Bab 31

Drama Completed 204768

Izz Aydin membantu menyusun dulang-dulang hantaran yang sudah dihias cantik. Mesemua barang hantaran itu diletakkan di dalam kotak dan dibalut lagi dengan kain berwarna krim. Bunga berwarna merah dan putih kehijauan pula diselitkan bagi menaikkan seri.

Langkah kakinya terus diatur mendaki anak tangga dan menuju ke sebuah bilik. Perlahan tangannya menolak daun pintu yang tidak bertutup rapat dan bibirnya terus mengukir senyuman

"Eee cantiknya kau Yana!!" Jerit Izz Aydin teruja sebaik melihat wajah Yana siap disolek dengan solekan yang bersesuaian dengan majlis pertunangnya hari ini.

"Well, tengoklah siapa yang make up dia. Jarang-jarang tak meletop!" Celah Dafi lalu ketawa. Tangannya masih ligat memberi sentuhan akhir diwajah Yana.

"Ha, Izz. Kau pulak duduk sini. Biar aku touch up muka basi kau tu" kata Dafi selamba. Yana sudah menahan ketawa melihat muka Izz Aydin menahan geram.

"Amboi.. sedap mulut kata muka aku basi. Muka aku ni lah yang kau buat tayang dalam ig kau selama ni kan. Sampai jadi model aku. Ah, model lah sangat." Kata Izz Aydin sambil melentik jari menayang mukanya kehadapan.

Pecah ketawa ketiga mereka melihat gelagat masing-masing.

Izz Aydin menurut juga dirinya disolek Dafi dengan syarat solekan nipis dan natural sahaja.

"Sejak aku make up kau masa dinner kat Pangkor haritu, aku dapat banyak job tau. Makin ramai orang aku kenal. Thank you Izz, Yana sebab bagi peluang kat aku kembangkan bakat aku. Aku hargai sangat." Ucap Dafi lalu berhenti menghayunkan berus solekan diwajah Izz Aydin.

"Tu memang dah rezeki kau Dafi. Nanti aku kahwin, kau make up aku lagi eh. Awal aku book kau ni. Jangan last minute kata tak boleh pulak." kata Yana sambil membelek wajahnya dicermin.

"Boleh je. Untuk korang, aku sanggup. Kau izz, bila nak kahwin dengan Raf. Aku tengok bukan main trending naik nama kau seminggu ni." Kata Dafi lalu meneruskan kerjanya yang tertunda tadi.

Izz Aydin mengetap bibir sementara Yana diam. Hatinya saat itu terus sayu.

"Aku lambat lagi." Kata Izz Aydin perlahan. Tangannya terus menolak tangan Dafi dari terus bergerak menconteng wajahnya.

"Eh dah lah. Jangan tebal sangat make up aku. Kang nak solat susah nak tanggalkan."

Baru sahaja mahu mengangkat punggung, Dafi lekas menahan.

"Sabar boleh tak? Kau nak kening kau ni senget sebelah? Aku tak kisah. Jangan sampai trending muka kau serupa Ju-On pulak nanti." Gertak Dafi lalu ketawa melihat wajah cemberut Izz Aydin.

Yana ketawa melihat gelagat dua orang itu. Kalau bertemu, ada saja bertekak. Mujur juga mereka ada menemani saat itu. Tidaklah dia terlalu gusar dan gugup.

Yana kemudiannya menuju ke tingkap biliknya. Anak matanya diliarkan, cuba mencari siapa gerangan bakal tunangannya tetapi kebanyakkan yang hadir dikenalinya sendiri. Cuma ada segelintir sahaja tidak pernah dilihatnya.

Pergerakan matanya semakin aktif sehinggalah berhenti ke arah susuk lelaki berbaju melayu berwarna hijau lembut. Terus dadanya berdegup kencang.

"Izz.. kenapa kau tak bagitau Abang Shah datang?" Jerit Yana ditepi tingkap. Tangannya ligat merenyuk langsir didepannya, geram kerana tidak diberitahu kedatangan lelaki itu dihari pertunangannya.

"Apa? Dah kau kata boleh jemput dia, dia datang lah. Kalau dia tak datang, macam mana opah dengan atuk nak datang majlis kau ni." Sahut Izz Aydin lalu bangun dari duduknya. Saat itu solekan diwajahnya sudah siap sepenuhnya. Dia turut menjengul kepalanya ditingkap dan melihat sekeliling.

"Eh Yana. Tu kot bakal tunang kau. Nampak handsome, bergaya dengan lengkap berbaju melayu." Yana terus meleret pandangan matanya ke arah yang ditunjuk oleh Izz Aydin.

"Hish, itu sepupu aku lah. Kau ni.."

Izz Aydin tersengih melihat muka merah Yana.

"Yang korang sibuk terjengul-jengul kepala kat situ kenapa? Duduk je lah sini. Rombongan lelaki dah sampai kan. Jangan rosakkan make up tu sebab aku tak ambil gambar korang lagi untuk letak dalam ig aku." Celah Dafi yang dari tadi melihat gelagat dua orang wanita dibalik langsir itu.

"Cepat. Duduk sini korang." Arah Dafi lagi lalu mengeluarkan kamera.

Izz Aydin dan Yana tersenyum saat kamera Dafi mula menangkap gambar mereka berdua. Bermacam gaya ditunjukkan.

Tidak lama kemudian, muncul Puan Latifah, mama kepada Yana memanggil Yana untuk turun kerana majlis menyarung cincin akan berlansung.

Terus terasa sebu didalam perut Yana saat itu. Menggeletar tangannya memikirkan statusnya akan bertukar sebentar lagi.

Izz Aydin tersenyum meraih tangan Yana dan diramas perlahan.

"Tak payah takut sangatlah. Bertunang je pun. Aku yakin bakal tunang kau tu kacak, baik. Macam yang kau nak." Tutur Izz Aydin perlahan. Tangannya naik mengusap bahu Yana lalu membetulkan selendang dikepala sahabatnya itu.

Yana menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Bibirnya mengoyak senyuman sambil mengangguk.

"Dah jom turun." Izz Aydin lalu menarik tangan Yana supaya berjalan beriringan dengannya. Dafi turut membuntuti dua sahabat itu keluar dari bilik itu.

Perlahan kaki melangkah ke bawah dengan anak mata yang ditundukkan. Izz Aydin berhenti disisi tangga dan membiarkan Yana berlalu duduk disisi Puan Latifah yang sudah menunggu. Tuan Osman, bapa kepada Yana turut berada disitu.

"Yana, orang nak sarung cincin tu. Hulurkan tangan." kata Puan Latifah perlahan.

Yana yang masih menunduk pandangan kelihatan teragak-agak menghulurkan tangan dan sepasang tangan tua terus menyambut tangannya. Sebentuk cincin emas bermata satu terus tersarung dijari manisnya.

Bibirnya mengoyak senyuman. Perasaan ketika itu sedikit sedih bercampur terharu. Sepasang tangan tua itu dicium lembut pula sebelum wajahnya diangkat oleh tangan itu.

"Cantik bakal cucu menantu opah."

Serta merta Yana mengangkat wajahnya dan wajah Opah Biah terus menerpa pandangan. Wajah tua itu tersenyum lalu memeluknya erat.

"Terima kasih sudi terima pinangan kami. Opah suka sangat sebab Yana sudi jadi ahli keluarga kami." Kata Opah Biah lagi.

Yana menoleh ke sisi dan melihat Izz Aydin yang sudah tersengih mengalahkan kerang busuk. Geram hatinya saat itu sungguh tak terkata. Kalau dekat, memang sudah dihempuk juga dengan dulang hantaran.

Tiba-tiba terdengar satu suara lelaki menyapanya pula.

"Assalamualaikum Yana.." lembut sahaja suara itu menyapa cuping telinga. Yana mengetap bibir lalu menoleh perlahan.

"Abang Shah.." bibirnya mengukir senyuman manis untuk lelaki itu. Lelaki yang sudah menjadi tunangannya. Terus lenyap perasaan geram dan marah tadi kerana sudah diganti dengan rasa bahagia.

****

Dari kejauhan Izz Aydin memerhatikan Yana dan Shahril berbual ditaman bunga milik Puan Latifah. Bibir kedua mereka terus terusan mengukir senyuman bahagia.

Siapa sangka rupa-rupanya selama ini Shahril sudah memulakan langkah melamar Yana dengan bertemu terus dengan orang tuanya. Beberapa kali juga cubaan bertemu dengan Yana melalui keluarga tetapi Yana sentiasa menolak. Katanya malas mahu kisah dan menurut sahaja pilihan orang tuanya. Izz Aydin sendiri pun baru tahu semalam semasa mereka datang kerumah.

Izz Aydin tersenyuman lalu menyambung suapan makanan dihadapannya.

"Assalamualaikum. Tempat ni ada orang duduk?" Sapa satu suara.

Izz Aydin hanya menggeleng kerana pada saat itu mulutnya penuh dengan makanan. Kepalanya juga tidak menoleh untuk melihat gerangan siapa yang menegur.

Kerusi ditarik perlahan lalu satu susuk duduk berhampiran dengannya.

"Lapar?" Sampuk suara itu lagi.

Izz Aydin mengangguk pula.

"Nak sikit." Kata suara itu lagi.

Izz Aydin menjulingkan kedua anak matanya ke atas. Mula rasa tidak selesa.

Lantas kepalanya menoleh dan matanya terus terkebil-kebil melihat wajah yang merenungnya dengan senyuman dibibir. Sisa makanan didalam mulut terus ditelan tanpa dikunyah.

"Uhuk!Air! Air.! Aaa.." Tercekik Izz Aydin. Tangannya meraba-raba mencari air diatas meja.

Laju sahaja tekaknya meneguk air yang dihulurkan sehingga lega.

"Gelojoh sangat."

"Tuan buat apa kat sini?" Soal Izz Aydin kepada Razin yang tersenyum disebelahnya.

"Datang majlis Yana lah. Takkan aku nak beli ikan kat sini." Jawab Razin selamba. Dia pada masa itu masih memakai pakaian kerja, baru balik dari hotel dan terus ke situ.

"Lama dah tuan datang? Saya tak perasan pun." Kata Izz Aydin lagi. Pinggan ditolak ke tepi. Sudah hilang seleranya.

"Lama jugak. Sempat berbual dengan Opah dan atuk tadi."

Izz Aydin mengangguk perlahan lalu bangun dari duduk. Razin dengan pantas menahan dan Izz Aydin terduduk semula. Tangannya kejap mergusap perlahan jemari Izz Aydin yang masih dipegangan. Anak matanya pula merenung dalam kerarah mata isterinya.

"Kau masih marahkan aku?" soal Razin lembut.

Izz Aydin menelan air liur. Terkejut dengan perlakuan lelaki itu. Bermulalah degupan jantungnya berdetak kuat setiap kali wajah itu memandang tepat dihadapannya.

"Kenapa saya nak marah tuan?"

"Sebab aku tak nak lepaskan kau?"

Keluhan berat terbit dari bibir Izz Aydin. Jemarinya semakin digenggam erat oleh Razin.

"Kita dah bincang banyak kali hal ni tapi tuan masih dengan soalan yang sama. Saya tak bencikan tuan, cuma saya tak sukakan tuan. Jadi, bukankah lebih baik kita berpisah dan meneruskan kehidupan kita seperti sedia kala?"

"Ak.. aku.. aku tak boleh." Luah Razin dengan nafas kasar. Kepalanya ditundukkan sedikit.

"Kenapa tak boleh? Bagitau saya."

"Sebab aku sukakan kau. Aku sayangkan kau." luah Razin jujur. Anak matanya naik merenung ke arah Izz Aydin semula. Dia mahu wanita itu nampak keikhlasannya dalam menuturkan bicara saat itu.

Izz Aydin terdiam mendengar pengakuan tiba-tiba itu. Segala pertuturan dan pergerakan mula terkunci.

"Izz, kau dengar tak aku cakap?" Soal Razin apabila tiada jawapan dari bibir isterinya.

"Izz.. Razin.. kat sini rupanya. Puas kami cari." Sapa Opah Biah lalu duduk bersama mereka.

Razin mengalih pandangan lalu tersenyum kepada Opah Biah dan Tok Adam.

"Izz. Kenapa muka merah je tu? Tak sihat ke?" Tegur Tok Adam dengan kerutan didahi.

"Dia panas je. Sebab tu merah muka ni. Kan sayang." Celah Razin lalu mencapai tisu diatas meja. Tangannya terus mengelap wajah Izz Aydin yang masih merah dan berpeluh itu.

Bagai terkena kejutan elektrik, Izz Aydin terus tersedar. Tangannya menepis tangan Razin dari terus-terus mengelap wajahnya.

"Tuan duduk sana sikit. Saya panas ni."kata Izz Aydin sambil menolak Razin. Namun tidak sedikitpun lelaki itu berganjak. Malah makin mendekat pula sehingga dengusan nafas lelaki itu terasa dekat dicuping telinga. Tangan itu tiba-tiba naik memeluk bahu isterinya.

"Tuan.."

"Hish, apa masih panggil tuan kat suami. Cuba bahasakan diri dengan suami tu lembut sikit. Baru lah manis didengar." Tegur Opah Biah.

Semakin lebar senyuman Razin. Sebelah kening diangkat melihat Izz Aydin yang masih merah padam mukanya.

"Betul tu opah. Abang setuju. Kan sayang.." kata Razin lalu mengeratkan lagi pelukkan di bahu Izz Aydin.

Hah? Abang? Uwek! Terasa geli ditekak!

"Malam ni Izz balik rumah kamu kan. Nanti kami boleh balik dengan Shah je." Kata Opah Biah sambil tersenyum.

Belum sempat Izz Aydin menjawab, Razin terus mencelah.

"Haah, Izz balik rumah saya lepas ni. Esok jangan lupa ke rumah saya ya. Kita makan tengah hari je. Ajak Shahril dengan Yana sekali."

"Ha. Ye lah. Nanti opah bagitau diaorang. Entah kemana pulak hilang dua orang ni. seronok sangat lah tu dah kena jodoh. Bukan main suka lagi." Kata Opah Biah lalu bangun dan berlalu bersama Tok Adam.

Izz Aydin mencubit sedikit paha Razin dibawah meja sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan. Geram dengan kelakuan lelaki itu.

"Tuan buat apa ni? Lepaslah. Nanti orang nampak macam mana?" Sambil membebel, sambil itu juga tangannya berusaha meleraikan pelukkan Razin sehingga berjaya.

"Biarlah. Nak takut apa. Kita ni suami isteri tau. Lebih dari ni pun kita boleh buat." Kata Razin dengan senyuman meleret menampakkan kedua lesung pipitnya.

Izz Aydin menarik nafas dan dilepas kasar. Semakin geram pula melihat kelakuan Razin kebelakangan ini.

"Tuan ni tak sihat eh. Makan banyak sangat ais sampai otak pun beku, jadi orang tak betul macam ni?" Kata Izz Aydin sambil menunding jari ke arah Razin.

Seketika riak Razin bertukar serius selepas melihat jari runcing Izz Aydin menunding tepat dimukanya. Kepalanya ditolehkan sedikit dan terlihat jelas mukanya menahan marah.

Izz Aydin perasan riak itu lalu menarik jarinya semula.

"So..sorry.. tuan." Kata Izz Aydin gagap. Dadanya mula berdegup kencang melihat wajah merah dihadapannya.

"Kalau kau tak nak ikut aku takpe lah." Razin terus bangun dari kerusi meninggalkan Izz Aydin. Kakinya laju melangkah mendapatkan Daniel yang sedang berbual dengan seseorang.

Tidak lama kemudian, mereka berdua berlalu ke arah kereta selepas bersalaman dengan kedua orang tua Yana dan beberapa orang tetamu.

Izz Aydin yang dari tadi melihat terus diserbu perasaan bersalah. Dia yakin percakapannya tadi telah mengguris hati suaminya. Dia menundukkan wajah lalu melepas keluhan.

Kenapa aku nak rasa bersalah dengan dia.. tapi dia kan suami aku.. tak.. dia cuma bos aku.. dia kata dia suka aku? Aaa tak mungkin! Kenapa aku bercakap sorang-sorang ni! Teriak Izz Aydin kecil. Lansung tidak mempedulikan beberapa orang yang tersenyum memandangnya.

***

"Monyok je tuan? Tadi datang bukan main senyum lebar." Kata Daniel sebaik kereta mereka bergerak.

"Izz tu laa.." kata Razin dengan nada geram.

"Kenapa dengan dia?"

"Aku ajak dia balik rumah aku tapi dia tak nak. Dah la sedap mulut kata otak aku beku. Haih, nasib lah sayang. Kalau tak aku heret jugak dia tadi." Luah Razin. Sebal terasa dihati menerima layanan dingin dari si isteri.

"Eh jangan buat kerja gila tuan. Dia bergurau je tu kot. Sabar.. Itu kunci utama." kata Daniel lalu tersenyum.

Semakin hari semakin gelisah wajah Razin dilihatnya setiap kali hal melibatkan Izz Aydin. Memandangkan Rafael tiada di Malaysia, boleh lah mulakan rancangan memikat tanpa gangguan. Alih-alih sendiri makan hati.

*****

Izz Aydin menyimpan beberapa helai pakaian berserta baju kerjanya ke dalam sebuah beg. Baru sebentar tadi dia dibebel oleh Opah Biah kerana tidak mengikuti suaminya balik. Bibirnya dijuihkan sambil membebel sendiri. Dalam masa dia mengemas, terdengar pintunya ditolak dari luar.

"Izz, merajuk dengan Opah ke?" Soal Opah Biah yang sudah masuk ke dalam. Dia kemudiannya duduk disebelah Izz Aydin yang muncung bibirnya.

"Opah tau kan Izz tak suka dia. Kenapa nak paksa Izz ikut dia jugak." Jawab Izz Aydin dengan nada rajuk. Sebal terasa hati dipaksa mengikuti sesuatu yang tidak disukainya.

"Jangan cakap macam tu. Razin tu suami Izz tau. Opah tak ajar Izz jadi biadap dengan orang lebih tua, lagi-lagi dengan suami." Tegas Opah Biah menuturkan kata.

"Opah.. tak payah lah Izz pergi sana. Izz masih nak borak-borak dengan Opah, dengan atuk, abang Shah."

"Tak payah. Kita orang lambat lagi balik kampung. Shah cuti seminggu sebelum budak-budak nak ujian."

"Ishh.." dengus Izz Aydin, tanda protes.

"Cepat kemas barang tu. Yana dengan Shahril hantar. Dia orang nak keluar, sekali singgah hantar kamu."

Opah Biah terus keluar selepas menghabiskan bicaranya. Izz Aydin menyumbat kasar barang-barang lain ke dalam beg dan beg itu ditutup sebelum disandang ke belakang. Dengan langkah longlai dia menapak ke tingkat bawah mendapatkan Yana dan Shahril yang sudah bersedia menunggunya.

****

Yana tersenyum merenung Shahril yang sedang fokus memandu. Seakan tidak percaya tunanganya disebelah itu bakal menjadi suaminya pula dalam masa sebulan lagi. Terasa bahagia bakal disatukan dengan jejaka pujaannya.

Tangannya terus memaut lengan Shahril lalu melentokkan kepalanya dilengan lelaki itu.

"Oii. Jangan nak nak bermanja-manja depan aku eh. Tak kahwin lagi korang tu." Tegur Izz Aydin lalu menolak kepala Yana kembali ke posisi asal.

"Aduhh.. sakit lah. Abangg. Tengok Izz ni.." Adu Yana sambil menggosok kepalanya yang sedikit terhentak dicermin tingkap kereta. Mimik muka sengaja dicebikkan kearah Shahril yang ketawa kecil.

"Ala.. sikit je tu." Kata Shahril lalu menolak signal ke kanan untuk memasuki kawasan kondominium Razin.

Kereta diberhentikan di kawasan parking.

"Macam mana Izz nak naik? Dah call Razin?" Soal Shahril sambil matanya melilau melihat sekeliling.

"Dah tapi tak jawab. Entah mana pulak pergi dia ni. Hish..!" Dengus Izz Aydin sambil tangannya ligat mendail nombot telefon Razin dari tadi yang tidak bersambut.

"Kalau tak, tak payah lah tidur sini." Kata Shahril lagi. Tidak senang rasa hatinya meninggalkan Izz Aydin bersama lelaki itu walaupun mereka suami isteri

"Takpa lah. Abang dengan Yana tinggalkan Izz kat sini. Izz minta tolong guard je." Izz Aydin terus mengangkat beg sandangnya menuju ke pondok pengawal. Shahril dan Yana turut berlalu pergi selepas melihat Izz Aydin dan seorang pengawal berjalan menuju ke arah lif.

Ting tong! Ting tong!

Ting tong! Ting ting!

Haih! Buat apa dia ni lambat sangat buka pintu. Aku call sampai nak habis bateri aku tak bersahut.

Penat menekan loceng, tangannya mengetuk kuat pintu pula. Sebelah lagi cuba mendail nombor Razin.

Tiba-tiba pintu dikuak dari dalam dan tangannya yang masih mengetuk pintu tiba-tiba memukul sesuatu yang terasa basah dan sejuk.

Serta merta berhenti pergerakan tangannya. Kepala diangkat ke hadapan..

Aaaa!!! Opahh...!

jom follow i.g m.a.z_np. boleh borak2. please rate and comments! tq ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience