Bab 47

Drama Completed 204768

Sentuhan dekorasi yang diberikan oleh perancang perkahwinan didalam ballroom itu sangat membuatkan Yana berpuas hati. Pelamin impiannya juga sudah siap dipasang dan meja juga sudah disusun mengikut jumlah tetamu jemputan bersama hiasan bunga yang sangat indah.

Walaupun sudah meletakkan sepenuhnya tugas itu kepada perancang perkahwinan, Yana tetap mahu memeriksa persiapan sebelum majlis yang bakal tiba 3 hari lagi. Sesibuk mana pun Yana dengan majlis perkahwinan yang bakal tiba itu, tugas hakiki masih tidak diabaikan.

Hari ini Shahril, Opah Biah dan Tok Adam akan tiba dari kampung bagi membantu menguruskan persiapan akhir. Mereka akan bermalam dirumah Yana sementara Yana akan tinggal dihotel itu sehingga tiba majlis. Puan Latifah dan Tuan Osman juga tiada bantahan memandangkan lokasi majlis itu ditempat kerja anaknya sendiri.

Mereka juga tidak mahu Yana dan Shahril duduk serumah sebelum majlis walaupun ada yang lain bersama. Orang kata nak jaga seri pengantin, kena hindarkan bakal pengantin berjumpa sebelum majlis. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu sekaligus menimbulkan perasaan rindu dendam bakal pengantin. Perasaan yang timbul itu akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

****

Izz Aydin menelentang tubuh sambil tersenyum melihat Yana yang sibuk mengeluarkan pakaian dari beg bagasinya. Wajah sahabat baiknya itu semakin berseri-seri memandangkan majlis nikahnya tinggal lagi 2 hari. Senyuman sentiasa sahaja bergayut dibibir wanita itu.

Yana juga sudah diberikan cuti untuk membuat persiapan akhir bagi hari besarnya. Izz Aydin pula mestilah akan menemani sahabatnya itu atas kebenaran Razin. Terpaksalah Daniel mengganti tugasnya dan nasib baik juga jadual Razin tidak terlalu padat.

Hari ini dua sahabat itu akan mengunjungi spa yang ditempah khas oleh Razin yang terdapat dihotel itu. Walaupun Yana sudah menolak, Razin masih berkeras kerana Izz Aydin turut mengikuti Yana memanjakan diri di spa.

"So.. harini kita pergi spa dulu. Lepas tu kita pergi makan sebelum kita ambil baju kat butik. Okay?"

Izz Aydin mengangguk seraya tersenyum mendengar cadangan Yana itu. Yana yang sudah pun selesai mengeluarkan barang dari beg bagasi ikut serta berbaring di atas katil.

"Yana, sorry tau aku tak jadi pengapit kau. Aku tak nak nanti Razin tu jealous tengok aku dengan Raf lagi." Ujar Izz Aydin perlahan. Kepalanya dikalihkan ke tepi memandang Yana yang tersenyum bahagia itu.

"Takpe. Aku faham. Lagipun apa yang dah suami kau buat untuk majlis aku pun aku dah bersyukur sangat. Aku pun salah jugak tak fikir dulu sebelum terima Raf jadi pengapit lelaki. Aku dah cari dah pengganti kau tu. Jangan risau eh."

"Siapa? Muat ke baju tu nanti dia pakai?"

"Alaa muat. Kau dengan dia lebih kurang sama je badan. Dia sepupu aku, baru pindah ke sini. Nanti aku kenalkan korang eh."

Izz Aydin tersenyum mengangguk kepala.

"Eh jom la pergi spa. Nanti lambat pulak." Ajak Yana seraya bangun dari katil.

"Okay, jom."

Kedua sahabat itu berpimpin tangan menuju ke tingkat 6. Ditingkat itu juga terdapat kolam renang, spa, bilik sauna dan gim. Dewan majlis Yana pula berada ditingkat 5, sama tingkat dengan bilik mesyuarat dan sebuah lagi dewan conference yang boleh memuatkan 700 orang sekaligus. Sesuai untuk majlis rasmi seperti seminar, persidangan, majlis perkahwinan yang berkapasiti besar dan majlis-majlis rasmi lain.

Hampir 2 jam dua sahabat itu 'dimanjakan' dan 'dibelai' sepanjang berada didalam spa itu. Sampai tertidur-tidur Izz Aydin semasa diurut oleh tukang urut professional. Badan pun terasa segar selepas menerima 'belaian' dari spa itu.

Selepas itu, mereka berdua keluar dari hotel itu untuk menyelesaikan urusan yang seterusnya.

***

Izz Aydin memandu perlahan kereta milik Yana sesudah hampir sampai ke destinasi. Brek tangan ditarik dan tali pinggang keledar dibuka. Baru sahaja mahu menutup butang penghawa dingin, Yana menegah sambil menyuakan telefon bimbit miliknya kepada Izz Aydin.

"Izz, kau tengok ni."

"Apa?" Telefon itu diambil dan diperhatikan lama.

"Eh ni Cik Melissa kan?" ujar Izz Aydin lalu mengerutkan kening memandang Yana.

"Dia lah ni. Tak sangka kan rupanya berskandal dengan P.A sendiri. Kau rasa siapa yang bongkar gosip dia ni?" Soal Yana sambil berfikir sendiri. Skrin telefon pintarnya masih ditolak tarik membaca artikel itu sepenuhnya.

"Entah. Mana lah aku tahu."

"Tapi kesian jugak dengan Cik Melissa ni. Ye lah, ayah dah tak ada. Mak nya pulak dah kahwin baru dengan mat salleh. Sekarang nun duduk di oversea. Jarang-jarang balik Malaysia. Sebab tu lah Cik Melissa tu macam obses sikit dengan Tuan Razin. Tapi tak sangka pulak dalam diam berskandal dengan P.A sendiri."

Izz Aydin tidak berkata apa-apa selepas itu. Tiba-tiba timbul rasa kasihan pada Melissa. Mungkin wanita itu kurang kasih sayang dari keluarganya menyebabkan dia sentiasa menagih perhatian dari keluarga Razin.

Izz Aydin tersenyum hambar selepas seketika. Dia juga tertanya-tanya dari mana datangnya gosip itu.

***

Jam dipergelangan tangan sudah menunjukkan pukul 8 malam. Sepatutnya pukul 4 petang tadi urusan sudah selesai tetapi oleh kerana Yana mengajak singgah ke rumah ibu bapanya sebentar untuk mengambil barang, maka kedua sahabat itu terleka berbual dengan Puan Latifah menanyakan persiapan akhir majlis pernikahan anaknya itu.

Selesai berbual dan Yana membawa sekali barang keperluannya, dua sahabat itu terus menuju ke hotel semula memandangkan waktu itu Razin juga sudah habis waktu kerja. Razin mencadangkan mereka bermalam sahaja disuite dihotel itu memandangkan isterinya sibuk menemani Yana menguruskan majlis. Jadi, tidaklah susah Izz Aydin dan Yana bergerak jauh berulang alik.

Butang tingkat 15 ditekan, membawa dua sahabat itu naik ke tingkat 15. Langkah kaki dibawa menuju ke Executive suite bernombor 1505, selang satu pintu dari suite milik Razin.

"Aku masuk dulu. Thank you tau dah temankan aku hari ni. Jadi, malam nanti kau tak payah temankan aku lagi. Kau temankan suami kau je. Mesti dia rindu dah dengan isteri dia ni." Usik Yana lalu tersengih menolak daun pintu.

"Mengada kau ye. Okay lah kalau macam tu. Aku pergi dulu. Apa-apa nanti kau call aku. Jangan nak keluar kemana-mana pulak. Nanti tak pasal-pasal aku kena marah dengan Opah sebab tak jaga bakal pengantin."

" Ye. Baik Puan Izz. Dah. Pergi sana. Bye."

Izz Aydin tersenyum lalu melangkah menuju ke suite Razin. Kad akses dilalukan dan terus masuk ke dalam. Kelihatan Razin sedang duduk di ruang tamu, memejamkan mata dengan televisyen yang terbuka.

"Abang.." panggil Izz Aydin perlahan sambil menepuk perlahan bahu Razin.

Dengan berat kedua mata itu dibuka dan wajah Izz Aydin terus menyapa pandangan.

"Sayang dah balik dah.? Sorry abang tertidur." Ujar Razin seraya membetulkan duduk. Mata digosok sedikit agar pandangan matanya nampak jelas.

"Penat sangat kot. Kenapa tak tidur kat dalam je. Tidur sini sakit pulak badan tu nanti."

"Tak apa. Abang tunggu sayang." Bibirnya tersenyum lalu memaut tangan Izz Aydin dihadapannya.

"Beg pakaian sayang abang dah letak dalam almari tu. Tak tahu lah betul ke tidak yang abang bawa tadi. Kalau tak cukup, nanti boleh beli kat mall bawah je."

"Okay, takpe. Thank you abang. Saya nak mandi dulu lah. Abang dah makan tak ni?"

"Belum. Tunggu isteri abang lah."

Izz Aydin mengangguk tersenyum lalu berlalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Sementara menunggu Izz Aydin mandi, Razin membuat tempahan makan malam supaya dihantar ke dalam suite itu. Mujur pekerja dihotel disitu ada yang sudah mengetahui status suami isteri itu. Tidaklah terlalu janggal jika terlihat mereka bersama.

Izz Aydin termenung sekejap dihadapan almari dengan jubah mandi yang masih tersarung ditubuhnya. Pakaian yang dibawa suaminya diperhatikan lama sebelum keluhan halus terlepas dari bibir.

Hampir semua baju tidur yang dibawa Razin adalah baju yang seksi seksa. Paling menggerunkan adalah baju yang pernah dibelikan oleh Yana kepadanya dahulu. Kalau ikutkan, baju itu sudah disorok dan bagaimana pula Razin boleh menjumpai?

Lantas baju itu dibawa kepada Razin yang sedang duduk menonton televisyen.

"Mana abang dapat baju ni?" Soal Izz Aydin sambil menayang baju tidur separas paha itu dihadapan Razin.

Razin tersenyum sebelum menjawab.

"Abang jumpa dalam almari sayang lah. Kenapa sorok baju tu? Abang tak pernah tengok sayang pakai pun."

"Sebab saya tak nak pakai lah saya sorokkan baju ni. Lagipun Yana yang belikan, saya tak nak pun."

"Alaa pakai je la. Untuk abang jugak kan." Semakin lebar senyuman Razin tika itu.

"Seganlah nak pakai macam ni. Saya pinjam tshirt abang je lah."

"Nak segan apa. Bukannya baru hari ni kita kahwin. Badan sayang tu abang dah tengok semua dah. Tahi lalat, parut.. semua abang dah tengok. Siap abang kira lagi ada berapa."

Izz Aydin mengecilkan mata menjeling Razin yang ketawa penuh makna itu.

"Abang saja kan bawa baju ni. Nak mengalahkan malam pertama pengantin baru ke?"

"Apa salahnya. Pakai je baju tu. Makanan dah sampai dah tu. Sejuk nanti tak sedap pulak. Kalau sayang tak nak pakai apa-apa pun abang tak kisah. Lagi senang." meleret senyuman nakal Razin kepada Izz Aydin yang mengetap bibir.

Izz Aydin berlalu ke dalam bilik untuk menukar pakaian. Jubah mandi dibuka dan diganti dengan baju tidur separas paha itu. Dengan tali halus dibahu semakin membuatkan Izz Aydin tidak selesa tetapi nak tak nak, terpaksa juga dipakai. Nasib baik baju tidur itu disertakan dengan jubah satin separas lutut untuk dipakaikan diluar. Jadi tidaklah tersedak sang suami melihat dadanya yang terdedah itu.

Selesai menunaikan solat isyak, Izz Aydin mengeringkan rambut pula sebelum melangkah keluar dari bilik itu untuk mendapatkan Razin yang sedang menghidangkan makan malam.

***

Rancangan yang ditonton dikaca televisyen tidak sedikit pun menjadi tatapan sebaliknya hanya fokus menyentuh dan mengusap lembut tubuh Izz Aydin yang melentok lentok didalam dakapan. Izz Aydin pula tetap fokus menonton cerita aksi yang dipaparkan di televisyen.

"Sayang.. kita pergi honeymoon nak?" Ajak Razin tiba-tiba. Bibir dan hidungnya mencium lembut dikepala Izz Aydin.

Izz Aydin mendongak sedikit memandang Razin dengan senyuman mekar.

"Honeymoon? Nak!" Jerit Izz Aydin teruja. Dia sememangnya mahu pergi berbulan madu tetapi malu untuk mengatakan hal itu kepada Razin.

Razin tersenyum gembira melihat riak Izz Aydin. Lantas hidung isterinya itu dicuit sedikit.

"Sayang nak pergi mana?"

"Hmm ikut abanglah. Saya ikut je."

"Okay. Nanti abang uruskan. Tak kisah kan pergi mana-mana?"

"Tak kisah. Asalkan abang ada dengan saya." Razin tersenyum memandang Izz Aydin.

"Thank you abang. I love you." Ucap Izz Aydin yang turut tersenyum. Satu kucupan ringkas diberikan dibibir Razin.

"I love you more sayang."

Rangkulan dieratkan sambil jemari mereka bersulam erat antara satu sama lain. Rancangan ditelevisyen di tonton semula sehinggalah jam menginjak ke pukul 11.30 malam.

Angin sejuk dari penghawa dingin menyebabkan tubuh Izz Aydin menggeletar sedikit dan Razin membantu menggosok sedikit di lengan isterinya itu.

"Jom lah, tidur. Sayang pun sejuk dah ni." Ajak Razin lalu menutup televisyen. Izz Aydin bangun namun tersentak apabila jubah satin ditubuhnya melorot jatuh kebelakang.

Laju kepalanya ditolehkan kebelakang, melihat Razin yang sudah ketawa memegang jubah itu. Entah bila pula tangan itu membuka. Memang pantas kerja suaminya itu!

Izz Aydin tahu akan helah suaminya dan kaki terus diatur melangkah untuk melarikan diri tetapi lagi pantas tangan Razin menariknya lalu jatuh ke riba.

Senyuman penuh makna diberikan sambil membenamkan wajahnya dileher Izz Aydin sekaligus membuat wanita itu galak ketawa kegelian.

Bau haruman isterinya itu.. terlalu mengkhayalkan. Bau wangi itu disedut dalam dengan mata yang terpejam.

"Sayang tahu tak bau sayang ni dah jadi favourite abang?" bisik Razin perlahan. Dengusan nafasnya sudah tidak teratur dek nafsu yang mendadak naik.

Izz Aydin mengeliat sedikit. Geli bercampur geram dengan tingkah suaminya.

"Tak. Saya tak pakai perfume apa pun tadi lah."

"Ye ke? Abang bau wangi je ni."

Kucupan hangat mula diberikan berserta gigitan manja. Selepas itu, tubuh isterinya itu dicempung dan dibawa masuk ke dalam bilik, menghangatkan tubuh yang sudah kedinginan itu.

****

Tinggal 1 jam lagi sebelum majlis akad nikah Yana dan Shahril diadakan. Suasana didalam suite Yana sudah hingar bingar dengan celoteh juru solek. Siapa lagi kalau bukan Dafi!

Semenjak namanya terkenal sebagai make-up artis, hampir sukar mahu bertemu dengan rakan mereka yang satu itu. Nasib baik Yana sudah awal mengunci tarikh dengan Dafi. Kalau tidak, memang susah lah bertemu.

Inai dijari juga sudah siap diukir. Orang dulu-dulu kata, makin terang inainya, makin bahagia lah bakal pengantin. Izz Aydin mengiyakan dan mendoakan, semoga sahabatnya itu kekal bahagia bersama Shahril sehingga ke akhir hayat.

Tidak lama kemudian muncul Opah Biah bersama Puan Latifah dan Tuan Osman. Puan Latifah mencium sejenak pipi dan dahi Yana. Begitu juga Tuan Osman.

"Lepas ni Yana dah ada tanggungjawab baru, dah jadi isteri Shahril. Mama doakan semoga Yana bahagia hingga ke akhir hayat."

"Papa pun doakan benda yang sama. Walaupun lepas ni Yana bukan tanggungjawab kami lagi, papa dan mama tetap sayangkan Yana dan ambil berat tentang Yana. Ketahuilah kami sentiasa ada untuk Yana ya."

Seketika tiga beranak itu berpelukan erat bersama tangisan halus. Bukan tangisan kesedihan, cuma tangisan kebahagian dengan terbinanya sebuah masjid baru sebentar lagi.

Izz Aydin turut tersentuh lalu memeluk erat Opah Biah. Bertandang pula rindu pada kedua orang tuanya saat itu.

***

Pada pagi jumaat yang mulia itu, dengan sekali lafaz, Yana sah menjadi isteri kepada Shahril. Izz Aydin turut menitikkan air mata saat pasangan itu sah menjadi suami isteri. Ibarat ada satu perasaan yang menyusup dihati kesemua yang hadir saat penyatuan kedua anak adam itu.

Ditambah pula ucapan khas dari Yana untuk suaminya. Juga untuk mama dan papanya cukup menyentuh hati. Entah bila pula Yana sempat memikirkan tentang itu.

Razin mengusap lembut jemari isterinya yang sedang beremosi itu. Didalam ucapan Yana sebentar tadi turut terselit nama Izz Aydin sebagai orang yang selalu ada disaat susah senang sahabatnya itu. Juga sebagai orang yang sentiasa memberi semangat kepada Yana untuk memikat hati lelaki yang sudah bergelar suami itu. Sungguh hatinya terharu.

Yana berjalan perlahan mendapatkan Izz Aydin lalu memeluk erat sahabatnya itu.

"Tahniah Yana! Aku happy sangat untuk kau dengan abang Shah. Sekarang ni kita satu family!" Teriak Izz Aydin teruja. Pelukan masih diberikan sehinggalah Shahril datang menghampiri dua sahabat itu.

"Ehem.. seronoknya dua orang ni." Tegur Shahril seraya tersenyum. Terus tersipu-sipu Yana melihat wajah kacak lelaki yang baru bergelar suaminya itu.

"Mestilah seronok. Akhirnya kahwin jugak abang Shah dengan Yana ni. Abang jaga Yana baik-baik tau. Kalau tak, Izz yang akan kerjakan abang. Jangan main-main." gertak Izz Aydin sambil mengepal penumbuk dihadapan Shahril.

"Eleh, tak takut lah. Setakat Izz ni, abang jentik je dah terpelanting." Ujar Shahril pula lalu ketawa diikuti Yana.

Sedang tiga orang itu rancak berbual, Razin muncul sambil tersenyum ramah kepada Shahril.

"Shah.. Tahniah atas perkahwinan kau dengan Yana. Semoga berbahagia." Ucap Razin seraya berjabat tangan dengan Shahril.

"Thanks. And thank you again sebab dan sponsor majlis kami ni. Aku berterima kasih sangat dah bantu permudahkan urusan kami." Shahril kemudiannya tersenyum.

Walaupun dia masih belum dapat menerima Razin menjadi suami adik sepupunya itu tetapi dia harus redha andai itu jodoh mereka. Dia juga tahu, Razin memang ikhlas sayangkan adik sepupunya dengan melihat layanan baik lelaki itu kepada Izz Aydin selama menjadi suami isteri.

***

Majlis resepi perkahwinan Yana pula akan berlansung pada sebelah malam pada hari yang sama. Kesemua jemputan mula hadir dan duduk dimeja yang telah disediakan. Kelihatan sibuk sekali kedua ahli keluarga pengantin melayan tetamu yang hadir.

Izz Aydin pula pada saat itu menemani Yana didalam suite yang diduduki Yana. Wajah Yana yang sudah siap disolek itu sangat cantik bagi sesiapa yang memandang. Dipadankan pula dengan baju gaun labuh berwarna krim, veil di atas kepala berserta hiasan ringkas bersamanya. Jambangan bunga turut disertakan ditangannya.

Tidak lama kemudian pintu suite itu diketuk perlahan dan Izz Aydin membantu membuka pintu.

Muncul seorang wanita yang tingginya sama paras dengan Izz Aydin dengan senyuman manis dibibirnya. Melihat dari pakaian wanita itu, Izz Aydin tahu dia adalah pengapit Yana yang menggantikannya.

"Masuklah." Pelawa Izz Aydin ramah.

Wanita itu kelihatan tersentak sedikit apabila melihat wajah Izz Aydin yang membuka pintu tetapi riak wajahnya dikawal bersahaja. Dia kemudiannya melangkah masuk dan bergerak menghampiri Yana yang sudah bersiap.

"Mina..sampai pun. Aku ingat kau sesat kemana lah tadi." Ujar Yana lega. Dia sudah menelefon sebanyak 3 kali sepupunya itu tetapi semuanya masuk ke peti suara.

"Sorry. Aku baru habis syif. Sebab tu majlis pagi tadi aku tak datang. Phone aku pun habis bateri pulak." Jelas wanita itu sedikit. Bibirnya mengukir senyuman manis.

"Ha, ni aku kenalkan kawan aku, Izz Aydin." Ujar Yana seraya menunjuk ke arah Izz Aydin. Izz Aydin tersenyum bergerak menghampiri Yana dan sepupuya itu.

"Izz, ni sepupu aku. Nama dia Syamina."

Serentak kedua wanita itu berbalas senyuman walaupun dalam hati Syamina sedikit gugup berhadapan dengan bekas kekasih Rafael itu.

jom follow ig m.a.z_np kita borak² ;) Please follow, rates and comments. tq! ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience