Bab 23

Drama Completed 204768

Seawal jam 2 petang, mereka semua diminta berkumpul bagi menerangkan aktiviti yang akan diadakan untuk hari itu. Kebanyakkan aktiviti berkumpulan dan setiap aktiviti akan diberi markah. Diakhir majlis nanti akan diumumkan siapa pemenang yang akan mendapat hadiah berupa baucer membeli belah di Imperial Mall sebanyak satu ribu ringgit. Selain itu mereka akan diberi penginapan percuma selama 3 hari 2 malam di Imperial Hotel.

Sudah tersenyum lebar Yana dan Izz Aydin selepas mendengar. Berkobar-kobar juga semangat mereka mahu memenangi setiap aktiviti yang dinyatakan.

Dua sahabat itu kelihatan gelisah menunggu ahli pasukan yang lain. Sekejap duduk, kemudian berdiri semula.

"Ish Yana. Apesal kau tak bagitau aku tuan Razin sama kumpulan dengan kita. Kenapa dia join sekali aktiviti macam ni." Dengus Izz Aydin.

"Aku pun tak perasan lah nama dia. Aku sempat tengok nama kau dengan aku je."

"Mana dia orang ni. Tak datang kot. Kalau tak datang jugak, kita dua je lah main semua. Aktiviti senang-senang je tu."

"Larat ke oiii.. banyak jugak aktiviti tu walaupun senang. Patah lah tulang aku. Tak sanggup.." Yana mula mempamerkan muka penatnya.

"Kata nak sangat menang. Belum apa-apa lagi dah lembik. Takde semangat kau ni." Kata Izz Aydin sambil mencebik bibirnya.

"Sepatutnya 4 orang tapi tinggal kita 2 je. Hmm kalah lagi lah aku tahun ni.."

"Kenapa nak kalah kalau boleh menang?" Tiba-tiba muncul suara lain didalam perbualan mereka.

Serentak dua sahabat itu menoleh. Razin!

"Tuan.. ingatkan tuan tak datang."ujar Yana tersengih.

"Siapa kata aku tak datang. Bukan selalu buat team building dengan staf kan. Aku pun nak jugak enjoy main aktiviti macam ni." Ujar Razin sambil mengerling Izz Aydin disebalik cermin mata hitamnya.

"Bukan apa. Tuan kan selalu tak join aktiviti macam ni. First time tuan join ni." Tambah Yana lagi.

"Bukan Encik Daniel cuti jaga isteri bersalin ke? Isteri Encik sihat?" Giliran Izz Aydin pula menyapa mesra.

"Alhamdulillah sihat. Saya ikut aktiviti siang je. Petang saya balik. Kampung isteri saya tak jauh pun. Sebab tu saya boleh join ni."

"Ohh. Kalau macam tu, nah, pergi tukar baju dulu." Sehelai baju dihulurkan kepada Razin dan sehelai lagi kepada Daniel.

"Serious nak pakai baju ni?" Berkerut dahi Razin membelek baju ditangannya. Daniel pula tersenyum kecil dibelakang.

"Ye. Saya beli khas untuk team kita. Biar kita nampak serasi dan bersemangat." Haa gitew kau. Nak sangat aku menang ni! Awas korang semua.. Yana senyum ketawa didalam hati.

"Pakai je lah tuan. Sekali sekala kan. Comel jugak baju ni. Ada unicorn lagi." Kata Daniel lalu ketawa.

Lebar senyuman Izz Aydin dan Yana memikirkan kemenangan yang akan dimiliki mereka nanti dengan adanya Razin dan Daniel sebagai rakan sepasukan.

Sedang mereka menjamu selera sebelum memulakan aktiviti, Rafael tiba-tiba muncul lalu duduk disebelah Izz Aydin. Tidak terkejut pula Izz Aydin saat itu. Seperti mengalu-alukan pun ada. Yana pula terus berlalu bagi memberi ruang kepada mereka berdua.

"Awak marahkan saya lagi Izz?"

" Saya bukan bbnu bercinta, ada masalah sikit marah merajuk sampai berhari-hari."

"Maafkan saya..please." rayu Rafael. Tangan Izz Aydin cuba diraih namun ditepis.

"Jangan pegang saya kat tempat terbuka macam ni. Nanti apa kata staf lain kalau nampak."

"Saya tak kisah apa orang nak kata. Asalkan awak maafkan saya. Itu lebih penting."

"Please Raf. Bagi saya ruang untuk fikir pasal kita."

"Kenapa? Awak nak putus dengan saya ke?" Naik senada suara Rafael ketika itu memikirkan jika andaiannya benar.

"Bukan macam tu. Saya cuma nak masa untuk saya release marah saya sendiri. Saya nak enjoy moment dengan kawan saya kat sini tanpa perlu fikir pasal kita."

Rafael mengeluh lalu menunduk wajahnya. Kemudian bibirnya mengukir senyuman paksa.

"Okay. Ambil lah masa sebanyak mana awak nak. Saya tunggu. Saya takkan putus asa pujuk awak dan awak tahu saya takkan berhenti." Sempat Rafael mencuit hidung mancung Izz Aydin, menyebabkan wanita itu tersenyum sedikit.

"Raf.."

Terus mati senyuman Izz Aydin saat bertentangan mata dengan Balqis yang tiba-tiba muncul memegang bahu Rafael.

"Ish, jangan sentuh aku boleh tak. Tak nampak ke Izz ada kat depan ni." Marah Rafael.

Balqis tidak mempedulikan marah Rafael itu malah makin galak mengusap pipi Rafael sebelum meninggalkan mereka berdua.

Izz Aydin yang sudah tenang mula terasa menggelegak darahnya. Ditambah pula lenggok manja Balqis yang sengaja dipamerkan kepada Rafael. Memang mengundang naga berapi jugak makhluk ni!

"Balqis. Kau sini kejap." Panggil Izz Aydin sambil menyelak rambut depannya kebelakang. Bibir bawahnya meniup muka yang sudah kemerahan. Menelan air liur Rafael saat itu melihat muka merah Izz Aydin.

Dengan lagak berani Balqis menapak dihadapan Izz Aydin sambil menyilangkan kedua tangannya kedada. Riak muka ditunjukkannya menambahkan lagi kemarahan di hati Izz Aydin.

Tanpa amaran, rambut panjang Balqis ditarik dan diheret sehingga ke kolam renang lalu ditolak sehingga mencebur kedalam air. Terngaga Rafael melihat kelakuan Izz Aydin.

Nasib baik saja Balqis pandai berenang dan mula berenang ke tepi. Izz Aydin mendekati Balqis yang tercungap-cungap mencari nafas.

"Nasib baik tau aku tolak kau masuk kolam je. Ikutkan hati, ni kaki aku ni dah naik kat muka kau dah. Mentang-mentang aku diam, kau makin pijak kepala aku. Dasar penyondol. Puih!"

Yana turut terngaga melihat Balqis sudah basah kuyup sementara Izz Aydin berlalu pergi dan dikejar Rafael.

***

Razin duduk diam di satu sudut melihat kelibat Izz Aydin dan Rafael berlalu. Ditangannya memegang satu sampul surat yang diberi oleh Daniel sebentar tadi.

"Tuan rasa Raf dah tahu ke pasal hutang Izz tu?" Soal Daniel yang duduk disebelah.

"Maybe. Kalau tak, dia takkan berani nak ambil duit company sebanyak tu tanpa bagitahu aku dulu."

"Tuan nak biarkan dulu ke macam mana?"

"Biarkan? Ini lah peluang aku. Aku tak nak dia orang bersenang-lenang, bercinta sedangkan aku masih macam ni.."

"Tuan nak buat apa? Tak payah lah ganggu diaorang. Izz pun nak merasa bahagia dengan orang yang dia sayang, cinta."

Mata Razin mencerlung melihat Daniel.

Daniel pula sudah cemas namun dia bijak mengawal riak. Dia sebagai rakan cuma mahu menasihati Razin agar tidak melakukan sesuatu diluar kawalan.

"Tuan jangan menghukum orang yang tak bersalah. Dia takde kena mengena dengan kisah silam tuan. Kenapa susah sangat tuan nak lupakan kisah tu. Benda dah berlaku lama. Biarkan dia hidup bahagia lepas segala yang jadi kat dia. Susah sangat ke."

Razin diam, mencongak kata-kata yang harus dibalas.

"Saya lega sebab Raf sanggup tolong dia walaupun dengan cara yang salah tapi saya tahu Raf memang ikhlas sukakan Izz." Tambah Daniel lagi.

"Tuan antara orang awal yang tahu masalah yang Izz hadapi tapi tuan ambil keputusan berdiam diri dan masih biarkan dia dengan masalah tu. Sebab apa? Sebab tuan pentingkan dendam tuan dari rasa belas kasihan tuan kat dia. Kalau saya ni banyak duit macam tuan, orang kata tak luak sampai tujuh keturunan, saya antara orang yang akan tolong dia sebab saya tahu dia orang yang baik. Dan kerana dia orang yang teraniyaya atas kesalahan orang lain."

"Aku takde masa lah nak dengar ceramah kau ni. Keputusan aku tetap sama!" bentak Razin kasar lalu memalingkan muka.

Daniel melepaskan keluhan berat melihat reaksi Razin. Lagi senang menasihati anak kecil jika dibandingkan si keras kepala Razin itu.

"Tu lah tuan. Saya bagi nasihat sikit terus melenting. Baik saya pergi solat je dari terus menahan hati kat sini. Tuan fikirlah sendiri. Saya cuma bagi nasihat supaya tuan tak termakan umpan sendiri."

"Umpan sendiri? Maksud kau?" Soal Razin pula dengan nada tidak puas hati sementara Daniel ketawa kecil.

"Saya tahu tuan dah mula ambil berat pasal Izz. Jangan sampai menyesal dikemudian hari, nanti makan diri sendiri. Fikir masak-masak ye." Daniel menyudahkan kata-katanya dan pergi meninggalkan Razin seorang diri.

Huh.. Razin duduk memeluk tubuhnya sambil menggigit bibir. Perasaanya sendiri sudah mula berperang kala itu, berkecamuk bercampur rasa.

*******

Yana berteriak nyaring apabila Izz Aydin menyudahkan acara permainan mereka yang kedua dengan mendapat tempat pertama. Walaupun kumpulan lain bermain dengan baik, mereka masih tidak mampu mengalahkan ketangkasan Izz Aydin dalam bermain permainan itu.

Aktiviti santai yang diadakan ditepi lantai itu turut ditonton oleh pengunjung lain. Ada yang turut serta memberi sokongan. Mujur saja cuaca tidak begitu panas.

Razin ketawa kecil melihat muka putih Izz Aydin akibat terkena tepung sebentar tadi. Lantas dia bangun menyeluk sapu tangan dan menuju ke arah wanita itu.

Namun Rafael lebih pantas mendapatkan Izz Aydin. Lembut sahaja tangannya menyapu wajah wanita itu sehingga bersih dannIzz Aydin tersenyum nipis.

Sapu tangan tadi disimpan semula dan Razin duduk dikerusi kerana sebentar lagi dia mahu turut serta mengambil acara. Terusik sedikit hatinya melihat kemesraan Rafael dan Izz Aydin.

"Okay. Kita mulakan acara game yang ketiga. Dua peserta dari setiap kumpulan tampil kehadapan." Arah Miss Helen selaku pengadil.

Razin dan Izz Aydin tampil mewakili kumpulan mereka sementara Balqis dan Rafael wakil kumpulan yang akan berlawan dengan mereka. Pasukan yang lain turut memulakan acara yang sama dan diadili oleh pengadil yang lain.

"Siapa nak mula dulu?" Tanya Miss Helen.

"Saya." Balqis dengan lagak yakin bergerak kehadapan dan duduk dikerusi. Matanya tajam melihat Izz Aydin yang juga bergerak kearahnya namun ditahan oleh Razin.

"Dan saya akan lawan dengan dia." Giliran Razin pula bersuara.

Pecah seribu kerutan didahi Balqis melihat Razin dihadapannya. Wajah lelaki beriak beku itu tidak berani pun dipandang. Apatah lagi bertentangan mata.

Izz Aydin dan Yana ketawa terbahak-bahak melihat riak Balqis saat itu. Sengaja mahu menyakitkan hati. Haa, kau lawan lah mata dengan bos beku tu. Confirm tak sampai 5 saat kau dah kalah! Hehehe galak ketawa hati Izz Aydin tika itu.

Belum mula acara lagi, Balqis sudah melarikan anak mata. Jangan kata nak bertanding melawan tenungan.

Razin tersenyum senget saja saat dia diumumkan pemenang pusingan pertama. Ibarat menang tanpa bertanding.

Tiba giliran Izz Aydin pula. Belum mula kiraan, Rafael sengaja mengusik dengan senyuman nakalnya. Matanya sengaja dikenyit-kenyitkan berulang kali. Berlatih katanya!

"Okay, mula."

Anak mata mereka mula bertentangan. Berbalas renungan dan juga senyuman. Hati yang beku mula mencair secair ais dilautan. Izz Aydin cuba mengawal pergerakan anak mata agak tidak berkelip biarpun sudah terasa pedih dek tiupan angin laut. Rafael pula berlagak tenang. Semakin suka pula hatinya dapat menatap wajah kesayangan yang masih dikawal rajuk itu.

"Dari mata dah jatuh ke hati ke tu" Usik Miss Helen. Yana dan Daniel turut ketawa dan membiarkan saja drama renung merenung berlansung untuk seketika. Razin pula seakan panas punggung melihat lantas mendekati dan berbisik ditelinga Izz Aydin.

"Kalau kau kalah game ni, aku cium kau. Kau dengar tak?"

Sepantas kilat Izz Aydin menoleh ke sisi dan wajah Razin berada dekat didepannya. Mata dikelip-kelip laju.

"Yes!!" Teriak Rafael bersama kumpulannya.

"Izz! Apa ni.. kenapa kau kelipkan mata. Alahhh.." Yana mula menghentak kakinya, tanda protes atas kekalahan Izz Aydin.

Razin tersenyum senget melihat wajah kemerahan Izz Aydin selepas diusiknya.

"Kau kalah. Hutang 1 ciuman." Bisik Razin lagi.

Razin menjarakkan mukanya dan berlalu pergi meninggalkan sekumpulan manusia disitu.

Izz Aydin memerhati kelibat Razin yang semakin menjauh. Aku hutang dia ciuman? Gila!!

"Alaaa tak adillah kalah cara macam ni." Rengek Izz Aydin sambil menolak pasir dikaki. Tidak puas hatinya sedangkan dia boleh saja menang jika tidak diganggu oleh Razin.

******

Senja mula melabuhkan tirai. Izz Aydin sengaja melambat-lambatkan kayuhan kaki. Masih mahu menatap matahari terbenam dikaki langit. Yana pula sudah menuju ke bilik. Sudah penat katanya.

Dia duduk sebentar di tepi pantai dan memejam matanya sekejap. Angin hangat dibiarkan menampar wajah bersama bau segar air lautan. Kelihatan beberapa pasangan yang berjalan berpegangan tangan menyelusuri gigi pantai. Cemburu juga rasa hatinya melihat. Kekasih ada dekat tapi terasa jauh pula.

Terbayang kemesraan yang dipamerkan oleh Balqis kepada Rafael siang tadi. Sengaja mahu membuatnya bertambah geram. Memang jenis tak makan saman lah! Masih jugak nak menyendel!

Lantas tangannya mencapai satu cengkerang di tepian lalu dilemparkan jauh ke lautan luas.

"Kau marahkan orang lain tapi cengkerang tu yang jadi mangsa?" Sampuk satu suara dibelakangnya. Izz Aydin tidak menoleh kerana tahu gerangan siapa yang menegurnya, Razin lah, siapa lagi.

Tanpa ajakan Razin terus duduk disebelahnya.

"Kenapa tak masuk bilik lagi? Tak puas main tadi?

"Saja ambil angin. Tuan tu? Kenapa kat sini? Jangan kata tuan nak claim ciuman dari saya pulak." Seloroh Izz Aydin. Entah kenapa lancar pula bibirnya bergurau seperti itu.

Air liur ditelan selepas menyedari ketelanjurannya sendiri.

"Kalau kau nak, aku boleh je."

Masing-masing terus diam merenung matahari yang mula menghilang.

"Dah, masuk bilik sana. Nanti tak pasal-pasal kau hilang pulak kena culik kat sini." Tegas Razin menuturkan arahan.

Izz Aydin menarik muka lalu berdiri. Tiba-tiba kakinya terasa sakit.

"Aaa.. aaa! Cramped! Cramped!!" Sebelah kakinya diangkat tinggi dan menyebabkan badan hilang kawalan.

Razin yang sudah berlalu pergi menoleh semula dan pantas berlari menyambut tubuh Izz Aydin dari jatuh diatas pasir putih.

Anak mata mereka bertentangan sekejap. Bagai terpukau Izz Aydin melihat wajah yang tiada riak beku dihadapannya. Seakan lembut menyapa pandangan.

Namun kaki yang sakit itu lebih penting dan terus mematikan khayalan.

"Aa! Kaki saya.. cramped! Sakit sakit!" Adu Izz Aydin dengan kerutan didahi. Tangannya menolak Razin agar menjauh dan memberi ruang untuk nya duduk semula.

"Tu lah. Duduk lagi lama-lama kat sini. Dah seharian bermain sana sini. Pergi je lah rehat dalam bilik."

"Saya duduk kejap je. Bukan saya main apa pun."

"Ha menjawab. Dah sakit macam ni pun nak menjawab lagi. Nak aku cium mulut kau tu baru kau berhenti menjawab?"

Laju Izz Aydin menggeleng kepala lalu mengetap bibir. Takut juga jika gertakkan itu dilaksanakan oleh lelaki itu. Lelaki, bukan boleh percaya sangat kan.

Razin membantu mengendurkan urat yang tegang dikaki Izz Aydin. Berhati-hati dan lemah lembut.

Izz Aydin mencuri pandang wajah lelaki dihadapannya itu. Cuba membuat penilaiannya sendiri.

Hmm muka not bad.. tak nampak tua, tak nampak muda. Sesuai dengan umur. Body..boleh tahan walaupun dah jadi warga emas. Hmm caring sikit la sebab dengan Adelia dia lain sangat perangai. loving sangat.. Cuma beku dan bossy je kena kikis lagi.

"Hmm boleh ni." Kata Izz Aydin tiba-tiba.

"Apa yang boleh ni?" Soal Razin pula, hairan mendengar Izz Aydin tiba-tiba bersuara.

"Tak tak..! Saya cuma teringatkan sesuatu." Cemas Izz Aydin saat itu apabila Razin mula merenungnya.

"Sesuatu apa? Kau memang jenis cakap je apa yang kau tengah fikir kan. Kau fikir pasal hutang ciuman kau ke? Boleh dah aku claim sekarang?" Razin terus mendekatkan wajahnya, melihat lebih dekat wajah yang sudah merona merah dibalik cahaya remang senja.

Izz Aydin mengundur sedikt. Betul-betul nak claim ke? Rugilah first kiss aku kalau dapat kat dia..

I lanjer 1 extra episode malam ni. hihi esok update macam biasa ye. mwahciket :*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience