Bab 29

Drama Completed 204829

Izz Aydin membuang pandangan ke luar tingkap kereta. Daniel pula terus fokus kepada pemanduannya dengan kelajuan sederhana. Sunyi sepi didalam kereta saat itu tanpa sebarang suara.

"Daniel, nanti berhenti kat rnr." Arah Razin tiba-tiba.

Daniel mengangguk dan tidak sampai 15 minit pemanduannya, kereta itu berhenti di sebuah rnr. Dengan isyarat mata Daniel menapak keluar, meninggalkan Razin dan Izz Aydin berduaan didalam kereta.

"Izz, aku ada benda nak bincang dengan kau." Kata Razin perlahan. Tubuhnya di angkat sedikit dari sandarnya.

"Nak cakap apa, cakap je lah." Jawab Izz Aydin dengan nada tidak suka.

"Duduk belakang. Supaya senang kita bincang." Tutur Razin perlahan.

"Tak nak. Saya duduk sini pun masih boleh bincang kan. Bercakap pun guna mulut. Tak payah duduk belakang pun." Kata Izz Aydin yang nadanya masih seperti tadi tetapi bersama dengusan kasar.

Razin terus melepaskan nafas kasar. Terasa kelakiannya saat itu tercabar dengan sikap dingin Izz Aydin terhadapnya.

"Izz Aydin! Kau keluar sekarang dan duduk belakang ni!" Jerkah Razin. Dadanya berombak menahan marah. Memang pantang baginya orang yang tidak mengikut arahan walaupun dia sudah cuba berlembut.

Terhinjut bahu Izz Aydin mendengar jerkahan mengejut dari Razin dibelakang. Jantungnya terus berdegup kuat kerana pada saat itu dia sudah ketakutan. Walaupun ini bukan kali pertama dia mendengar lelaki itu meninggikan suara kepadanya tetapi kali ini, suara itu kedengaran sungguh tajam menikam ke jantungnya.

Perlahan dia menolak daun pintu hadapan dan masuk semula ke belakang. Wajah pucat Razin tidak berani dipandangnya. Dia sendiri tidak tahu dari mana muncul keberanian menentang arahan lelaki itu.

Razin menyandar semula dikerusi dengan mata yang terpejam. Dadanya yang berombak diurut kasar. Cuba menenangkan amarah yang menggelegak didalam dada.

Izz Aydin perasan perubahan pada riak wajah Razin, seakan menahan satu kesakitan. Dia mula diserang rasa bersalah apabila teringatkan lelaki itu masih belum sihat sepenuhnya. Dia cuba mendekat tetapi ditegah oleh Razin dan dia kemudiannya duduk diam sahaja dengan rasa bersalah yang sudah bersarang dihati.

Setelah seketika dan keadaan Razin mula tenang, dia memandang Izz Aydin yang menundukkan kepala disebelah. Timbul pula rasa kasihan selepas ditengkingnya tadi.

"Aku cuma nak bincang pasal semalam. Aku tahu semua jadi bukan atas kehendak kita. Aku faham kalau kau benci aku tapi tolong hormat aku sebagai suami kau. Aku takkan paksa kalau kau tak boleh tunaikan tanggungjawab kau sebagai isteri aku." Tutur Razin lembut.

"Saya minta maaf. Semua ni berlaku terlalu cepat dan saya sendiri masih belum boleh terima hubungan kita ni. Tuan tahukan saya sayangkan Raf."

Razin melepaskan satu nafas berat selepas mendengar nama yang sering meniti dibibir isterinya. Rafael.. sampai bila aku harus bersaing dengan adik aku sendiri.

"Tak apa. Kau boleh terus sayangkan dia selama mana yang kau nak. Tapi kalau kau minta aku lepaskan kau, aku takkan tunaikan."

"Tapi kenapa? Antara kita tak ada rasa cinta. Apa lagi sayang. Yang ada cuma hubungan seorang pekerja dan majikan." Tutur Izz Aydin perlahan. Air matanya mula bergenang ditubir mata. Setiap kali teringatkan Rafael, pasti hatinya terasa remuk redam membayangkan betapa kecewanya Rafael suatu hari nanti.

Razin merenung tunak mata yang sudah basah itu. Air mata yang bukan untuk dirinya, sebaliknya untuk lelaki yang bertakhta didalam hati isterinya. Sungguh sakit rasa hatinya melihat.

"Aku dah bagitau Daniel dan Yana supaya rahsiakan dulu perkahwinan ni. Kau jangan risau. Kita tetap teruskan hari-hari kita seperti tiada apa yang berlaku."

"Senangnya tuan cakap. Macam mana dengan Raf, Cik Melissa dan keluarga tuan? Saya rasa saya mengkhianati mereka dan saya tak boleh bayangkan kalau satu hari nanti mereka semua tahu."

"Kau tak perlu risaukan semua tu. Selagi dirahsiakan, mereka takkan tahu."

""Tapi sampai bila? Kalau tuan lepaskan saya, kita tak perlu hadapi semua ni dan mungkin kita boleh capai kebahagian kita sendiri."

"Tak! Aku takkan lepaskan kau. Perbincangan ni tamat disini dan kau boleh terus buat apa yang kau suka."

Izz Aydin terdiam memandang Razin yang sudah memanggil Daniel masuk semula melalui panggilan telefon. Dia hairan kenapa Razin tidak mahu melepaskannya jika hubungan suami isteri itu cuma pada nama tetapi tidak dilaksanakan sempurna.

Dia terus memandang keluar. Cuba memujuk hatinya sendiri. Linangan air mata yang masih belum mahu berhenti dibiarkan sahaja mengalir.

*****

Kereta jenama bmw x6 berwarna hitam itu mula bergerak perlahan memasuki satu simpang sebelum berhenti dihadapan sebuah rumah dua tingkat. Yana yang sudah tiba awal dirumah terus membuka pagar, membenarkan kereta itu masuk ke dalam.

Tidak lama kemudian, susuk Izz Aydin dilihat keluar dari kereta seorang diri dan menuju ke arahnya. Kereta milik Razin itu pula keluar semula dari kawasan rumah itu dan berlalu pergi dari situ.

"Kau tak ikut tuan balik?" Soal Yana sebaik melihat wajah masam Izz Aydin. Pagar diluar terus ditutup dengan alat kawalan jauh.

"Tak."

"Tak? Dia tak nak kau ikut dia?" Soal Yana lalu duduk dikerusi bersebelahan Izz Aydin.

"Tak. Aku yang tak nak ikut dia dan aku akan tetap tinggal kat rumah ni." Tegas Izz Aydin.

"Izz, tempat seorang isteri adalah disisi suami dan bila kau menolak ajakkan dia untuk tinggal bersama, kau dianggap nusyuz. Aku juga akan dapat dosa sebab biarkan kau kat sini."

"Dahlah Yana. Aku malas nak dengar bebelan kau. Kalau kau tak suka aku duduk rumah ni, esok pagi-pagi aku pindah keluar. Kau jangan risau.Aku takkan susahkan kau lagi lepas ni." Izz Aydin terus bangun dari duduknya untuk menuju ke atas.

Yana pula sudah serba salah melihat riak muram sahabatnya itu. Air jernih yang bertakung dimata Izz Aydin juga dilihatnya sudah terbit, cuma menunggu masa untuk gugur. Lantas tangannya memaut tangan Izz Aydin dari berlalu.

"Izz.. aku tak pernah rasa kau susahkan aku. Kau lah sahabat dunia akhirat aku. Aku minta maaf kalau aku mendesak kau tanpa fikirkan tentang perasaan kau sekarang ni."

Izz Aydin menunduk wajahnya. Satu persatu titik halus mula gugur menitik ke lantai.

"Maafkan aku Yana kalau aku menyusahkan kau dengan masalah aku." Luah Izz Aydin.

"Kau duduk lah selama mana kau nak. Pintu rumah aku ni sentiasa terbuka untuk kau tapi kalau kau nak tinggal dengan suami kau, aku takkan halang."

Izz Aydin memaling wajahnya yang sudah lencun itu. Apa lagi yang mampu dilakukannya sekarang ini jika hanya menangis akan membuatkan dirinya kuat untuk menghadapi esok hari dan hari-hari seterusnya.

*******

Keesokan hari usai solat subuh, Izz Aydin terus bersiap untuk memulakan kerja. Langkah bertenaga diatur menuju ke dapur dan secawan air milo panas dibancuh lalu mengambil roti dan disapu dengan mentega kacang.

Hari ini, dia nekad ingin meneruskan hari-harinya seperti biasa. Dia sudah penat menangis dan akan melalui semuanya dengan tabah. Disebabkan terbawa-bawa perasaan sedih itu, dia terlupa akan tawaran yang diberikan Razin.

Dia akan bekerja dengan Razin dalam satu tempoh yang ditetapkan sehingga habis hutangnya dan dia mungkin ada dibebaskan. Kedengaran agak tragis, menanti saat dibebaskan. Situasi seolah keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. Begitulah perumpamaannya. Namun dia turut lega kerana selepas ini tidak akan diganggu johan dan rakannya lagi.

Tidak lama kemudian Yana muncul dan turut membancuh air nescafe kegemarannya. Ekor matanya menjeling Izz Aydin yang leka menyuap roti ke dalam mulut.

"Kau okay tak nak terus kerja hari ni?" Soal Yana sambil mengacau air didalam cawan.

"Aku okay."

"Kenapa kau tak pakai cincin kahwin kau tu?" Soal Yana lagi apabila melihat jari manis Izz Aydin kosong.

"Malas nak pakai. Tak selesa."

Yana malas mahu merosakkan mood Izz Aydin lalu duduk di kerusi berhadapan.

"Malam ni aku tidur rumah mama aku tau. Lusa kan nak majlis. Kau tak kisah kan kalau kau sorang kat rumah."

"Eh haah la. Persiapan kau semua okay? Mesti berdebar-debar kan. Berdebar sebab tak tahu muka bakal tunang macam mana." Kata Izz Aydin lalu tersengih.

"Kau jangan nak mengada eh nak takutkan aku. Takkan lah mama aku nak terima bakal menantu sembarangan. Tak sesuai lah untuk anak dia yang cantik ni." Kata Yana lalu melibas rambut panjangnya.

"Eh, perasan."

Yana terus diserbu rasa tidak sedap hati. Entah macam mana lah muka bakal tunang aku tu.. hmm. Keluhan halus kedengaran.

"Aku gerak dulu. Bye. Nanti jumpa kat hotel." Izz Aydin terus menyarung kasut kerja dikaki dan helmet dikepala.

Yana tersenyum nipis. Sedikit lega melihat sahabatnya sudah tidak bersedih seperti semalam. Dan begitulah Izz Aydin. Sesusah mana pun masalah, pasti moodnya senang saja berubah walaupun dalam hati tak siapa yang tahu.

***

Saat motosikalnya sampai ke ruang paking kondominium itu, tiba-tiba dadanya berdegup kuat. Rasa cemas dan berdebar mula bertandang.

Helmet dikepala dibuka dan dia menunggu kedatangan Razin.

Semakin lama semakin kuat debaran dirasa.

Aih, tadi elok ja rasa. Ni tiba-tiba rasa seram sejuk pulak. Tangannya spontan naik menggosok dada yang masih berdebar.

Tidak lama kemudian, muncul Razin dengan wajah yang kelihatan ceria dan bersemangat. Pagi ini dia mengenakan kot berwarna biru, berkemeja putih dan jambangnya juga sudah di nipiskan sedikit. Rambut disisir rapi dan cermin mata hitam sudah tersemat diwajahnya.

Langkahnya pula santai, dengan kayuhan kaki sederhana laju dengan sebelah tangan menyeluk kocek seluar.

"Good morning Puan Izz." Sapa Razin yang sudah berdiri dihadapannya dengan senyuman.

"Err morning tuan.." sahut Izz Aydin dengan senyuman kelat. Dia perasan sedikit kelainan pada lelaki itu hari ini. Terutamanya senyuman yang bergayut dibibir lelaki itu.

Izz Aydin tiba-tiba berundur ke belakang apabila Razin mula mendekat. Yang paling ditakuti adalah senyuman itu. Senyuman yang nampak kacak tapi menakutkan? Seolah ada maksud tersirat disebalik senyuman itu.

Izz Aydin menoleh dan terus berjalan laju menuju ke kereta. Jantungnya pada saat itu lansung tidak bekerjasama. Berdegup kuat tanpa henti.

"Kenapa kau lari? Aku nak bagi kunci kereta." Kata Razin yang turut mengekorinya ke kereta.

Izz Aydin memberhentikan langkah lalu menepuk dahi pula. Entah kenapa dia seakan tidak tentu arah hari ini. Pagi-pagi lagi sudah tak keruan melihat wajah itu tersenyum padanya. Seakan ada sesuatu yang menusuk didada.

Izz Aydin menghulurkan tangan meminta kunci namun Razin tersenyum lagi menampakkan kedua lesung pipitnya. Tangan didalam kocek dikeluarkan dan meraih tangan Izz Aydin lalu disua ke muka Izz Aydin. Perlahan dia merapat ke tubuh isterinya itu.

"Mulai hari ni, setiap pagi pergi kerja, kau kena salam aku dulu. Kalau tak salam, kena ganti dengan ciuman." Kata Razin lalu meninggalkan Izz Aydin yang terkebil-kebil selepas menyalaminya dan kunci kereta pula diselitkan ke dalam kocek seluar.

Didalam otak sudah mula ligat berfikir entah kenapa lelaki itu berubah seperti itu. Kepala terus digelengkan bagi menghapus bayangan senyuman lelaki itu.

Razin membetulkan tali pinggang keledar selepas mereka berdua masuk ke dalam kereta. Bibirnya menahan senyuman, mengingati tindakannya sebentar tadi. Entah kenapa dia boleh menerima cadangan Daniel semalam.

Imbas semula...

"Kenapa tuan biarkan Izz tinggal dengan Yana? Dia kan isteri tuan. Nanti apa kata opah dengan atuk kalau diaorang tau pasal ni." Kata Daniel sebaik kereta dinaiki mereka mula bergerak keluar dari rumah Yana.

"Biarkan dia. dia perlukan masa untuk terima hubungan ni. Aku tak nak paksa dia ikut aku." Jawab Razin sambil memandang diluar.

"Tuan suami dia dan sepatutnya tiada istilah paksaan dalam hubungan suami isteri."

"Habis tu kau nak aku buat apa? Tarik tangan dia ikut aku? Lepastu kurung dia kat rumah? Macam tu?"

"Saya tak kata macam tu. Tuan cuba pikat dia lah. Takkan itu pun saya nak bagitau. Lagi-lagi Izz tu halal untuk tuan. Tuan tackle hati dia, jiwa dia, bukan sekadar raganya saja."

"Tapi dia cintakan Raf, sayangkan Raf. Macam mana aku nak tackle dia kalau dalam hati dia tu cuma ada Raf."

"Come on Tuan. Ini bukan Tuan Razin yang saya kenal. Apa yang Raf buat, tuan boleh buat malah lebih daripada tu. Cuma tuan saja yang tak nak tonjolkan selepas tuan bercerai dengan Humaira dulu."

Tanpa sedar Razin melepaskan keluhan berat.

"Izz dengan Humaira berbeza Daniel."

"Personaliti dan perwatakkan mungkin ya tapi mereka tetap sama, perempuan. Cuma tuan perlu ubah sikit diri tuan tu."

"Ubah? Nak aku ubah apa? Potong rambut? Ke nak aku besarkan lagi six pack aku?" Razin dibelakang terus mengerutkan kening. Lagaknya seperti baru tahu bercinta.

Tergelak besar Daniel mendengar. Badan dah sado, nak tambah six pack lagi apahal. Memang zaman sekarang semua perempuan suka six pack eh..

"Bukan tu. Muka tuan tu lah. Jangan beku sangat. Janganlah serius sangat masa dengan Izz. Kawal panas baran tu jugak. Yang penting, ego kena kikis sikit. Nak pikat isterikan. Yang halalan toyibban. Siap dapat pahala lagi. Tak rugi pun kalau tuan cuba." Tambah Daniel meyakinkan majikannya.

Razin terus mengukir senyuman mengingati kata-kata Daniel. Dan hari ini, nekad didalam hatinya untuk mula memikat isterinya itu supaya menerimanya sebagai suami sepenuhnya.

Izz Aydin yang memandu sekejap-sekejap anak matanya melihat Razin yang tersenyum sendiri dibalik pantulan cermin pandang belakang. Bermacam-macam soalan timbul dibenak fikiran.

Setelah memandu seketika, mereka sampai di Hotel Imperial dan kelihatan Yana dan Daniel sudah menunggu ketibaan Razin seperti selalu. Pintu dibuka dan Razin terus menapak keluar. Izz Aydin pula terus memakirkan kereta diruang parking dihadapan hotel.

"Izz..."

Serta merta langkah Razin berhenti dihadapan pintu utama selepas mendengar satu suara dikenalinya.

Rafael..

Sedang tersenyum mesra berjalan menghampiri Izz Aydin yang masih berdiri ditepi kereta. Mereka berbalas senyuman dan pandangan, seperti pasangan kekasih lain yang sarat dengan rasa cinta.

"Sayang.. i miss you.." ucap Rafael sebaik wajah kekasih hati yang dirinduinya sudah berada dihadapan mata.

Razin menarik nafas dalam sebelum meneruskan langkah masuk ke dalam hotel. Langkahnya besar sehingga Yana sendiri susah mengejar. Daniel cuma tersenyum nipis melihat riak wajah majikannya itu. Pasti cemburu sudah bertandang..

Bersabarlah tuan... Ini baru permulaan..

jom singgah i.g m.a.z_np.. boleh borak2 ;) please rate and comment ;) sorry kalau ada typo ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience