Bab 28

Drama Completed 204829

Shahril dan Razin berjeda sebentar. Masing-masing diam, cuba menyusun kata yang ingin dilontarkan. Sesekali anak mata beralih melihat ke dalam rumah, memeriksa keadaan supaya tiada siapa yang mendengar saat mereka mula berbicara.

Shahril tiba-tiba ketawa kecil lalu tersenyum sinis. Matanya lansung tidak memandang Razin sebaik duduk disebelah lelaki itu.

"Aku tak pasti apa niat kau datang ke sini. Kau ingat kau boleh bodoh kan aku? Atuk dengan opah mungkin tak ingat siapa kau tapi bukan aku." Kata Shahril dengan nada rendah tetapi keras.

Giliran Razin pula mempamerkan senyuman penuh maknanya.

"Baguslah kalau kau tak lupa aku. Sekurang-kurangnya kenangan lalu masih ada dalam memori keluarga ni."

"Kenangan? Kenangan apa yang kau maksud kan? Kalau kau sendiri tau hal sebenar, aku tak rasa kau akan bertindak sejauh ni semata-mata melunaskan dendam kau. Atau kau dah lupa sebab kau sendiri masih trauma?"

Razin sedikit terkejut mendengar apabila Shahril menyebut tentang traumanya. Baginya itu satu rahsia yang disimpan rapi selama ini.

Kepalanya ditolehkan ke sisi, melihat Shahril yang kelihatan sinis wajahnya.

"Kau jangan nak putar belitkan fakta. Aku tau apa yang jadi dan aku tetap akan laksanakan apa yang aku nak." Kata Razin sambil melawan pandangan Shahril.

"Jangan terlalu yakin. Kau nak jadikan Izz sebagai mangsa kau? Takkan semudah tu aku biarkan."

"Too late. Sekarang Izz dah jadi isteri aku, hak aku. Dan aku boleh buat apa yang aku suka." Razin kemudiannya memalingkan wajah kehadapan semula.

"Betul tapi tapi isteri cuma diatas kertas. Aku lebih kenal dia dan aku yang sentiasa ada dengan dia saat susah senangnya. Dia takkan senang-senang nak jatuh cinta dengan kau lagi-lagi kalau dia tahu kau siapa."

"Oh ya? Atau kau yang menaruh hati pada dia?"

"Dulu memang ya tapi sekarang sayang aku pada dia hanya sebagai abang dan adik. Dan kalau kau berani-berani sakiti dia, aku takkan teragak-agak buat yang lebih teruk dari yang kau kena sebelum ni." Kata Shahril keras. Jarinya tepat menunding ke arah Razin.

"Try me. Kita tengok siapa yang akan menang."

Shahril yang sedikit tercabar mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya lalu diselitkan ke dalam kocek seluar Razin pula.

"Ini untuk warm up kau hari ni. Jangan sampai masuk hospital pula." Kata Shahril seraya menyengetkan pipi kanannya.

Tiba-tiba telinga mereka mendengar derapan kaki seseorang yang semakin menghampiri kearah mereka. Shahril segera membetulkan duduknya lalu memaniskan riak muka.

"Abang shah, jom makan." Ajak Izz Aydin tanpa melihat Razin. Suaranya lembut sahaja memanggil abang sepupunya itu.

Shahril mengangguk tersenyum. Ekor matanya sempat melihat Razin yang sudah ketat mukanya.

"Tuan, makan." Ajak Izz Aydin pendek. Sedikit kasar suaranya.

Tanpa menunggu, Izz Aydin terus membuntuti Shahril menuju ke dapur. Ikutkan hati dia tidak mahu memanggil Razin tetapi Opah Biah berkeras memaksanya untuk mereka makan malam bersama.

***

Razin berbaring menghadap siling kosong dengan fikiran yang sedikit bercelaru. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu yang diberikan oleh Shahril tadi, lantas tangannya menyeluk kocek seluar.

Pergerakkannya terhenti apabila pintu bilik ditolak dari luar dan memunculkan wajah Izz Aydin. Wanita itu lurus sahaja berjalan ke arahnya dan berhenti dihadapannya.

"Tepi sikit. Tu bantal saya." Kata Izz Aydin sambil menunding jari kearah bantal dikepala Razin. Razin tidak mempedulikan kata-kata wanita itu malah bantal itu diambil dan dipeluk erat lalu memalingkan tubuhnya.

Izz Aydin mengetap bibir, geram melihat kelakuan Razin yang semakin pelik itu. Semasa dimeja makan tadi Razin juga sengaja duduk disebelahnya walaupun Shahril sudah menarik kerusi itu. Malah air nya juga diminum dengan tanpa rasa bersalah. Belum lagi cubaan bermesraan didepan Opah Biah dan yang lain. Sehinggakan Izz Aydin sendiri menjadi malu.

Bukankan ia sesuatu yang bercanggah dengan perwatakkan lelaki itu sebelum ini? Buang tabiat ke ape orang tua ni.. bisik Izz Aydin halus. Dia masih berdiri disitu memerhatikan Razin yang pura-pura tidur sedang memeluk bantalnya.

Tiba-tiba tangannya ditarik kasar dan dia terus terjatuh terlentang di atas katil. Wajah Razin dengan mata yang terpejam dipandang sebelum melihat pergelangan tangannya didalam genggaman lelaki itu.

Razin membuka mata. Dengan sekelip mata lelaki itu menongkat tubuhnya dan berada diatas badan Izz Aydin sambil sebelah tangan masih menahan Izz Aydin. Terus kaku Izz Aydin melihat indakan drastik Razin itu.

"Kau kata aku orang tua? Kau nak rasa penangan orang tua malam pertama ni? Aku dah lama puasa. Dapat sekali round pun syok juga kan." Kata Razin dengan riak serius. Anak matanya meneroka segenap wajah Izz Aydin yang sudah berona merah.

Izz Aydin merasakan degupan jantungnya mula tidak seirama. Mula memberontak dan berdetak kuat. Malah anak matanya juga cuba dilarikan dari melihat wajah Razin yang terlalu dekat dihadapannya. Dengusan kasar lelaki itu turut jelas kedengaran dicuping telinga.

Tiba-tiba perasaan takut mula menerjah. Meronta minta dilepaskan.

"Tuan nak buat apa ni?" Soal Izz Aydin sambil menolak tubuh Razin. Semakin ditolak, semakin kemas posisi Razin menghimpitnya.

"Tuan, please.. jangan buat saya macam ni. Lepaskan saya.." tutur Izz Aydin perlahan. Air matanya mula terbit dihujung mata. Dia tidak mahu diperlakukan seperti itu lebih-lebih lagi lelaki dihaapannya itu adalah lelaki yang bukan dicintai. Matanya dipejam rapat, tidak mahu melihat wajah lelaki itu.

Razin yang melihat aliran air mata wanita itu perlahan melonggarkan tegangan tubuhnya lalu bangkit dari posisi. Dia duduk dibirai katil dan sempat membantu Izz Aydin bangun dari katil. Wajah dipalingkan kehadapan.

"A.. aku.. sorry."

Aku sorry? Huh, masih tak berubah sebut aku sorry. Mahal sangat ke nak cakap kata maaf tu. Gumam hati Izz Aydin. Air mata tadi diseka dengan jari. Semakin sakit hatinya melihat lelaki dihadapannya itu.

"Saya tidur dengan Yana. Tuan tidur lah dalam bilik ni." Izz Aydin lekas mangambil bantal dan berlalu keluar menuju ke bilik sebelah tanpa menunggu persetujuan suaminya.

Razin meraup kasar mukanya bersama keluhan.

Haish, apa yang aku dah buat ni.. desis hati Razin.

Razin bangun dari katil dan berdiri dihadapan meja solek. Bingkai gambar diatas meja dicapai dan ditenung sekejap. Gambar Izz Aydin bersama mak dan ayahnya. Kemudian dia duduk, membuka laci dimeja solek itu dan menemui sekeping gambar yang tersorok jauh dibawah susunan kertas. Lantas di ambilnya dan diperhatikan dengan penuh minat.

Bibirnya terus mengukir senyuman sinis menatap wajah seorang lelaki didalam gambar itu. Gambar itu disimpan semula.

Dia teringat semula dengan sesuatu yang diberi Shahril tadi lalu dikeluarkan dari kocek seluar.

Helaian surat khabar lama.

Helaian surat khabar lama itu kelihatan kekuningan memandangkan sudah hampir 12 tahun usianya merujuk kepada tarikh yang tertera. Perlahan dia membaca.

"Seorang kanak-kanak perempuan hampir maut akibat dilanggar oleh seorang lelaki yang melarikan diri selepas diculik."

Razin mengerutkan kening membaca ayat pertama pada sebuah artikel dihelaian surat khabar itu. Lantas dia membaca keseluruhan artikel itu sehingga habis.

"Anak lelaki seorang pengusaha perhotelan terkenal di ibu kota yang dirahsiakan namanya telah melanggar seorang kanak-kanak perempuan yang kini sedang dirawat dihospital. Lelaki tersebut yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dari luar negara dengan tiba-tiba diculik oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan dikurung dirumah usang selama dua minggu. Lelaki itu terus dihantar ke hospital untuk rawatan susulan berikutan keadaannya yang lemah dan trauma selepas melanggar seorang kanak-kanak dalam cubaan melarikan diri dari penculik. Kanak-kanak itu pula dikatakan turut menerima rawatan akibat dilanggar sehingga menyebabkan kecederaan yang agak parah dikepala dan tertusuk serpihan kayu tajam diperutnya. Kanak-kanak itu merupakan anak tiri kepada suspek yang seorang seorang kaki judi dan cuba memeras ugut keluarga ahli perniagaan itu dengan menculik anak lelakinya. Kes masih didalam siasatan dan aktiviti menjejaki suspek masih giat dijalankan."

Terasa bagai dihempap batu besar dikepalanya selepas membaca artikel itu. Serta merta satu bayangan hitam mula muncul dan bermain-main dimatanya. Peristiwa yang berlaku kepadanya 12 tahun lalu turut bersilih ganti, berulang-ulang menerjah fikiran.

Jemarinya mula mencengkam rambut dikepala yang sudah terasa pening berserta pandangan yang berbinar-binar. Surat khabar itu disimpan semula didalam kocek dan dia cuba bangun dari kerusi tetapi terduduk semula.

Tiba-tiba dadanya pula terasa sempit. Peluh mula terbit, sekaligus menyesakkan dada yang semakin sakit mencengkam. Nafas ditarik pendek-pendek dan laju, cuba mengisi ruang yang masih bersisa untuknya bernafas. Kemudian tangannya dikepal dan ditumbuk ke dada yang terasa semakin sempit itu.

Tidak semena-mena, badannya terus hilang kawalan dan terjatuh dari kerusi yang didudukinya tadi. Tangannya masih menekan dada yang semakin menyempitkan pernafasannya. Perit dan sempit!

Izz Aydin dan Yana yang masih berbual di bilik sebelah terkejut sebaik terdengar seperti ada sesuatu terjatuh dari bilik yang diduduki Razin. Kedengaran agak kuat kerana lantai rumah Tok Adam cuma lantai kayu. Lantas kaki mereka berlari keluar dan terus ke bilik tersebut.

Bertalu-talu ketukkan dipintu namun tiada sahutan. Yang kedengaran cuma dengusan nafas kasar dan tendangan perlahan pada kerusi meja soleknya.

Tanpa membuang masa, Izz Aydin memulas tombol pintu dan menolak daun pintu dengan kuat. Terpempan dia saat itu melihat Razin sudah terbaring lemah, memegang dadanya sambil mengerekot tubuh. Baju di badannya juga sudah lencun dengan peluh.

"Tuan.. tuan!" Panggil Izz Aydin cemas.

Razin yang sudah lemah dihampiri dan kepalanya diangkat perlahan lalu diletakkan diribanya. Berkali-kali dia memanggil Razin tetapi tiada sahutan. Cuma dengusan dan nafasnya yang tidak teratur sahaja kedengaran.

Yana pula kaget bercampur takut. Ini kali kedua kejadian yang sama menimpa Razin tetapi kali ini mereka berada jauh dari KL dan Daniel juga tiada disitu. Terus mati akal melihat kejadian itu sekali lagi.

Giliran Tok Adam, Opah Biah dan Shahril pula keluar dari bilik kerana mereka turut mendengar bunyi yang sama sebentar tadi.

"Tuan Razin.." kata Yana sambil menunding jari kearah Izz Aydin yang sedang meriba Razin.

"Tuan. Tuan.! Kenapa ni? Yana, abang Shah. Tolong.." kata Izz Aydin dengan nada kerisauan. Walau dia tidak menyukai lelaki itu, dia masih punya rasa kasihan apabila melihat lelaki itu didalam kesakitan.

Shahril terus menghampiri dan membantu memapah Razin ke atas katil. Yana pada mulanya kaku terkejut juga membantu. Dia mula menyelongkar beg Razin seperti mencari sesuatu. Setelah menjumpai barang yang dicari, dia terus ke dapur dan membawa segelas air bersamanya. Dua biji ubat yang tidak diketahui apa jenisnya diberikan bersama segelas air tadi.

Dalam kepayahan Razin menelan ubat tersebut dan berbaring semula dengan muka yang masih berkerut menahan sisa kesakitan. Masing-masing diam memandang sesama sendiri.

Izz Aydin hanya memandang kearah Yana. Dia pasti Yana tahu apa sebenarnya yang dialami oleh Razin itu.

****

Izz Aydin duduk disisi katil sambil merenung wajah dihadapannya yang sedang nyenyak tidur. Wajah lelaki yang baru menjadi suaminya siang tadi ditenung dengan perasaan kosong. Sekilas dia memandang pergerakan nafas lelaki itu. Sudah nampak tenang, tidak berombak kuat dan laju seperti tadi. Sudah diajak ke hospital tetapi lelaki itu menolak pula.

Selepas memastikan Razin baik-baik saja, dia mengambil bantal dan merebahkan tubuh diatas lantai yang sudah diletakkan tilam nipis sebagai alas.

Fikirannya menerawang mengingati apa yang dikatakan Yana tadi.

Imbas kembali..

Izz Aydin membetulkan bantal dikepala Razin selepas lelaki itu melelapkan mata. Saat itu dada Razin masih berombak dan dahinya masih berpeluh. Peluh itu dilap dengan kain dan mereka semua terus menapak keluar supaya Razin boleh berehat.

Tok Adam dan Opah Biah masuk semula kedalam bilik setelah semuanya reda. Shahril pula masih berdiri dihadapan Izz Aydin dan Yana.

"Kenapa jadi macam tu?" Soal Shahril kepada Izz Aydin.

"Tak tahu. Tadi okay je." jawab Izz Aydin.

"Takpa lah. Abang masuk tidur dulu. Esok nak awal ke sekolah lagi." Kata Shahril. Ekor matanya sempat menjeling Yana yang duduk diam dikerusi.

Dia mula melangkah pergi dengan senyuman dibibir. Bukan dia tidak tahu apa yang terjadi kepada Razin. Malah dia juga tahu penyebab lelaki itu jadi begitu dan ternyata cubaan pertamanya berjaya.

Daun pintu ditutup semula selepas dia menapak masuk ke dalam bilik.

Izz Aydin duduk disebelah Yana mula menyoal tentang Razin kerana sebelum ini Yana pernah melihat situasi yang sama dan mungkin tahu apa yang berlaku.

"Tuan Razin mengalami panic attack yang berpunca daripada trauma psikologi." Kata Yana sambil memandang tepat ke mata Izz Aydin.

"Trauma psikologi? Maksud kau?" Soal Izz Aydin. Terus sahaja dadanya berdebar-debar sebaik mendengar.

"Dia pernah terlibat dalam kemalangan dimana dia pernah cuba melarikan diri dari seorang lelaki yang menculiknya."

"Kejap. Kejap. Aku tak faham. Kau ceritakan dari mula apa jadi. Apa yang menyebabkan dia kemalangan dan siapa yang culik dia?" bertubi-tubi soalan keluar dari bibir Izz Aydin. Siapa sangka lelaki sempurna seperti Razin punya satu kisah hitam yang tidak diketahui oleh orang lain.

"Ya. Ni dari cerita yang Daniel bagitau aku. Kalau salah cerita aku, salahkan Daniel. Kejadian ni berlaku lama dah. Kita pun masih kecil masa tu dan tak tahu apa-apa kot."

"Okay okay. Cerita lagi. Cepat.." desak Izz Aydin sambil menggoncang tangan Yana.

"Dia kena culik masa tu umur dia 24 25 tahun macam tu la..Dia baru balik dari oversea. Masa sampai airport, dia naik teksi sebab tak nak bagitau family dia balik mengejut. Nak surprise katanya. Rupanya pemandu teksi tu menyamar dan terus culik dia. Dua minggu jugak dia kena culik. Masa dia kena culik tu, dia kena kurung dalam kereta buruk kat sebuah rumah usang. Kereta buruk tu dah rosak semua pintu kecuali pintu child lock tu. Kau tau kan."

Izz Aydin mengangguk laju.

"Dia tak diberi makan, minum secukupnya. Kalau ada pun cuma sisa-sisa makanan yang ditinggalkan penculik tu. Masa polis jumpa dia, kurus kering yang amat. Dengan tangan kaki lebam."

"Lepas tu apa jadi? Dapat tangkap tak penculik tu?"

"Kena tangkap tapi dia kemalangan masa kena kejar dengan polis. Kaki dia patah dan cacat. Hukuman dikenakan adalah penjara tapi alih-alih keluarga Tuan Razin tarik balik laporan sebab sebelum pihak polis jumpa Tuan Razin, dia dalam keadaan tak sedar diri selepas langgar seorang budak." Yana berhenti seketika sebelum menyambung semula.

"Berita ni dulu memang tak dapat liputan sangat sebab keluarga tuan dah sekat semua maklumat. Tambahan masa tu tuan sendiri boleh disabit kesalahan selepas langgar budak tu."

"Ohhh patutlah aku pernah tengok satu artikel dalam internet tapi kena block." Kata Izz Aydin.

"Sebab tu Tuan Razin perlukan driver. Dia trauma selepas kejadian tu. Kalau awal-awal dulu, dia tak boleh lansung masuk kereta. Dia akan menjerit, mengamuk dan akan berlari keluar dari kereta, lepas tu dia lemah dan pengsan. Sekarang dah okay sikit, lepas family dia bawa jumpa pakar psychiatrist diluar negara. Tapi dia masih tak boleh handle lagi trauma memandu. Dia cuma dapat berada didalam kereta tapi duduk belakang je."

"Sebab tu dia tak drive sendiri dan perlukan driver." Kata Izz Aydin terangguk-angguk, mengiyakan bicaranya sendiri.

"Aku pernah tanya dengan Raf pasal ni tapi dia tak nak jawab. Jadi, aku dah tahu sekarang." sambung Izz Adyin lagi.

"Jadi driver Tuan Razin bukan sembarangan. Kau sendiri tahu, gaji dia bagi besar walaupun jadual kerja kau khas untuk dia je. Kerja kau nampak macam kerja yang biasa-biasa tapi tanggungjawab kau bukan setakat usung dia ke hulu ke hilir. Kau turut jaga keselamatan dia, emosi dia."

Izz Aydin mengangguk faham.

"Kau kata dia dah okay, tapi kenapa keadaan dia macam tadi?" Soal Izz Aydin lagi.

"Doktor kata mungkin ada sesuatu yang triggered emosi dia. Macam sesuatu yang mengingatkan dia dengan peristiwa hitam tu tapi tu just temporary effect. Tak kekal dan akan hilang selepas cukup rehat."

Lamunannya terhenti apabila mendengar batuk kecil dari bibir Razin. Dia bangun sedikit dan melihat Razin masih tidur lena. Kepalanya direbahkan semula diatas bantal.

Berdasarkan dari cerita Yana kepadanya tadi, dia merasakan peristiwa itu serupa seperti mimpi yang selalu mengganggu tidurnya. Adakah apa yang berlaku didalam mimpi itu realiti atau hanya mainan tidur? Dia sendiri tidak pasti.

Jika difikirkan lagi, peristiwa menimpa Razin mungkin berlaku 12 atau 13 tahun yang lalu. Juga sama seperti kejadian dialaminya dahulu dimana parut kekal dibadannya sehingga kini.

Ahhh! Terasa makin kusut kepala memikirkan bermacam-macam hal.

Selimut diangkat dan ditutup sehingga ke kepala dan Izz Aydin terus memejam mata. Sudah terasa penat otaknya dipaksa bekerja sehingga lewat begini.

***

Opah Biah memeluk erat tubuh Izz Aydin. Terasa berat hatinya saat itu untuk melepaskan cucunya kembali ke Kuala Lumpur. Tapi apakan daya, Izz Aydin harus kembali bekerja dan dia juga sudah mempunyai tanggungjawab baru.

Pandangan dilemparkan kepada Razin yang berdiri disebelah Izz Aydin. Serta merta bibirnya mengukir senyuman.

"Kalau masih tak sihat, duduk la lama sikit kat sini. Rehat dulu biar badan betul-betul sihat." kata Opah Biah. Risau juga melihat wajah pucat cucu menantunya itu

"Eh takpa. Saya okay. Dalam kereta boleh rehat. Lagipun Daniel yang drive."

"Iyalah Opahnya. Jangan risaulah. Pandai budak-budak tu nanti. Razin banyak kerja. Sebab tu kena balik." Celah Tok Adam yang duduk di bangku beranda.

"Opah tak minta banyak dengan Razin. Tolong jagakan cucu opah ni. Walaupun dia ni nampak macam lelaki, kasar tapi sebenarnya dia manja." Kata Opah Biah sambil meleretkan senyuman.

Izz Aydin hanya diam dengan jelingan tajamnya. Tiada senyuman pun diukir selepas diusik Opah Biah.

"Atuk yakin Razin ni mampu jaga Izz tapi atuk tak yakin dengan Izz ni. Boleh ke dia jadi isteri sempurna untuk Razin?" Celah Tok Adam lagi.

"Insha Allah boleh. Kan, Izz." Kata Opah seraya memandang Izz Aydin yang masih kelat mukanya.

Dalam keadaan terpaksa, Izz Aydin mengangguk lemah.

"Dah, pergi lah. Nanti lambat pulak sampai KL tu. Hati-hati memandu ya. Daniel pun sama. Jangan bawak laju sangat kereta tu." Pesan Tok Adam kepada kesemua mereka. Kesemua kepala mengangguk tanda faham.

Selepas bersalaman, Izz Aydin masuk ke dalam perut kereta Yana dan duduk dikerusi pemandu. Enjen kereta dihidupkan sementara menunggu Yana menyimpan barang ke dalam bonet kereta.

"Puan Izz, Tuan nak Puan ikut naik kereta dengan dia. Ada hal nak bincang katanya." Kata Daniel yang tiba-tiba berdiri disebelah pintu pemandu yang belum ditutup itu.

Puan? Kedengaran meluat dan janggal ditelinga. Izz Aydin terus menjulingkan anak matanya ke atas.

"Jangan panggil saya puan. Panggil Izz aje, macam biasa." dengus Izz Aydin.

"Kalau macam tu, jangan panggil saya Encik Daniel. Cuma panggil saya Daniel. Okay?"

"Izz, kau ikut je lah kereta tuan Razin tu. Nanti kita jumpa kat rumah." Kata Yana yang turut berdiri disebelah Daniel. Dia sempat mendengar ajakkan Daniel sebentar tadi.

Izz Aydin mendengus kasar lalu membawa beg sandangnya sementara beg pakaiannya pula dibiarkan didalam bonet kereta Yana. Dengan langkah kasar dia menuju ke kereta Razin dan masuk ke bahagian penumpang kerusi hadapan. Pintu dihempas kuat tanda tidak puas hati.

Tok Adam dan Opah Biah hanya menggeleng kepala melihat kerenah Izz Aydin itu. Pasti cucu mereka masih marah. Entah bila nak sejuknya pun tidak tahu.

Jauh disudut hati Tok Adam, dia tidak pernah mahu mengahwinkan cucunya seperti itu tetapi harus sampai bila Izz Aydin hendak hidup sendirian di Kuala Lumpur. Biarlah sebelum dia menutup mata, sudah ada yang boleh menjaga cucu kesayangannya itu.

Tidak semena-mena, menitis air mata tuanya.

jom follow i.g m.a.z_np. boleh borak2 or dm me! jangan lupa komen and rate! tq ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience