Bab 7

Drama Completed 204768

Izz Aydin duduk termangu dibirai katil. Kepalanya masih ligat memikirkan tentang keluarga bos nya itu. Bukan sebab busy body tapi seperti ada sesuatu yang menyesakkan fikirannya. Walaupun sudah ditunjukkan Yana tadi, hatinya masih tidak merasa puas.

Tangannya mencapai telefon bimbit dan menekan ikon google. Carian ditaip.

"Razin bin Datuk Halim. Umur 37 tahun. Lahh nampak muda je."

"Education.. Master in Bussiness Administration, University of Oxford."

Fuyohh! Bukan calang-calang nih!

"Duda anak.. Satu?!" Naik senada suara Izz Aydin. Jadi betul la perempuan tadi ex wife dia. Alahai, tengok depan-depan dah cantik. Dalam gambar ni pun cantik! Puji Izz Aydin dalam hati. Matanya lekat merenung gambar perkahwinan Razin bersama bekas isterinya yang banyak didalam internet itu. Tapi kenapa boleh bercerai? Ruginyaa..

Ibu jarinya masih menolak naik skrin. "Bla.. Bla. Bla.. Bla.. Bla.. Bla.. Bla Pernah mengalami kemalangan? Kemalangan apa? Kenapa takda detail pun." Izz Aydin semakin ingin tahu. Hampir kesemua laman portal ditekan namun tidak memberikan apa-apa maklumat tambahan. Seperti telah disekat.

Kemalangan apa? Bila? Dah la tadi aku baru kenakan dia. Huuuu..

Telefon dilemparkan diatas katil lalu merebahkan tubuhnya. Walaupun otak masih ligat befikir, namun tidak menghalangnya dari tidur nyenyak malam ini bersama mimpi indah yang sudah lama tidak dirasainya.

*******

Seawal jam 8.30 pagi Izz Aydin sudah tiba di Hotel Imperial meskipun waktu kerjanya bermula pada pukul 9 pagi. Motosikalnya diparkirkan di ruang parkir motosikal dan helmet dibimbit di hujung jari. Bibirnya bersiul halus sambil menyapa pengawal dihadapan pintu utama. Kakinya melangkah sederhana menuju ke lif dan menekan punat tingkat 1.

Belum sempat lif tertutup, muncul satu tangan menahan pintu lif dari tertutup dan wajah tampan Rafael menahan pintu dari tertutup. Serta merta juga bau wangian Rafael menerpa dirongga hidungnya

"Morning Izz." sapa Rafael. Bibirnya mengukir senyuman.

"Morning Raf." balas Izz Aydin. Riak muka cuba dikawal agar tidak terlalu menunjukkan dirinya cemas. Walaupun sudah diberi Yana amaran awal, namun dia tidak dapat menidakkan perasaan suka yang sudah hadir dalam hatinya.

Ting!

Lif terbuka ditingkat 1. Izz Aydin keluar dari lif dan melintasi Rafael dihadapannya.

"Izz, petang nanti habis waktu kerja sibuk tak?" tanya Rafael. Sebelah tangannya menahan butang pintu lif dari tertutup.

"Tak!" jawab Izz Aydin laju. Tali beg sandang digenggam erat cuba menenangkan gemuruh.

Matanya terkebil-kebil melihat Rafael yang tersenyum. Mungkin lucu melihat respon laju darinya.

"Kita keluar? Nanti saya tunggu awak kat lobi lepas awak habis waktu kerja?"

"Aaa.. aaa.."

"Apa-apa nanti saya call okay. See you." Rafael melepaskan punat pintu lif dan lif tertutup perlahan.

Izz Aydin masih kaku disitu. Rasanya seperti tidak percaya di ajak lelaki itu keluar. Bibirnya terus menguntum senyuman dan kakinya melompat kecil.

Yes! Yes! Sorak Izz Aydin. Gembiranya bukan kepalang. Mendapat ajakkan dari lelaki yang berjaya membuatnya jatuh cinta pandang pertama.

Namun sorakannya mula perlahan. Memikirkan dia akan keluar dengan salah seorang lelaki kacak di Malaysia membuatkan hatinya serba tak kena. Bermacam-macam soalan muncul dibenak fikiran.

Nak pakai baju apa? Keluar ke mana? Kalau Yana tahu macam mana? Dia ada girlfriend kan? Aaaa!! Macam mana ni?

********

Yana mengatur langkah menuju ke pejabat Razin. Buku hitam dan fail berwarna biru di atas meja diambil dan dibawa sekali. Begitulah tugas hariannya sebelum memulakan tugas yang lain.

Tok! Tok! Tok!

"Come in." suruh satu suara.

Yana menolak daun pintu dan melangkah masuk dengan bunyi derapan kaki yang dikawal agar tumit tingginya tidak berbunyi nyaring.

Yana membuka buku hitam ditangannya.

"Jadual Tuan hari ni, pukul 10 nanti tuan ada appoinment dengan Encik Syazwan di cafe. Mereka nak bincang mengenai projek mall and hotel baru kita kat Johor. Semalam I dah booked meja untuk meeting tu. Lepas tu.. Tuan ada lunch date dengan Cik Melissa. Semalam dia call paksa saya kosongkan jadual tuan untuk makan tengah hari dengan dia." bicara Yana berhenti disitu apabila Razin mengangkat kepala merenungnya.

"Apa pentingnya Cik Melissa dalam jadual kerja aku? Lain kali jangan pandai-pandai nak tukar melainkan aku sendiri yang suruh." Arah Razin lalu mengembalikan pandangannya di skrin ipad. Jarinya menolak-nolak skrin perlahan.

"Err maaf Tuan." balas Yana seraya mengangguk tanda faham.

"Ni short listed driver yang kita ada kat hotel ni. Tuan boleh pilih siapa yang tuan nak untuk jadi driver tuan." Fail berwarna biru bertukar tangan.

"Nanti aku tengok. Buat masa ni biar Daniel ganti dulu." beritahu Razin lalu melepaskan fail ke atas meja.

"Baik tuan. Kalau takda apa-apa, saya keluar dulu." Yana berpusing dan melangkah pergi.

Razin mengambil semula fail biru tadi. Setiap helaian dibuka perlahan dan dia mengeluh halus sambil menyandarkan kepalanya di kepala kerusi.

****

"Syazwan!" Razin menghampiri lalu memeluk seorang lelaki yang sudah berdiri menunggunya.

"How are you? Lama tak jumpa kau. Last jumpa masa.." Razin berfikir sejenak.

"Masa sebelum aku pindah Sarawak?"

"Ya ya. Makin berisi kau sekarang. Berisi bahagia sangat ni." kata Razin sambil ketawa. Ekor matanya menjeling wanita bertudung disebelah Syazwan.

"Aisha. Apa khabar?"

"Sihat Tuan Razin." jawab Aisha sambil tersenyum.

"Tuan Razin? Kau buli wife aku ke selama ni?" Syazwan mengerling ke arah Aisha yang tersenyum duduk dikerusi.

"Mana ada. Aku tak tahu pun Aisha ni wife kau. Selalu meeting dia sorang aje. Kau mana ada." terang Razin yang turut duduk dikerusi.

"Aisha, lepas ni jangan panggil I Tuan lagi. Panggil Razin aje. Segan lah wife member I panggil I Tuan."

Aisha ketawa kecil sebelum mengangguk.

"So, boleh mula?" tanya Syazwan. Tangannya menyeluk beg lalu mengeluarkan beberapa keping kertas dan ipad. Aisha cuma mendengar dan sesekali turut membantu Syazwan menerangkan mengenai projek pusat membeli belah dan hotel itu kepada Razin.

"Yang aku bagitau ni cuma anggaran kasar je tau. Belum finalized lagi. Maklum lah ni first time projek besar company kami. Jadi aku harap apa-apa yang kau tak puas hati, kau bagitau aku terus. Jangan viral company aku pulak."

"Aku tau. Apa kau ingat aku ni kejam sangat ke?"

"Sikit lahh.." seloroh Syazwan lalu ketawa bersama Razin.

"Nanti kita buat official meeting dengan yang lain and discuss bila nak pergi tapak projek tu." cadang Razin.

"Boleh-boleh. Apa-apa nanti boleh bagitahu. Thanks Razin sebab bagi peluang kat kita orang buat projek ni."

"Takda hal la. Kita tolong kita. Kalau tak, tak majulah bangsa sendiri kan. Lagipun daddy aku berpuas hati dengan projek villa dia kat Pahang dulu tu. Dia jugak yang suggest company korang buat projek ni."

"Thanks again. Aku janji aku akan buat yang terbaik untuk kau dan untuk aku sendiri." kata-kata Syazwan disambut anggukan dari Razin.

****

Rafael menunggu dilobi seperti yang dijanjikan. Pakaiannya juga sudah ditukar kepada pakaian yang lebih santai. Berseluar jeans, kasut sneaker dan tshirt berkolar. Banyak juga mata-mata yang lalu lalang disitu menoleh kearahnya berkali-kali termasuk pekerjanya sendiri.

Sudah berkali-kali juga dia mendail nombor telefon Izz Aydin namun tiada sahutan. Jam tangan jenama G-Shock dipergelangan tangan dijeling sekilas. Pukul 4.30 petang. Selalunya sudah habis syif namun bayangan wanita itu tidak juga muncul.

Baru sahaja kakinya mahu melangkah, dia melihat Izz Aydin berjalan beriringan dengan seorang lagi rakan keluar dari perut lif. Matanya dan Izz Aydin bertentangan seketika. Izz Aydin menggelabah, lantas kakinya berpatah balik dan berlari menuju ke perut lif semula.

Selangkah Izz Aydin melarikan diri, dua langkah kaki panjang Rafael mengejar. Rafael sempat menahan pintu lif dan dia berdiri dihadapan Izz Aydin.

Rafael menunduk menarik nafas panjang dan dihembus perlahan. Punat tingkat paling atas iaitu tingkat 15 ditekan. Izz Aydin dihadapan direnung sekejap.

"Kenapa awak lari? Kan kita dah janji nak keluar? Saya call awak banyak kali tapi awak tak jawab." soal Rafael. Dia juga pelik dengan kelakuan Izz Aydin itu.

"Err saya sibuk. Banyak kerja." jawab Izz Aydin. Kepalanya ditundukkan.

"Awak takut dengan saya ke? Atau awak tak suka saya?"

"Takk. Eh.. Bukann. Saya tak takut dengan awak dan..saya suka awak!" haaa? Apa aku cakap ni!!

Rafael tersenyum kecil.

"Bukan-bukan.. Maksud saya, saya bukan takut dengan awak tapi saya takut dengan diri saya sendiri. Ye lah, awak kan kacak, orang kaya. Orang kata hot guy kat Malaysia ni. Tapi.. saya tak nak rosakkan imej awak bila orang tengok awak dengan saya." luah Izz Aydin dengan nada rendah.

"Kan saya dah kata saya nak yang setia. Saya pun tak pandang rupa dan harta seseorang untuk bersama saya. Lagipun kita baru nak berkenalan. Bukan nak terus kahwin."

"Awak dah cukup sempurna. Cuma..awak kurang yakin pada diri awak. Cuba beri peluang untuk diri awak sendiri. Buang rasa takut tu." sambung Rafael lagi.

Peluang untuk aku sendiri? Layak ke? Sedangkan selama ini, rasa cinta itulah paling di elaknya sehinggalah dia bertemu dengan Rafael buat pertama kali. Lelaki pertama yang mencuri hatinya tanpa disengaja dan lelaki itu ialah lelaki yang digilai ramai wanita yang lebih sempurna darinya? Rasa takut itu adalah benteng pertahanannya sendiri kerana dia juga tahu, sakitnya bercinta tiada ubatnya walaupun dia sendiri tidak pernah mengalami.

Izz Aydin diam bersama kata-kata yang terus bermain difikirannya. Mata mereka bertaut untuk beberapa saat.

"Ehem..!"

Izz Aydin dan Rafael serentak menoleh. Tidak sedar rupanya lif sudah sampai ke tingkat 15. Dihadapan pintu lif pula berdirinya seorang lelaki yang sedang memerhati dengan mata galak.

"Ada drama apa dalam lif ni? Ada pertandingan lawan mata ke? Dan siapa menang?"

Rafael tersenyum lalu berdiri mendekat kearah Izz Aydin.

"Tak ada siapa yang menang. Biasa lah, girlfriend merajuk. Jadi, aku pujuk lah." jawab Rafael selamba. Tangannya laju meraih tangan Izz Aydin lalu digenggam erat.

"Abang Zin tak nak masuk ke? Nak balik kan." tanya Rafael kepada Razin.

Razin melangkah masuk dan berdiri disebelah Izz Aydin. Matanya diarah kehadapan melihat pintu lif tertutup.

Izz Aydin tegak berdiri. Disebelah kanannya Razin sementara Rafael disebelah kiri. Jantungnya berdetak kuat, seakan dapat didengar jelas ditelinga. Ekor matanya menjeling sebelah kanan, kemudian ke sebelah kiri.

Kenapa rasa macam berdiri kat sempadan khatulistiwa ni. Sejuk panas pulak rasa. Lif ni pun satu, cepatlah turun! Haishh! Terkencing jugak aku dalam ni kang..

Berpeluh-peluh tapak tangan Izz Aydin didalam genggaman Rafael. Semakin ditarik, semakin erat pegangan.

Lif berhenti ditingkat 5. Muncul pula Yana dengan Daniel. Ahhh! Sudahhh! Izz Aydin merentap tangannya laju sebelum Yana sempat melihat.

"Tuan Razin, Raf." sapa Yana. Hujung matanya melihat pula Izz Aydin kaku dibelakang Razin. Entah bila pula dia beralih kedudukan.

Izz Aydin cuba mengawal riak dengan memberi senyuman paling manis. Yana dan Daniel turut masuk kedalam lif dan berdiri disebelahnya. Jelingan mata Yana tajam menikam sehingga ke hulu hati.

Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar dan menaip satu pesanan di whatsapp.

-Kita keluar esok je lah. Saya janji! Ada Yana ni. Takut lah.- Emote sedih dan tangan merayu disertakan sekali.

Ting ting!

Rafael menyeluk poket seluar dan membuka mesej ditelefonnya.

Rafael meletuskan ketawa kecil sebaik membaca pesanan itu sambil menggeleng kepala. Dia berdehem apabila mata-mata didalam lif memerhatikannya.

-Okay. Dah janji, kena tepati. Kalau awak lari lagi, saya announce dalam group staf yang awak gf saya- emote love disertakan.

Ting!

Bunyi ditelefon Izz Aydin pula. Dia membiarkan pesanan itu tidak dibaca kerana kadar degupan jantungnya kala itu lebih penting dari pesanan itu. Jangan aku pengsan dalam ni kena panic attack sudahlah..

Dan dia juga takut kedapatan oleh Yana! Lagi haru!

Bersambung..

Readers semua masih boleh follow novel ni? Kalau ada tak ok, boleh komen ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience