Bab 24

Drama Completed 204768

Usai solat subuh, Izz Aydin terus bersiap dan menuju ke cafe untuk bersarapan bersama Yana. Mulut yang menguap ditutup dengan telapak tangan berulang kali. Semalaman tidurnya terganggu dek mengingati peristiwa hampir dicuim Razin. Mujur saja dia lekas menolak dan melarikan diri dengan kaki yang masih sakit.

"Apesal kau ngantuk sangat ni. Kau tak tidur ke malam tadi." Soal Yana sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulut.

"Penat sangat kot. Tu yang tak boleh tidur tu. Kaki pun asyik cramped je." adu Izz Aydin dengan muka mengantuknya.

Eleh, alasan bukan main. Nasib baiklah tak kena cium betul-betul. Entah-entah sebulan tak tidur dibuatnya! Ee ni semua salah Tuan Razin. Gumam hati Izz Aydin.

"Kalau kau tak join dia orang hari ni, aku rasa takpe kot. Dia orang jalan-jalan melawat tempat-tempat menarik je, beli souvenir."

Izz Aydin mengangguk perlahan lalu mencapai cawan teh panas yang diambilnya tadi. Baru sahaja mahu menghirup, Razin muncul lalu duduk disebelahnya.

"Morning ladies." Sapa Razin dengan riak sedikit gembira.

"Tuan. Good morning." Balas Yana mesra.

Izz Aydin berlagak tenang sedangkan saat itu dadanya terasa dipalu dengan kuat. Air yang panas mula terasa sejuk turun melalui tekak. Haa nampak tak aura mat beku kalau dekat dengan aku. Sampai air panas pun jadi sejuk.

"Hai Izz. Lena tidur semalam?" Soal Razin sambil tersenyum kepadanya.

Lena? Aku siram jugak dengan air panas ni kang.. saja nak kenakan aku pagi-pagi ni.

Yana yang mendengar terus menjawab mewakili Izz Aydin yang diambtidak menyahut.

"Kaki Izz ni cramped. Tak boleh tidur katanya. Tengok tu, naik bengkak matanya."

"Sakit lagi? Ada sapu minyak tak? Kalau takde, aku ada bawak tapi kat dalam bilik la. Nak aku hantarkan nanti?" Kata Razin sambil melihat kaki Izz Aydin yang ditutupi seluar panjang.

Yana mengetap bibir mendengar. Sesuatu kedengaran pelik ditelinganya. Tak pernah pulak bos offer macam ni. Baik semacam je.

Matanya menjeling sekilas melihat dua orang dihadapannya. Seorang diam membisu, seorang lagi beriak kerisauan. Lantas bibirnya tersenyum, mencari akal.

"Tuan nak minum, makan apa? Saya boleh tolong ambilkan." Ujar Yana seraya bangun dari kerusi.

"Hmm boleh jugak. Coffee less sugar. Hmm makan.. nak nasi lemak jugak lah tapi sambal nak sikit je. Aku tak boleh makan pedas sangat."

Yana terus berlalu. Izz Aydin pula laju menyuap makanan ke dalam mulut. Naik rimas juga diperhatikan.

"Hari ni kau teman kan aku. Aku dah sewa kereta nak pergi pusing-pusing pulau ni." Ujar Razin.

Alahh baru ingat nak tidur lepas ni. Ngantuk lahh..

Keluhan kecil terlepas dari bibirnya.

"Kenapa? Kau tak nak? Takkan baru sehari kat sini kau dah lupa tanggungjawab kau sebagai driver aku."

"Tuan suruh lah Daniel temankan. Dia kan ada. Bagilah saya berseronok sekejap kat sini, tenangkan fikiran."

"Harini Daniel takde. Temankan wife dia check up baby."

"Takpun tuan ikut lah yang lain sekali. Kan senang."

"Tak nak. Aku nak kau yang bawak aku. Kalau tak, aku potong gaji kau."

Ehh main ugut pulak.

" Ala tuan. Saya mengantuk. Nak tidur." Mukanya sengaja mempamerkan minta dikasihani.

"Aku tak cakap pun kita nak pergi sekarang. Kedai apa pun tak bukak lagi kot. Lepas ni kau balik bilik, tidur. Pukul 11 jumpa aku kat depan lobi." Tegas saja Razin menuturkan kata dan pasti akan dituruti Izz Aydin tanpa bersoal lagi.

******

Razin dan Yana menapak didalam dewan yang akan digunakan untuk majlis pelancaran iklan baharu nanti. Majlis makan malam juga akan diadakan dan jemputan yang hadir terdiri daripada rakan niaga, ahli keluarga dan juga staf yang mengikuti program team building. Pihak media juga telah dijemput kerana mahu majlis mereka mendapat liputan yang meluas dan sewajarnya.

Rafael yang sedang berbual dengan Mr. Goh terus dihampiri.

"So, everything's okay?" Soal Razin kepada mereka. Matanya melihat beberapa orang pekerja sedang bertungkus lumus melakukan kerja yang diarahkan oleh Rafael.

"Ya, okay. Cuma perlu tambah lighting and props sikit. Gambar semua I dah susun kat luar dewan." Ujar Mr Goh lalu membawa mereka bertiga menuju ke pintu utama dewan itu.

"Oh my god! This is so beautiful!! Izz ke ni.!" Teriak Yana kecil. Sungguh teruja dirasakannya saat itu apabila melihat gambar-gambar sahabatnya yang dipamerkan sebagai wajah baru untuk diperkenalkan malam nanti.

Ligat jarinya mengambil gambar menggunakan telefon bimbit dan dihantar kepada Izz Aydin yang mungkin masih tidur didalam bilik. Bibirnya tersenyum saja sepanjang melihat gambar-gambar itu.

"Raf, make sure everything going smooth and aku tak nak ada masalah nanti. Make up artist untuk Izz dah datang belum?"

"Kejap lagi sampai. Masih on the way."

"Okay good."

"Yana, nanti make up artist datang, kau temankan Izz masa diorang make-up. Aku tak nak nanti diaorang buat sembarangan kerja." Pesan Razin sebelum berlalu pergi. Yana mengangguk tanda faham.

Dia melewati lobi dan terus menuju ke biliknya sendiri.

****

Izz Aydin mengeliat melegakan sendi yang sedikit tegang selepas tidur. Sudah terasa segar sedikit badannya apabila mendapat tidur yang secukupnya.

Jam ditangan dijeling sekilas.

Ya Ampun! Dah pukul 1130. Terbabas tidur. Aaaa mati aku..!!

Laju kakinya melangkah ke bilik mandi dan mencuci muka seadanga. Sling beg kecil mengandungi barang peribadi dicapai lalu melangkah keluar selepas memakai kasut.

"Aaaa mati aku! Mati aku..!" Bebel Izz Aydin sendirian. Sepanjang lariannya dia menuturkan itu sahaja sehinggalah sampai dilobi. Jarinya menyikat kasar rambut kering yang tidak sempat disapu minyak.

Matanya pula meliar sekeliling mencari susuk Razin.

"Haih, mana pulak orang tua ni. Dah balik bilik ke sebab lama tunggu aku. Adoii.. mampus kau kena bedil kejap lagi Izz.." gumamnya.

"Siapa kena bedil?" Muncul suara dibelakang, kedengaran dekat dicuping telinga. Izz Aydin perlahan menoleh dan terus menjarakkan diri.

"Raf. Awak buat apa kat sini? Awak tak ikut yang lain tadi?" Soal Izz Aydin.

"Tak. Saya kena uruskan dewan untuk malam nanti. Awak tunggu siapa ni?"

"Tunggu tuan Razin. Tadi janji pukul 11 tapi saya terbabas tidur." Ujar Izz Aydin lalu tersengih menampakkan gigi putihnya

"Tadi abang Zin memang ada tunggu sini tapi lepas daddy, mommy dengan Raissa datang, dia ikut diaorang sekali. Ada kat bilik dia orang lah tu kot."

"Oh ya. Saya balik bilik jugak lah kalau macam tu." Izz Aydin terus mengorak langkah. Hatinya masih belum mahu bersua muka dengan lelaki itu.

Rafael sempat menahan Izz Aydin dari berlalu. Wajah wanita itu dipandang sekejap.

"I miss you. Jangan marah saya lagi boleh tak?" Tutur Rafael lembut. Tangannya naik mengusap rambut Izz Aydin yang menutup dahi dan diselak ke tepi. Serba tak kena Izz Aydin diperlakukan begitu. Dalam marah, dia juga rindukan lelaki itu.

"Raf, saya rasa kita perlu fikir lagi hubungan kita ni. Saya masih ragu-ragu dengan perasaan saya, perasaan awak. Awak sendiri kata sesuatu hubungan perlu ada kepercayaan tapi kepercayaan tu dah hilang sedikit demi sedikit. Saya cuba pupuk rasa tu balik tapi susah." Keluh Izz Aydin. Walaupun berat rasa hatinya meluah, lagi berat jika disimpan lama.

"Please. Give me one more chance. Saya akan buktikan yang saya takkan kecewakan awak. Please Izz. Jangan sia-sia kan rasa yang kita ada sekarang ni." pujuk Rafael dengan nada perlahan.

Izz Aydin menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan.

Sesuatu yang melibatkan hati sememangnya sukar di atasi. Kadang yang berkali-kali membuat kesilapan pun masih dimaafkan, hanya kerana satu hal. Cinta. Apatah lagi dirinya yang baru mengenal erti cinta dari seorang lelaki bernama Rafael.

"Bagi masa saya fikir." Ujar Izz setelah beberapa saat diam.

"Sure. Saya akan bagi masa macam yang awak nak" Rafael senyum memaniskan wajah lalu mengusap pipi Izz Aydin.

Sepanjang mereka tidak bertemu, hati Rafael juga terasa kosong. Satu perasaan yang tidak pernah dirasakan mula menakluki segenap hati dan jiwa nya. Timbul rasa sayang, suka dan yang paling kuat dirasanya, dia tidak mahu kehilangan wanita itu.

*****

Acara yang dinanti-nantikan hampir tiba. Selesai menunaikan solat maghrib, Dafi sebagai jurumekap sudah bersedia menyolek Izz Aydin. Dia juga cemas bercampur teruja kerana ini pertama kali dia dijemput ke majlis seperti itu. Dia juga menginginkan nama nya dikenali ramai terutamanya golongan atasan dan artis kerana majlis itu akan dihadiri beberapa orang kenamaan dan wartawan.

Izz Aydin melihat wajahnya sendiri di cermin sambil tersenyum. Dia yang mengenakan dress berwarna merah dengan solekan yang natural pasti akan memukau pandangan.

"Aku suka make up ni. Tak heavy sangat. Kalau tak, rasa berat je muka." Kata Izz Aydin.

"Bos kau yang nak look macam ni. Mula-mula aku tak setuju sebab nampak macam plain tapi lepas make up kau, hah! Meletop!. Pandai dia pilih." Kata Dafi pula sambil mengemas beg makeup nya.

"Untung lah. Raf buat semua untuk dia. Makeup, dress, kasut. Semua sponsored." Usik Yana lalu tersengih.

"Ehh bukan Raf yang buat. Siapa nama boss yang sorang lagi tu. Alaa yang muka serius beku je tu."

Izz Aydin dan Yana saling berpandangan.

"Tuan Razin ke? Biar betul?" Bulat membesar mata Yana memandang Dafi.

"Ha ha. Dia. Razin eh nama dia."

Yana tersenyum lebar sambil melihat Izz Aydin yang berlagak tenang. Keningnya diangkat berkali-kali cuba mengusik.

"Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan eh." Awal Izz Aydin menegah bayangan yang mula muncul difikiran sahabatnya.

"Apa? Aku tak cakap apa pun." Kata Yana menyembunyikan senyumannya.

****

Izz Aydin duduk dikerusi sementara Yana berada belakang pentas kerana ada kerja yang perlu diselesaikan. Tambahan malam ini akan ada acara akhir dan Yana akan mewakili kumpulan mereka. Yana yang sememang suka dan berbakat dalam nyanyian itu pasti mudah mengalahkan lawannya. Acara ini akan menambahkan jumlah markah yang sedia ada dimana kumpulan mereka mendapat mata seri dengan kumpulan Rafael.

Para tetamu dan pihak media sudah mula memenuhi didalam dewan dan diluar. Ada juga yang mengambil gambar diri Izz Aydin yang diletakkan diluar dewan. Dengan sekelip mata namanya naik menjadi trending di laman sosial.

Peluh mula membasahi dahi dan tapak tangan saat itu. Perasaan takut dan cemas mula menguasai diri. Dafi yang duduk disebelah cuba menenangkan Izz Aydin yang kelihatan gelisah menunggu masa dipanggil keluar. Mata-mata yang dari tadi memandang padanya tidak sedikitpun dipedulikan.

Tidak lama kemudian muncul Yana, berlari terkocoh-kocoh ke arah mereka.

"Izz, masalah besar! Kau kena ganti aku perform malam ni sebab aku kena entertain VIP!" Kata Yana sedikit berteriak.

"Kenapa aku? Aduh.. sudahlah aku nervous kena tunjuk muka lepas ni. Ni kau nak aku ganti kau perform pulak. Kau jangan buat hal Yana. Kau tau kan gemuruh aku ni macam mana. Muntah jugak aku atas stage tu nanti." Terus pucat muka Izz Aydin saat itu. Tangannya menggeletar dan kakinya sudah berhinjut-hinjut mengetuk lantai.

"Please. Alah. Kau nyanyi je lah macam kita selalu karaoke tu. Tak kisah la kalau tak menang. Janji kau perform je."

Lama Izz Aydin berfikir sebelum memberi jawapan.

"Yelah yelah. Kalah jangan salahkan aku. Kau jugak cakap tadi kan."

"Ye. Aku pergi dulu. Dafi, nanti masa Izz naik pentas aku nak kau iring dia. Tak nak nanti dia tersadung pulak pakai high heels tu." Pesan Yana lagi dan Dafi mengangguk setuju.

Selepas memastikan semua tetamu termasuk tetamu VIP dan wartawan jemputan duduk, lampu didalam dewan diperlahankan dan skrin dihadapan mula menjadi tumpuan. Satu persatu gambar mula terlayar memaparkan wajah Izz Aydin selaku wajah baru mempromosi Imperial Mall. Debaran dihatinya sudah sedikit kendur apabila melihat hasil sesi penggambaran lalu yang begitu memuaskan itu. Dia sendiri turut ketawa apabila ada beberapa gambar dan babak dimana mereka gagal mendapat shot yang sesuai turut dipaparkan.

Tidak lama kemudian, video yang sudah disunting pula disiarkan. Tepukan gemuruh mula kedengaran. Senyuman tidak lekang dari bibirnya saat itu. Bersyukur dengan kejayaannya sendiri dan berterima kasih kerana diberi peluang yang tidak pernah difikirkannya sebelum ini.

Lampu dinyalakan semula selepas habis persembahan video dan muncul pengacara majlis diatas pentas.

"Selamat malam dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan- tuan dan puan-puan sekalian. Saya sebagai wakil Imperial Holding ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian hadirin sekali dalam menjayakan majlis malam ini. Tanpa membuang masa, kita jemput wajah baru yang akan menghiasi papan iklan Imperial Mall and Hotel, Cik Izz Aydin binti Abdullah."

Izz Aydin perlahan berdiri diiringi Dafi menuju ke atas pentas. Terus kecut perutnya melihat ramai wartawan dan pihak media mengerumuni untuk menangkap gambar. Pasti esok wajahnya akan terpampang diserata sosial media.

Gemuruh didada cuba dikawal. Berulang-ulang hatinya berzikir agar diberi ketenangan dan ternyata Dafi juga banyak membantunya saat itu.

Bibirnya sentiasa mengukir senyuman dan ucapan terima kasih juga sudah berkali-kali terbit dari bibirnya. Ada juga yang mahu mengambil gambar bersamanya sebaik dia turun semula dari pentas. Ternyata menjadi orang yang dikenali ramai ini sangat memenatkan dan ini cuma satu permulaan.

Izz Aydin meneguk air perlahan selepas beberapa seketika. Perutnya juga sudah terasa lapar dan memberontak minta diisi. Satu persatu potongan buah dan kek disumbat kedalam mulut disulami dengan air jus didalam gelas.

Dari jauh Razin melihat Izz Aydin yang asyik menikmati makanan. Dia menghampiri dan duduk dikerusi kosong disebelah Izz Aydin.

"Lapar ke? Control lah sikit. Kau kan dah jadi tumpuan media sekarang. Kau nak muka pelahap kau ni masuk social media esok?"

Izz Aydin terus menghentikan suapan dan menoleh ke kanan dan lebih tepat ke muka Razin.

"Takkan makan pun nak kena control. Alamatnya kurus lah saya lepas ni." Kata Izz Aydin lalu mendengus halus. Potongan kek didalam tangan terus sahaja disumbat didalam mulut lagi tanpa mempedulikan kata-kata Razin sebentar tadi.

Tiba-tiba mereka didatangi seorang lelaki yang membawa kamera. Mungkin salah seorang wartawan dari majalah atau pihak media jemputan.

"Err excuse me. Can i take a photo both of you? Just 1 or 2 picture perhaps?" Pintanya.

"Sure. Why not." Jawab Razin tanpa menunggu persetujuan Izz Aydin.

Razin segera menarik Izz Aydin berdiri dan tangannya terus merangkul pinggang wanita itu, bersahaja dan spontan. Wangian lelaki itu terus menerjah menusuk ke ringga hidungnya.

Izz Aydin kaku. Bibirnya saja yang bergerak mengukir senyuman paksa saat pancaran dari kamera mula menyinari. Dari seorang wartawan, mereka berdua terus menjadi tumpuan jurugambar yang lain. Maka berlarutanlah sesi bergambar itu untuk beberapa minit.

"Aku tak rasa pun kau kurus. Sedap jugak peluk ni." bisik Razin tiba-tiba. Anak matanya meneroka disegenap wajah cantik Izz Aydin yang dihias dengan makep up sederhana itu. Sehingga kemerahan wajah wanita itu direnungnya tanpa mempedulikan pancaran sinaran dari kamera yang galak menangkap gambar mereka.

"Darling!" serentak Razin dan Izz Aydin menoleh.

"Cik Melissa." Tubuh Razin yang masih merangkul pinggangnya ditolak agar menjauh. Perasaan takut terus menerjah diseluruh tubuhnya apabila melihat padangan tajam Melissa menikam anak matanya.

Jangan ada adegan tarik rambut kat sini sudahlah. Botak jugak rambut Cik Melissa aku kerjakan nanti. Buat hal betul Tuan Razin ni..

jom singgah i.g m.a.z_np.. kita borak2 ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience