Bab 38

Drama Completed 204768

Tersentak Izz Aydin dari tidur apabila merasakan benda sejuk melekap dipipinya. Wajah Razin yang sedang tersenyum menyapa pandangan saat matanya dibuka.

"Sorry kacau sayang tidur. Dah masuk waktu solat subuh dah ni. Bangun, kita solat sama-sama."

Izz Aydin bangun perlahan sambil mengalihkan kain basah yang diletakkan oleh Razin dipipinya tadi. Tubuh disandarkan dikepala katil.

"Saya cuti solat."

"Cuti? Abang tak tahu pun."

"Ni dah bagitahu." Terus tersengih Izz Aydin menutup gigi.

"Takpe lah. Sayang sambung tidur. Abang nak solat kejap. Lepas tu ada kerja sikit nak siapkan."

"Masuk office tak hari ni?"

"Tak kot. Abang teman sayang kat rumah. Siang nanti Humaira datang."

Terus berkerut kening Izz Aydin.

"Kenapa dia nak datang? Dia hantar Adel ke?" Soal Izz Aydin. Wajahnya sudah teruja ingin bertemu dengan Adelia.

"Taklah. Dia kan doktor. Abang minta dia datang tolong check kan sayang." Ujar Razin lalu memegang pipi Izz Aydin yang masih kemerahan akibat ditampar Melissa.

"Nak check apa? Sikit je ni. Tak payah lah susahkan dia." Bantah Izz Aydin. Walaupun masih terasa perit, namun tidaklah perlu sampai menyuruh Humaira datang semata-mata mahu memeriksa pipinya itu. Segan pulak rasanya.

"No. Kali ni dengar cakap abang. Abang tak nak makin teruk nanti." Tegas Razin pula.

Dari semalam lagi dia mahu menyuruh Humaira datang memeriksa tetapi ditegah Izz Aydin. Hari ini bengkak itu masih kelihatan jelas dipipi isterinya.

Lambat-lambat Izz Aydin mengangguk kepala tanda setuju.

"Hmm Adel ada sekali tak?"

"Takda. Humaira yang jaga dia buat sementara waktu ni.Asyik tanya pasal Adel je sayang ni."

"Ye lah. Rindu dengan budak comel tu. Anak abang jugak kan." Sahut Izz Aydin seraya tersenyum.

"Rindu? Adel tak da, daddy Adel ada. Meh, lepaskan rindu tu. Sampai ke malam pun abang sanggup. Demi sayang.." Kedua tangannya didepa luas lalu memeluk Izz Aydin. Tubuh isterinya itu didakap erat sehingga naik sesak nafas wanita itu.

"Abang, lepaslah. Tadi kata nak solat kan." Tubuh Razin ditolak ingin meleraikan pelukan suaminya itu tetapi semakin erat pula dirasa. Lantas dibiarkannya sahaja kerana dia juga suka dimanjakan lelaki itu.

"Abang nak peluk sekejap. Kejap je."

"Yelah yelah." Tangannya turut membalas pelukan Razin sambil memejamkan mata menikmati haruman dan mendengar degupan jantung suaminya.

"Sayang.. abang minta maaf dengan semua yang jadi. Tak sangka Melissa bertindak sejauh tu. Abang.." Terus berhenti percakapan Razin sebaik jari Izz Aydin menutup bibirnya.

Izz Aydin mendongak dan merenung dalam anak mata Razin.

"Abang asyik minta maaf je. Saya okay. Yang saya risaukan sekarang ni Raf dengan daddy. Raf mesti benci kat saya kan. Dan.. daddy abang.." perlahan suara Izz Aydin. Dia pasti Datuk Halim tidak menyukainya dan tidak menerimanya sebagai menantu.

"Soal Raf, abang pasti dia boleh terima semua ni. Kita bagi dia masa sikit untuk pulihkan kekecewaan dia tu. Kalau pasal daddy, sayang tak payah risau. Biar abang yang uruskan ya."

Izz Aydin mengangguk lalu tersenyum kelat. Walaupun masih berat rasa hati, sekurang-kurangnya sudah terlepas satu beban.

Sejak semalam dia cuba menghubungi Rafael tetapi tidak diangkat. Pesanan turut dihantar tapi hanya dibaca namun tidak dibalas. Soal Datuk Halim pula, awal-awal lagi Razin sudah menegah jangan dihubungi bapa mertuanya itu. Jadi, Izz Aydin hanya menurut saja kata suaminya.

"Err kak Maira tau ke pasal kita?" Soal Izz Aydin lagi. Sudah lama juga tidak bertemu bekas isteri suaminya itu. Kali terakhir ialah semasa hari jadi Adelia.

"Abang dah bagitau dia. Sebab tu Adel dia jaga masa ni. Nak bagi abang honeymoon dengan sayang tapi alih-alih sayang bagi abang puasa pulak."

Terlepas ketawa Izz Aydin mendengar rungutan suaminya itu.

"Nak buat macam mana, dah dia nak keluar. Bukan boleh cakap stop pun."

Razin turut ketawa mendengar omelan isterinya itu. Hidung mancung wanita itu dicuit sedikit seraya melonggar pelukan. Dahi Izz Aydin dicium sekejap lalu bangun dari katil.

"Abang nak solat."

"Saya bangun terus je lah dah alang-alang. Boleh masak nasi lemak untuk breakfast." Ujar Izz Aydin lalu mencapai tuala mandi menuju ke bilik air.

"Wah, sedapnya. Sambal jangan buat pedas sangat eh. Abang tak tahan makan pedas. Takut nanti sakit perut."

"Okay abang. Beres!"

***

Tersenyum-senyum Humaira melihat gelagat Izz Aydin membebel memarahi Razin yang terlalu sibuk membuat kerja. Sehinggakan Humaira sampai dibawah pun dia tidak sedar tadi. Sampai berpeluh Humaira menunggu di ruang parking kondominium itu.

"Razin memang macam tu. Mana-mana pun sibuk dengan kerja." Ujar Humaira sambil membelek pipi Izz Aydin yang sedang duduk dihadapannya.

"Tu lah. Saya dah suruh dah dia masuk office tapi dia tak nak. Katanya tak nak susahkan Daniel nak jemput hantar dia. Padahal sebelum ni, kalau tak susahkan Daniel tu tak sah." Bebel Izz Aydin. Mimik mukanya turut menggelikan hati Humaira.

"Alasan je tu. Dia saja nak duduk rumah dengan Izz. Pengantin baru kan. Mana boleh berenggang."

"Pengantin tak berapa nak baru kak." Seloroh Izz Aydin lalu ketawa bersama Humaira.

"Kesian Izz kena tampar Melissa. Mesti kuat kan sampai bengkak macam ni. Dua hari masih tak surut. Patutlah Razin risau tapi memang tak perlu risau sangat lah. Akak dah check, tak ada yang serius. Kena selalu letak ice pack. Bagi cepat surut bengkak ni." Pesan Humaira.

Izz Aydin mengangguk sambil tersenyum. Wajah manis Humaira dipandang. Dia sebenarnya ingin menanyakan sesuatu kepada wanita itu tetapi terasa tersekat dikerongkong soalan nya.

Kalau tak tanya, sampai bila pun tak tahu kan. Kalau tanya, tak la asyik fikir. Hmm tanya je lahh..

"Err Kak Maira. Saya nak tanya sikit boleh tak? Tapi akak jangan marah eh. Saya cuma tanya je. Tak nak jawab pun takpe." Tergagap-gagap Izz Aydin menyatakan hasratnya.

"Nak tanya apa tu. Macam serius je soalan."

"Err kenapa akak dengan Razin bercerai dulu?"

Terus berhenti tangan Humaira mengemas barangnya. Mata dialih memandang Izz Aydin lalu tersenyum hambar.

"Sebab fitnah."

Membesar seinci anak mata Izz Aydin. "Fitnah? Maksud akak?"

Humaira meraih tangan Izz Aydin lalu ditepuk perlahan. Ekor mataya dilirikkan kearah Razin yang jauh sedikit duduknya, yang masih leka membelek ipad. Dia tidak mahu apa yang bakal disampaikannya kepada Izz Aydin turut didengar oleh Razin.

"Akak takda niat nak burukkan sesiapa tapi dengar apa akak nak pesan. Jaga rumah tangga Izz dengan Razin baik-baik. Jangan ada rahsia. Kena percaya antara satu sama lain. Jangan biarkan orang lain masuk campur urusan rumah tangga kamu berdua walaupun keluarga sendiri. Mungkin dulu jodoh kami tak panjang dan kami gagal pertahankan sehingga ada orang yang sanggup pisahkan kami."

"Pisahkan? Siapa?"

Belum sempat Humaira membuka mulut menjawab, susuk Razin sudah berdiri ditepi Izz Aydin sekaligus mematikan perbualan dua orang wanita itu.

Senyuman dilemparkan kepada Razin yang sudah membelai manja rambut isterinya. Lantas barang selebihnya dikemas didalam beg dan beg itu disangkut ke bahu.

"Okay lah. Akak balik dulu ya. Zin, nanti senang-senang ajak la Izz pergi rumah I."

"Ye lah. Thank you Maira. Nanti peluk cium Adel untuk I ya."

Humaira tersenyum lalu bergerak keluar sambil ditemani Razin.

Izz Aydin pula masih duduk termenung memikirkan perbualannya dengan Humaira sebentar tadi. Siapa lah yang jahat sangat pisahkan mereka dulu ya..desis Izz Aydin sendiri. Tidak terdetik sedikit pun cemburu dengan bekas isteri suaminya itu.

*****

Rafael berjalan lambat-lambat memasuki hotel sambil melonggarkan tali lehernya. Kepalanya terlalu pening saat itu. Wajah-wajah yang menyapanya juga nampak kabur tetapi senyuman tetap meniti dibibirnya. Langkah kaki dibawa menuju kedalam lif dan punat tingkat 5 ditekan.

Tiba-tiba muncul tangan menahan pintu itu dari tertutup dan wajah serius Razin terpampang jelas dihadapannya.

"Raf.." sapa Razin seraya menapak di dalam lif. Rafael menunduk pandangan, belum mahu bersemuka dengan abangnya walaupun peristiwa itu sudah seminggu berlalu. Sudah banyak kali dia mengelak bertemu dengan Razin dan Izz Aydin tetapi hari ini, bertemu juga kerana mereka akan bermesyuarat bersama sebentar lagi.

Suasana sepi menemani dua beradik itu sehingga lif berhenti ditingkat 5. Razin turut keluar dan berhenti dihadapan Rafael sebelum mereka berdua masuk ke dalam bilik mesyuarat.

"Aku tahu kau marahkan aku tapi kalau boleh, jangan marahkan Izz. Dia cuba call message kau banyak kali tapi kau tak jawab."

Rafael tersenyum sedikit sambil menggosok bibir.

"Apa perlu aku nak jawab call, message dia. Dia kan isteri abang Zin. Tak takut Izz jatuh cinta dengan aku balik?" Sinis Rafael melontar kata-kata tetapi tidak sedikitpun menggetarkan Razin.

"Aku kenal isteri aku. Dia takkan jatuh cinta dengan kau balik semudah tu. Kau nak tau kenapa?" Kening dijengketkan sedikit, memaksa Rafael berfikir sendiri mendapatkan jawapan.

Rafael mendengus kasar lalu mengalih pandangan. Ya! Sebab Izz dah sepenuhnya milik Razin. Luar dah dalam!

"Aku tak nak disebabkan Izz kita bermasam muka. Kau tetap adik aku, darah daging aku. Nanti ada masa kita slow talk ya." Perlahan suara Razin menutur kata. Bahu Rafael ditepuk perlahan lalu melangkah masuk kedalam bilik mesyuarat.

Move on? Hanya omongan kosong untuk menyedapkan hati sedangkan dia yang merasa sakit ditinggalkan. Kenapa rasa cintanya pada wanita itu terlalu sukar dipadamkan? Argh! Jangan jadi bodoh Raf! Teriak hati Rafael.

****

"Abang.. abang.." keras suara Izz Aydin memanggil Razin yang ralit menyiapkan kerja diruang tamu. Sejak balik dari pejabat tadi Razin masih menyambung kerjanya. Berhenti cuma bila waktu solat dan makan sahaja. Selepas itu, duduk semula dikerusi sambil membelek ipad dan laptop. Nampak benar lebih pentingkan kerja dari isterinya.

Tak ada beza kerja dirumah atau dipejabat. Sama sahaja sibuknya. Kadang-kadang sehingga ke malam kerja itu dibawa.

"Abang.." meleret panggilan bersama dengusan si isteri apabila sang suami tidak menyahut panggilannya tadi.

"Hmm..? Apa?" Sahut Razin sepatah. Matanya lansung tidak berganjak dari melihat iPad dipegangan.

Terus muncung sedepa bibir Izz Aydin duduk disebelah Razin. Kedua tangannya disilang ke dada.

Televisyen dibuka cuma sekadar memujuk rajuk sendiri tetapi ditutup semula dan remote dihempas sedikit kasar diatas meja sehingga mengejutkan Razin.

Razin menoleh dan seakan faham rajukkan Izz Aydin itu. Terus ipad dipegangan dilepaskan lalu memeluk isterinya itu.

"Kenapa muncung itik panjang sangat ni. Tak cantiklah." Seloroh Razin tetapi tidak sedikit pun Izz Aydin ketawa. Malah jelingan tajam yang dihadiahkan.

"Abang tu, sibuk sangat dengan kerja kan. Saya ni takda siapa nak layan." Semakin panjang muncung Izz Aydin meluah rasa tidak puas hati.

"Sikit je lagi ni. Esok kan abang nak outstation. Kena siapkan jugak." Terang Razin.

"Hmm takpe la. Saya tidur je lah. Ingat nak bagi buat bekal tapi dia sibuk sangat dengan kerja. Okay lah. Good night."

Sedetik Razin termangu sendiri, mencerna ayat Izz Aydin sebentar tadi. Bekal apa dia nak bagi. Aku tak request apa pun.

Tsk! Ahh..! Seakan ada lampu terang muncul dikepalanya. Lantas kakinya laju mengejar Izz Aydin yang sudah menghilang dibilik tidur.

Perlahan daun pintu ditolak dan kemudiannya ditutup rapat. Dalam kesamaran cahaya lampu tidur, dia mendapatkan isterinya yang sudah baring memejamkan mata walaupun sebenarnya tidak mengantuk. Cuma hatinya masih mahu dipujuk.

"Sayang.."panggil Razin lalu turut baring memeluk Izz Aydin.

"Marah abang ke?"

"Tak. Saya marahkan kerja abang yang tak pernah habis tu. Mengalahkan menteri." Dengus Izz Aydin geram.

"Nak buat macam mana. Nama pun bos. Takkan nak goyang kaki je. Mestilah kerja banyak."

"Yelah. Kerja lebih penting. Abang sambung lah kerja tu. Saya nak tidur." Tubuhnya terus dipusingkan membelakangi Razin.

"Mana boleh tidur membelakangkan suami. Kena pandang sini lah." Kata Razin lalu memusingkan semula Izz Aydin menghadapnya.

Wajah cemberut wanita itu ditatap sambil membelai segenap wajah itu dan berhenti dibibir. Satu ciuman diberikan untuk memujuk si isteri yang masih dikawal rajuk.

"Sorry sayang." Ucap Razin perlahan. Tubuh Izz Aydin dibawa kedalam pelukan.

"Esok sayang ikut abang je lah. Kan senang." Ajak Razin lagi. Ini sudah kali keberapa dia mengajak Izz Aydin mengikutinya tetapi ditolak mentah.

"Tak nak lah. Nanti duduk bilik je, bosan. Daniel kan ada temankan abang."

"Memang Daniel ada tapi tak sama lah dengan sayang. Tak boleh buat peluk." Kata Razin lalu ketawa kecil.

"Takpa. Abang pergi je dengan Daniel. Tapi saya nak tidur rumah Yana masa abang tak da nanti boleh tak? Lama dah tak borak-borak dengan dia. Please.." matanya dikelip berulang kali meminta persetujuan dari Razin.

Sejenak Razin berfikir sebelum tersenyum.

"Abang benarkan tapi jangan nak merayap sana sini. Jangan bawak motor lagi. Sayang pakai je kereta abang kalau nak kemana-mana. Ingat pesan abang ni."

Izz Aydin mengangguk seraya tersenyum. Suka hatinya bila Razin mahu menunaikan permintaannya. Satu ciuman tanda terima kasih dihadiahkan dipipi Razin tetapi Razin lekas berpaling dan memaut bibir Izz Aydin. Naik merona merah wajah wanita itu melihat tindakan nakal suaminya mencuri ciuman.

Razin mengelus belakang Izz Aydin sambil menggesel hidungnya dirambut isterinya itu. Bau wangi yang terbit melonjak nafsu lelakinya mahu menggauli isterinya.

"Ermm kata nak bagi bekal. Sayang bagi lah extra sikit, buat bekal esok, lusa lagi." Bisik Razin lalu tersengih. Tangannya mula turun ke bawah, mengusap tubuh isterinya dibalik baju tidur satin. Sentuhannya itu membuatkan Izz Aydin mengeliat kegelian dan ketawa manja.

"Nak bekal? Ingatkan tak nak tadi."

"Mestilah nak. Rugilah kalau tak nak. Saja buat abang geram kan."

Izz Aydin melirik senyuman lalu menggigit bibirnya. Anak matanya merenung dalam mata Razin yang sudah membara melawan nafsu.

Bzztt.! Bzzt..!

Tiba-tiba telefon milik Izz Aydin bergetar diatas meja ditepi katil. Menandakan telefon itu menerima panggilan. Pantas Razin menyekat tangan Izz Aydin dari mengangkat panggilan sehingga telefon itu berhenti sendiri.

"Jangan nak switch off mood abang eh. Kalau sayang jawab call tu, sampai pagi sayang abang kerjakan. Nak?" Ugut Razin dengan senyuman nakal. Matanya dikecilkan sambil mengangkat sebelah kening.

Izz Aydin menggeleng ketawa. Jangan kan sampai pagi, sekali round pun boleh terbalik biji mata dibuat suaminya itu.

Dia kemudiannya menarik Razin rapat dan mengucup bibir milik lelaki itu dalam, penuh dengan rasa cinta yang semakin menebal. Pertarungan halal itu terus dilaksanakan dengan begitu asyik. Sehingga kedua mereka terus hanyut kedalam syurga dunia ciptaan mereka sendiri.

*******

Izz Aydin menghantar pemergian Razin dengan berat hati. Tangannya sedari tadi masih tidak melepaskan tangan Razin walaupun Daniel ada bersama mereka ketika itu. Diwajahnya sudah dipakai penutup muka. Jaket berhoodie turut dipakainya, semata-mata tidak mahu menjadi perhatian orang lain.

Tangannya merangkul pinggang Razin sehingga Razin ketawa kecil.

"Kenapa ni? Kejap lagi abang nak masuk. Dah berapa kali annnouce tu. Sayang saja buat abang berat hati nak pergi kan."

"Takda lah. Saya doakan semoga urusan abang dipermudahkan ya. Jangan lupa saya kat sini." pesan Izz Aydin dengan wajah bersahaja.

"Mana boleh abang lupakan isteri kesayangan abang ni. Nanti sampai abang call ya. Hati-hati drive balik. Jangan laju sangat." Pesan Razin lalu mencium dahi Izz Aydin. Langkah diatur menuju ke balai perlepasan dan Izz Aydin terus mengeluh halus.

Perasaan bersalah mula bersarang dalam hati kerana merahsiakan sesuatu dari suaminya. Tiba-tiba getaran didalam kocek seluar menghentikan langkah kakinya yang sedang menuju ke kereta.

Tertera nombor yang sama menghubunginya semalam. Perlahan skrin telefon dileretkan dan suara di atur semanis yang boleh.

"Hello daddy.."

jom follow i.g m.a.z_np boleh borak2 ;) please follow, rates and comments. tq ;)

Share this novel

awer
2021-09-03 01:51:36 

geram kadang ngan izz ni.. x de pndiriann..bngokkkk..sian rafff akuuu

esther marcus
2020-11-20 19:25:46 

aduh...janganla dady tu bg cdangan nak bermadu pla...


NovelPlus Premium

The best ads free experience