.

Wajah selamba Aleya dipandang sekejap.

"What?" Jawab Aleya tanpa perasaan bersalah.

"Jangan melampau boleh tak?! Aku dah bagi warning kan!" Tengking Razin. Aleya masih tayang wajah selamba. Malah bibir merahnya mengoyak senyuman pula.

"Saya cuma menjalankan tanggungjawab saya sebagai PA tuan. In and out. Lagipun isteri tuan takkan tahu pun. Dia mana pernah datang sini kan." Semakin berani Aleya mendekati Razin.

"Aku tak suka kau buat perangai macam ni! Kalau tak disebabkan Daniel, aku dah lama buang kau dari sini!" Turun naik dada Razin menahan geram. Ini bukan kali pertama pembantunya itu cuba menggodanya eengan cara begitu. Malah amaran sudah diberikan berkali-kali.

Hanya kerana teringatkan kata-kata Daniel bahawa Aleya dari keluarga yang susah dan bergantung harap padanya, Razin setuju menerima Aleya bekerja.

Razin cuba melangkah pergi tetapi ditahan Aleya. Kedua tangan wanita itu mendepa luas sekaligus menghalang laluan.

Razin mengetap bibir, geram bercampur marah. Aleya pula mula berani menyentuh lengan sasa lelaki itu dengan riak teruja walaupun Razin menepis.

*****

Hampir 15 minit Izz Aydin duduk diruang menunggu. Dan selama itu juga pembantu suaminya belum muncul. Serasanya dia belum pernah lagi bertemu dengan pembantu baru Razin itu. Cuma tahu wanita itu masih muda, sebayanya dan bekerja disitu atas rekomendasi dari Daniel.

Nama pembantu baru suaminya diatas meja direnung lama. Aleya Maisara... Hurm..

Tidak betah menunggu lagi, Izz Aydin terus melangkah ke pejabat Razin dan tombol pintu dipulas.

Klak!

Mati langkah Izz Aydin sebaik terpandang Razin bersama seorang wanita. Riak Razin pula sangat terkejut melihat kemunculan tiba-tiba isterinya itu tetapi wanita bernama Aleya itu? Tersenyum manis memandang Izz Aydin. Seolah tiada apa yang berlaku walaupun pada masa itu tangannya melekap menggenggam lengan Razin.

Jadi, ini pembantu baru dia? Seksanya! Gumam hati Izz Aydin. Penampilan wanita itu dipandang dari atas ke bawah.

Seketika..tiada suara timbul dibalik situasi itu. Cuma anak mata bergerak-gerak memandang sesama sendiri.

"Sayang.." panggil Razin kepada Izz Aydin. Tangannya menolak tangan Aleya tetapi Aleya semakin memegang erat.

Pap!

Pintu ditutup semula.

Razin terpana. Tidak menyangka seberani itu Aleya menyentuhnya dan terus dilihat Izz Aydin. Pasti isterinya sudah berfikir yang bukan-bukan! Sudahlah sejak mengandung ini isterinya itu kuat cemburu. Alahai...

Tanpa menunggu lama, Razin menolak Aleya kasar sehingga terdorong ke belakang. Langkah kakinya segera digerakkan mengejar Izz Aydin yang sudah berlalu.

Izz Aydin melajukan langkah. Tangan sebelahnya memegang perut yang sudah kelihatan membulat itu. Mata pula diliarkan sekeliling mencari seseorang tetapi siapa? Dia datang ke situ pun dihantar oleh pemandu peribadinya dan mungkin pemandunya itu sudah pulang kerana dia yang mengatakan akan pulang bersama Razin selepas makan nanti.

Ahhh.. naik grab je lah! desis hati Izz Aydin.

Rafael yang baru hendak menolak gear untuk menggerakkan keretanya terus mematikan niat. Dia keluar semula dari kereta apabila terlihat Izz Aydin berjalan laju keluar dari hotel dalam keadaan laju.

"Kenapa ni Izz? Laju je berjalan. Hati-hatilah.." tegur Rafael kerisauan. Dia turut memandang perut Izz Aydin yang ditahan dengan tangan itu.

"Raf. Tolong hantar saya balik boleh tak?." Pinta Izz Aydin tiba-tiba. Wajahnya juga kelihatan keruh.

"Boleh.. tapi bukan awak ada lunch date dengan abang Zin ke?."

"Plan cancel. Please hantar saya sekarang. Kalau tak boleh, saya naik grab je lah."

Izz Aydin sudah menuju ke arah lain tetapi Rafael lekas menahan. "Eh eh.. janganlah. Okay, saya hantar. Jom masuk. Hati-hati sikit."

Izz Aydin terus masuk ke dalam perut kereta Rafael. "Cepat jalan. Saya tak nak lama-lama kat sini. Rimas!"

Rimas? Apa yang dirimaskan Izz ni? sempat Rafael berfikir sejenak lalu mengangguk sendiri. Seakan tahu apa yang dirimaskan wanita itu. Pasti sebab Aleya!

Sebelum berlalu meninggalkan hotel itu, Rafael sempat terlihat Razin berlari keluar dipintu utama hotel dengan mata yang meliar. Mungkin mencari Izz Aydin dan dia tidak perasan akan isterinya didalam kereta Rafael kerana cermin kereta itu agak gelap.

Razin memandang kosong kereta milik Rafael berlalu. Tidak terfikir Izz Aydin berada didalam kereta itu. Mungkin isterinya sudah pergi menaiki grab.

'Argh! Damn it! Susah lah pujuk lepas ni!!"

Special chap requested by my beloved readers ;) chapter santai² je sementara kemunculan sequel..hihi mesti ada yang rindu Izz dgn Zin kan.. baik ngaku cepat!! sebab maz pun rinduu..ahakz! meh follow ig m.a.z_np kita borak² ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience