Bab 18

Drama Completed 204768

Razin duduk selesa disebelah Datin Maria. Melissa yang tersenyum simpul diperhatikan dari atas ke bawah. Razin tidak pernah menyukai cara pemakaian wanita itu. Seperti tidak cukup kain. Pernah juga dia menegur tetapi wanita itu hanya membalas, dosa masing-masing. Nanti dah kahwin, baru nak tutup. Itu pun kalau dah berhenti jadi model lah tambahnya lagi.

"So, Mel dengan Razin rancang nak nikah bila?" Tanya Datuk Halim dengan kaki yang bersilang. Wajahnya beriak serius menuturkan setiap kata-kata.

"Soon uncle. Kita orang dah ready sikit barang. Cuma Mel busy sikit sekarang ni, kena pergi show and minggu depan kena pergi Milan seminggu, and continue ke Paris untuk fashion week."

"Lamanya. Pergi dengan siapa?" Soal Datin Maria dengan riak serius.

"Dengan P.A Mel lah. Siapa lagi. Selalu memang dia temankan Mel kesana kesini. Kalau dia tak ada, tak tahu lah macam mana Mel nak uruskan semua. Dengan jadual padat lagi. Uncle and aunty faham je lah job as a model macam mana kan."

"Ohh." Datin Maria mengerling kearah Datuk Halim dan kemudian kepada Razin. Dia terasa serba salah pula ketika itu.

Nampak seperti mereka pula yang beriya-iya mahukan perkahwinan itu diadakan secepat mungkin. Padahal Melissa sendiri yang susah di ajak berbincang. Asyik sibuk dengan dunia peragaannya. Entah nanti selepas kahwin, Razin kerap ditinggalkan sendirian sementara dia pergi menayangkan tubuh dikhalayak ramai.

Ikutkan hati, dia tidak setuju juga dengan rancangan mengikat Razin dengan Melissa. Baginya Razin cukup dewasa menentukan pasangan hidup walaupun selepas kegagalan perkahwinan yang pertama. Dia lebih sukakan Humaira berbanding Melissa.

Dan semua ini kehendak Datuk Halim, ingin mengeratkan hubungan dengan keluarga arwah Dato' Muzaffar dengan mengahwinkan anak mereka.

Wajah sebu Razin dicuri pandang. Wajah yang menyimpan seribu satu rahsia duka. Tidak sekalipun merungut walaupun dipaksa melakukan perkara tidak disukainya malah menurut juga, lagi-lagi jika si ibu yang menyatakan hasrat.

Kalau Razin katakan pada mummy yang Zin tak nak, mummy akan tunaikan. Sekali je.. bisik hati Datin Maria. Dia lagi takut kehilangan anaknya jika dibandingkan persahabatan Datuk Halim dan arwah Dato' Muzaffar.

***

Rafael berpatah balik semula ke suitenya selepas memilih menu untuk keluarganya. Bungkusan hadiah tadi masih didalam pegangan.

Beep! Pintu suite dibuka menggunakan kad. Bungkusan tadi diletakkan diatas meja dan dia berlalu ke dalam bilik, mengambil sesuatu didalam laci dan dimasukkan ke dalam bungkusan yang sama. Bibirnya mengukir senyuman. Sudah tidak sabar mahu bertemu kekasih hati.

Praakkk!! Anak telinganya menangkap bunyi sesuatu terjatuh. Bunyi seakan didalam biliknya. Dengan laju kaki melangkah dan terus membuka pintu almari kerana bunyi itu masih kedengaran tetapi perlahan.

Gedebuk!!

Terjatuh pula seseorang lalu menghempapnya sehingga kedua mereka terjatuh ke atas birai katil.

"Abang Raf..!" Teriak suara wanita dimuka pintu bilik. Keempat mata itu terus menghala ke pintu.

"Raissa?" ujar Rafael, terkejut juga melihat Raissa tiba-tiba didalam suitenya. Rafael menoleh hadapan pula.

"Kau?!" Berteriak kecil Rafael melihat susuk yang menghempapnya sebentar tadi. Tubuh wanita itu ditolak kasar dan dia segera bangun.

Wajah kemerahan Balqis ditenung lama sebelum dia keluar dari bilik itu. Tangannya menarik Raissa yang masih kaku didepan pintu selepas melihat adegan yang tidak disengajakan tadi.

Raissa merentap tangannya lalu menahan Rafael.

"Ohh, tu girlfriend lah baru abang Raf ya?" Soal Raissa sambil menyilang kedua tangan didada. Matanya dicerlung melihat Rafael.

"Bukan. Dia bukan girlfriend abang. Dia housekeeper baru." Jawab Rafael laju.

"Ceh! Kalau bukan girlfriend, apa yang Raissa tengok tadi? Siang-siang buta buat benda terkutuk. Mommy dengan daddy dekat sebelah je tau. Kalau diaorang tahu ni, masak kering abang Raf nanti."

"Betul, dia bukan girlfriend abang." Kata Rafael lagi, cuba meyakinkan adiknya itu. Dadanya mula berombak mengingati kejadian tadi. Kepala terasa kembang apabila kemarahan mula meruap disegenap tubuh.

"Oi perempuan..!"

"Keluar kau! Sini! Keluar!." Panggil Rafael dengan teriakkan yang nyaring. Tersentak juga Raissa mendengar suara garau dan besar Rafael itu. Kelihatan marah benar abangnya saat itu.

Perlahan Balqis memunculkan diri selepas menyorok dibalik pintu. Lagak wajahnya tidak sedikitpun takut. Malah muncul dengan wajah yakin dan berani.

"Kau buat apa dalam suite aku? Aku tak suruh pun kau masuk sini bila bukan waktunya!" Marah Rafael. Dadanya turun naik berombak melepaskan marah. Raissa kaget melihat kemarahan Rafael lalu menghubungi Razin.

Tidak sampai beberapa saat, muncul Razin, Datin Maria, Datuk Halim dan Melissa didalam suite itu. Terkocoh-kocoh mereka menapak dihadapan Rafael dan Raissa. Kesemua mereka tercengang pula melihat kehadiran seorang perempuan yang tidak dikenali.

"Apa jadi Raissa.. Rafael? Siapa perempuan ni?" Tanya Datin Maria. Wajah ketiga-tiga mereka dipandang bersilih ganti menunggu jawapan. Lagi kehairanan melihat wajah Rafael kemerahan.

"Saya girlfriend Rafael, Datin. Nama saya Balqis." Tanpa segan silu Balqis menapak kehadapan lalu menyalami tangan Datin Maria selepas memperkenalkan diri.

Terpempan Datin Maria mendengar pengakuan berani wanita itu. Seperti tidak takut atau malu..

Rafael memaling badannya ke belakang lalu meraup muka dan menggosok kepala berkali-kali. Habis berselerak rambut segaknya tadi. Rasa mahu ditamparnya juga Balqis saat itu tetapi dia masih waras untuk tidak mengasari wanita lagi-lagi dihadapan orang tuanya.

Razin tersenyum sedikit melihat adegan didepan matanya. Memuji juga keberanian Balqis saat itu.

******

Izz Aydin tersenyum sendiri selepas membaca pesanan dari Rafael sebentar tadi. Katanya mahu ajak berjumpa malam nanti. Tetapi Izz Aydin mahu berjumpa dihotel saja kerana dia juga mahu menghantar barang Yana yang terlupa bawa masa turun kerja pagi tadi.

Helmet disarungkan di atas kepala lalu menghidupkan enjen motosikalnya. Beg yang mengandungi barang Yana sudah dimasukkan ke dalam beg sandang dan dia pergi dengan kelajuan sederhana.

Tidak sampai 20 minit, dia sampai ke hotel itu. Dia sempat menyapa pengawal keselamatan dan beberapa kakitangan dihotel itu yang turut dikenalinya. Suasana dihotel pada tika itu agak lenggang. Cuma ada beberapa orang pelanggan sahaja yang keluar masuk melalui pintu pemisah diantara pusat membeli belah dan hotel itu.

Langkahnya menuju terus ke dalam lalu mendapatkan Yana yang tekun membuat kerja.

"Yana!"

"Ooo setan! Haa!" Terkejut besar Yana disergah Izz Aydin dari belakang. Nasib tidak terpelanting fail ditangannya. Tetapi pantas dia melibas tangan memukul Izz Aydin yang galak mentertawakannya. Aku hempuk jugak setan nyata ni dengan fail ni je. Lagi sedap kann..

"Kau panggil aku setan?" Soal Izz Aydin yang masih ketawa. Jelingan tajam Yana lansung tidak dipedulikannya.

"Ya, setan! Sebab tak reti nak bagi salam. Main sergah aje. Egh!" Muka putih Yana mula kemerahan, geram melihat lagak selamba Izz Aydin mengenakannya.

"Jangan marah-marah. Nanti cepat tua.." perli Izz Aydin lagi. Sengaja menambah minyak di bara api. Yana mula bergerak keluar dengan wajah masam.

"Tak kisah pun nampak tua. Orang zaman sekarang suka pandang yang tua. Yang muda-muda dah tak layan."

"Amboi kau. Berkenan dengan orang tua ke? Kau jangan macam-macam Yana. Abang Shah nak letak mana." Langkah mereka terus berhenti.

"Abang Shah? Aku fikir jap. Hmm.. Dalam kenangan je lah. Sebab aku dah jumpa yang lebih sesuai dengan aku. Eh tak tak.. yang lebih memandang dan menghargai aku." Haa gituu..

"Siapa? Jadi kau dah tak nak dengan Abang Shah?"

Yana menggeleng perlahan. Bibirnya dipaksa mengukir senyuman sebelum berlalu meninggalkan Izz Aydin terpinga-pinga. Izz Aydin tersedar lalu mengejar dan menahan Yana.

"Tunggu-tunggu. Betul ke apa kau cakap ni?" Soal Izz Aydin mahu kepastian.

"Betul. Hujung bulan ni ada orang nak meminang aku. Aku tak kenal siapa tapi mama papa aku dah setuju suruh dia orang datang. Aku dah tak boleh nak terus menolak dengan alasan nak tunggu Abang Shah. Mungkin jodoh aku dengan dia takde. Jadi, aku cuba lupakan dia dengan menerima lamaran tu." Wajah Yana yang berlagak tenang direnung sekejap. Terasa kasihan pula melihat wajah Yana saat itu.

"Aku minta maaf. Kalau aku paksa betul-betul supaya Abang Shah terima kau, mungkin semua ni takkan jadi."

Yana menggeleng-geleng kepalanya. Terlihat genangan mula terbit ditubir matanya.

"Bukan salah kau Izz. Aku faham selama ni dia masih nak jaga kau, opah, atuk. Cuma aku yang terlalu berharap pada kasih yang tak pernah ada untuk aku. Mungkin dengan cara ni aku boleh lupakan dia." Yana menundukkan pandangan sebelum air matanya tumpah. Wajah kacak Shahril terlayar difikiran. Lelaki yang menghuni hatinya selama 5 tahun akhirnya terpaksa dilupakan. Semudah itu kah aku akan melupakan lelaki itu, gumam hati Yana.

"Yanaa.." Izz Aydin menggosok bahu sahabatnya itu. Cuba memberi kekuatan dan ketenangan kepada Yana.

"Okay. Lupakan pasal tu." Yana mengesat air matanya.

"Jom ikut aku. Aku ada benda nak bagitau kau." Kata Yana dalam teruja.

"Good news or bad news?" Soal Izz Aydin dengan kerutan didahi. Cepat juga sahabatnya itu berubah mood.

Kedua mereka bergerak naik ke tingkat 1 dan menuju ke bilik pekerja.

"Kau tengok ni." Yana menunjuk ke papan notis pekerja.

"Bulan depan kita ada program team building kat Pulau Pangkor!" Teriak Yana teruja. Tempat itu selalu menjadi keinginan dua sahabat itu. Mereka berdua selalu merancang hendak bercuti bersama tetapi tidak pernah dilaksanakan kerana ada saja halangan.

Izz Aydin turut berteriak dan melompat kecil bersama Yana. Kegembiraan mereka bukan kepalang lagi saat itu. Lansung tidak menghiraukan mata-mata yang melihat ulah nakal mereka berdua .

"Kau dengan aku sama team. Disebabkan tahun lepas team aku kalah. Jadi, dengan adanya kau, aku yakin kita akan menang! Menang bergaya." Ujar Yana dengan penuh semangat. Kedua tangannya sikepal dan diangkat tinggi. Kemudian mereka ketawa sehingga datang Puan Zubaidah menegur.

"Amboi. Seronok dua orang ni." Yana dan Izz Aydin terus tersipu-sipu. Sorang menyiku sorang.

"Jangan nak suka sangat. Datin Maria baru lepas mengamuk." Kata Puan Zubaidah mematikan ketawa dua sahabat itu.

"Mengamuk? Kenapa? Tadi dia sampai okay je. Dia masih kat atas?" Tanya Yana pula.

"Tak. Dah balik dah."

"Boleh saya tahu kenapa dia mengamuk?" Tanya Yana lagi. Bukan mudah mendengar wanita itu mengamuk atau marah andai tiada sesuatu yang benar-benar membuatnya naik angin. Ibarat sarang tebuan jangan dijolok, kalau dijolok, buruk padahnya.

"Sebab Balqis. Dia jumpa Balqis dan Rafael dalam suite Rafael dan Balqis mengaku dia girlfriend Rafael."

What?!!

Terbuntang biji mata Izz Aydin dan Yana mendengar perihal itu. Balqis mengaku dia girlfriend Raf?! Haaa? Benda paling mengarut apa aku dengar ni?!!

Yana mendengus kasar sambil mengguman bibirnya. Sedikit sebanyak dapat juga menangkap apa yang dikatakannya. Kebanyakkan ayat sumpahan carutan keramat dalam nada geram. Kalau disebut nyaring, mahu bernanah telinga mendengar.

Izz Aydin menggenggam kedua tangannya. Perasaannya tika itu bercampur baur. Tetapi rasa marah lebih menguasai. Rasa separuh kesabarannya terbang dibawa pergi. Mahu percaya atau tidak, dia sendiri tidak pasti.

Dia pantas keluar dari bilik itu dan berlari ke arah lif. Lif ditekan tidak juga sampai ke tingkatnya. Membuat hati semakin panas pula. Lantas dia menuju ke tangga dan turun secepatnya. Teriakkan Yana memanggil dibelakang tidak dipedulikan. Dia harus menenangkan diri terlebih dahulu sebelum berbuat apa-apa.

Balqis dan Rafael.. kenapa tiba-tiba jadi macam ni..

*******

Izz Aydin berjalan perlahan menuju ke luar. Tangannya membimbit seplastik bungkusan lalu ditikam ke dalam tong sampah. Kepalanya didongakkan pula, melihat kilauan jutaan bintang didada langit. Salah satu ciptaan maha esa yang paling dikagumi itu ditatap sekejap.

Hatinya masih terasa galau saat itu, masih memikirkan tentang Balqis dan Rafael. Sudah berkali-kali Rafael menghubunginya tetapi panggilan itu dibiarkan sepi tidak disahut.

Tiba-tiba sebuah motosikal berkuasa besar berhenti mengejut dihadapannya tanpa membuka helmet. Timbul tanda tanya entah siapa penunggang disebalik helmet hitam itu. Melihat gerak geri seakan dikenali tetapi siapa?

Dia berundur perlahan sebaik susuk lelaki berjaket hitam itu cuba mendekati lalu menariknya kasar. Rasa takut pula mula menjalar, membayangi sesuatu yang buruk mungkin bakal menimpanya.

"Yana..!" Tiada lagi suara kedengaran selepas itu kerana mulutnya ditekup dengan tangan yang bersarung tangan hitam.

ada yang geram ke tu.. meh singgah ig tengok Balqis

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience